Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔴: 26

[No One Pov]

Selepas habis waktu makan tengah hari, mereka semua kembali berkumpul.

"Aktiviti kedua hari ni ialah aktiviti berpasangan. Sila cari pasangan anda sekarang!"

Sarang yang baru ingin mencari pasangan dia, ada satu tangan telah memegang tangannya.

Sarang memandang ke arah pemilik tangan itu.

"Oppa"

Sarang sedikit teruja apabila melihat Younghoon berada di sebelahnya.

"Sarang tak kisah kalau Oppa jadi pasangan Sarang?" Soal Younghoon.

"Nae" jawab Sarang sambil menganggukan kepalanya.

Dia agak janggal untuk berpasangan dengan lelaki lain selain Younghoon.

Jadi, dia lebih suka memilih Younghoon untuk menjadi pasangannya.

"Sarang, awak nak jadi pasangan saya?" Soal Intak yang tiba-tiba muncul.

"Intak saya d--"

"Mian" ucap Younghoon sambil menunjuk tangannya yang memegang tangan Sarang

Intak mencebik lalu pergi mencari orang lain.

[Jia side]

"Eiii, tak naklah dengan Oppa. Geli je" kata Jia pada Oppa kesayangannya itu.

"Tsk, Ingat Jia seorang je rasa geli. Oppa pun rasa gelilah. Dah lah, Oppa nak cari orang lain" kata Hyunjae dan berjalan pergi.

Jia memandang Oppanya menyampah.

Sekarang dia perlu cari orang lain untuk jadi pasangannya.

Jia memandang sekelilingnya mencari seseorang yang masih tiada pasangan.

"Keeho...Soul...Hyunsuk...Jinyoung...
Eric...Changmin...Chanhee...Sunwoo...
Suho...Seojun...Juyeon...- eoh?"

Jia terus membeku apabila Juyeon datang ke arahnya selepas mereka berdua bertentangan mata.

Dup Dap Dup Dap Dup Dap 💓💓💓

Jantung Jia berdegup dengan laju.

Semakin dekat Juyeon, semakin laju degupan jantungnya.

"Annyeong" sapa Juyeon segan.

"A-Annyaong" balas Jia gagap.

"Awak dah ada pasangan ke?" Soal Juyeon sambil mengusap tengkuknya.

"T-Tak ada"

"Kalau macam tu, boleh tak saya jadi pasangan awak?" Soal Juyeon sambil merenung anak mata Jia.

Wajah Jia kemerahan.

"Nae..."

•••

[Sarang Pov]

"Aktiviti kali ini ialah lelaki akan mengangkat pasangannya seperti bridal style. Selepas itu saya nak kamu semua mencangkung dan berdiri sambil mengangkat pasangan kamu. Kamu perlu lakukannya berulang kali. Pasangan yang bertahan lama, saya akan beri extra makanan kepada kamu. Adakah kamu semua dah bersedia!"

"NAE!!!"

"Kalau kamu semua dah bersedia, kita mula dariiiiiiiiii SEKARANG!"

Aku merangkul leher Younghoon dengan teragak-agak.

Kemudian, Younghoon menggangkat aku dengan penuh berhati-hati.

Selepas mengetahui aktiviti kali ini, ianya mula membuatku rasa berdebar-debar.

Kedudukan wajah kami juga cukup dekat selepas Younghoon mengangkat aku.

Jika ada seseorang menolak kepala aku ke hadapan, bibirku pasti melekat di pipinya.

Bayangkan betapa dekatnya wajah kami berdua.

[10 minit kemudian]

"Naik!... Turun!...
Naik!...Turun!...Naik!...Turun!"

Kini sudah separuh daripada pasangan yang telah mengalah.

Aku terharu apabila Younghoon masih bertahan.

Tapi pada masa yang sama, aku rasa kesian melihatnya yang mula rasa penat selepas mengangkat aku selama 10 minit.

Aku ni dah lah tak berapa nak ringan. Berpeluh-peluh wajah Younghoon dibuatnya.

"Oppa, dah la tu. Turunkan Sarang" bisikku.

"Tak boleh, Oppa tak boleh mencalarkan maruah Oppa" ujarnya.

Aku mengelengkan kepalaku.

Degil betul anak Kim ni.

Pandanganku teralih ke arah pasangan di sebelah kami.

Eh?

Jia dengan Juyeonlah...

Uwuu~

Kan bagus kalau aku dapat ambil gambar diorang sekarang ni.

"Naik!"

Aku tersentak apabila Younghoon tiba-tiba melompatkan(?) aku untuk membetulkan kedudukan aku.

Mataku membutang luas apabila tersedar bibir aku sedikit lagi ingin menyentuh pipinya semasa dia melompatkan(?) aku semasa dia ingin bangun tadi.

Dup Dap Dup Dap Dup Dap 💓💓💓

Jantung aku berdegup dengan kencang.

Tidak lama itu, Younghoon memandangkan aku.

Aku cuba mengawal riak wajahku.

"W-Wae?" Soalku gagap.

"Kenapa Jantung Sarang berdegup dengan laju? Sarang tak sihat ke?" Soal Younghoon.

"Nae?" Aku pandangnya bingung.

"T-Tak adalah. Sarang sihat je" kataku.

"Jinjja?"

"Nae"

Younghoon menganggukan kepalanya tanda faham lalu kembali memandang  Encik Ma di depan.

Macam mana dia boleh tahu jantung aku berdegup dengan laju ni?

Sekejap.

Haish! Bengongnya aku!

Tubuh kami berduakan saling bersentuhan, memanglah dia dapat rasa.

Haish!

Malunya akuuuuu

•••

🌃⛺🌙

Selepas aku membasuh muka aku, aku kembali ke khemah aku.

Aku meletakkan barang pencuci muka aku lalu baring di sebelah Jia yang sedang melihat sesuatu di  telefonnya.

"Kau tengok apa tu?" Soalku ingin tahu.

"True Beauty"

"True Beauty? Nak tengokkk" aku menghempet-hempet Jia.

"Kau tak tengok lagi ke episode 14?"

"Tak. Sebab tu aku nak tengok ni" kataku dengan semangat.

Drama kegemaran aku tu.

"Woahh.. romantiknya" gumamku apabila melihat watak hero dan heroin bermesra di tepi pantai.

Apabila melihat moment itu, ianya membuatku teringat sesuatu.

"Yah, Jia" panggilku.

"Wae?"

"Kau dengan Juyeon tadi boleh tahan romantiknya" usikku.

Jia memandang aku terkejut.

"Apa? Kau ingat kau tak nampak? Korang menang kot tadi." Kataku dengan tersengih-sengih.

Jia tersenyum malu.

"Tadi kau mesti berdebar-debarkan" kataku teruja.

Jia mengangguk kecil kepalanya.

"Aku tahulah perasaan kau sebab aku pun berdebar-debar ta--" aku menghentikan kata-kataku apabila tersedar sesuatu.

Apa yang aku cakap ni?

"Kau berdebar-debar jugak? Bukan ke kau dengan Younghoon sunbae?" Soal Jia pelik.

Aku tercenggang seketika.

Memang aku berdebar-debar, tapi...perasaan aku dengan Jia lain.

Jia berdebar-debar sebab dia dengan orang yang dia suka.

Aku pulak berdebar-debar sebab aku dengan Younghoon...

"Younghoon sunbae kan Oppa kau. Kenapa kau berdebar-debar pulak?"

Aku pun tak tahu kenapa aku berdebar-debar tadi. Younghoon tu Oppa aku, tapi kenapa aku berdebar-debar?

"Yah, takkan kau berdebar-debar sebab takut kena angkat pulak? Benda tu tak menakutkan pun. Yah! Jangan cakap kau......" Jia melambatkan kata-katanya dan membuatku tertunggu-tunggu apa yang dia ingin katakan.

"Kau......suka Younghoon Sunbae?!" Soal Jia dengan wajah terkejut.

Mataku membutang luas mendengar apa yang dikatakan oleh Jia.

"Haish! Ma-Mana ada! Dia Oppa aku lah" bantahku.

"Hey, Younghoon sunbae tu cuma Oppa tiri kau lah. Boleh je korang bercinta."

Aku terdiam.

Haish, aku berdebar-debar tak semestinya aku suka Younghoon...








Kan?






TBC

Update again😁





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro