Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔴: 19

🍱🍱🍱

Aku menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutku sambil memandang ke arah pelajar lain yang sedang beratur untuk ambil makanan.

Sekali lagi, aku makan seorang diri.

Apalah yang Jia dengan Saem Min bincangkan.

Sikit-sikit, nak jumpa dengan Jia.

Sikit-sikit, nak jumpa dengan Jia.

Tak ada orang lain ke dia nak panggil.

Kesian Jia sebab selalu dapat makan sikit je.

Sekejap!

Entah-entah Saem Min suka dengan Jia?!

Saem Min kan masih single lagi.

Woahh, meremang bulu roma aku apabila memikirkannya.

Pak!

Aku terus mengalihkan pandangan aku ke arah sebelah aku apabila ada seseorang meletakkan dulang makanannya.

"Oh, Intak?"

Aku keliru seketika apabila Intak tiba-tiba duduk di sebelah aku.

"Makan seorang ke? Mana Jia?" Soal Intak.

"Jia pergi jumpa dengan Saem Min. Awak pun makan seorang juga ke? Mana kawan-kawan awak?" Soalku pulak.

"Diorang masih bincang pasal hari sukan minggu depan. Terpaksalah saya makan seorang-seorang"

Aku menganggukan kepalaku tanda faham.

"Nah, ambillah. Awak suka susu strawberikan" kata Intak sambil menghulurkan air kota susu strawberi padaku.

"Goma--"

Kata-kata ku terpotong apabila ada seseorang tiba-tiba menyelitkan kerusi di antara aku dan Intak.

Aku dan Intak sama-sama memandang ke arah pemilik kerusi itu.

"Oppa?"

Yup, pemilik kerusi itu ialah Oppa tiri kesayanganku a.k.a Kim Younghoon.

"Apa Oppa bu--"

Sekali lagi aku tidak sempat nak habiskan kata-kataku apabila Younghoon duduk di kerusi yang dia letak di sebelah aku.

Aku memandangnya pelik.

"Apa Oppa buat dekat sini? Bukan ke Oppa makan dengan Hyunjae sunbaenim?" Soalku.

Dia tidak jawab apa-apa dan hanya makan makananya.

Aku memandangnya geram.

"Haa...hausnya. Eh? Ada susu strawberilah"

Tidak sempat aku nak bawa lari air kotak susu tu, dia terlebih dahulu ambil lalu minumnya.

Aku tergamam.

Sampai hati dia minum air yang Intak beri pada aku...

😒

Aku hanya merenungnya yang menghabiskan air kotak itu.

Younghoon memandang aku apabila dia selesai menghabiskan air kotak susu itu.

"Puas?" Soalku dengan senyuman palsu.

"Nae. Gomawo" ucapnya dengan wajah yang tidak bersalah.

Dia sambung menyuap nasi ke dalamnya.

Aku memandang Intak yang terpinggir.

Kesian pulak aku dengan dia.

•••


"Nah, ambillah" kataku sambil menghulurkan air kotak susu strawberi kepada Intak yang berada di tempatnya.

Dia memandang aku terkejut.

"Ambillah." Kataku dengan segan.

Sebelum aku masuk ke dalam kelas tadi, aku singgah pergi beli air kotak ni untuk Intak.

Aku kesian dengan dia selepas apa yang Younghoon buat pada dia tadi.

"Kenapa awak bagi saya air kotak susu ni?" Soal Intak yang masih terkejut.

"Tak ada apa-apa. Saya...cuma nak belanja awak air kotak ni. Ambillah." Kataku teragak-agak.

Intak tersenyum.

"Betul ke awak nak bagi air kotak ni pada saya?" Soal Intak tidak percaya.

"Nae. Kalau awak tak nak, sa--"

"Saya nak" potong Intak sambil mengambil air kotak itu.

"Gomawo" ucap Intak dengan senyuman manisnya.

Aku balas dengan senyuman kekok.

"Sarang-ah. Saya nak tanya sesuatu pada awak" kata Intak sambil memegang air kotak susu yang aku bagi.

"Awak nak tanya apa?"

"Boleh tak saya nak jadi kawan awak? Bukan setakat kawan sekelas, tapi kawan rapat awak." Soal Intak sambil merenung wajahku.

"Kawan rapat?"

Aku memandang wajah Intak yang menaruh harapan tinggi.

Aku mula rasa serba salah.

"Boleh je. Tapi, saya bukan jenis yang mudah berkawan. Saya mengambil masa untuk rapat dengan seseorang" beritahuku.

"Saya tak kisah semua tu. Janji saya dapat mengenali awak lebih dalam"

Aku terkebil-kebil.

"O-Okey..." Kataku dengan kekok lalu pergi ke tempat aku.

•••


🌙🌙🏠

Aku menyelongkar semua barang di dapur untuk mencari sesuatu.

"Cari apa?" Soal Younghoon yang baru tiba di dapur.

"Serbuk Kopi. Oppa tahu serbuk kopi dekat mana?"

Sebaik sahaja mendengar apa yang aku katakan, Younghoon terus bergerak ke almari yang terletak di sebelah peti sejuk.

"Yang lama dah habis. Guna yang baru ni" kata Younghoon sambil menghulurkan satu paket serbuk kopi yang baru kepadaku.

"Gomawo~" ucapku lalu bawa serbuk kopi itu ke meja makan.

Bahan-bahan lain seperti Gula, Susu, air panas dengan ais telah tersedia di atas meja itu.

Younghoon memandang aku pelik.

"Sarang nak buat apa dengan semua bahan ni?" Soal Younghoon sambil membeluk bahan-bahan yang terletak di atas meja itu.

"Sarang nak cuba buat Dalgona Coffee. Oppa tahu tak Dalgona Coffee tu?"

Younghoon mengelengkan kepalanya.

"Ish, ketinggalan zaman lah Oppa ni. Dalgona Coffee ni tengah trend tau sekarang ni. Tak pe, Oppa tengok je Sarang buat macam mana" kataku lalu menyarungkan apron di leherku.

Tangan aku fleksibel, jadi aku tidak memerlukan bantuan untuk mengikat tali apron di belakang.

Jadi, tiada sebarang moment sweet disini ye. Hehe.

Aku masukkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula dan tuangkan sedikit air panas ke dalam mangkuk.

Langkah seterus inilah membuatkan Dalgona Coffee menarik tumpuan ramai iaitu mengacaunya sehingga kopi itu menjadi pekat dan likat.

Aku cuba mengacaunya semampu yang aku boleh.

Younghoon hanya memandang aku seperti si anak melihat maknya memasak.

Semasa aku memberi tumpuan kepada kopi itu, tiba-tiba ada sepasang tangan menyelak rambut aku yang terjuntai di depan.

"Biar Oppa pegangkan rambut sarang" kata Younghoon yang berada di belakang aku.

Suaranya itu membuatkan jantung aku berdegup dengan laju.

Walaupun suaranya sudah biasa aku dengar setiap hari tapi untuk situasi begini, suara itu membuatkan aku rasa berdebar-debar.

Tambahan lagi ketika dia memegang rambut aku.

Aku cuba mengetepikan perasaan itu dan memberikan tumpuan kepada Dalgona pertama aku itu.

•••

Aku meletak mangkuk Dalgona itu di atas meja seketika untuk merehatkan tangan aku yang dari tadi tidak henti-henti mengacau Dalgona itu.

Wuish, lenguh gila tangan aku.

"Biar Oppa sambung buat" pelawa Younghoon secara tiba-tiba.

"Oppa nak buat? Betul ni?"

"Nae"

Younghoon melepaskan rambut aku lalu mengambil mangkuk Dalgona itu.

Dia sambung mengacau Dalgona itu.

Aku menanggalkan apron dari tubuhku lalu duduk di atas kerusi.

Aku menongkatkan dagu aku dengan tangan aku lalu memandang Younghoon yang sedang mengacau Dalgona itu.

Aku merenung wajahnya dalam-dalam.

Bibir...

Hidung...

Mata...

Wajahnya sangat sempurna...

Haa...cemburunya aku...


Aku tersentak apabila Younghoon tiba-tiba memandang aku.

"Wae?" Soalnya.

"T-Tak ada apa" kataku gelisah lalu memandang ke arah lain.

Apabila Younghoon sambung mengacau Dalgona itu, aku kembali memandang dia.

Kali ini aku memandang tangannya yang sedang mengacau Dalgona itu.

Aku merenung urat yang timbul di tangannya.

Woah...dia nampak se--

Argh! Apa aku fikir ni!

Aku mengelengkankan kepalaku cuba melupakan apa yang terlintas dalam fikiranku.

Apa? Sexy?! Woah- Macam mana aku boleh menganggap Oppa aku sendiri sebagai seorang yang sexy?!

Nampaknya aku dah angau disebabkan wajahnya yang kacak itu.

Woahhhh sikit lagi aku nak jatuh cinta dengan Oppa aku sendiri...😳

"Sarang, kalau macam ni dah okey ke?" Soal Younghoon.

Aku melihat hasilnya.

"Woah! Daebak. Dah menjadilah" kataku sambil menunjuk ibu jari kepadanya.

Younghoon hanya tersenyum.

Aku menuangkan susu ke dalam 2 gelas dan tidak lupa juga letak ais ke dalam susu itu untuk rasa lebih sejuk.

Sentuhan terakhir iaitu meletakkan Dalgona itu di atas susu itu.

•••


🍮🍮🍮

Kami berdua duduk di ruang tamu sambil menghirup Dalgona Coffee.

"Macam mana? Sedap tak?" Soalku pada Younghoon memandangkan dia kali pertama melihat Dalgona Coffee itu.

Dia mengangguk kecil kepalanya.

Aku tersenyum gembira.

Baguslah dia suka.

Tak sia-sia kitaorang mengacau Dalgona Coffee ni.

Esok pagi pasti tangan aku sakit-sakit.

Aku terpandang bibir Younghoon yang ada bekas krim Dalgona di bibirnya.

Aku menyentuh bibirnya tanpa teragak-agak.

Jariku berhenti lap bibirnya di separuh jalan apabila perasan Younghoon memandang aku.

Aku mendongak memandang wajahnya.

Anak mata kami bertembung.


Dup Dap Dup Dap Dup Dap💓


Jantungku berdegup dengan laju.

"A-Ada krim Dalgona dekat bibir Oppa" beritahuku gagap.

Aku lap krim Dalgona di jari aku dengan tisu.

"O-Ouh..Go-Gomawo..." Ucap Younghoon yang turut gagap.

Haa...kenapa dengan aku ni.











TBC


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro