Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

➹ l


Jeon Jungkook is on Vlive now!


"Annyeong~" Jungkook melambai tangannya di hadapan paparan skrin secara langsung sekarang. Dibaca komen-komen dari peminatnya sambil tersenyum manis menampakkan gigi arnabnya.

Kelopak matanya sesekali tertutup disebabkan gelak tawanya yang membaca komen lawak di antara mereka semua. Jungkook menepuk tangannya berkali-kali saat dia berasa gembira serupa bayi yang masih kecil.

Jungkook mula mencapai mic di atas meja studio miliknya. Suis dihidupkan kemudian dia membawa mic tadi di bibir. Pandangannya kembali tertumpu pada skrin.

"Ahh party party yeah~" sempat Jungkook menyebut ayat iconic nya.

"Yeoreobun... Make some noise!" bisiknya halus menggunakan mic di tangan. Makin naik komen-komen dari penggemarnya apabila mendapat tahu bahawa Jungkook akan membuat mini concert menyanyikan untuk mereka.

"For everyday i miss you,
for every hour i need you,
for every minute i feel you,
for every second i want you..."

Alunan suara lembut Jungkook yang indah itu membuaikan para pendengarnya. Matanya turut terpejam menghayati lirik yang dinyanyikan olehnya. Hanya beberapa baris sahaja, Jungkook berhenti menyanyi. Dia membuka mata sambil tersengih melihat komen peminat yang muncul di situ.

"Ahh... Lagu ni belum siap lagi yeoreobun... Hm? Seonmul? Geurae." Jungkook mengangguk-angguk kepalanya apabila salah satu komen naik. Bijak, pandai peminatnya meneka. Senyumannya tidak lekang di bibir.

"Ini bukan album tetapi hadiah untuk peminat semua. Saya akan usaha siapkan lagu ni dengan baik. Tunggu ya..." katanya lagi dengan jelas.

"Heartbeat? Ada lagu bertajuk heartbeat yang dibuat oleh kumpulan kami?" soalnya sendirian tatkala terlihat tajuk lagu yang diminta oleh peminat. Dia membuat muka pelik.

Jungkook mula mencari tajuk lagu heartbeat dan muncul di hadapannya. Sepasang matanya membulat. "Uh? Bwoya? Bwo-- mwoya???"

Apabila irama lagu itu terpasang, Jungkook menepuk dahinya kesal.
"Aaaaahh... Ada rupanya lagu ni? Saya betul-betul tidak tahu. Saya lupa ahahahaha!" Jungkook malu sendiri tetapi dia tetap teruskan nyanyiannya juga. Tidak lupa Jungkook masih menyanyikan beberapa buah lagu lagi khas untuk penontonnya. Antaranya Mic drop, paradise, 2! 3!,let go, pied piper,rain,film out dan banyak lagi.

Dua jam berlalu, fokus matanya masih membaca komen. Beberapa minit selepas itu, Jungkook menunduk seketika sebelum mengemam bawah bibirnya sekilas, cuba untuk menahan senyum.

Di situasi aku pula, aku menekup mulutku daripada terletus tawa. Mungkin Jungkook telah membaca komenku yang baru beberapa saat aku post tadi. 'JK sarang me ≧﹏≦' Ayat yang kami berdua gunakan.

Aku menongkat dagu memandang Jungkook di dalam paparan skrin laptop kepunyaanku. Tanpa sedar dia juga turut melakukan hal yang sama. Aku tersenyum kecil.


"Nado saranghae." balasnya dengan tulus.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro