Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔴: 33

🏠🌙🌙

Aku pergi ke dapur basuh pinggan mangkuk yang belum basuh.

Aku mengambil keputusan untuk menyibukkan diri aku agar aku dapat kurang berfikir tentang Younghoon.

Sekarang aku dalam proses untuk melupakan perasaan aku pada Young--

"Sarang"

Okey, mungkin bukan hari ni.

"Biar Oppa basuhkan pinggan mangkuk tu"

"Tak pe. Biar Sarang buat" Tolakku.

Younghoon mengangguk kecil kepalanya lalu bersandar di tepi sinki.

Aku menjadi kekok apabila dia hanya merenung aku.

Sekali sekala aku menjelingnya yang berada di sebelah aku.

Haa...aku patut basuh pinggan mangkuk ni dengan cepat.

Aku tak tahan dengan suasana ni.

Sikit lagi...

Sikit lagi...

Okey! Dah siap!

Aku menanggalkan sarung tangan getah dengan secepat mungkin lalu pergi dari si--

"Jakkaman"

Bahuku tersentak apabila Younghoon tiba-tiba memegang tangan aku.

"Masakkan ramyeon untuk Oppa" arahnya.

Apa? Masakkan ramyeon?

"Oppa masaklah sendiri. Sarang nak masuk bilik"

"Tolong. Tolong masakan ramyeon untuk Oppa" rayunya yang masih memegang tangan aku.

Aku merenung ke arah wajahnya yang nampak kesian itu.

"Haa...okey"



•••

"Nah"

Aku hulurkan semangkuk ramyeon kepadanya yang duduk di ruang tamu.

"Gomawo" ucapnya sambil melemparkan senyuman.

"Sarang masuk bilik dulu"

"Nanti!"

Aduhh...apa lagi?

"Teman Oppa makan" ujarnya.

Aku memandangnya tidak percaya.

Tidak sempat aku nak kata apa-apa, dia terlebih dahulu menarik aku duduk di sebelahnya.

Aku mendengus geram lalu membuka drama yang aku suka.

Tiba-tiba je nak suruh orang teman. Selalu okey je duduk seorang-seorang.

Huh!

"Oppa dah berhenti berhubung dengan Lina" beritahunya  secara tiba-tiba.

Aku memandangnya pelik.

"Kenapa Oppa bagitahu Sarang pulak?"

"Oppa cuma nak Sarang tahu je"

Aku terdiam seketika.

"Kenapa...Oppa...berhenti berhubung dengan Lina unnie?" Soalku ingin tahu.

"Sebab Oppa TAK suka dia" jawabnya sambil menekankan perkataan 'tak'.

Dahiku berkerut.

Dah kenapa dengan dia ni?

Kalau tak suka pun, tak payahlah nak tekankan perkataan 'tak' tu.

Aku memandang ke arah Younghoon apabila dia tiba-tiba memandang aku dengan senyuman.

Kenapa pelik sangat dia malam ni?

Tersenyum-senyum macam tu.

Buatkan aku takut je.

Aku patut pergi dari sini!

"Mian, Sarang ada kerja sekolah yang nak siapkan. Sarang masuk bilik dulu. Selamat malam!" Kataku lalu berlari naik ke tingkat atas.

Baik aku lari secepat mungkin sebelum Younghoon menahan aku lagi.



[Younghoon Pov]

"Mian, Sarang ada kerja sekolah yang nak siapkan. Sarang masuk bilik dulu. Selamat malam!" Kata Sarang lalu berlari naik ke tingkat atas.

Younghoon tersenyum melihat tingkah laku sarang yang ingin larikan diri dari terus duduk bersamanya

"Terima kasih sebab tak membuatkan Oppa menepuk sebelah tangan." Gumam Younghoon sambil memandang ke arah tingkat atas.



[FLASH BACK]
[Rumah Hyunjae]

"Kenapa kau datang ke rumah aku ni?" Soal Hyunjae sebaik sahaja keluar dari rumahnya.

"Otak aku tengah serabut sekarang ni. Aku datang sini sebab pemandangan depan rumah kau cantik. Aku nak tenangkan fikirkan aku dekat sini sekejap" Ujar Hyunjae sambil merenung tasik yang terletak di depan rumah Hyunjae.

"Ha...Aku rasa rumah aku ni dah macam tempat beriadah pulak. Suka hati kau lah. Cakap pasal otak kau serabut ni, kenapa dengan bibir kau tu? Kau pergi ke kilang tu seorang-seorang ke semalam?"

"Nae"

"Degil betul kau ni. Aku kan dah cakap, kalau nak pergi sana, ajak aku sekali. Bibir luka ni, mesti kantoi kan semalam"

"Haah. Aku tertangkap malam tadi. Tapi diorang tak tahu siapa aku sebab tempat tu gelap. Lepas aku bereskan beberapa orang dekat situ, aku cabut lah"

"Ish kau ni. Nasib tak ada apa-apa. Lain kali kalau kau nak ke sana bawa aku sekali"

"Okey-okey. Dah berhenti membebel. Bagi aku tenangkan fikiran aku ni" kata Younghoon dengan gelakan kecil.

"Boleh gelak pulak dia ni. Aku tengah serious ni"

"Nae~ Nae~"

Hyunjae memandang kawannya itu geram.

Riak wajah Hyunjae berubah apabila dia teringat sesuatu.

"Yah, aku ada sesuatu nak cakap dengan kau ni" kata Hyunjae sedikit teruja.

Younghoon memandang Hyunjae dengan pandangan tertanya-tanya.

"Kau tahukan, adik aku Jia tu tak pernah berahsia dengan aku."

Younghoon mengangguk kepalanya.

"Tadi dia ada bagitahu satu rahsia yang besar!" Kata Hyunjae dengan penuh bersemangat.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Hyunjae itu, membuatkan Younghoon semakin tidak sabar mendengarnya.

"Adik aku bagitahu, Sarang adik tiri kau tu...."

Younghoon semakin ingin tahu apabila nama Sarang disebut.

"Adik tiri kau tu... Suka kau"

"Nae?"

Younghoon tiba-tiba membeku.

"Sarang...suka aku?"

"Ye, adik aku kata Sarang menyesal perkenalkan Lina budak kelas kita tu pada kau sebab dia dah sukakan kau"

Mata Younghoon terkebil-kebil.

"Yah, kau okey tak ni?" Soal Hyunjae sambil melambai tangannya di depan muka Younghoon.

"Yah, aku balik dulu" kata Younghoon lalu meninggalkan tempat itu dengan tergesa-gesa.

[End-flashback]



•••

[Sarang Pov]

☀️🚶🏻‍♂️🚶🏻‍♀️

Memandangkan Younghoon cakap dia dah berhenti berhubung dengan Lina unnie, jadi aku kembali berjalan ke sekolah bersamanya.

Sebenarnya aku takut jalan seorang-seorang ke sekolah sebab aku tak pernah pergi ke mana-mana tanpa Younghoon.

Tapikan, kenapa tingkah laku Younghoon kali ni pelik eh?

Sejak dari rumah lagi, dia asyik tersenyum-senyum pada aku.

Nak katakan gila, takut jadi betul-betul pulak nanti.

Mulut aku ni boleh tahan masin juga.

Hmmm...

Ada benda baik yang berlaku pada dia ke?



•••

🏫🏫🏫

Sepanjang perjalanan aku ke kelas, pelajar di sekeliling aku asyik memandang ke arah belakang aku.

Ada sesuatu yang mengikuti aku dari belakang ke?

Perlahan-lahan aku menoleh ke arah belakang...

"Oh! Kenapa Oppa masih ikut Sarang?" Soalku terkejut.

Aku ingatkan kami dah berpisah selepas sampai ke sekolah tadi.

Bangunan sunbae dan Hubae berbeza. Patutlah pelajar-pelajar yang ada di sekeliling aku macam jakun nampak Younghoon ada di bangunan hubae.

Lagi-lagi pelajar perempuan. Diorang tidak henti-henti tersenyum pada Younghoon.

Okey. Aku cemburu.

"Oppa nak hantar Sarang sampai ke kelas. Kenapa? Salah ke?" Kata Younghoon sambil memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya.

Aku memandang pelajar-pelajar di sekeliling aku yang sedang bercakap tentang kami berdua.

"Memang tak salah. Tapi, Oppa tak perlulah hantar Sarang sampai ke kelas. Sebelum ni pun, sarang pergi ke kelas sendiri"

"Tak pelah kalau Sarang tak suka..." Kata Younghoon dengan nada sedih.

Aduhai dah kenapa dengan dia ni.

Tiba-tiba jadi macam budak kecil pulak.

"Cepatlah teman Sarang ke kelas. Mengadalah dia ni" kataku lalu menarik tangannya menunju ke kelasku yang hanya tinggal beberapa langkah.



"Okey dah sampai. Dah pergi masuk kelas Oppa sana" kataku sambil menolaknya.

"Jakkaman, Jakkaman"

Aku berhenti menolaknya.

Apa lagi yang dia nak ni.

Younghoon mengeluarkan satu tangannya dari kocek seluarnya lalu mengusap kepalaku.

"Belajar rajin-rajin ye" katanya sambil melemparkan senyuman.

Aku memandang dia pelik.

Perangai dia betul-betul berubah ni.

Risau pulak aku.

"Dah lah, pergilah sana." Kataku lalu sambung menolaknya.

"Okey-okey. Oppa akan pergi selepas Sarang masuk ke dalam kelas dulu" ujarnya.

Eiii, mengadanya.

"Yela, Yela. Sarang ma--"

"Annyeong Sarang. Annyeong Younghoon Hyung" sapa Intak yang tiba-tiba muncul.

"Oh! Intak. Bagus kau muncul sekarang. Aku memang nak jumpa dengan kau" kata Younghoon sambil memasukkan kembali tangannya ke dalam kocek seluarnya.

"Hyung nak jumpa saya? Woah, tak pernah-pernah Hyung nak jumpa dengan saya. Hyung nak cakap pasal tuew ke?" Kata Intak sambil menunjuk ke arah aku dengan anak matanya.

Aku memandang mereka pelik.

Diorang nak mengumpat pasal aku ke?

"Ye. Aku nak cakap pasal tu" kata Younghoon dengan senyuman sinis.












TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro