Talk 3 | Ciplak
Actually tak kesah pun macam mana korang tulis fanfic or teen fiction or any genre tu. Yang betul-betul penting ialah cerita tu cerita yang bagus dan takda unsur copy lah ye.
Kalau copy kerja kursus orang pun boleh gagal, apatah lagi curi hasil kerja orang. Bukan kah berdosa itu ? Tak baik buat gitu hadik-hadik sekalian.
Tak kesah fanfic korang pendek ke panjang ke ayat berterabur ke, janji tak tiru orang. Kita dalam proses pembelajaran takpa kalau ada sedikit kesalahan.
Kita ni ibarat budak darjah satu yang selalu buat salah so stay cool guys. Kalau korang nak saya rate cerita korang bolehlah komen or pm tepi ye. InsyaAllah saya tolong. Nak minta promote pon boleh.
Tapi sebelum minta semua tu kene follow wattpad saya ni dulu supaya senang nak tag.
" Perjalanan kita masih jauh, setakat kesalahan kecil takkan jejaskan apa-apa. Ini semua masa pembelajaran kita "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro