Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

stepbrother | 0.42

Rin's

Flashback...

" Jangan, Jangan tinggalkan aku lagi "

Badan aku ditolak perlahan lelaki itu. Dia pandang aku pelik. Keadaan kami mula janggal.

Aku pun satu, yang pergi peluk dia tiba-tiba dah kenapa ?

" Jom masuk, aku tak nak buang masa kat sini lagi "

Katanya dia pun masuk ke kereta aku ikut serta.

Setelah itu dia pun memandu kereta, entah mana hala tuju. Yang pasti dia nak bawa aku kemana ?

Beberapa cucuk sosej dan bebola ikan aku ambil lalu melahapnya dengan rakus.

Lapar. Boleh dikatakan hampir 3 hari aku tak makan. Perut aku hanya berisi dengan air kosong saja.

" Kau nak bawa aku pergi mana ni "

"......"

Aku berdehem. Dia langsung tak jawab soalan aku. Hmm biarlah janji dia dah selamatkan aku pun dah cukup. Dia nak pulaukan aku pun tak apa.

Selepas aku dah kenyang mata aku pun mula memberat.

Tanpa aku sedar, aku dah terlelap lena.

.
.
.

Aku perlahan-lahan membuka mata aku apabila aku terdengar bunyi dari tv.

Kepala aku sakit mungkin sebab aku dah tidur terlalu lama.

Baru je aku nak bangun baru aku sedar yang aku kat katil, aku kat mana sekarang ni ?

Dan mana lelaki muda tadi ? Aku cepat-cepat bangun dan keluar dari bilik.

Ligat mata aku meliar mencari sosok lelaki itu. Dan ya dia sibuk di dapur.

Aku datang mendekatinya, nampaknya dia tengah buat ramen.

Dua paket...

" Hmm ada benda yang boleh
aku tolong ? "

" Kau tolong tengok, tu dah cukup membantu aku "

Katanya aku mengangguk, aku pun duduk dimeja makan.

Ada sesuatu yang menganggu aku, kenapa rumah ni bersepah sangat ?

Mata aku sakit bila tengok kesepahan kat rumah ni. Dengan putung rokok merata-rata, Botol soju dan makgeoli yang tak dibuang-buang.

Tak lupa juga baju-baju kotor dia bersepah-sepah kat lantai. Kasut ? berlambak-lambak dekat luar rak kasut.

Apa fungsinya rak kasut tu ?

Patut ke aku pelawa diri untuk bersihkan rumah dia yang serupa tongkang sampah pecah ni ?

Dengan segala keberanian yang berjaya aku kumpulkan aku pun datang ke arahnya.

" B-boleh aku kemas rumah kau ? "

" Tak. Jangan sentuh barang aku. "

" Aku benci bila orang sentuh barang milik aku "

Katanya tanpa berperasaan. Sedikit pun tidak dia toleh pandang aku. Tapi kenapa aku rasa ada aura kedinginan kat sini ?

" Tapi aku t- "

" Kau tak faham bahasa ke ? ke kau nak aku halau kau dari rumah aku ni baru kau nak faham ? "

Jawabnya panjang lebar, aku mati kata.

Kini wajah dinginnya menoleh memandang aku.

Aku menelan air liur kasar. Hanya anggukkan saja aku berikan. Aku melabuhkan punggung kembali ke kerusi meja makan.

Setelah 2 minit dia membawa dua pinggan mangkuk berisikan ramen.

Dia letakkan mangkuk dihadapan aku. Entah kenapa aku tak ada selera untuk makan sekarang.

Lagi-lagi perut aku sekarang ni sakit.

Lama aku tenung mangkuk tu , sampaikan aku tak sedar yang dia pandang aku.

" Makan "

" Mian, aku tak la- "

" Makan "

"....."

" Makan atau aku sumbatkan ramen tu dalam mulut kau "

" N-nae "

Angguk aku, aku cepat-cepat melahap ramen tu dengan rakus walaupun perut aku tidak mengizinkan.

Selepas satu minit aku kunyah cuba menghadam makanan yang aku telan, perut aku memulas dengan kencang.

Chopstick terjatuh dari tangan aku. Muka aku berkerut menahan sakit.

Aku ... tak boleh makan lagi.

" Aku dah suruh kau makan kan apa yang susah sang-- "

" U-werk ... ugh "

" M-mianhae "

Aku dah tak tahan lagi, belum sempat aku nak ke tandas memuntahkan semua isi perut aku.

Aku sudah memuntahkan dulu di meja makan. Habis meja makannya dipenuhi muntah aku.

Beberapa kali aku meminta maaf, tapi dia sedikit pun tidak balas wajahnya kosong saja.

Aku melarikan diri cepat-cepat ke dapur untuk mencari kain yang sesuai untuk aku lap tapi tangan kekarnya menahan aku.

" Pergi mandi, biar aku bersihkan semua ni "

" T-tap "

" Pergi sekarang "

.
.

Author pov

Setelah Rin selesai membersihkan dirinya, dia pun keluar dari bilik.

Kelihatan lelaki itu sedang membersihkan pakaian-pakaian yang dia meminjamkan kepada Rin.

Ligat lelaki itu memberus muntah-muntah dipakaian tu.

" Biar aku bersihkan "

Pelawa Rin, tetapi lelaki tu menolak. Dia menyuruh Rin berehat diruang tamu.

Nak tak nak Rin ikut perintah saja, nanti melawan nanti tak pasal-pasal kena maki.

Selepas 20 minit lelaki itu datang, Dia melabuhkan tubuhnya ke sofa dengan nafas tercungap-cungap. Penat.

Baru basuh baju belum buat kerja rumah lagi.

Air peluhnya merintik-rintik keluar.

" Kenapa kau bawa aku kat sini ? "

Akhirnya Rin membuka suara, Lelaki itu tertawa dia pandang wajah Rin dengan tidak percaya.

Seakan-akan soalan bodoh ditanya.

" Jadi aku nak bawa kau kemana lagi ? lagi pun kau tak ada tempat lagi kau nak pergi kan "

" Macam mana kau ta- "

" Tch aku dah kenal ramai orang macam kau kat sana, biasanya aku abaikan saja diaorang "

" Tapi entah kenapa, hati aku tergerak nak tolong kau hahaha "

Lelaki itu tertawa kecil entah mana lawaknya pun tak tahulah, Rin memandang lelaki itu kebingungan.

" Aku tau yang kau akan muak dengar aku cakap beberapa kali terima kasih kat kau. Tapi terima kasih, terima kasih sangat. Aku tak tahu apa yang akan jadi kat aku kalau kau tak ada "

Lelaki itu terdiam dia pandang wajah aku lama, jantung aku berdegup kencang .

Kenapa aku baru sedar yang dia ni kacak ? .

Kami berdua mendiamkan diri selama 10 minit, tiba-tiba dia membuka mulut.

" Aku Jeon Jungkook. Kau ? "

" Yang Yeong Rin "

" Nama kau cantik. Rin "

Puji Jungkook, jantung Rin berdegup kencang. Ini baru pertama kali ada orang memujinya.

Dan bermula dari situlah, mereka berdua hidup berdua sampailah Rin mempunyai duit untuk menanggung hidupnya.

Rumah itu menjadi saksi kisah mereka berdua.

Pelik. walaupun mereka hidup berdua selama 3 tahun. Mereka tidak pernah ada hubungan istimewa. Hubungan mereka cumalah memuaskan nafsu masing-masing.

Pelik bukan ? tapi yang memulakan hubungan itu bukannya Jungkook.

Tapi Rin sendiri merelakan dirinya dahulu.

Sebab apa ? sebab cinta bodohnya terhadap Jungkook. Dia sanggup merelakan harta dirinya.

••

" Kalau you boleh putarkan masa, you lebih pilih masa kita kenal dulu-dulu atau sekarang "

" Molla "

Jawab Jungkook ringkas.

" Kalau you tak selamatkan i entah apa yang jadi kat i sekarang ni kan kook "

" ... "

Lama mereka berdua mendiamkan diri tanpa sebarang topik yang dibicarakan. Akhirnya Rin membuka mulut.

" Jujur. kenapa you datang balik ke sini hm ? "

"..."

Lelaki tu lagi sekali mendiamkan diri.

Padahal Rin mengharapkan yang Jungkook balik ke sini yang dia nak bertanggungjawab pft.

Nampaknya Rin salah lah ni ? Kenapa ekspektasi Rin tinggi sangat ?

Soalan itu terbuku dihati Rin, dia agak kecewa dengan Jungkook.

" I harap you bertanggungjawab kook. itu saja permintaan i "

" I harap you tunaikan permintaan i kali ni ... please ? "

Jungkook masih lagi mendiamkan diri. Rin mengeluh.

Rin memegang kedua belah bahu lebar lelaki itu, wajah Jungkook dia pandang. Wajah lelaki itu lemah mukanya pucat.

" I tau Hyera kat mana "

Kata Rin. Nak tak nak dia lepaskan semua egonya. Walaupun hati dia sakit dan perit dia terpaksa juga.

Dia tak nak lihat Jungkook yang lemah dan tidak bermaya ni semata-mata perempuan tu saja.

Wajah Jungkook terus berubah apabila dia mendengar kata Rin.

Rin angguk kepalanya perlahan, senyuman pahit dia hadiahkan telefon milik Jungkook yang berada di poketnya dia keluarkan lalu menghulurkan ke Jungkook.

" Pergi, Kook. Cari dia sampai dapat. You lebih memerlukan dia "

1167 words ♥️
i baru lepas habis class u ...uyoyojsskks












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro