•1•|Mission
5 tahun lepas,
"Misi kamu bertiga hari adalah mennyelinap masuk ke rumah Soo Hyun Ju dan menangkap mereka semua. Soo Hyun Ju seorang mafia yang terkenal diseluruh Asia.
Pastikan kamu tangkap mereka semua terutama Soo Hyun Ju. Kita perlukan maklumat daripada dia tentang sarang mereka diseluruh Asia. Selamat menjalankan misi."setelah hologram itu hilang mereka bertiga terus berlalu pergi.
~~~
Di kawasan belakang sarang Soo Hyun Ju, 3 orang manusia sedang memakai kelengkapan khas untuk melakukan misi mereka.
"Ejen 005, pakai ni. Benda ni untuk pastikan kau dapat kawal diri."seorang perempuan menyerahkan seutas gelang kepada rakannya. Ejen 005 memakai gelang itu kemudian tersenyum kecil.
"Gumawo, ejen 006. Ouh, ejen 003 kau dah scan bangunan ni?"soal ejen 005 kepada ejen 003 iaitu satu-satunya lelaki antara mereka bertiga dan tua 4 tahun berbanding ejen 005 ngan 006.
"Dah, senang je nak masuk diorang cuma letak laser dekat kawasan bilik Soo Hyun Ju jer~~..."mereka berdua yang mendengar hanya tersenyum sinis.
"Ok, go go."arah ejen 005 dan mereka mula melakukan misi mereka.
~~~
Api marak dimana-mana sahaja. Dia ternampak kelibat 2 orang rakannya sudah pun tewas.
Tangannya digenggam erat bila melihat orang yang dia sayang nyawa-nyawa ikan. Seorang lelaki dengan lagaknya berdiri disisi rakannya sambil ditangannya ada beg sederhana besar.
"Ergh, berani kau buat kawan-kawan aku macam tu. Soo Hyun Ju, aku pastikan kau akan mendapat balasan lebih teruk daripada apa kau buat kat kawan aku. Aku janji!"jerit dia dan ingin mendekati Hyun Ju tetapi api dihadapannya semakin marak.
Dia tidak boleh kawal dirinya bila melihat Hyun Ju menghalakan pistol kearah kawannya.
Bang!
Bang!
2 das tembakan dilepaskan dihadapan matanya sendiri. 2 figura yang tidak bernyawa lagi itu disepak oleh Hyun Ju. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan ejen 005 keseorangan disitu.
"Andwae,...hyung! Taerin-ah! Andwae!!!!"jeritan dia membuatkan api lagi marak. Kemarakan(?) api itu seperti mengikut emosinya.
Beberapa minit kemudian beberapa ahli bomba datang menyelamatkan dia. Tetapi dia meronta kerana ingin tinggal disitu bersama abang dan kawan kesayangannya.
~~~
"Mianhae, kami sebagai pihak atas meminta maaf sebab tidak dapat menyelamatkan mereka berdua."pegawai atasan menyerahkan 2 helai uniform tentera kepada dia. Dia mengambil pemberian itu sambil mengengam 2 uniform itu.
"Tabik hormat!"semua orang mula memberi tabik hormat kepada 2 makam di hadapan mereka. Seorang lelaki separa abad datang mendekati dia dan memegang bahu dia.
"Ejen 005, hyung kamu mesti tak nak tengok adik dia bersedih. Ini hyung kamu bagi kat appa selepas kamu naik pangkat ejen rahsia sedunia. Kuatkan diri, Young Reen."pada hujung kata Tuan Kim hanya berbisik pada dia.
2 pucuk surat yang tadi diberi kepada dia dipandang dengan pandangan kosong. Tuan Kim sudah lama berada dari situ.
2 makam itu dipandang lagi sekali.
"Ada masa aku datang lagi. Annyeong..."dia berlalu pergi dari situ.
Sebuah kereta lain berselisihan dengan kereta Young Reen. 3 figura keluar daripada kereta itu dan mendekati 2 makam tadi.
Seorang lelaki berlari kearah makam itu. Hampir gugur jantungnya bila melihat kakak kembarnya meniggal.
"Taehyung-na..."panggil Puan Kim ibu Taehyung.
"Wae...WAE?! wae, noona tinggalkan Tae macam tu je? Kenapa noona tak bagitahu Tae yang noona masuk tentera?!"perasaan kecewa mula menguasai dirinya.
Tuan Kim, bapa Taehyung mendapat panggilan daripada kawannya. Dia mengangkat panggilan itu.
"Hello? Ah, nae."
"..."
"Nope, aku tau. Kita berdua senasib. Kau hilang anak kau aku pun sama. Boleh tak kita cakap lain kali. Aku kesian tau tengok anak aku tu. Tak tau apa-apa...nak bagitau tapi tak sampai hati."
"..."
"Hm, annyeong."
Tuan Kim mematikan panggilan kemudian mendekati isterinya. Pandangan mereka berdua menjadi sayu apabila melihat anak bongsu mereka melutut di hadapan makam kakak kembarnya.
Taehyung memandang makam bersebelahan makam kakaknya. Terdapat gambar seorang lelaki dengan uniform lengkap tentera.
Tangannya digenggam erat. Dalam hatinya tertanya-tanya makam siapa bersebelah kakaknya itu. Dia ternampak satu tulisan dibawah gambar lelaki itu.
"Kim Hyun Nam"
'P. Ketua 1 pasukan gerhana bulan'
Matanya beralih kepada gambar kakaknya. Perkara sama dia buat melihat tulisan dibawah gambar itu.
"Kim Taerin"
'P. Ketua 2 pasukan gerhana bulan'
'Kalau diorang berdua penolong ketua... Siapa ketuanya?'soal Taehyung dalam hati.
Pada masa yang sama, seorang perempuan berdiri di kawasan padang menembak. Patung dihadapannya masih baru dan setiap bulatan pada patung itu mempunyai target.
Pistol dihala kearah patung itu kemudian...
Bang!
Bang!
Bang!
Bang!
Bang!
5 das tembakan dilepaskan tepat pada bahagian dada dengan kepala. Dendam dia terhadap seorang makhluk bernama Soo Hyun Ju sangat kuat.
'Aku janji kau akan dapat balasan lagi teruk daripada apa kau buat kat orang yang aku sayang. Aku janji. '
~~~
"Ejen 005, pihak atasan nak jumpa kau."kata salah seorang ejen bawahannya.
Young Reen tidak banyak bertanya terus bergerak ke bilik pihak atasan. Selepas mengetuk pintu pejabat itu dia dengar orang menyuruhnya masuk.
Masuk sahaja dalam pejabat itu terdapat 8 orang pihak atasan. 5 lelaki 3 wanita dan orang yang duduk ditengah-tengah sudah tentu bapanya sendiri.
"Ini misi kamu yang terbaharu..."
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro