Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔴:13

[ Music Room🎶 ]

Aku hanya duduk diam di dalam bilik music itu kerana kekok memandangkan aku adalah budak baru dalam kelab itu.

Nasib ada Intak. Tak adalah aku rasa kekok sangat dengan budak-budak lama dalam bilik tu walaupun aku rasa kekok juga dengan Intak. Heh😅.

Aku tak tahu nak pandang mana kerana budak-budak lama yang ada di dalam bilik itu asyik memandang kami berdua. Mereka juga saling berbisik antara satu sama lain.

Jia~ cepatlah datang~

Klik!

Semua mata memandang ke arah pintu bilik music apabila ada seseorang membuka pintu itu.

Ianya ialah Changmin dan Juyeon.

Yes! Juyeon dah sampai!

Kurang sikit rasa kekok aku sebagai budak baru.

Sekarang ada ramai sikit budak baru walaupun hanya 3 orang.😂

Aku dan Intak menyapa Juyeon dan Changmin yang duduk di sebelah kami.

"Baru sampai?" Soal Juyeon.

"Nae"

"Mana...Ji--"

"Jia pergi jumpa Saem Min sekejap. Nanti dia datang" potongku.

Mata Juyeon terkebil-kebil.

Juyeon menganggukan kepalanya lalu memandang ke hadapan.

Aku tersenyum seorang diri. Uwuu Juyeon~

Juyeon tanya pasal Jia~
Aku kena cakap dengan Jia ni.

"Wae?" Soal Intak ingin tahu.

"Tak ada apa" ujarku sambil tersengih.

•••

"Kamsahamnida~"

"Kamsahamnida~"

"Jumpa lagi minggu depan~"

"Annyeong~"

"Hati-Hati balik tu~"

Kami menyapa antara satu sama lain sebelum meninggalkan bilik itu.

Hari ni kami membuat tarian bebas seorang demi seorang selama 30 minit.

Berkat aktiviti hari ni, aku mula rapat dengan ahli-ahli yang lain.

Aku mengikat rambut aku lalu mengalas beg sekolah aku.

Peluh teruk aku hari ni. Lama aku tak berpeluh macam ni.

Aku meneman Jia yang sedang menunggu semua orang keluar dari bilik itu kerana dia yang bertanggungjawab untuk mengunci pintu bilik itu.

Selepas semua orang pergi dari situ, aku terus pergi ke arah Jia yang sedang mengunci pintu bilik muzik itu.

"Yah, aku ada sesuatu nak beritahu kau ni" kataku dengan teruja.

Dia masukkan kunci ke dalam kocek jaketnya lalu memandang aku.

"Kau nak beritahu apa?" Soalnya ingin tahu.

"Kau tahu tak, ma--"

"Tak tahu"

"Yah! Aku belum habis cakap lagi" marahku.

Dia ketawa kecil.

"Okey-okey. Teruskan, Teruskan..."

Tsk😒

"Tadikan masa kau pergi jumpa Saem Min, Juyeon ada tanya aku tentang kau~" kataku kembali teruja.

"Tanya pasal aku? Juyeon?"

"Iye, Juyeon. Dia tanya aku kau mana sebab dia tak nampak kau dekat bilik tadi" beritahuku.

Jia hanya menganggukan kecil kepalanya.

"Yah, kau tak gembira ke? Dia tanya pasal kau kot" ujarku.

"Aku malaslah nak berharap lagi. Aku dah penat..." Ujarnya lalu mencebik.

Aku mengeluh kecil.

"Dia kan first love kau. Mesti kau masih tak boleh nak lupakan dia. Aku tahu First Love ni susah nak dilupakan. Apa kata kau cuba berkawan rapat dengan dia--"

"Cuba berkawan rapat? Siapa?" Tegur seseorang.

Kami berdua menoleh ke arah belakang kami serentak.

"Oh? Intak. Awak masih ada dekat sini?" Soalku terkejut.

"Saya pergi beli air tadi. Nah, ambillah. Saya ada beli air lebih" ujarnya lalu menghulurkan 2 botol air kepada kami berdua.

"Goma--"

Terbutang mata aku apabila Younghoon yang tiba-tiba muncul merampas botol air yang dihulurkan oleh Intak.

Botol air Jia pun dia ambil.

Jia memandang Younghoon terpinga-pinga.

"Jia, Oppa kau tunggu kau dekat luar sekolah" beritahu Younghoon.

"Ouh, o-key. Kalau macam tu...aku balik dululah. Jumpa lagi esok" kata Jia teragak-agak lalu pergi meninggalkan aku bersama Younghoon dan Intak yang sedang membalas pandangan.

Aduhai apa patut aku buat dengan diorang niii

Mesti ada apa-apa dengan diorang berdua ni...

Aku melambai tangan aku di depan muka Younghoon bagi menghentikanya dari terus memandang Intak.

Younghoon mengelipkan matanya lalu memandang aku.

"Kenapa Oppa masih ada dekat sini? Bukan ke Sarang suruh Oppa balik dulu?" Soalku sambil menyilangkan tanganku.

"Ah, Oppa ada kelas tambahan tadi. Jadi dah alang-alang lambat, Oppa tunggulah Sarang" beritahunya yang kini hanya memandang aku.

Aku mengangguk kecil kepala aku.

"Dah jomlah balik. Intak, terima kasih sebab bagi air ni. Jumpa lagi esok. Annyeong" kataku lalu menarik Younghoon pergi.

•••

🚶🏼‍♂️🚶🏼‍♀️

Aku menjeling Younghoon yang sedang berjalan di sebelah aku.

Dia memandang aku dengan wajah yang polos.

"apa?" Soalnya.

"Oppa ada apa-apa masalah ke dengan Intak?" Soalku sambil menyilangkan tangan.

"Ma-Mana ada apa-apa" jawabnya dengan gagap.

"Cakap jujur!"

"Be-Betul tak ada apa-apa"

"Tipu! Tipu! Tipu! Tipu! Tipu! Tipu! Ti-" Younghoon menetap mulut aku.

"Shhh, orang tengok" ujarnya lalu melihat sekeliling.

Aku menepis tangannya.

"Baik Oppa cakap jujur. Kalau tak Sarang jerit kuat-kuat"

Younghoon mengeluh berat.

"Kalau ada apa-apa pun, Oppa tak nak beritahu Sarang" ujarnya lalu memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek seluarnya.

"Kenapa tak nak bagitau Sarang pulak? Sarang berhak tahu! Sebab Oppa sekarang adalah ahli keluarga Sarang."

Younghoon memandang aku serba salah.

"Mian. Sarang tak boleh tahu. Oppa tak nak Sarang terjebak dalam apa-apa masalah"

"Masalah? Masalah apa ni? Op--" kata-kataku terhenti apabila ada sehelai kertas melekat di wajah aku.

Apa ni?

Younghoon yang terlajak ke depan kembali ke arah aku.

Kami berdua sama-sama membaca tulisan yang tertulis di atas kertas itu.

DAPATKAN
'Chanel Les Beiges Ultimate Sublimage Le Teint Ultimate Radiance Generating Cream Foundation'
SEKARANG!

POTONGAN HARGA SEBANYAK
50%!

KUNJUNGI S*** MALL SEKARANG!!!

13 APRIL 2020 -- 18 APRIL 2020

"Oppa! Hari ni berapa hari bulan?" Soalku separuh teruja.

Younghoon mengeluarkan telefonnya lalu melihat kalendar.

"18 April. Wae?" Soal Younghoon yang masih tidak faham.

"18 APRIL?! Oppa! Hari ni last potongan harga foundation ni!" Kataku sambil mengoncang lengannya.

Younghoon menggaru kepalanya yang entah gatal atau tidak itu.

"Jadi?" Soalnya kebingungan.

"Sarang kena pergi beli hari ni jugalahhhh. Ingat senang ke nak dapat potongan harga macam ni. Malam ni kita pergi. Tapi mesti malam ni Oppa nak pergi jumpa kawan kesayangan Oppa tu. Kalau Oppa tak boleh pergi, biar Sarang pergi seo--"

"Oppa pergi." Potongnya.

Aku memandangnya terkejut.

"Wow. Boleh juga Oppa tak berkepit dengan kawan kesayangan Oppa tu semalaman." ujarku dengan perlian.

Younghoon hanya memaparkan wajah geram.








TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro