Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

stepbrother : requirement

" APPA pikir nak kahwin baru , harap kamu terima makcik song haewon jadi omma baru kamu "

Ujar tuan kim dengan senyuman tak lekang dari bibir . Anak lelakinya kim taehyung , hanya memasang muka yang dingin .

" Omma baru ? Huh stupid . Tae masih sayangkan omma Tae "
Kata tegas taehyung buatkan tuan kim terdiam .

Salah dia juga kerana bertindak curang . Sejujurnya dia lebih sukakan puan song haewon daripada isterinya sendiri . Disebabkan itu keduanya berpisah .

" C'mon Tae , past is past . Appa nak mulakan hidup baru .. kamu taknak tengok appa bahagia ke ? " Sekali lagi nada lelaki itu seakan -akan merayu pada anak lelakinya .

Taehyung masih lagi dengan wajah datarnya .
" Boleh , tapi ada satu syarat "

Tuan kim mulai Tersenyum . Walaupun bersyarat asalkan taehyung setuju dengan pilihannya .

" Tae taknak adik baru daripada benih appa dengan perempuan tu . Faham kan maksud Tae ? "
Syarat taehyung buatkan tuan kim terkesima .

" Syarat lain takde ke ? "

" Kalau tak boleh buat takpe , tak payah kahwin " balas taehyung senada . Senyuman kecil terukir tatkala wajah ayahnya bertukar keruh .

" Okay appa setuju dengan syarat tu . Malam ni ada dinner , appa nak Tae ikut appa kenal -kenal dengan bakal omma baru kamu "

Ujar tuan kim . Taehyung hanya mengganguk malas sebelum dia berdiri dari duduknya lalu berlalu pergi masuk kedalam bilik .

Tuan kim hanya menggeleng kepala melihat perangai taehyung . Dingin dan keras kepala , semua nak kena ikut kata dia sahaja .

Telefon bimbit dikeluarkan . Panggilan dibuat
" Hello sayang "

" Malam ni kita ada dinner okay ? Bawa sekali anak awak , boleh berkenalan dengan anak saya sekali "

Ujar tuan kim . Setelah mendapat jawapan dari kekasih hatinya , dia menutup telefon . Kaki bergerak masuk ke bilik baju .
Lelaki berusia itu ingin bersiap awal untuk malam ini . Memandangkan hari sudahpun beransur gelap .

Tidak sabar rasanya dia ingin memperkenalkan taehyung kepada bakal isterinya . Harap anak lelakinya suka dengan kehadiran perempuan yang digelar omma suatu hari nanti .



TAEHYUNG mengeluh berat . Baru sahaja appa dia bercerai , cepat sahaja jumpa pengganti .

" Tch omma baru ? Jangan harap kau akan dapat layanan baik dari aku "

Ujarnya dengan nada yang geram yang tertahan . Disebabkan wanita itu , appanya bertindak kurang matang dengan bercerai dengan omma kesayangannya . Sudah tentu dia tidak dapat menerima keputusan tu .
Dia sayangkan satu-satunya omma dia yang membesarkan dia dari kecil sampai sekarang .

Tapi Semudah itu tuan kim  memilih untuk  bercerai tanpa memikirkan perasaan dia .

TO BE CONTINUE ...


- it's already have 26 chapter in draft . If you want fast update , please click the button vote and leave some commenter . Thankyou ✨❤️ -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro