Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

three

Jiyun's pov

Tempat permakaman
[betul ke tu😂 aku taram je tu]

Aku hanya pandang makam omma dan appa aku, aku dah tak mampu lagi nak menangis. Dah 5 tahun berlalu. Sungguh aku sangat rindukan mereka.

"Omma dengan appa jangan risau ya, jinhyuk janji hyuk akan jaga jiyun", ayat itu sahaja yang selalu oppa ungkapkan setiap kali datang ke sini. Aku tahu aku dah banyak menyusahkan dia.

Kami pulang ke rumah semula, aku masuk ke dalam bilik aku untuk menukar pakaian aku. Selesai tukar kepada pakaian yang lebih selesa, aku galas beg laptop aku dan keluar dari bilik aku.

"Jiyun nak pergi mana ni?"

"Oh, nak pergi cafe. Nak cari maklumat untuk next assignment"

"Oh ok. Elok2 jalan tu"

"Nae oppa", aku terus keluar menuju ke lift rumah aku. Sebaik sahaja sampai di bawah, aku terus berjalan hingga keluar dari kawasan rumah aku dan menuju ke Choco's Cafe.

Choco's Cafe

Aku membuka pintu dan suasananya masih sama seperti selalu. Tak ada apa pun yang berubah, muka yang sama juga. Hanya aku dan sekumpulan lelaki dan ada juga 2 3 orang yang menikmati minuman disitu.

Aku menuju ke tempat biasa yang aku duduk. Owner cafe itu juga menghampiri aku untuk mengambil order aku.

"Harini cuaca agak sejuk. So, hot chocolate?", dia pun dah tahu apa yang aku akan order kalau cuaca2 macam ni. Aku hanya senyum segaris dan mengangguk.

"Makan? Ice cream cake?", aku mengannguk lagi. Dia memang dah tahu apa yang aku akan order so yeah.

Bila dia dah pergi, aku membuka laptop untuk mencari maklumat assignment aku. Ya, aku memang suka buat sorang2. Aku tak suka buat dengan orang lain, konon2nya study group tapi bila dah berkumpul hampeh satu hape pun tak jadi.

Lagipun memang takkan ada sesiapa pun yang akan pilih aku sebagai teammates mereka. Aku pun dah biasa buat kerja sorang2. Order aku sampai dan aku menghirup sedikit hot chocolate yang aku order, rasa dia tak pernah berubah.

End jiyun's pov
.
.
.

Seungwoo's pov

Dia datang lagi, aku hanya mampu memerhati dia dari jauh. Aku tak pernah bosan tengok dia, dia cantik. Tapi seungyoun ada bagitahu aku yang dia agak dingin orangnya.

"Hyung, kalau suka sangat pergi je tegur. Tak payah duk usha dari jauh", sebuklah hangyul nih.

"Haah lah hyung, aku sokong apa yang hangyul hyung cakap tu. Apa kata hyung pergi tegur dia", sokong minhee.

"Taknak ah"

"Hyung ni, cuba jadi gentleman sikit", ey junho ni kan kalau sehari tak mencabar aku tak sah.

"Kalau dia tak layan aku macam mana?"

"Hyung, benda tu hyung tolak tepi dulu hyung. Pergi je lah tegur dia alahai itupun nak kena ajar ke?", sejak bila hyeongjun ni macam ni ha? Siapa ajar budak ni cakap macam ni dengan aku ey.

"Hyung, come on ni tahun 2020 hyung. Jangan malu2 jangan segan2, kalau hyung tak tegur dia sampai bila hyung nak usha dia macam ni? Kalau dia tahu ha nanti dia ingat hyung ni pervert, kami tak nak masuk campur eh kalau dia dah anggap macam tu. Belum cuba belum tahu hyung", betul jugak apa yang wooseok cakap tu haih.

Aku dah tak boleh tahan, aku nak jugak cuba bercakap dengan dia. Dingin tak dingin lantaklah, aku kumpul keyakinan diri aku. Dengan perlahan aku melangkah mendekati dia.Fuhh nervous do.

Ni first time aku cuba approach yeoja, selalunya yeoja je yang selalu nak dekat2 dengan aku. Aku berdiri belakang dia sekejap, pergh nervous dia lain macam. Padahal nak tegur perempuan je pun, kau tak boleh macam ni seungwoo. Kau lelaki, please lah jadi gentleman.

Aku berdiri betul2 sebelah dia, mungkin dia rasa macam ada orang berdiri sebelah dia. Dia mendongak ke atas, dan ya aku terpegun sekejap. Depan2 makin cantik do alahai, sabar seungwoo sabar. Dia pandang aku dengan wajah yang kosong.

"Hi"


Erm dia senyum segaris je dekat aku. Kalau perempuan lain semua dah cair tau kalau aku tegur, takpe2 aku cuba. Tapi betullah cakap seungyoun, dia seorang yang dingin.

"Saya nak duduk sini boleh?", dia hanya mengangguk perlahan tanpa memandang aku. Ish dia taknak ke tengok muka aku yang handsome ni?

"Tengah buat assignment ke?"

"Taklah, tengah buat kuih ni", main kasau eh yeoja ni. Aku gosok belakang tengkuk aku.

"Hi, nama saya Han Seungwoo. Saya chingu kepada owner cafe ni, selamat berkenalan!", dengan gembiranya aku perkenalkan diri aku dan aku cuba salam dia tapi dia-

"Ouh ok", dia sambung fokus pada laptop dia. Aish susah lah dia ni, perkenalkan lah diri balik. Aku tunggu jugak tapi dia macam tak layan aku je.

"Nama awak?"

"Lee Jiyun", dia jawab tapi tak pandang aku. Betul2 dingin dia ni, jawab pun sepatah sepatah je.

"Ouhh, cantik nama. Macam orangnya"

"Em", weh pergh luar jangkaan aku betul reaksi dia ni fuh. Kalau yeoja lain dah happy tahap gaban dah tau.

"Umur awak berapa?"

"22"

"Ouh, saya 26"

"Ouh", astagaa bantulah aku huwaaa.

"Sorry lah kacau awak, sambung buat kerja. Jumpa lagi nanti bye", aku terus bangun. Dia langsung tak hiraukan aku pergh lain macam dia ni. Aku terus pergi kat kawan2 aku.

"Amacam hyung? Ok?", kata eunsang yang dari tadi duk sebuk mengusha aku dari jauh. Ey budak ni.

"Tak berapa okay ah"

"Aik asal hyung? Dia tak layan ke? Tapi kenapa eh? Hyung tak cukup handsome lagi ke macam mana? Tak cukup lagi ni asam garam dekat muka hyung tu", ey aku lah yohan ni kang ada makan kasut aku ni.

"Eh eh kau jangan nak merepek eh. Dah cukup dah asam garam dekat muka aku ni"

"Takpelah hyung, esok ada lagi. Try lah esok pulak eh", kata si eunsang. Bagus eunsang nih.

"Haih", aku hanya mampu mengeluh. Takpe2 esok ada lagi. Aku akan pastikan esok dia bercakap dengan aku dan mungkin jatuh hati jugak? Ahaks kita tak tahu masa depan kita nanti sis.

Eh apa aku merepek ni

Baru chap berapa aku memang dah takde idea😆

[✓]Votement

RandomTag:-

ippeoyobunnycherrypyoW00J1NPUMA_snowinmiraVMinhope716WROSLIDAWARASHIDyohanssssss

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro