30♥
PJM
Jungkook whatsapp aku tadi,dia kata Yerin masuk hospital,lagi?
Dah kenapa dengan Yerin? Teruk sangat ke panahan kiss aku?Hm tiber.
Dia sakit ke? Nak pergi tengok ke tak?Nak pergi ke tak?Nak ke tak nak lepak mamak,eh.Salah.Nak ke tak nak jenguk Yerin?
"Hm nak buat apa kau tengok dia,Jimin?Lupakan je,baik kau mandi.Tidur." aku melangkah perlahan ke bilik air,tuala di kerusi belajar aku capai.
--
Tuala yang lembab aku sidai pada ampaian,seterusnya kaki aku menuju ke katil aku yang empuk,dan terus henyak,mata pula semakin kuyu.Aku dah mengantuk.
TING!
Bunyi telefon aku menandakan ada notification baru.Siapa pula lah yang menganggu beta mahu beradu?
Telefon aku yang sedang dicas dia atas meja belajar aku ambil,wayar charger aku cabut,bateri dah penuh.
Aku duduk di atas katil,telefon aku buka.Notification tadi datangnya dari si Jungkook,dia whatsapp.
AnakWakJeon🐇
Kau tak tengok Yerin ke?Adik Yoongi hyung tu.
Jimeng🍔
Malas lah aku.
AnakWakJeon🐇
Sukahati anda.(fliphair)
Jimeng🍔
Whatever,dah aku nak tidur.Bye
Whatsapp terus aku tutup,dibiarkan offline.Telefon aku letak di atas meja di sisi katil.
Aku meraup muka aku kasar,rambut pula aku raup ke belakang.Apa saja lah si Yerin ni.
Badan aku rebahkan ke atas katil,kepala aku daratkan pada bantal empuk aku yang telah pun aku corakkan peta dunia. Ada yang masih faham kan?
Aku melayan rasa mengantuk aku,sehingga aku terlena diulit mimpi.
--
MY
Pandangan mata aku dicampakkan ke luar tingkap,menikmati permandangan kota Seoul pada malam hari.Cantik dan indah dihiasi lampu-lampu jalan walaupun lampu jalan banyaknya warna oren.
Aku membetulkan posisi duduk aku supaya lebih selesa,meja kecil beroda aku tarik dekat denganku,mencapai baki bubur yang di bawa Yoongi tadi,lalu aku makan.
Tangan aku ralit menyuap mulut,memenuhkan perut yang menjerit minta makan,namun otak aku masih ligat berfikir.
Fikir apa?
Tch,aku fikir apa yang doktor kata tadi.
"Min Yerin,saya a-ada berita buruk untuk awak.."
"..Awak disyaki menghidap barah otak.."
Ayat doktor tadi bermain di dalam otak aku seperti kaset yang rosak.Air mata aku perlahan-lahan menitis tanpa aku sedar.
Tapi,senyuman masih aku ukirkan dibalik derita.
"Yoongi..macam mana kalau aku tak hidup lama..?" memikirkan Yoongi pula,abang aku yang penyayang,manja dengan aku.
Macam mana life dia kalau aku tak ada nanti?Ya,aku tahu bukan aku yang jaga pakai makan minun dia semua,tapi dia abang aku.
Eomma,appa?Macam mana?Macam mana aku nak bagitahu diorang,sedangkan diorang sibuk menguruskan syarikat di Amerika Syarikat nun jauh disono.
Meja kecil tadi aku tolak perlahan,bubur tidak aku habiskan,selera aku hilang serta merta.
Aku terus baring,badan aku mengiring ke belah kiri menghadap tingkap.Selimut aku tarik.
Aku menangis kembali memikirkan keadaan diri aku yang mungkin sudah tidak lama lagi berada di dunia.
--
PJM
"Ha yelah,Kook.Aku pergi.Tunggu jap."
Panggilan daripada Jungkook aku matikan.Hoodie berwarna kelabu aku capai,terus disarungkan pada tubuh.
Kunci yang tergantung ditempatnya terus aku ambil,pintu rumah aku buka,aku melangkah ke luar.Kereta BMW i8 aku aku tuju.
Punat unlock aku tekan,pintu belah pemandu aku buka.Yelah kalau aku duduk sebelah pemandu,siapa nak bawa?Hantu?
Aku menghidupkan enjin kereta,aku terus bergerak menuju ke hospital seperti yang disuruh si Jungkook.
Aku disuruh melawat Yerin.
Tch,are you kidding me?
Dan aku pun terpaksa pergi,Jungkook paksa.Kalau tak dia tak nak lagi kawan dengan aku. Coi.
--
tbc
Yerin sakit ,maafkan author ya")
vomment!❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro