🔴: 11
"Hari ni, Oppa balik le-" kata-kata Younghoon terhenti sebaik sahaja dia menoleh ke arah Intak di sebelah aku.
"Kau?"
Aku memandang mereka pelik.
"Oppa kenal Intak? Intak ni satu kelas Sarang" beritahuku.
"Satu kelas?!"
"Oppa?!"
Terkebil-kebil mataku melihat riaksi mereka berdua.
"Sarang, dia Oppa awak?" Soal Intak tidak percaya.
"Nae. Wae?" Soalku kebingungan.
Dahi Intak berkerut.
Semasa Intak dalam kebingungan, Younghoon merapatkan wajahnya dengan wajah Intak.
Dia memandang tajam ke arah Intak.
Aku menjadi gelisah melihat pandangan tajam yang Younghoon berikan pada Intak.
Dia merapatkan mulutnya di telinga Intak lalu membisik sesuatu padanya.
Intak hanya memaparkan wajah datar sepanjang Younghoon membisikkan sesuatu padanya.
Semakin pelik aku melihat riak muka mereka berdua.
Younghoon menjarakkan dirinya dari Intak lalu memandang aku.
"Oppa balik lewat sikit hari ni. Kalau Sarang tak nak tunggu, balik je terus" ujarnya dan berlalu pergi.
Aku meyengetkan kepalaku sambil memandang Younghoon yang berjalan pergi.
Mereka berdua ada apa-apa ke?
Apa hubungan mereka berdua?
Tiririririrng!🔔
Lamunanku terhenti apabila lonceng berbunyi.
Aku menahan Intak yang ingin masuk ke dalam kelas.
Dia memandang tanganku yang memegang tangannya lalu memandang wajahku.
"Younghoon Oppa cakap apa dengan awak?" Soalku ingin tahu.
"T-Tak ada apa"
"Tipu"
Intak memandang aku serba salah.
"Dia cuma...suruh saya jagakan awak" ujarnya.
"Apa? Dia suruh awak jagakan saya?"
"Nae..."
"Tsk, suka-suka hati dia je suruh orang jagakan saya. Saya boleh jaga diri saya sendirilah." Ujarku sambil menyilangkan tangan.
Intak hanya tersenyum kecil.
•••
🏀🏀🏀
Selepas 15 minit kami bermain, kami bertukar dengan pelajar yang duduk di luar gelanggang.
Memandangkan padang tak cukup ruang, kami terpaksa bermain bergilir-gilir.
Aku mencapai botol air di tepi padang lalu meminumnya.
Aku berdiri di sebelah Saem Han yang menjadi pengadil.
"Jia! Jia! Jia!" Aku menyorak pada Jia yang sedang bermain.
Selepas aku menjerit nama Jia, semua orang yang berehat turut join menjerit nama member mereka.
Kini, suasana menjadi lebih meriah.
"Out!" Jerit Saem Han apabila bola keluar dari gelanggang.
"Korang pakai bola ni! Biar aku ambil bola tu!" Kataku lalu baling bola yang lain.
Aku berlari mengejar bola yang bergolek jauh dari kawasan sukan kami.
Aku tak tahu kenapa aku mempelawa diri aku sendiri untuk ambil bola tu.
Boleh je orang lain ambilkan...
Mungkin aku baik sangat kot?
Heh.
Aku berlari selaju yang boleh sebelum bola itu termasuk ke dalam longkang.
Nanti satu kerja lagi nak ambil bola tu dekat dalam longkang...
🌳🏀
Aku memperlahankan larianku apabila bola itu berhenti apabila berlanggar dengan pokok besar.
Termengah-mengah aku sebaik sahaja sampai di pokok itu.
Semasa aku ingin ambil bola itu, aku ternampak sepasang kaki terjulur di sebalik pokok itu.
Kalau tengok seluar yang dipakainya menunjukkan dia adalah seorang pelajar lelaki.
Aku memeluk bola itu dengan erat lalu mengendap pemilik kaki di sebalik pokok itu.
Oh?
Younghoon Oppa?
Aku berdiri di depannya yang sedang dibuai mimpi.
Boleh pulak dia tidur dekat sini?
Ini mesti ponteng kelas!
Aku mencangkung di sebelahnya lalu mengoncang badannya.
Tiada sebarang tindakan dari dia.
"Oppa" panggilku sambil mengoncangkan badannya.
Dia masih tidak menunjukkan sebarang tindakan.
Aku mengeluh berat.
Apa patut aku buat pada dia ni...
Patut ke aku tendang dia je?
Tak boleh...tak boleh...
Tak baik buat pada Oppa macam tu walaupun dia cuma Oppa tiri...
Jadi...apa patut aku buat?
Aku pandang daun yang gugur mendarat di atas rambut Younghoon.
Tsk, ini kalau dibiarkan dia tidur lama-lama dekat sini, mesti tertimbus dengan daun yang gugur.
Dah lah sekarang musim luruh.
Aku mengeluarkan telefon aku lalu mengambil gambar dia.
Aku menahan gelak apabila melihat semula gambar itu.
Aku simpan telefon aku sebelum dia bangun dan nampak gambarnya di dalam telefon aku.
Aku merenung wajahnya.
Kenapalah ramai sangat lelaki handsome di kelilingi aku?
Aku rasa kecil sangat disebabkan mereka.
Okey...aku mengaku dia handsome.
Hari tu aku malas nak puji dia. Nanti kembang pulak dia.
Aku tersentum kecil lalu mengambil daun di atas kepalanya.
Pada masa yang sama, Younghoon membuka matanya.
Kami berdua terus bertentangan mata.
Sebaik sahaja, aku terperangkap dalam pandangannya, tubuhku menjadi beku.
Automatik, pergerakkanku terhenti.
💓💓💓
Mataku membulat apabila jantungku tiba-tiba berdegup dengan laju.
Perasaan ni...
Aku pernah rasa perasaan ni sebelum ini...
Iaitu, semasa kami berkongsi payung...
Jantung aku bertambah laju apabila Younghoon memegang tangan aku yang berada di atas kepalanya.
"Sarang, buat apa dekat sini?" Soalnya.
Mataku terkebil-kebil.
Aku melepaskan tanganku yang dipegang oleh Younghoon lalu bangun menjarakkan diri dari dia.
"Sa-Sarang tengah sukan sekarang ni" beritahuku.
"Jadi, kenapa Sarang dekat sini? Sukan bukan dekat padang ke?"
"Sa-Sarang nak ambil bola ni" kataku gagap sambil menunjuk bola yang aku peluk.
Younghoon menganggukan kepalanya lalu membetulkan kedudukannya.
Aku melepaskan keluhan berat sebaik sahaja jantung aku kembali berdegup dengan normal.
Tatapanku pada Younghoon terus berubah.
"Oppa buat apa dekat sini?" Soalku dengan pandangan tajam.
"Oh? Ouh, emm..Oppa tolong pakcik kebun cabut rumput" ujarnya dengan gelisah.
Aku memandangnya geram.
"Tak payah nak tipulah. Oppa ponteng kelaskan?"
Younghoon mengeluh berat lalu kembali bersandar di pokok.
"Subjek sejarah bosanlah. Sebab tu Oppa ponteng" ujarnya lalu menutup matanya.
"Apa bosan pulak? Sejarah tu bestlah." Ujarku.
Matanya kembali di buka.
"Best? Sarang cakap subjek Sejarah best? Woahh subjek sejarah yang paling bosan" bantahnya.
"Tak bosan"
"Bosan"
"Tak bosan"
"Bosan"
"Tak bosan"
"Bosan"
"Tak bosan"
"Bosan"
"Tak bosan!"
"Bosan!"
"Tak bosan!!"
"Bosan!!"
"Tak bosan!!!"
"Bosan!!!"
"Tak bo--"
"Stop! Stop! Kita berhenti dekat sini. Dah pergi jauh-jauh, Oppa nak tidur"
Tsk, macam mana dia boleh jadi Oppa tiri aku...
"Sarang" tegur seseorang.
"Oh? Intak. Kenapa awak datang sini?" Soalku apabila Intak datang ke arah aku.
"Saem suruh cari awak. Saem kata awak pergi ambil bola, tapi masih tak balik semula." Beritahunya.
"Ouh..maaf sebab menyusahkan awak." Kataku serba salah.
"Tak adalah. Kajja"
"Nae"
Baru sahaja aku ingin melangkah pergi, tanpa sengaja aku terlanggar batu yang berada di hadapan aku.
Nasib Intak sempat memegang aku sebelum aku tersebam di atas tanah.
"Gwenchana?" Soal Intak. Wajahnya penuh dengan kerisauan.
"Nae. Goma--"
Kata-kataku terhenti apabila ada seseorang menepis tangan Intak yang sedang pegang tangan aku.
Aku memandang perlakuannya.
"Younghoon Oppa?"
Tanpa memperdulikan aku, Younghoon hanya memandang Intak tajam.
"Jangan sesekali sentuh Sarang" amarannya lalu berjalan pergi dari situ.
Dah kenapa dengan Oppa tiri aku seorang tu...
"Intak, mianhae..." Ucapku serba salah.
"Tak ada apa. Biasalah tu, seorang abang memang macam tu..." Ujar Intak dengan tenang.
Aku hanya balas dengan senyuman.
Nasib Intak tak kisah...
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro