stepbrother : blind date
AWAL pagi lagi Jihyo dah nak keluar dari rumah dengan tanpa keizinan taehyung . Peduli apa dia ? Taehyung bukan suami dia yang dia patut taat
Dengan memakai baju crop top berseluar pendek berwarna hitam . Dia keluar dari rumah . Berharap ada jejaka yang akan buatkan dia terpaut hati .
Seperti biasa , dia membuat panggilan pada pemandu teksi yang sama menghantarnya tempoh hari .
Setelah beberapa minit , pemandu itu tiba didepan rumah . Laju gadis itu menerobos masuk kedalam , takut kim taehyung sudahpun bangun dari tidur .
Setibanya dia disebuah restoran mewah . Punggung dilabuhkan dikerusi . Dia memesan dua gelas air terlebih dahulu sebelum menunggu kehadiran lelaki blind datenya .
Bunyi derapan kaki yang menuju kearahnya membuatkan dia berpaling kearah sumber bunyi itu . Seperti didalam drama , terasa angin menampar deras mukanya . Rambutnya beralun dengan angin yang meniup deras .
Kehadiran lelaki itu memberikan impak yang besar .
Bersuit hitam , bertie biru . Lihat dari sebelah mata . Tampaknya lelaki itu adalah orang yang bekerjaya .
Tiba dihadapan keduanya membongkokkan sedikit badan .
" Annyeonghaseyo song Jihyo imnida "
" Ahn Hyo seop "
Balas lelaki itu dengan muka yang kosong .
Dilabuhkan punggung dihadapan Jihyo dengan muka yang kurang berminat .
" Wah ada Hyo . Nama saya pun Hyo hyo~ ada jodoh lah ni hahahaha " ujar Jihyo cuba berloyar buruk .
Lelaki itu hanya merengus kecil . Dengan selamba dia membuka phonenya lalu bermain game mobile legend. Serta merta Jihyo menjadi tunggul kayu disitu .
Jihyo mengetap gigi .
" Awak nak blind date dengan saya ke nak blind date dengan game tu ? "
Soal Jihyo seraya mengetap giginya rapat . Menahan rasa nak bunuh lelaki itu sampai mati .
Ahn Hyo seop mengangkat mukanya .
" Dah habis kan ? Aku nak balik . Lagipun blind date ni diaturkan oleh ayah aku so aku nak cakap yang aku tak suka kau "
Balas lelaki itu sebelum pergi meninggalkan Jihyo yang menganga mulut .
Carutan demi carutan dilemparkan pada lelaki itu dalam diam. Blind date pertama gagal , takpe ada lagi blind date seterusnya .
Blind date dijalankan seperti biasa . Tetapi Jihyo masih lagi terbayangkan orang lain .
" What ? Asal aku terbayang taehyung pulak ni ?!!! " Bebelnya geram . Manakan tidak ,hampir beberapa orang yang datang . Dia hanya terbayang kan taehyung . Gila ke ?
Ini dah masuk orang yang terakhir blind date dengannya . Dia harap menepati cita rasa dia .
Jihyo Tersenyum mesra .
" Annyeonghaseyo song Jihyo imnida "
" Kim gula imnida . By the way cantiknya bidadari depan saya ni " puji lelaki itu santai . Jihyo menyelitkan rambutnya kebelakang . Rasa malu pula bila dipuji sebergitu rupa .
Baru sahaja beberapa minit bercakap . Lelaki itu dengan beraninya menyentuh tangan Jihyo . Mengusap tangan gadis itu dengan lembut .
Jihyo Tersenyum kelat . Mahu sahaja dia menendang lelaki dihadapannya tika ini.
" SUAMI TAK GUNA ! " entah dari mana asalnya suara itu tiba -tiba seorang perempuan dengan membawa seorang anak datang menerjah mereka .
Jari ditunding kearah Jihyo .membulat mata gadis itu terkejut .
" Kenapa ni ? "
" Kau memang pelacur kan ?! Lelaki orang pun kau nak kebas ! "
Jerkah wanita itu . Jihyo terkelu . What ? Lelaki orang ?!
Belum sempat dia membalas . Air dicapai wanita itu lalu disimbah di muka cantik Jihyo .
" Tu balasan untuk pelacur macam kau ! Awak pulak balik sekarang ! Dah berbini pun masih nak menggatal ye ?! " Marah wanita itu sebelum mengheret suaminya keluar dari restoran .
Jihyo mengeluh berat . Dia berlalu keluar dari restoran dengan rasa malu yang menebal. Manakan tidak , semua memandangnya tak puas hati . Ini semua gara-gara wanita itu menuduhnya pelacur . Apalah nasib dia harini .. malang betul
TO BE CONTINUE...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro