stepbrother : the ending
" SAYANG mana necktie saya ? " Soal taehyung baru keluar dari bilik sejurus lepas memakai baju kemeja putih .
Jihyo yang sibuk menjurus pokok bunga yang sudah hampir layu diluar rumah bersegera menutup pili paip lalu bergegas masuk kedalam untuk sisuami yang memanggil .
Selepas sahaja tuan kim dan puan kim haewon bercerai . Keduanya sudah rasmi menjadi suami isteri atas sokongan puan kim jiwon . Omma taehyung yang menyediakan segala hal perkahwinan mereka .
Bukan itu sahaja , wanita itu juga sudah membelikan sebuah banglo untuk keselesaan anaknya dan menantunya serta cucu yang bakal hadir tak lama lagi .
Siapa kata , hidup mereka akan merana ? Setakat tuan kim yang sudah membuang mereka . Itu tak menjadikan satu sebab untuk mereka hidup merempat .
Dan takkan pernah terjadi kerana puan kim jiwon amat menyayangi satu -satunya anak lelakinya .
Jihyo menerpa kearah taehyung setelah necktie berwarna hitam telah dia ambil dari dalam almari tadi . Senyuman manis terukir . Suaminya sungguh kacak dengan berkemeja putih .
" My CEO husband ni kacak betul ye , awak jangan nak menggatal pula ye nanti ? Saya tau p.a awak tu perempuan beringat sikit yang awak ada saya " pesan Jihyo tegas sambil tangan ligat memakai kan taehyung necktie . Taehyung tergelak kecil , tahulah Jihyo sentiasa cemburu sejak dia menjadi CEO di syarikat ommanya .
Pinggang Jihyo dirangkulnya lembut .
" Aku tau lah nak jaga hati ni macam mana , selama ni kau je yang aku pandang .. takde perempuan lain yang istimewa selain kau . Faham ? "
Jihyo Tersenyum kecil . Pipi taehyung dicembungnya " nae arraseo , kerja elok -elok tau "
Taehyung mengangguk . Suit hitam tersarung dibadan , beg kerjanya dibawa .
" Omma awak datang ke nanti ? " Soal taehyung . Jihyo mengganguk dengan senyuman .
Ahh puan kim haewon , ommanya itu sentiasa melawat dia . Katanya rindu sangat dengan dia .
Dia bersyukur kerana hubungan dingin omma taehyung dengan ommanya sudah berbaik . Tidaklah keduanya bermasam bermuka seperti sebelum ni .mungkin sudah dapat menerima takdir .
Soal tuan kim , tidak tau lah dia keadaan orang tua itu bagaimana .
" Macam biasalah omma selalu datang melawat saya , rindu sangat anak dia yang cantik ni " ujar Jihyo dengan terselit nya pujian pada diri sendiri .
Taehyung tergelak besar .
" Yela sayang , kau cantik sangat . Takde siapa dapat lawan kecantikan kau , beruntung aku dapat memperisterikan kau "
Balas taehyung menambah perisa kemanisan dalam percakapan mereka . Jihyo tersengih suka , wajah taehyung ditariknya dekat .
Ciuman sayang dilabuh kan dibibir taehyung .
" Dah pergi kerja " ujar Jihyo tersengih jahat . Manakan tidak , dia baru sahaja sengaja mengulum bibir taehyung tadi .
Taehyung menjengilkan mata .
" Kau sengaja kan taknak bagi aku kerja ? "
Taehyung yang berura-ura untuk mendekat dengan Jihyo dihalang gadis itu .
" Hahahaha awak pergilah kerja sana tu nanti lewat ! "
Taehyung mengeluh . Jihyo memang nakal ! Sengaja menguji kesabarannya .
" Kau tunggu malam ni aku kerjakan kau sayang " balas taehyung tersengih sinis tapi lain yang dia dapat , jeliran lidah dari Jihyo yang nakal mengejeknya .
" Awak tak boleh sebab saya mengandung , kalau awak lasak sangat nanti saya gugur macam mana ? " Balas Jihyo sedia tahu Maksud lelaki itu tadi . Dia makin galak ketawa mengejek sebelum terdiam serta merta tatkala kata -kata taehyung tersangatlah bahaya untuk dia malam ni .
" Aku akan cium kau sampai puas sayang hahahaha siap sedia malam ni "
Ujar taehyung sebelum berlalu pergi dengan sengihan byuntae nya bergayut dibibir . Tahulah apa yang dia akan buat dengan gadis kesayangannya itu .
Jihyo mencebik kecil . Matanya memerhati taehyung yang sudah berlalu pergi dengan lambaian tangan .
Senyuman manis terukir .
Perutnya yang besar diusap secara bulatan .
Tidak menyangka taehyung yang dulunya abang tirinya kini menjadi suaminya . Sungguh takdir menemukan mereka berdua walaupun kejadian yang pahit perlu mereka tempuh sebelum menjadi pasangan yang bahagia seperti sekarang .
" Thank god for sending me the best man like kim taehyung "
THE END
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro