╚» 𝙁𝙡𝙮 «╝
Aku baru perasan tau ff ni takde ch21 sbb aku dengan bijaknya edit lepas 20 terus 22 😌
Btw hiii dah 9 bulan rasanya tak update ff ni🤦🏻♀️
Papepon thank you for 70k reads🥺💜
"Eh mama hati-hati—-" Ujar Seoyun apabila dia ternampak seekor lipas cuba merayap di papan pemotong Puan Park.
Puan Park yang masih berleter tentang Jimin tidak mengharaikan panggilan Seoyun. Tangannya masih lincah menyalai daging.
Tanpa melengahkan masa Seoyun terus menepis lipas tadi. Bukannya dia tak tahu Puan Park Minnie ni paling takut dengan lipas! Ular , biawak , cicak , buaya tak apa! Jangan lipas je!
"Arghh!" Jerit Seoyun apabila Puan Park tidak sengaja terhiris jarinya.
"Ehh kamu okay tak?! Mama minta maaf alahai.." Puan Park berlari anak ke rak yang terdapat peti kecemasan.
Jimin dan Tuan Park yang berada diruang tamu terus bergegas ke dapur sebaik mendengar jeritan Seoyun.
"Kenapa ni?" Soal Tuan Park , termengah jugaklah dia. Ye lah rumah dia bukannya kecil , jarak dari tong gas ke dapur memasak pon sudah tidak terkira.
SKIP
"Saya terpaksa sayang. Pengetua bodoh tu tak bagi saya berhenti kerja. Dia kata pandai daftarkan diri pandailah teruskan bekerja" Jari-jemari Jimin bermain dengan jari Seoyun yang berbalut itu.
"Kalau macamtu saya pon nak sekolah jugak!" Pinta Seoyun , nadanya kedengaran teruja.
Sudah lama dia ingin kembali ke sekolah semula. Cuma Jimin je yang tak bagi. Katanya bahaya , budak-budak sekolah ganas-ganas. Kang gugur Seoyun disebabkan diorang.
"Tak bolehlah sayang. Bahaya" Jawab Jimin masih berkeras tidak mahu menghantar Seoyun ke sekolah semula.
"T-tapi saya pon nak belajar juga hmm....kang anak-anak kita lahir tahu-tahu ibu diorang bodoh" Seoyun mencebik memikirkan kesemua markah peperiksaan yang dia pernah dapat.
Jimin cuba menahan tawanya tidak mahu Seoyun berkecil hati kalau tahu dia anggap perkara ni lawak.
"Takpa sayang awakkan pandai Biologi. Orang lain fail tapi awak dapat 50 , lepastu orang lain dapat 1-5 markah tiber awak pulak dapat 41" Puji Jimin seraya cuba memujuk Seoyun.
"Saya hentam je semua tu bukan saya pasti pon"
"Ye ke? Ke sebab saya yang ajarkan...hmm?" Jimin mendekatkan dirinya dengan Seoyun yang sedang memeluk lutut diatas katil.
"Saya siap praktis lagi dengan awak tajuk yang masuk exam haritu. Sampaikan hasil dia pon ada" Jimin tersenyum suka sambil merenung perut Seoyun.
"Ishhh taknaklahh" Marah Seoyun. Sudahlah pipinya sudah memerah akibat jarak diantara mereka yang terlalu dekat membuatkan nafasnya ditahan.
Kang tahan lama-lama mati pulak dia!
Dada bidang Jimin ditolaknya kuat namun Jimin tidak berundur sedikit pon. Makin dekat adalah!
"J-jiminn..." Rayu Seoyun apabila tangan Jimin mula merayap pada pehanya. Miang!
"Aishh comel! Sebab ni lah taknak bagi masuk sekolah balik. Nanti mamat-mamat tak handsome semua tu kacau sayang saya sorang ni" Jimin mencuit hidung Seoyun yang kelihatan sangatlah comel baginya.
"Mana ada diorang kacau saya. Lagipun awak kan ada dekat sekolah tu jugak. L-lagipun ada Jungkook jugak! Dia boleh jagakan saya" Pujuk Seoyun , masih berkeras mahu ke sekolah.
Teeus menjauh Jimin sebaik mendengar nama Jungkook. Budak terencat tu heh.
"Kalau belajar dengan saya dekat rumah je nak?" Pelawa Jimin. Ye lah lagipun dia bijak , tanya je apa-apa soalan pasti dia mampu jawab!
Seoyun menggeleng. Belajar di rumah tak sama dengan feeling belajar di sekolah. Lain! Lain!
"Taknaklahh...saya nak ada kawan" Sepyun memonyokkan mukanya. Meminta simpati Jimin.
"Saya fikirkan dulu...okay?" Tangan Seoyun yang berbalut diraihnya lalu digosok lembut.
Terus tersenyum suka Seoyun dibuatnya. Moga-mogalah Jimin terbuka hati dan membenarkan dia ke sekolah semula!
"Ehh suka eh dia" Jimin kembali mendekatkan mukanya dengan Seoyun sebelum dia melagakan bibi—-
Tok tok
Pandangan Seoyun dan Jimin kini beralih pada pintu bilik apabila terdengar ketukan daripada seseorang.
Potong stim!
"Pergilah buka awak" Arah Seoyun , sebenarnya dia malas sudahlah pipinya masih merah disebabkan tindakan Jimin tadi!
"Kejap! Kejap! Aduhhh kacau" Keluh Jimin sambil berjalan ke arah pintu biliknya.
"Hah nak ap—-Eh Taehyung?"
Taehyung yang sedang bersandar pada penghadang tangga memandang Jimin dengan pandangan dingin—-eh tak ni pandangan shekshi!
Kecut jugaklah perut Jimin apabila matanya bertembung dengan sepasang mata Taehyung. Tapi tak boleh tunjuk yang dia takut!
"K-kau dah kenapa pandang aku macam tu?" Soal Jimin , gugup dia dibuatnya.
"Eh?! Muka saya serious sangat ke Tuan?!" Soal Taehyung. Serta merta riak wajahnya berubah kepada confused.
"Siapa tu awak?" Soal Seoyun yang kini berjalan mendekati Jimin.
"Ohh ni ha Taehyung. Hah kau nak apa kacau orang ni?" Soal Jimin kasar. Bukan nak ilek ilek Jimin ni😤
"Ohh saya just nak bagitahu yang ada seorang lelaki berbaju pink ni berdiri dekat luar rumah dengan batang paip warna hitam"
"Dah tu? Kau nak aku buat apa?" Soal Jimin , berkasar sekali lagi.
"Disebabkan saya tak nampak muka dia so saya takutlah nak tegur dia seorang diri , ni saya nak ajak Tuan tema—-"
"Seoyuuuuuuuunnnnnnn!" Jerit seseorang.
Terpaling kepada Jimin , Taehyung dan Seoyun mendengar nama Seoyun diseru , mencari si pemanggil.
"S-siapa yang panggil?"
"T-tu" Jari telunjuk Taehyung diarahkan ke arah tingkap.
Terus terbuntang ketiga-tiga pasang mata mereka sebaik ternampak seorang lelaki yang sedang bergayut pada sebatang paip sambil tersenyum lebar menunjukkan mini lovenya kepada mereka bertiga.
"J-jungkook.."
"Woi! Turun woi! Kang jatuh aku tak nak tanggung!" Jerkah Seoyun sambil membuka tingkap biliknya.
"Kau gila ke apa budak?! Ni tingkat 10 bukannya tingkat 1!"
Kang mati budak comel ni. Kesian bini-bini dia.
"Tak jatuh punyalah" Berlagak Jungkook bersuara sambil mengangkat sebelah kakinya.
Show off! Ceh!
"Eo? Kenapa ni?" Pelik Jungkook apabila batangnya tiba-tiba terasa ringan dibahagian atas.
"Wehh tolongg!"
TBC
Sorry if membosankan :(( Dah lama tak menaip ni idea pon tak nak keluar.
Taehyung : Cak! Cak! Rindu saya lertuw aumm🐯
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro