Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MMM 1

" HABIS TU? Tak kan tak puasa kot? Tak berdosa ke? " Syaril mengusap bawah dagu nya membuat gaya berfikir. Budak kecil yang berumur tujuh tahun itu di pandang.

" Tak puasa dan tak dosa apabila mereka datang bulan. Allah dah anugerah untuk perempuan tu istimewa. " Aryan pula yang mengganti membuat gaya berfikir. Datang bulan? Senang nya? Kenapa tak puasa ek?

" Kenapa perempuan datang bulan tak puasa? Tapi kan uncle, macam mana diorang boleh datang bulan? Tak mahal ke? Apa diorang buat? " soal Aryan lagi. Peha Syaril di pegang. Wajah Syaril di pandang tanpa kelip.

Syaril sudah buntu jawapan. Dari lain topik mereka bicarakan lahh dah sampai ke destinasi datang bulan. Mahu merangkak rangkak dia cari jawapan yang logik dek akal untuk di jawab.

" Uncle mana tau. Uncle lelaki sejati! Setakat tu je uncle tau. Lebih-lebih tunggu kahwin. " jawab Syaril dengan sengihan. Mau dia kena soal jawab di bawah tanah jika di beri jawapan yang bukan-bukan dengan anak majikan nya ini. Bukan tak kenal siapa Ryan Rykal. Pantang di usik mula lah nak keluar perangai kalah orang datang bulan.

" Uncle tak datang bulan? " membulat besar mata Syaril mendengar soalan Aryan. Aku? Allahu. Macam mana lah budak umur tujuh tahun ini boleh soal sampai ke sana.

Oh lupa. Anak Ryan Rykal.

" Tak Aryan. Orang yang 'datang bulan' ni hanya khusus buat wanita. Lelaki tak. Lelaki kan kuat! Sejati! Setia! Se— "

BUK!

Terteleng kepala Syaril ke tepi apabila kepalanya di hempuk dengan buku besar yang kulit nya keras kalah hati batu kau. Boleh kalah buku kamus oxford.

" Oi! Sakit lah! " Syaril mengusap kepalanya. Mau benjol ini besok.

" Yang bukan-bukan je kau mengajar anak orang kan? Datang bulan lah. Lelaki sejati lah. Ini kalau bos tau mau kau duduk bilik bawah tanah tu. Tak sempat beraya lah kau! " Jordan mengambil tempat di sebelah Syaril. Tergeleng-geleng kepalanya mengenang sikap rakan nya.

" Biarlah! Dah Aryan tanya aku jawab lah. Lagi pun betul apa aku cakap. Aku kan lelaki sejati! "

Syaril menjeling geram.

" Satu benda yang aku nak betulkan tentang pernyataan kau. "

" Apa dia? "

" Lelaki akhir zaman. "

Sentap babe. Feeling dia fuhh! Dalam! Makan dalam!

Syaril membetulkan kotak suara. Langit di pandang. Langit di tenung. Cerah juga cuaca hari ni kan. Boleh lah dia nak berjalan kaki melangkah ke masjid. Elok juga ni.

" Insaf ke member? " Wong yang entah dari mana muncul mencelah. Jordan menjongket bahu nya.

" Uncle. Uncle tau tak macam mana kita nak— "

" Sudah lah Aryan! Ana dah give up! Ana dah berubah ke jalan benar! Anta pergilah menjauh! Jangan jadi syaitan ya hababa! " Syaril berdiri lalu berlari drama ke bilik berehat mereka. Tangan di naikkan seperti mengelap air mata nya. Sebelum terjelepok jatuh. Dan bangkit seolah tiada perkara berlaku.

" Terlebih insaf tu. "

" Dia sentap kot, uncle. "

" Betul lah tu. Sampai typo. "






PELEMBAP BIBIR di oles lembut pada bibir kering nya. Selesai sahaja Aisyah bangkit dan duduk pula di birai katil. Mata nya menoleh ke arah suami nya yang tidur menelentang dengan masih memakai baju kemeja berwarna putih.

Nak kejutkan ke tak?

Kisah nya Ryan pulang lewat malam semalam. Katanya nak siapkan kerja yang tertangguh. Ada juga dia menunggu tapi kantuk lebih menguasai dirinya. Sedar-sedar dah ada suami dekat sebelah.

" Hubby.. Bangun jom. " ibu jari suami nya di picit manja. Ryan hanya menggeliat sebelum tangan naik menyentuh dahi nya. Mata masih tertutup rapat.

" Hubby tak kerja ke hari ini? " soal Aisyah. Sekilas di toleh ke jam dinding. Sudah menginjak ke nombor sebelas.

" Hmm.. " Ryan sekadar menggumam sebelum pinggang isteri nya di paut. Wajahnya di tekup pada perut kempis isteri.

" Tak nak kerja. " ujar Ryan dengan suara tenggelam. Aisyah menggeleng kan kepalanya dengan mencuit manja bahu Ryan.

" Mana boleh! Hubby kena kerja. Cari nafkah untuk keluarga kita. Sayang nak kerja hubby tak bagi. "

Ryan terus bangkit. Wajah cemberut isterinya di lihat. Dia mampu apa menanggung keluarga nya. Kalau nak suruh dia tanggung tujuh keturunan ni pun tak apa. Tak habis pun duit nya. 

Lagi pun bukan tak nak bagi tapi baru sehari kerja ada mamat tak cukup iman goda isterinya. Kau rasa? Ikutkan hati tercukup iman dia ni, nak saja dia tumbuk sekali dua. Bagi insaf. Orang dah anak tiga ada hati nak goda bagai.

" Sayang terlalu cantik untuk aku bagi keluar. Kalau boleh aku nak kurung kau dalam rumah ni. Tak bagi keluar. Mata-mata jantan tak cukup iman dekat luar tu bukan boleh percaya. " Ryan menjuling mata ke atas sambil berbicara. Rasa panas sahaja bila teringat muka tak cukup iman lelaki tak guna tu.

Aisyah tertawa kecil. Wajah Ryan di usap lembut sebelum dengan berani dahi suami nya di kucup sekejap. Wajah manis di tunjuk kan di hadapan Ryan. Cemburu Ryan ni kadang tak boleh bawa main.

" Marah lagi? "

Ryan geleng.

" Now boleh kerja. "

" Tak nak. Aku nak rehat. "

Ryan kembali baring. Pinggang Aisyah kembali di paut erat. Suka hati dia lah nak kerja ke tak nak. Dia pemilik syarikat tu. Ramai lah kerja bawahan dia boleh suruhkan untuk menjaga syarikat tu.

" Bukan hubby kata nak ambil cuti waktu puasa ke? Tak kan lah sekarang dah nak ambil cuti. Nanti kerja bertimbun hubby juga yang penat kan. " Aisyah masih cuba memujuk. Bukan dia memaksa, dia cuma tak nak Ryan buat kerja separuh jalan. Karang nanti waktu raya dah masuk kerja sebab banyak kerja tertangguh.

" Ok. Tapi bagi aku reward. "

" Nak apa? "

" Nak sayang. "


TANGAN lincah melipat kain pakaian di atas katil manakala mata nya meliar ke arah lain. Susuk tubuh tegap suami nya itu di pandang dari belakang. Dahi bersih nya berkerut melihat beberapa parut yang masih kelihatan di belakang tubuh suami nya.

" Hubby. Aisyah nak tanya something boleh? " soal Aisyah. Ryan yang selesai memakai baju berjalan mendekati isterinya. Ruangan di sebelah Aisyah menjadi tempat dia melabuh duduk.

" Apa dia? " kain pakaian yang bersepah di atas katil di capai satu sebelum di lipat. Mata nya memerhati tangan isterinya. Gerak geri Aisyah melipat baju di ikut. Bukan tak reti lipat baju tapi sengaja nak ikut cara isterinya. Lain orang lain cara nya.

" Parut belakang tu. Hubby tak nak cerita dekat Aisyah ke? " terhenti segala perbuatan Ryan sebelum kembali seperti normal. Riak wajah tenang di tayang.

" Takde apa yang nak di beritahu— "

" Aisyah tetap nak tahu! Aisyah nak tahu pasal kisah hubby. Latar belakang keluarga hubby. Kisah zaman kanak-kanak hubby. Semua pasal suami Aisyah. " Aisyah merengek kecil. Tangan suami nya di capai. Mata bersambung dengan anak mata hitam pekat Ryan.

" Sayang... "

" Please hubby... " Aisyah masih cuba memujuk. Tubuh nya di dekatkan dengan tubuh Ryan. Tangan melingkari di leher Ryan. Wajah comel di tayang. Harap lah menjadi!

" Ok fine. " Ryan mengalah. Tak betah dia melawan anak mata isterinya itu. Pantang buat muka comel cair lah jadinya.

Aisyah membentuk senyuman melebar. Dia duduk bersila menghadap suami nya. Bersedia mendengar cerita Ryan. Tak sabar!

" Tak jadi lah.. "

" Ish! Hubby! Buruk siku baru tau! " Aisyah menampar dada suami nya geram. Ryan tertawa kecil. Tangan isterinya di genggam dengan satu tangan.

" Sayang ingat lagi waktu abang sayang suruh kita kahwin? Dekat pejabat. " Aisyah angguk. Telinga masih di tadah mendengar sambungan cerita Ryan.

" Masa tu aku hina kaum wanita. And hubby masih ingat betapa geram dan marah nya sayang waktu tu. Tapi jujur aku cakap semua tu sebab ego. Aku tak pernah anggap kaum wanita sebegitu malah jauh sama sekali memikirkan nya. Kerana benci dan dendam aku pada seorang wanita buatkan aku babitkan kesemua perempuan di muka bumi ini serupa dengan nya. " Ryan berbicara sambil mengelus tangan Aisyah. Mencari sisa kekuatan dari isteri kesayangannya itu.

" Maksud hubby.. Ibu kandung hubby ke? " takut-takut Aisyah menyoal. Ryan angguk kecil.

" Parut ni datang dari keluarga ayah tiri aku. Sebab kan dia gilakan duit, dia sanggup gadai maruah untuk kekayaan dunia. Dia sanggup jual aku jadi hamba abdi kepada keluarga ayah tiri aku. Mereka semua kejam. Tak pernah melayan aku baik walau sedikit pun. Dan perempuan itu tak pernah sekali datang melawat mahu pun merawat aku. Tak minta lebih, aku cuma nak dia bawa aku balik sebelum hati aku mulai membenci dia. Tapi hari demi hari sehingga lah aku berusia tujuh belas tahun. Dia tak pernah melawat aku. Dan aku pasang niat untuk membenci dia. "

Tanpa sedar sebutir mutiara yang  begitu berharga jatuh di belakang tapak tangan Aisyah. Aisyah tergamam. Wajah Ryan di pandang. Lelaki itu menunduk ke bawah. Dapat dia rasakan betapa derita nya suami nya selama ni. Menyimpan memori lama hanya buat diri nya sendiri. Menjadi asbab dia bersikap dingin dan terjerumus dalam dunia Mafia.

" Hubby nak tahu satu cerita tak? " Ryan mengangkat wajah nya. Wajah manis Aisyah di tenung. Anggukan kecil di berikan.

" Aisyah dulu sebenarnya benci sangat dengan ibu. Sebab ibu tinggalkan Aisyah seorang diri. Dalam hidup Aisyah, Aisyah tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu. Kawan sekolah selalu ejek Aisyah sebab tak ada mak. Buatkan Aisyah makin benci sampai mogok tak nak melawat kubur ibu. Tapi makin berusia makin Aisyah sedar semua perbuatan Aisyah itu salah. Ibu tak salah. Aisyah yang salah sebab menilai dia macam tu. Sedangkan dia dah bertarung nyawa melahirkan Aisyah. " Aisyah naik ke peha Ryan. Tubuh Ryan di peluk nya erat. Tangan menepuk lembut belakang badan Ryan. Dapat dia rasakan betapa erat Ryan memeluk nya menahan rasa sebak di dada.

" Hubby.. Takde ibu yang tak sayangkan anak nya. Aisyah tahu setiap ibu mesti ada cara layanan nya sendiri buat si anak. Kita tak tahu niat ibu hubby masa tu. Kenapa dia hantar hubby ke sana. Kenapa dia sanggup tinggalkan hubby dekat keluarga tersebut, sedangkan dia tahu anak nya akan menderita. Semua mesti bersebab. Bukan saja-saja dia meletakkan rasa benci pada anak yang dia lahir kan. "

Lembut Aisyah bersuara. Ryan menjarakkan sedikit ruang. Wajah Aisyah di tenung lama. Bibir di satukan dengan bibir Aisyah. Lembut, sebelum memeluk erat tubuh kecil Aisyah.

" Teach me Aisyah. Ajar aku cara untuk redha akan takdir tuhan. "

Long time no see huh? Dalam cerita ni akan author cerita serba sedikit tentang latar belakang Ryan, sesi kehidupan ketika berpuasa dan story berkenaan Syaril and his fiancee. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro