Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

twelve

pada waktu rehat , jaemin sudah berusaha untuk memujuk jeno tetapi jantan dingin itu masih saja kelihatan marah pada nya . jaemin semakin buntu dan tertekan kerena jeno . ia tidak tahu harus membuat apa lagi untuk mereda kan jeno .

akhirnya jaemin mengikut jisung untuk makan di kantin . pada mula nya ia mahu meneman jeno di kelas tetapi jisung tidak habis habis memaksa nya untuk meneman jisung makan di kantin . jadi jaemin hanya pasrah dan mengikuti sahabat nya itu .

"kenapa jeno tu , lain macam je dia harini kenapa eh" ujar jisung memecahkan keheningan .

jaemin hanya termenung sambil menguis nguis makanan nya . pertanyaan jisung pada nya tidak tertangkap oleh pasangan telinga nya .

"woi !" jisung menghentak meja makan sedikit kuat untuk membangunkan lamunan jaemin .

"a-apaa ?" jaemin tersedar .

"kau ni kan..geram betul la aku . aku tanya tadi kenapa korang gaduh ?" jisung memandang jaemin tajam .

"ahh emm ak-aku..hm tak gaduh pun . cuma..mungkin dia takda mood kot harini" kata jaemin terbata bata .

"ingat , kalau ada masalah jangan masing masing nak agungkan ego tu ya . karang sebabkan ego tu musnah sesebuah hubungan" kata jisung .

kata kata jisung itu tertusuk , tertanam di dalam hati jaemin . kenapa ia terasa ?

"hm , aku takda selera nak makan..sorry aku nak merayap dulu" ujar jaemin sebelum dia meninggalkan jisung yang terpinga pinga itu .

"haiyaa budak tu memang laa" jisung menggeleng kepala nya .

jaemin makin lama menjauhi kawasan kantin yang sangat riuh rendah itu . dia berjalan menuju ke padang sekolah iaitu tempat yang sangat indah bagi nya . jaemin duduk di sebuah bangku bawah pokok sambil menikmati angin sepoi sepoi yang menerpa kulit putih nya itu .

disekitar kawasan itu jarang pelajar lain lalu lalang disitu pada waktu rehat . jadi disebabkan itu jaemin selesa berada disini sekarang . tidak ada bunyi yang bising . hanya bunyi kicauan burung yang mencicit .

sedih , kecewa , marah...

itu perasaan yang bercampur bauk dirasakan jaemin sekarang ini . tiba tiba pandangan mata nya tertumpu ke dua orang yang sedang bermesra mesra . lebih tepat lagi mereka sedang berseronok .

jaemin cam dua orang itu . jeno dan renjun . jaemin seakan akan tak percaya melihat jeno tersenyum , tergelak bersama dengan renjun .

kelopak mata jaemin menjadi bahang , memanas serta bertakung air nya . seboleh boleh nya jaemin menahan diri nya dari menangis . jaemin cemburu .

kenapa bila dengan diri nya jeno tidak seperti itu ? bahkan jeno seperti tidak menyukai diri nya lagi . adakah jeno sudah tawar hati dengan nya ? adakah diri nya sangat membosankan sehingga jeno tidak menyukai nya ? adakah dia berlaku annoying pada jeno ? itu yang jaemin fikirkan sekarang .

overthinking . ya jaemin sedang overthinking . pemikiran nya menjadi negatif . tumpuan nya tidak teralih pada kedua orang itu .

makan sambil suap menyuap , gelak tawa sambil bertepuk tampar walaupun jaemin tidak tahu apa yang kelakar .

pertahanan nya sudah roboh , jaemin menangis tersedu sedu kerana dia melihat jeno memeluk renjun . nampak dari sudut mata nya , mereka berpelukan dengan sangat erat . jaemin memperhatikan kedua orang itu sehingga mereka hilang di dasar pandangan jaemin .

disaat jaemin rapuh begini , tiada siapa siapa pun yang datang pada nya . tiada siapa ada disamping nya ketika jaemin sedang sedih . jaemin memerlukan jeno sekarang ini . dia merindui sosok jeno yang sebenarnya benarnya .

bunyi loceng berbunyi kuat menandakan tamat nya waktu rehat . jaemin ingin ponteng kelas sehingga waktu balik . dia sangat ingin rehat dan tidak ingin untuk bertemu dengan sesiapa selain jeno .

- Stuck With You -

jisung merisaukan keberadaan jaemin sekarang ini . sejak habis waktu rehat tadi jaemin tidak masuk ke kelas . jisung sudah bertanya pada jeno dan lelaki itu jawab acuh acuh sahaja . jeno sibuk berborak dengan renjun .

waktu pulang jisung mendekati jeno yang sedang berjalan bersama dengan renjun .

"jeno !" panggil nya dengan nada yang sedikit tinggi .

"apa"

"kau tak risau ke eh dengan jaemin ? dia pakwe kau kot lepastu kau dah tak hiraukan dia langsung harini ? kau dah kenapa ni , siapa yang bagi kau nasi kangkang ni . budak baru ni ke yang bagi ?" jisung menjeling renjun .

"jaga bahasa" datar jeno .

"kau tau tak yang jaemin tak habis habis fikir pasal kau sejak dari tadi lagi . korang tak bertegur sebab ego kau ! kau tak kesian ke dekat jaemin tu ? dia sanggup mengalah demi kau , dia sanggup jalan kaki pergi sekolah sebab kau tinggal dia . even jauh dia tetap sanggup berjalan kaki juga pergi ke sekolah . boyfriend jenis apa kau macam ni ? tak pasal pasal dia datang lambat sebab kau ! and dari rehat sampai sekerang dia menghilang , kau memang langsung tak kisah ke apa yang jadi ?! apa yang kau buat , berborak borak borak dengan budak pendek sebelah kau tu . apa kau ingat aku taktahu masa rehat tadi kau berdua sama sama dekat padang ? kalau jaemin tengok korang berdua macam tu , kau tak fikir ke apa yang dia rasa ? dia akan kecewa tengok kau . terus terang la aku cakap dengan kau..kalau kau dah tak suka dia , dah tawar hati dengan dia . better aku nak kau break dengan dia . aku tahu bunyi nya macam sibuk jaga tepi kain korang , tapi aku as kawan jaemin aku taknak tengok kawan aku terluka macam tu . kalau kau couple dengan dia semata mata nak mempermainkan perasaan dia , kau stop sebelum aku naik angin . berseronok seronok la kau dengan budak mentah ni" bebel jisung panjang lebar .

nafas nya termengah mengah , memang sekarang ini dia sangat marah pada jeno kerana lelaki itu benar benar menaikkan darah nya . dia menjeling renjun dengan tajam lalu meninggalkan jeno yang terkesima .

jeno baru tersedar , dia cuba memahami dan mendalami ucapan jisung yang panjang lebar itu . ada betul nya juga apa yang jisung katakan . ah..ego nya terlalu tinggi sehingga menyakiti perasaan seseorang yang dia sangat cintai .

"mamat tu dah kenapa datang datang terus bagi ceramah macam esok dah nak kiamat , huh" kata renjun pelan .

"jom balik" jeno berjalan mendahului renjun .

dia ingin meminta maaf kepada jaemin di rumah . ya , dia mula merasa bersalah dengan apa yang terjadi . tidak seharusnya dia perlakukan jaemin sebegitu .

"jen..tunggu laa" renjun berlari anak menyusul jeno .

renjun menumpangi jeno pulang kerana kebetulan jalan mereka searah . renjun tidak habis ingin berbual dengan nya di sepanjang perjalan tetapi jeno hanya berdehem kecil . kata kata jisung masih terkesan dan tergiang ngiang di kepala nya .

sesampai sahaja di kediaman renjun , jeno terus saja berlalu pergi tanpa mengucapkan apa apa pada renjun . jeno ingin lekas pulang dan berjumpa dengan jaemin .

- to be continue -

update before exam uasa tommorow ☝🏻

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro