L A P A N
aku suka kau
"SAYA suka awak."
"Tapi saya suka orang lain. Maaf."
Saat lelaki itu ingin pergi, dapat dirasakan tangannya ditarik. Dia tergamam.
"Jangan pergi. Saya tak dapat hidup tanpa awak."
"Aiko-chan..."
Skroot! Aku tarik hingus. Gila sedih komik yang aku baca sekarang. Sampai hati lelaki ni tolak Aiko-chan yang tak bersalah. Beberapa jam aku menghabiskan masa membaca komik dan novel, aku memilih untuk bermain telefon.
Hehe, sedangkan homework aku menumpuk tapi aku tak buat. Nantilah...
Aku lihat profile Aiman gambar dirinya yang sedang makan roti buat aku tersenyum. Aku jadi tertanya-tanya mengapa Aiman tidak dapat datang ke rumah Faiq semalam. Hari ini hari Ahad, pasti lelaki itu masih kerja di bakeri.
Apa aku jenguk sahaja? Tetapi sudah petang.
Sekejap sahaja, tak apa, kan? Lagipun aku risaukan Aiman.
__________________
AKU melihat Aiman yang sedang melayan pelanggan melalui kaca kedai bakerinya. Automatik senyumanku melebar. Dengan langkah riang aku masuk ke dalam bakeri menarik perhatian Aiman.
"Iman?"
Senyuman aku lemparkan ke arahnya. Aiman yang baru selesai melayan pelanggan, lantas menghampiriku. Aku tatap wajah Aiman, ada yang berubah. Wajah Aiman masih sama.
Namun mata itu seakan-akan menyimpan sesuatu.
"Nah, aku dah habis baca." Novel cinta aku hulurkan ke arah Aiman buat Aiman mengukir senyuman tipis.
"Terima kasih, Iman."
Beberapa minit kemudian, aku menuju ke tempat duduk. Menunggu pesananku. Sambil itu aku memerhati Aiman yang dengan cekap bekerja tanpa melakukan kekurangan. Aku suka lelaki seperti Aiman, berdikari tanpa harus bergantung kepada keluarga. Semuanya tentang Aiman, aku suka.
Aku tak perlu lelaki kaya raya, kerana Aiman seorang yang pandai berdikari.
Aku tak perlu lelaki yang tampan, kerana tidak semua hatinya sebaik Aiman.
Aku tak perlu lelaki yang kasar bicaranya, kerana bersama Aiman aku tak perlu sakit hati.
Aiman, Aiman, Aiman. Noktah, dia aku punya. Jangan ambil.
"Iman? Roti awak dah sampai," tegur Aiman yang perasan aku mengelamun dari tadi. Automatik lamunan aku terhenti.
Aduh, malunya. Dahlah depan crush.
"Aiman, teman aku makan boleh?" pinta aku buat Aiman mengangkat keningnya. Kebetulan tiada banyak pelanggan sekarang.
Aiman hanya mengangguk lalu duduk di hadapanku.
Lama kami berdua menyepi, aku mula memberanikan diri menatap Aiman yang sedang menatapku. Mata kami berdua bertaut buat seketika. Panjang kisahnya bagaimana aku boleh terpikat dengan mamat ni.
"Boleh kau cerita kat aku kenapa kau tak datang semalam?"
Aiman terkelu seketika. Lalu bermain dengan jari-jemari sendiri.
"Boleh ke, Iman?"
"Mestilah. Kau boleh cerita apa saja, aku akan jadi pendengar kau."
Tersenyum Aiman mendengarnya. Diurut belakang tengkuk kerana segan, tidak menyangka aku akan sudi mendengar masalahnya.
"Tak ada apalah, Iman. Cuma urusan keluarga."
Aku pasang wajah masam. Aiman tak nak cerita kat aku.
"Aiman, aku tahu pernah cakap sebelum ni. Tapi aku nak kau dengar sekali lagi." Terangkat kening Aiman mendengarnya.
Nafas ditarikku dalam-dalam.
"Aku suka kau. Kau boleh cerita apa sahaja kat aku, aku tak minta kau suka aku balik. Tapi kita kawan, kan? Mana ada kawan berahsia." Sekali lagi aku mengatakan suka walaupun aku tahu Aiman tu bodoh.
Aiman manalah faham maksud 'suka' yang aku cuba sampaikan.
"Apa yang istimewa dari saya, Iman? Saya ni mana ada handsome macam Faiq."
"Sebab kau tak handsome, ramai perempuan tak pandang tapi aku pandang."
Teringin aku nak lihat Aiman peka sedikit walaupun sekali.
__________________
Geram la dgn dua ekor nii 🙈
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro