Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Talk 5 | Penulis tiada masa depan ?

For you information ye adik-adik sekalian, ( Ceh macamlah aku ni akak sangat 😂 lepas PT3 pon belum) menaip cerita ni bukan sebagai isi masa lapang, tetapi sebagai kerjaya. Dulu aku pun paling benci nak tulis karangan or taip cerita sebab apa ?

BOSANNNNNNN *amazing background sound*

Betul tu ! Bidang penulisan adalah sangat membosankan dan memenatkan. Asyik nak kena fikir idea je kerjanya.

Tapi sejak aku terjebak dalam dunia oren ni, aku mula suka menulis. Karangan aku....peh mereciksss ! 25 ke ataslah. Tak riak eh ʕʘ̅͜ʘ̅ʔ. Aku mula minat dengan segala novel, buku cerita or surat khabar. Donno why surat khabar termasuk sekali.

Aku mula anggap yang menulis ni fun and aku nak kembangkan lagi benda ni. Mulalah dari situ terdetik dihati kecil ni, aku nak jadi seorang penulis.

Aku suka melukis juga tapi bila makin dewasa, aku banyak jumpa orang baru dan orang baru tu pula lebih hebat melukis membuatkan aku rasa down sampai terjelepuklah. Jatuh golek-golek bila aku tengok dia melukis. Pudar terus harapan aku nak jadi pelukis.

Padahal aku dari kecil nak jadi pelukis tapi disebabkan seorang, impian tu terus hilang. Mungkin menulis bidang aku. Mungkin aku boleh jadi penulis terkenal satu hari nanti.

Siapa tahu ?

Sokonglah saya dari bawah hingga ke puncak. Bimbing saya ke arah kejayaan bukan ke arah kegagalan. Jika kita berusaha, mungkin kita akan gagal tetapi selepas kegagalan itu pasti kejayaan akan menanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro