four
selepas tamat waktu persekolahan , jeno dan jisung membantu jaemin untuk berjalan keluar ke sekolah . keadaan jaemin sekarang bertambah baik akan tetapi dia sedikit sukar untuk berjalan .
walaubagaimanapun tetap ada banyak luka yang menghiasi lengan dan muka jaemin . mujur rasa sakit di seluruh badan nya semakin berkurangan .
kini jaemin sekarang bersama kedua lelaki yang sudi membantu nya sejak dari tadi . mereka duduk di bus stop .
"jisung balik naik apa ?" tanya jaemin .
"aku balik dengan bas hehe , so kena tunggu bas datang laa kejap lagi . kau okay ke kalau aku tinggal kau ?"
"eh takpe takpe , aku okay je" kata jaemin riang .
"betul ni eh ! aku risau karang tiba tiba jadi apa apa dekat kau nanti haa . kalau kau nak aku tunggu kau sampai kau balik boleh je , nanti nanti aku balik jalan kaki jela" ucap jisung lebar .
"eh kau tak payah nak mengada ngada eh , aku tak apa apaa la kalau sorang sorang pun . bukan nya kecik lagi park jisung oi"
"hehe okey laa kalau macam tu , haa tu bas aku dah sampai . saya gerak dulu yaaa" jisung memeluk jaemin sekilas sebelum dia menaiki bas .
jaemin melambaikan tangan nya kepada jisung yang telah duduk di tepi tingkap . jeno dari tadi hanya diam dan memerhatikan mereka berdua .
"eh jeno , kau kat sini lagi..ingatkan dah balik" terkejut jaemin apabila terlihat jeno disebelah nya yang sedang memandang tajam ke arah nya .
"aku dari tadi kat sini , baru kau nak perasan" muka jeno memasam .
"hehe maaf yaa , tak balik lagi ke ?"
"tak , aku nak tunggu kau"
"eh , nak balik balik jela aku okay je sorang sorang kejap lagi ni mak ayah aku dah sampai la tu"
"diam la ko , aku kata nak teman kau so jangan nak bising bising"
jaemin hanya terkekeh kecil mendengar celoteh jeno yang bagi nya agak comel . jeno seperti memarah nya tetapi jaemin tahu perangai jeno memang sebegitu .
daripada penceritaan jisung padanya , jeno orang nya sangatlah dingin dan datar . hati jeno juga begitu keras dan sukar untuk mengasihanikan orang disekeliling nya .
"terima kasih jeno sebab kau sudi tolong aku , macam
macam kau dah buat untuk aku . aku taktau macam mana nak balas jasa kau" kata jaemin sambil tersenyum .
"kalau macam tu kau kena ikut satu permintaan aku , itu dikira jasa kau dah terbalas la tu"
"okay apa permintaan kau ?"
"let me be your boyfriend" jeno membisik di telinga jaemin .
"wh-what..?" jaemin hampir separuh hidup apabila jeno sekarang seperti sedang meng confess pada nya .
"aku suka kau , itupun tak faham lagi ke ha" mata kecil jeno memandang jaemin .
"tapi kau kan dah ada girlfriend ?"
"who said ? karina girlfriend aku ? tch..betina tu berangan kosong je jadi girlfriend aku . aku tak pernah langsung anggap dia girlfriend aku" kata jeno .
"oooh" jaemin terdiam .
"so macam mana ?"
"hm..tapi aku tak ada perasaan yang macam kau rasa dekat aku" jaemin menunduk .
"pasal tu kau jangan risau sangat , aku akan buatkan kau fall in love dekat aku" kata jeno dengan sangat mendalam .
"hm.."
"tak ada penolakan , mulai dari sekarang kau dah rasmi jadi boyfriend aku"
"eh" jaemin terpinga pinga .
"aku janji , aku akan jaga kau elok elok , i will give u a lot of love so much" jeno meraih tangan jaemin dengan lembut dan mengusapnya .
jaemin memandang air muka jeno untuk mencari keikhlasan yang tulus . ternyata tiada erti bohong yang jaemin nampak . jeno memang sedang bersungguh dan serious .
"okay" jaemin tersenyum kecil .
jeno juga turut tersenyum sampaikan mata nya menghilang . jaemin terkebil kebil melihat jeno tersenyum .
ini kali pertama dia melihat jeno tersenyum dan senyuman jeno meluluhkan hati jaemin .
"give your number" jeno memberikan phone nya pada jaemin .
jaemin mengangguk kecil lalu menaipkan nombor telefon nya . setelah selesai dia memberikan balik telefon jeno .
"thanks sayang" jeno mengusap lengan jaemin .
pipi jaemin merona kemerahan dan membahang apabila jeno berkata sayang . dia menunduk dan tidak mampu untuk memandang lagi wajah jaemin .
"cute" jeno .
tiba tiba sebuah kereta diparking hadapan jaemin . jaemin segera bangun .
"jeno , mak ayah aku dah sampai" kata jaemin .
"oh okay , kalau macam tu elok elok balik" jeno melambai kecil .
jaemin menggangguk kecil lalu melambai pada jeno juga .
- to be continue -
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro