🔴:12
🏠🌙🛏️
Ting!
Aku mengambil telefon aku yang terletak di atas meja solek.
Nama Jia tertera di atas skrin telefon aku.
Aku buka chat yang dihantar oleh Jia.
•Jia
Sarang, esok habis sekolah ada perjumpaan kelab.
•Me
Okey~
Okey~ patut ke aku panaskan badan aku?😎
Aku mengikat rambut aku lalu mengeluarkan speaker kecil dari laci belajar aku.
Aku buat sambungan Bluetooth antara telefon aku dengan speaker itu.
Aku buka lagu terbaru TWICE iaitu ' I Can't Stop Me'.
Aku menari mengikut tarian asalnya.
Aku sangat minat menari sejak kecil. Ketika aku bersekolah rendah, aku memasuki kumpulan sorak.
Aku juga pernah membuat dance cover lagu-lagu kpop yang sedang hangat dan memuat naik di dalam YouTube.
Ketika itu aku hanya dapat beberapa like sahaja.
Tetapi selepas beberapa bulan, aku berhenti menari apabila keluarga aku mula ada masalah.
Aku melupakan hobi aku itu selepas aku berpindah ke New York.
Ini adalah peluang aku untuk kembali melakukan benda yang aku suka. Sebab itu, aku memasuki kelab itu.
Aku sangat teruja untuk perjumpaan kelab esok.
Habis sahaja lagu 'I Can't Stop Me', aku teruskan dengan lagu Aespa, 'Black Mamba'.
Kebelakangan ni, aku suka dengan lagu itu kerana tariannya sangat menganggumkan. Aku rasa bergaya apabila menari lagu itu.
Lebih-lebih lagi ketika kemuncak lagu.
[No One Pov]
Younghoon menangguhkan niatnya untuk turun ke tingkat bawah apabila terdengar bunyi lagu yang sangat kuat dari bilik Sarang.
Younghoon memandang lampu yang tergantung di atas siling apabila lampu itu bergoyang seperti ada gegeran bumi.
Younghoon mengelengkan kepalanya lalu pergi ke arah bilik Sarang.
Dia mengetuk pintu bilik Sarang.
Tiada sebarang sahutan dari Sarang.
Younghoon mengeluh berat lalu terus membuka pintu itu.
Sebaik sahaja dia membuka pintu, kelihatan Sarang sedang mengeleng-gelengkan kepalanya.
Terbutang matanya melihat cara Sarang menari.
Bukan teruk, tapi dia tidak pernah melihat Sarang berkelakuan begitu.
'Black Mamba!'🎶
Sarang menoleh ke arah pintu biliknya selepas lagu itu tamat.
"Oh? Oppa. Sejak bila Oppa ada dekat sini ?" Soal Sarang terkejut.
"Ouh, Em. Baru je..."
Sarang menganggukan kepalaku. Sarang mengambil tuala kecil lalu mengelap peluhnya.
"Oppa ada nak cakap sesuatu ke?" Soal Sarang.
"T-Tak ada apa. Oppa terdengar bunyi lagu yang kuat datang dari bilik Sarang, jadi Oppa pergi ke bilik Sarang ni. Tadi tu...kenapa Sarang tiba-tiba menari? Sarang...cuba nak kuruskan badan ke?"
"Tak adalah. Esok lepas habis sekolah, sarang ada perjumpaan kelab tarian. Sebab tu Sarang panaskan badan malam ni." Ujar Sarang sambil meregangkan badannya.
"Kelab tarian? Sejak bila Sarang join kelab tu?"
"Emm..semalam kot? Ke semalam lagi? Entahlah. Tapi baru-baru ni jugalah Sarang join kelab tu. Lagi pun Jia ketua kelab tu untuk group junior."
Younghoon menganggukan kepalanya tanda faham.
"Sekejap, malam ni Oppa keluar lagi ke?" Soal Sarang sambil menyilangkan tangannya.
"Nae. Oppa nak jumpa--"
"Hyunjae. Sarang tahu Oppa nak jumpa Hyunjae sunbae. Oppa ni...ada apa-apa ke dengan Hyunjae sunbae tu? Setiap malam jumpa dia. Oppa...suka Hyunjae sunbae ke?"
Mata Younghoon terkebil-kebil.
"Ma-Mana ada! Dia cuma chingu Oppa je. Tak lebih dari tu. Lagipun, Oppa tak suka yang sejenis eh" bantah Younghoon.
"Tak payahlah nak melebih. Sarang tanya je." Ujar Sarang lalu mencebik.
Younghoon mengeluh berat.
"Kalau ada apa-apa telefon je Oppa. Oppa pergi dulu"
"Nae..."
•••
[ Sarang Pov]
🏫🏫🏫
"Sarang, aku nak kena jumpa Saem Min sekejap. Kau pergilah dulu" ujar Jia yang sudah selesai mengemas barangnya.
"Aku tak tahu tempatnya lah. Aku ikut kau lah"
"Aku tak tahu berapa lama dengan Saem Min tu. Takut terlama pulak. Kau pergi je lah dulu. Perjumpaan tu dekat bilik music 2."
"Bilik music 2? Alaaa aku tak tahulah dekat mana. Aku baru beberapa hari dekat sekolah ni. Walaupun aku pernah sekolah sini dulu, tapi tak semestinya aku pernah pergi semua tempat dekat sekolah ni. Dah lah sekolah ni besar..." Rungutku.
Jia menghela nafas.
"Yah, Intak" panggil Jia pada Intak yang masih mengemas barangnya.
"Kau join kelab kitaorangkan. Boleh tak kau pergi dengan sarang sekali? Dia tak tahu dekat mana bilik music" soal Jia.
Intak memandang aku lalu kembali memandang Jia.
"Nae. Aku pergi dengan Sarang" ujarnya.
Jia memandang aku lalu tersenyum kecil.
"Kau dengar tu? Ha, cepat kemas. Aku pergi dulu. Jumpa kau dekat bilik music nanti~" ujar Jia dan berlalu pergi meninggalkan aku bersama Intak.
Aku mengeluh kecil lalu mengemas barangku.
Kenapa aku perlu bersama dengan Intak lagi....
Dah lah hari tu dia cakap benda yang pelik pada aku...
💭"Sebab...saya nak awak kenali saya lebih dalam. Saya nak awak uji saya jika saya adalah lelaki yang 1 dalam 1000 tu" 💭
Nampak je aku macam tak kisah, tapi kadang kala aku fikir apa yang dimaksudkan Intak itu.
Pak!
Aku mengeluh berat apabila pensil box aku jatuh semasa aku masukkan buku ke dalam beg sekolah aku.
Dengan malasnya aku menunduk untuk mengambil Pansil box itu.
Mataku terbutang luas apabila ada sepasang tangan yang telah mengambil Pansil box itu terlebih dahulu.
Aku mendongak memandang pemilik tangan itu.
Pemilik tangan itu ialah Hwang Intak.
"Nah" hulurnya.
"Gomawo. Awak dah siap kemas barang?" Soalku apabila ternampak dia sudah mengalas beg sekolahnya.
"Nae. Awak kemaslah, saya tunggu awak"
"Nae..."
•••
🚶🏼♀️🚶🏼♂️
Aku berjalan bersebelahan dengan Intak. Mata aku hanya memandang ke hadapan kerana aku masih kekok dengannya.
Aku harap kami sampai di sana secepat mungkin. Kalau boleh aku teleport je ke sana. Aku tak suka suasana kekok ini.
"Sarang" panggil Intak di sebelah.
Aku memandangnya teragak-agak.
Dia memandang wajahku lalu mengelengkan kepalanya.
"Tak ada apalah" ujarnya lalu kembali memandang hadapan.
Dahiku berkerut.
Ish dia ni, buatkan aku tertanya-tanya je.
😒
Aku kembali memandang Intak apabila teringat sesuatu.
"Intak"
Dia Memandang aku.
"Kenapa awak bahasakan diri awak dengan saya, 'saya/awak'? Bukan ke awak bahasakan diri awak dengan orang lain, 'aku/kau'? Saya okey je kalau awak bahasakan diri awak dengan saya, 'kau/aku" ujarku.
"Saya tak boleh"
Aku memandangnya pelik.
"Tak boleh?"
"Awak ni jenis orang yang baik. Jadi saya tak sanggup bahasakan diri saya pada awak, 'kau/aku'"
Pfft- orang baik? Seriouslah aku nampak macam orang baik?
Aku nampak je baik, tapi kadang-kadang aku jahat juga.
Aku pernah ambil duit dekat beg dompet appa aku senyap-senyap sebab nak beli komik.
Aku pun pernah minta duit dengan Omma aku untuk beli buku sekolah. Tapi sebenarnya aku nak beli buku komik.
Tapi itu semua masa aku kecil lah. Aku dah tak buat kerja-kerja macam tu.
TBC
HAPPY NEW YEAR🎉🎉🎉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro