🔴:17
🌙🌙🏠
Aku merenung coklat yang Intak beri di atas meja belajar aku.
Haih...
Kenapalah kau buatkan aku tertanya-tanya Intak...
Tok! Tok!
Aku menoleh ke arah pintu bilikku yang diketuk seseorang.
"Masuk..."
Terpapar wajah Younghoon sebaik sahaja pintu itu di buka.
Younghoon berjalan mendekati aku sambil membawa satu beg kertas.
"Apa tu?" Soalku ingin tahu.
"Coklat yang tadi tu" beritahu Younghoon sambil meletakkan beg itu di atas meja belajar aku.
"Ouhh..gomawo~" ucapku lalu melihat coklat di dalam beg itu.
Younghoon hanya balas dengan anggukan kecil.
"Oh? Siapa bagi coklat tu?" Soal Younghoon apabila ternampak coklat yang di beri oleh Intak itu.
"Ouh..coklat ni. Emm..ada orang yang bagi" beritahuku.
"Ada orang bagi? Siapa?"
"Adalah seseorang."
Wajah Younghoon seperti tidak puas hati.
"Seseorang tu siapa? Na-Namchin?" Soal Younghoon tidak putus asa.
Aku tersenyum jahat.
"Nae, Namchin" tipuku.
Mata Younghoon terus membulat.
"Na-Namchin?!"
"Nae. Waeyo?"
Mata Younghoon terkebil-kebil.
"Lelaki tu...dari kelas mana?"
"Mana boleh tahu. Kenapa? Oppa nak cari dia ke?"
"Ma-Mana ada. O-Oppa cuma nak tahu je."
Semakin suka aku mengusiknya.
"Oppa masuk ke dalam bilik Oppa dululah. Makanlah coklat tu.." kata Younghoon berputus asa lalu meninggalkan bilik aku itu.
Aku tergelak kecil.
Aku membuka laci meja belajar aku untuk menyimpan coklat yang Intak beri.
Niat aku itu terbantut apabila ternampak beberapa peket masker muka di dalam laci aku itu.
Masker muka ni aku dapat masa beli faundation tempoh hari.
Aku tak pernah guna Masker muka jenis itu.
Jadi...patut ke aku cuba pakai hari ni?
Sekejap.
Patut ke aku bagi Younghoon cuba masker muka ni juga?
😏
•••
Tok! Tok! Tok!
"Do you Wanna build the snowman~"
Aku menyanyi kecil sambil mengetuk pintu bilik Younghoon.
Tidak sampai 10 saat, Younghoon membuka pintunya.
"Wae?" Soal Younghoon dengan nada yang malas.
Aku tidak menjawab apa-apa dan terus menolaknya masuk ke dalam biliknya semula.
"Duduk" arahku.
"Kenapa ni?" Soal Younghoon kebingungan.
"Duduk je lah" kataku sambil menekan bahunya agar dia duduk di atas katilnya itu.
Selepas dia duduk di atas katilnya, aku mengeluarkan getah rambut dari kocek baju aku.
"Nak buat apa dengan getah rambut tu?" Soal Younghoon yang mula curiga.
"Oppa duduk je diam-diam" kataku lalu mengikat rambut depan Younghoon.
"Argh, tak nak. Kenapa Sarang ikat rambut Oppa ni?" Soal Younghoon sambil memegang rambut depannya dari mengelak aku mengikatnya.
"Oppa tengok je lah apa yang Sarang nak buat. Kalau Oppa cuba halang Sarang, Sarang ikat tangan Oppa tu" amaranku sambil bercekak pinggang.
Younghoon mengeluh kecil lalu menurunkan tangannya.
Aku tersenyum kecil lalu ikat rambut depannya.
Aku menahan gelak melihat rupa Younghoon dengan rambut depannya diikat.
Younghoon hanya memandang aku geram.
"Oppa dah basuh muka?" Soalku sambil membuka paket Masker muka.
"Dah. Wae?"
"Sarang nak Oppa pakai masker muka ni" kataku lalu menunjuk Masker muka yang aku maksudkan.
"Tak nak! Oppa tak nak pakai benda tu" kata Younghoon sambil mengangkat punggungnya cuba untuk melarikan diri.
"Tak boleh. Oppa kena cuba juga" kataku lalu menariknya kembali duduk di atas katilnya.
"Benda ni bukan sakitkan muka Oppa pun. Oppa cuba je lah"
Aku cuba memujuknya.
Dia mengeluh berat lalu menutup matanya.
Dia menyerahkan wajahnya pada aku.
Aku melekatkan masker muka itu pada wajahnya.
"Okey dah"
Younghoon membuka matanya.
"Segarkan?" Soalku teruja.
Dia membalas dengan anggukan kecil.
Aku mengikat rambut aku pula lalu memakai masker muka itu.
Haa...sejuk je rasa muka aku.
Aku membetulkan kedudukan masker muka itu lalu baring di atas katil Younghoon.
"Baring sini" kataku sambil menepuk-nepuk ruang di sebelah aku.
Dahi Younghoon berkerut.
"Apa? Baring?"
"Nae. Wae? Kitakan adik beradik, tak payahlah nak kekok sangat"
Mata Younghoon terkebil-kebil.
Disebabkan dia lambat sangat, aku menariknya baring di sebelah aku.
"Kenapa Sarang tak baring dekat bilik Sarang?" Soal Younghoon sambil membetulkan kedudukan bantalnya.
"Sarang tahu kalau Sarang balik ke bilik Sarang, Oppa akan buka masker muka tu. Sebab tu Sarang baring dekat sini. Ala, lepas masker muka ni kering, Sarang balik lah semula ke bilik Sarang." Beritahuku.
Younghoon mengeluh kecil lalu merenung siling di biliknya itu.
•••
[No One Pov.]
[1 : 37 a.m]
Younghoon mencelikkan matanya apabila ada chat masuk di telefonnya.
Younghoon membaca chat yang dihantar oleh seseorang itu lalu memandang Sarang yang tertidur di sebelahnya.
Younghoon bangun lalu menanggalkan masker muka dari wajahnya.
Younghoon mendekati Sarang untuk menanggalkan masker muka di wajah Sarang.
Younghoon merenung wajah Sarang yang sedang lena dibuai mimpi itu.
Younghoon menyelak rambut yang menutupi wajah Sarang.
Semasa Younghoon khusyuk merenung wajah Sarang, Sarang tiba-tiba memeluk leher Younghoon.
Younghoon sangat terkejut sehingga tidak dapat bernafas dengan normal kerana Sarang merangkul lehernya.
Kini wajah Younghoon sangat dekat dengan wajah Sarang.
Jantung Younghoon tiba-tiba berdegup dengan laju.
Semakin membulat mata Younghoon apabila Sarang menarik lehernya lebih dekat.
Jarak mereka hanya tinggal 3 cm.
Younghoon terpaksa menahan nafasnya kerana kedudukan wajah mereka sangat dekat.
Younghoon mengalihkan tangan Sarang dari lehernya perlahan-lahan.
Younghoon menjarakkan diri dari Sarang dengan sepantas kilat sebelum Sarang merangkul lehernya kembali.
Jika dibiarkan lama, dia pasti telah pergi ke alam lain kerana tidak cukup nafas.
Younghoon meletakkan tangannya di dadanya.
Jantungnya masih berdegup dengan laju.
Younghoon kembali memandang Sarang yang sedang tidur dengan lena.
Satu perasaan aneh tiba-tiba muncul dalam dirinya.
Younghoon mengelengkan kepalanya cuba menghapuskan perasaan itu dari dalam dirinya.
Younghoon mengambil hoddie hitamnya lalu keluar dari bilik itu.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro