Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

╚» 𝙂𝙧𝙚𝙚𝙣 𝙇𝙞𝙜𝙝𝙩 «╝

Author maybe akan buat giveaway uwu uwu🌚

Jimin

Ding Dong

"Woi Taehyung! Pergi tengok siapa yang datang!" Arah Jimin yang tengah basahkan ketiak dia.

"Baik, Tuan" Taehyung yang tengah kemas baju Jimin tu terus campak baju Jimin ke tepi.

Klek

"Siapa tu?" Soal Taehyung manja sambil membuka pintu.

"Eh! Tuan Park!"

"Mana Jimin?" Soal Tuan Park.

"Tuan Jimin tengah mandi , Tuan"

Tuan Park mula melangkah ke dalam bilik Jimin dan berdiri di hadapan bilik air Jimin.

"Siapa datang?!" Soal Jimin yang kini sedang mencukur bulu ketiaknya pula.

Knock Knock

"Kau nak apa ketuk ketuk pintu?! Nak mandi sekali dengan aku ke?!" Soal Jimin kasar.

"Jimin" Panggil Tuan Park.

Terpaku Jimin buat seketika apabila terdengar namanya diseru oleh bapanya.

"A-appa?" Bergetar suara Jimin menyebut nama bapanya.

Sudahlah dia baru bercakap kasar sebentar tadi ditambah pulak dengan dia tak hadir ke kerja harini , memang matilah dia.

"Cepat keluar!" Marah Tuan Park.

"K-kejap" Jimin terus membasuh ketiak dia yang masih berbaki beberapa helai bulu ketiak yang tidak sempat dicukur.

Taehyung

"Tuan Park , sila duduk. Kejap saya bawakan air--"

Jimin tak ada pembantu rumah sebab Taehyung akan buat segalanya untuk dia.

"Tak perlu kamu duduk ja sini"

Taehyung patuh akan arahan Tuan Park dan kakinya dikepitkan saja mahu acah ayu.

"Appa kenapa datang sini?" Soal Jimin yang baru keluar daripada tandas dengan tuala dililitkan pada pinggangnya.

Badannya yang maskulin membuat Taehyung--

"Pakai baju dulu. Takda siapa nak tengok badan kamu tu" Arah Tuan Park bila dia nampak Taehyung seperti tidak senang duduk.

"Biar je. Semua dalam ni lelaki" Jimin duduk disebelah Taehyung yang tersipu malu.

"Hah appa kenapa datang?"

"Tak boleh ke appa nak datang melawat rumah anak appa?" Soalan Jimin sengaja Tuan Park balas dengan soalan serta diselitkan sindiran terhadap anaknya.

"Ehhh boleh sangat appa!" Jawab Jimin dengan teruja , senyuman yang ditayangkan tu kalau boleh sampai terkoyak mulut.

"Apa-apa je lah Jimin. Appa datang sini nak tanya kenapa kamu tak masuk kerja harini?" Soal Tuan Park

"Macamni cerita dia appa , Jimin dah kerja dekat BIHS"

"BIHS? Apa benda tu? Biseksual lesbIan Homoseksual tranSgender eh?" Teka Tuan Park.

"What the fu-- Astaghfirullahaladzim appa! Bukan tu!" Marah Jimin yang berlakon insaf.

"Sejak bila kamu insaf ni? Semalam baru appa nampak kamu dekat kelab takkan lah harini dah insaf?"

"Ha sini Jimin cerita dekat appa"

Tuan Park mendekatkan dirinya dengan Jimin dan Jimin pon mulai menceritakan daripada A to Z tentang cinta pandang pertamanya.

"Alalala anak appa dah jumpa jodoh dialah"

Jimin mengipaskan mukanya yang sudah merah teruk akibat menahan malu.

"Ada gambar?" Soal Tuan Park yang teruja semacam.

Jimin mengeluarkan telefonnya dan mula mencari gambar Seoyun.

"Niiii" Ujar Jimin ceria sambil menunjukkan gambar Seoyun kepada appanya.

"Wuuuu nice ahh taste tinggi bapak ahh!" Tuan Park pulak yang melebih kalini.

Jimin pon sudah naik muak melihat bapanya yang teruja lebih jadi dia sudah mula berfikir untuk menghalau bapanya keluar.

"Sudahlah tu appa gi keluar tu" Halau Jimin.

Tuan Park mula berjalan ke arah pintu rumah tapi dia berhenti bila dia ternampak bilik Jimin yang tak terurus.

"Ni sepah semua ni apa? Kenapa kamu kemas baju?" Soal Tuan Park , pelik tengok baju-baju Jimin yang berselerak di atas lantai dan di dalam beberapa buah bagasi.

Sudah lah tak dilipat dengan kemas , susun pun tak teratur , naik pusing dia dibuatnya.

"Dahlah appa pergi balik je lah nanti lagi pening appa kalau lama-lama kat sini" Halau Jimin sekali lagi.

"Sebelum appa balik ni , appa nak pesan sesuatu"

"Apa dia appa?" Soal Jimin , kening kanannya sengaja diangkat.

"Lain kali jangan cakap kasar sangat dengan Taehyung. Dia dah tolong kamu buat itu ini yang kamu tu perintahkan ja." Pesan Tuan Park yang mengharapkan anak dia cepat insaf.

"Oookayy" Jawab Jimin malas.

Taehyung yang tengah pegang pintu tu kalau boleh nak melompat ja sebab Tuan Park bela dia.

"Appa balik dulu. Jaga diri elok-elok dekat sana. Nanti dah dapat pikat hati menantu appa jangan lupa bawak dia jumpa appa dengan omma"

"Hmm" Itu sahaja jawapan yang keluar daripada mulut Jimin.

Dia sebenarnya tak yakin dapat ke tidak pikat hati Seoyun. Separuh firasat dia kata kau akan berjaya separuh lagi kata meh lebih baik kau give up ja.

"Yeyeyey! Appa dengan omma bagi green light!" Jimin menepuk tangannya sambil melompat persis kanak-kanak kecil yang baru dapat tahu dia akan dapat adik baru.

"Ha kau termenung apa lagi?! Pergi kemas cepat! Kita dah nak gerak kejap lagi!" Marah Jimin yang baru perasan Taehyung dekat tepi tu berdiri tegak macam tugu daripada tadi.

Taehyung hanya menggelengkan kepalanya sambil redha sebab dia tahu Jimin takkan pernah berubah.

TBC

Ha readers bila lagi nak dapat green light daripada Tuan Jeon , Kim , Jung , Min , Park?

One more step eh Jimin baru nak pindah masuk ke dorm bihs tu untuk jadi warden 🌚

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro