Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

D U A B E L A S

mengintai aiman

HIDUP aku seperti biasa, menghadap buku-buku tercinta namun bukan buku teks. Sampai sekarang aku bertepuk sebelah tangan disebabkan crush aku tu tak sedar-sedar lagi yang aku ni suka dia. Dia anggap suka aku tu sekadar suka antara kawan.

Hatiku sangat sakit. Sakitnya sampai ke hati. Okay, stop.

Tapi sudah dua hari Aiman tak hadir. Aiman tu selalunya happy datang sekolah, tu pun sebab nak sedekah makanan kat guru-guru dan kawan-kawan dia. Termasuk aku dan Faiq yang asyik makan free tak berbayar. Hehe, bestnya...

"Faiq oh Faiq, kau tak nak tanya Aiman ke? Dia tak hadir dua hari." Aku kacau Faiq pada waktu rehat.

Bekal Faiq hari ni, nasi pattaya, sate ayam, cucur udang, buah anggur dan susu coklat. Aku pun terliur tengok, dah macam kat kedai makan bekal Faiq.

"Kaulah tanya," jawab Faiq acuh tidak acuh. Dia mencicah cucur udang tersebut dalam sos yang dibawanya. Dimakan depan aku tanpa rasa bersalah.

Aku meneguk liur. Sudahlah aku tak bawa bekal hari ini. Faiq ni sengaja nak menunjuk ke apa? Sabar, sabar, puasa separuh hari jelah aku walaupun tadi aku minum air kantin.

"Minta sate ayam tu, sikit je..." pinta aku mencuba sahaja. Mana tahu Faiq beri dengan senang hati.

Tak jadi aku nak puasa separuh hari.

"Satu je." Bersinar-sinar mata aku. Nampaknya aku dah berjaya jadi gadis shoujo.

"Thanks, Faiq!"

__________________

"HARI ni bakeri Aiman tutup la..." kataku kepada Faiq. Berjaya juga aku heret Faiq teman aku untuk bertemu Aiman.

"Kau ada mesej, call?" Aku angguk sahaja dengan pertanyaan Faiq.

"Tapi Aiman tak jawab."

Faiq melihat ke arah Aiman yang baru keluar dari bakeri. Sebenarnya rumah Aiman dalam bakeri.

"Weh, Iman. Sini-sini," ajak Faiq. Aku pun apa lagi, setuju nak mengintai bersama Faiq.

Dari belakang pokok aku memerhati Aiman sedang berhadapan dengan seorang wanita bertudung. Terlihat mereka membicarakan banyak hal mengundang tanda tanyaku. Tidak lama itu, wanita bertudung tersebut memeluk Aiman dengan erat.

Faiq berpaling menatapku.

"Kau rasa macam mana?" soal Faiq buat aku jadi menatapnya juga.

"Aiman pasti ada sebab. Aku pasti..."

"Ildeohagi ileun gwiyomi."

"Ideohagi ineun gwiyomi."

"Samdeohagi sameun gwiyomi gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi."

Aku memandang Faiq yang menundukkan wajahnya, menahan malu yang teramat. Telefon Faiq berbunyi menandakan ada panggilan. Tetapi... apa benar Faiq memasang ringtone itu?

Yang menghubunginya ialah ibu, lantas Faiq menekan butang merah. Pasti ibunya marah nanti bila dia balik.

"Faiq, aku tak sangka kau ada sisi comel juga. Hehehe."

Selama ni Faiq suka sakat aku, kali ni biar aku pula.

"Bo... bodoh! Mana ada!" Merah wajah Faiq mendengarnya.

"Elele, muka kau merah tu."

Telinga Faiq merah, comelnya. Heheh.

"Iman... Faiq?"

Ah, aku lupa yang kami berdua tengah intai Aiman. Ni semua salah Faiq pasang ringtone Gwiyomi.

__________________

Hahaha kantoi kena intaii 🙈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro