Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔴: 29

🌙🏠

Aku mendekati Younghoon yang berada di ruang tamu.

"Nah ambillah" aku menghulurkan semangkuk ramyeon kepadanya.

"Gomawo" ucapnya lalu ambil ramyeon itu.

Aku duduk di sebelahnya dengan teragak-agak.

Mataku sekali sekala memandang ke arahnya semasa aku menyuapkan ramyeon ke dapat mulutku.

"Cakaplah. Oppa tahu Sarang nak cakap sesuatu pada Oppa" kata Younghoon yang hanya memandang ke arah tv.

Alamak, dia tahulah...

Ada mata ke dekat telinga dia.

Macam mana dia boleh tahu.

"Ada benda yang nak dibincangkan ke?" Kali ini Younghoon memandang ke arah aku.

"T-Tak ada apa" kataku gagap lalu mengelak dari bertentangan mata dengannya.

"Jinjja?"

Aku menganggukan kepalaku tanpa memandangnya.

"Okey..." Dia sambung memandang ke arah tv.

Aku kembali memandang ke arahnya.

"Oppa" panggilku cuba beranikan diri aku.

"Wae?"

"Oppa...kenal Lina unnie? Dia dari kelas Oppa"

"Lina? Sarang maksudkan Choi Lina ke?"

"Nae."

"Jadi, kenapa dengan dia?"

"Apa...pendapat Oppa tentang Lina Unnie tu?"

"Emm... biasa-biasa je"

"Oppa...tak tertarik ke dengan dia? Lina Unnie tu cantik tau"

Younghoon meletakkan mangkuk ramyeonnya di atas meja lalu memusingkan tubuhnya ke arah aku.

"Apa yang Sarang nak cakapkan sebenarnya ni? Cuba terus terang je dengan Oppa" ujarnya sambil merenung ke arah anak mataku.

Pandangannya membuatkan aku rasa gugup.

"Lina Unnie...suka dengan Oppa" beritahuku tanpa memandangnya.


Senyap...

Aku kembali memandang Younghoon.

Dia tidak menunjukkan apa-apa riaksi.

"Itu je?" Soalnya dengan wajah yang datar.

Aku menganggukan kepalaku.

Younghoon mengeluh kecil lalu kembali mengambil ramyeonnya.

Aku memandang dia pelik.

Macam tu je?

"Oppa, Oppa tak rasa apa-apa ke? Lina Unnie kan suka Oppa" kataku tak puas hati dengan riaksinya.

Dia memandang aku semula.

"Jadi, Sarang nak Oppa buat apa?"

Aku terdiam. Otak aku tiba-tiba kosong.

"Sarang nak Oppa bercinta dengan dia?" Soal Younghoon.

Aku memandangnya terkejut.

"Bu--Bukan macam tu. Sarang cuma nak Oppa berkawan-kawanlah dengan dia. Macam...chat dengan dia ke?"

Younghoon merenung wajahku seketika lalu menganggukan kepalanya.

"Okey"

Okey?

Mudahnya dia terima? Bukan ke dia jenis yang susah nak berkawan? Lagi-lagi kalau perempuan. Kenapa kali ni dia mudah terima Lina Unnie tu?


•••

[Kelas]

"Kau dah cakap dengan Oppa kau?" Soal Jia.

Aku menganggukan kepala aku.

"Habis tu, apa Oppa kau cakap?"

"Dia cakap...Okey"

"Okey?"

"Nae. Dia cakap okey"

"Peliknya. Younghoon sunbae bukan jenis macam tu..." gumam Jia.

"Sarang! Sarang!"

Aku memandang ke arah pemilik suara yang memanggil namaku.

Ianya Lina Unnie.

Aku memandang Lina Unnie yang berjalan ke arah aku dengan wajah yang berseri-seri.

"Ouh, Unnie. Kenapa Unnie datang sini?" Soalku cuba mengukirkan senyuman di wajahku.

"Gomawo Sarang" ucapnya tiba-tiba.

"Nae?"

"Malam tadikan, Younghoon chat Unnie" beritahunya dengan senyuman lebar.

Mataku membutang luas.

Jia yang berada di sebelahku juga terkejut.

"Terima kasih sangat-sangat sebab dah tolong Unnie. Nanti Unnie belanja Sarang makan. Ouh, Jia pun. Unnie pergi dulu. Annyeong"

Selepas Lina Unnie pergi, aku dan Jia saling pandangan antara satu sama lain.

"Yah, macam mana Oppa kau boleh chat dengan dia?"

"Malam tadi, aku ada suruh Oppa aku chat dia..."

"Bwo? Bukan ke kau baru bagitahu Oppa kau malam tadi. Cepatnya Oppa kau chat dia"

"Entahlah. Mungkin...Oppa aku memang suka dia kot"

"Aku tak rasa Oppa kau suka sunbae tu. Walaupun aku bukan adik dia, tapi aku kenal serba sikit pasal Oppa kau tu sebab Oppa akukan dah lama berkawan dengan Oppa kau tu."

"Kau rasa macam tu ke? Tapi, kenapa Oppa aku chat dia? Kalau dia tak suka, mestilah dia tak chat Lina Unnie tu"

"Itu yang aku pelik. Younghoon sunbae bukan jenis yang senang rapat dengan orang. Lagi-lagi kalau perempuan"

Haih...

Peningnya...


•••

[Rehat]

Kali ni, aku dan Jia rasa lebih selesa rehat bersama dengan Lina Unnie.

Sikit je lah...


🥛🍓

Aku mengangkat kepalaku apabila ada seseorang meletakkan air kotak strawberry di depan Lina Unnie.

Aku memandang ke arah pemilik tangan yang meletak air kotak itu.

Younghoon Oppa?

"Ambillah" kata Younghoon pada Lina unnie.

"Gomawo~" ucap Lina Unnie malu-malu.

Younghoon mengangguk kecil kepalanya.

Kenapa...

Aku rasa kecewa?

Dia langsung tidak memandang aku.

Macam aku tak wujud di sini.

Hm...


•••

[Waktu balik]

"Bye! Jumpa esok!"

"Nae~"

Aku berhenti melambai tangan ke arah Jia yang sudah hilang dari pandangan aku.

Aku berjalan ke arah tempat biasa Younghoon menunggu aku.

"An--" kata-kataku terhenti apabila ternampak Lina Unnie di sebelah Younghoon.

Aku mendekati mereka teragak-agak.

"Oppa..." Panggilku.

"Oh, Sarang dah ada. Jomlah kita pergi" kata Lina Unnie.

Dahiku berkerut.

"Kita nak pergi mana?" Soalku.

"Kita pergi makan tteobokki. Younghoon kata, dia nak belanja Unnie makan" beritahu Lina unnie.

Aku memandang Younghoon yang hanya memandang ke arah Telefonnya.

Hm...


•••

🏠🌙

Aku duduk di ruang tamu menonton drama True Beauty.

Buat pertama kalinya, aku tidak dapat fokus pada drama itu.

Hal ini kerana, fikiranku hanya memikirkan tentang Younghoon dan Lina Unnie.

Hati aku rasa sakit sangat setiap kali melihat Younghoon bersama dengan Lina unnie.

Aku tak tahu kenapa aku rasa begitu.


Aku memandang Younghoon yang duduk di sebelah aku.

Dari tadi, dia hanya sibuk dengan telefonnya.

Aku perlahan-lahan mendekatinya untuk mengintai apa yang dia lihat di telefonnya.

Aku buat-buat seperti melihat sekeliling lalu menjeling ke arah telefon Younghoon.

Nama Lina Unnie tertera di atas skrin telefon itu.

Nampaknya Younghoon sedang chat dengan Lina unnie...

Ha...

"Sarang" panggil Younghoon.

"Nae?"

"Ada sesuatu yang menakutkan Sarang ke?" Soalnya dengan wajah yang datar.

Aku terdiam seketika cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh Younghoon.

Aku memandang kedudukan kami yang sangat dekat.

"Ah, Mian" kataku lalu duduk di tempat asal aku tadi.

Aku kembali menonton drama itu walaupun fikiranku memikirkan benda yang lain.

"Sarang" panggil Younghoon lagi.

Aku memandangnya dengan pandangan muram.

"Oppa akan cuba berkawan rapat dengan Lina" beritahunya.

Semakin lama aku mendengar nama Lina Unnie, semakin benci aku mendengar namanya.

"Kenapa Oppa bagitahu Sarang pulak?" Kataku yang semakin sakit hati.

"Sebab Sarang yang suruh Oppa berkawan dengan dia"

Aku tergamam seketika.

"Ah...Sarang lupa yang Sarang suruh Oppa berkawan dengan dia. Oppa, Sarang masuk tidur dululah" kataku yang sudah tidak berminat untuk duduk di ruang tamu itu bersama dengan Younghoon.

"Tapi, drama ni tak habis lagi"

Aku buat-buat tidak mendengar apa yang dikatakan olehnya dan berlalu pergi masuk ke dalam bilikku.

Aku menyesal...









TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro