Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

E M P A T B E L A S

semerah tomato

"HAI, Iman."

Aku yang mengantuk siapkan soalan Math, automatik segar bila Aiman depan mata. Seperti biasa, Aiman akan bawa roti yang masih hangat untuk dimakan. Aku makan roti yang dibawa Aiman.

Tak payah susah-susah aku beli roti kat kedai.

"Oh, ya... Aiman. Kalau aku nak tanya boleh?" Terangkat kening Aiman yang baru sahaja melabuhkan duduk.

"Tanya je Iman, saya dengar."

Aku mengunyah roti terlebih dahulu dan telan, kang tercekik malu je depan crush.

"Kau betul-betul akan pindah dari sini?" soalku. Sejujurnya, aku sedihlah juga. Tapi takkanlah aku nak nangis depan Aiman.

Aiman terdiam seketika. Lalu lelaki itu mengurut belakang tengkuk sambil menatapku. Tidak lama itu, aku mendapat anggukan daripadanya.

"Maaf Iman, sebab tak dapat bersama dengan awak lebih lama. Faiq juga. Tapi ibu yang menginginkannya, tak mungkin saya mampu tolak." Terselit kesedihan dalam nada Aiman.

Aku tahu Aiman pasti rindukan kasih sayang seorang ibu. Aku tidak boleh membantah keputusan yang Aiman buat. Aku siapa untuk halang Aiman? Hanya Aiman yang dapat membuat keputusannya sendiri. Dan aku harus menerima dengan hati terbuka.

Walaupun pahit.

"Tak apalah, Aiman. Setiap permulaan ada perpisahan. Aku cuma sedih sikit je, mana ada kawan yang gembira yang kawan dia akan pindah." Sebenarnya aku sedih gila, semalam aku nangis habis dua kotak tisu. Tapi jangan beritahu Aiman, buat malu je huhu.

"Jadi sebelum ni kau tak dapat datang rumah Faiq untuk latihan speaking, semua ada kaitan dengan ibu kau?" Aiman hanya mengangguk.

"Masa tu saya baru tahu yang ibu kahwin lagi."

Aku hanya mengangguk sahaja. Aku yang mendengarnya sahaja sedih, tapi Aiman pasti lebih sedih.

"Tapi ibu terlihat bahagia. Ibu bahagia dah cukup." Tersenyum Aiman mengatakannya buat aku sedikit terkesima.

Aku tatap sahaja wajah Aiman sehingga Aiman sedar tatapanku. Senyuman aku hadiahkan buat lelaki itu. Tahun depan, pasti aku tidak dapat melihat Aiman. Melihat Aiman berbuat hal-hal yang bodoh, melihat perangai Aiman yang kekanak-kanakan, melihat Aiman dan Faiq yang tertawa mengusik aku.

Aku pasti akan amat merindukannya.

"Aiman."

"Ya, Iman?"

Benar-benar, aku harus melepaskannya.

"Aku doakan kau dapat ramai kawan baru di tempat yang baru, hidup kau dikelilingi orang-orang yang baik, senyuman bahagia tak lepas dari bibir kau, kau dapat membanggakan kedua ibu bapa dengan pencapaian kau dan... ada seseorang yang kau cintai." Hujung kata agak menyakitkan untuk kusebut.

Tetapi, perasaan mana boleh dipaksa.

"Te... terima kasih, Iman." Aku mengangkat keningku apabila sedar dengan perubahan wajah Aiman. Aiman mengalihkan pandangannya tidak memandang aku, telinga lelaki itu jelas kemerahan.

Automatik wajahku membahang panas. Aku tak begitu bodoh untuk menangkap reaksi Aiman.

"Err... Aiman."

Aiman terus berdiri tegak. Aku tersentak kecil, dapat kulihat wajah Aiman yang merah seperti tomato.

"Sa... saya... saya lupa! Saya nak pergi tandas tadi!"

"Oh... pergilah. Ha... hati-hati." Aku pun blur apa yang aku cakap ni. Aiman terus berlalu pergi begitu sahaja.

Aku laju menekup wajahku dengan buku teks yang tidak kusukai. Apa yang tadi kulihat?

Aiman suka aku ke? Tak mungkinlah...

__________________

Apa jdi nii 🙈😚❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro