🔴:10
"Intak, Jakkaman" panggil seseorang.
Kami berdua menoleh ke arah belakang kami serentak.
"Ouh, Saem. Annyeonghasaeyo~" sapa Intak dan diikuti denganku.
"Baguslah kamu ada dekat sini. Kamu boleh tak bawakan barang-barang ni ke bilik sukan. Ini semua peralatan sukan yang baru. Ada lagi dekat kereta Saem tu. Kamu bolehkan hantarkan barang ni dekat sana. Kamu mintalah kawan kamu tolong kamu, sebab berat ni" ujar Saem Jeon yang merupakan cikgu sukan.
"Saem, biar saya tolong bawakan barang tu dengan Intak" pelawaku.
"Betul ni? Tapi berat ni"
"Nae. Saya boleh bawakan ke sana"
"Kalau kamu cakap macam tu tak pelah. Kamu berdua bawa 2 beg ni ke sana. Saem pergi ambil lagi 1 beg dekat kereta"
Saem Jeon menghulurkan beg itu kepada kami berdua.
Sebaik sahaja aku menyambut beg itu, beg itu terus menjejaki tanah.
Terkejut aku selepas rasa keberatan beg yang berisi alatan sukan itu.
"Kan saem dah kata, beg ni berat. Boleh ke ni awak bawa?" Soal Saem Jeon risau.
"T-Tak. Saya boleh bawa. Saem tak perlu risaukan saya. Heh" kataku sambil tersengih.
"Hey kamu ni. Tak pelah. Kalau kamu tak larat, kamu suruh siapa-siapa tolong angkat kan"
"Nae saem"
Kami berdua memandang Saem Jeon hingga bayangan dia hilang dari pandangan kami.
"Kajja" ujarku lalu angkat beg tu.
Baru je aku nak pergi, intak tiba-tiba memegangkan bahagian sebelah beg yang aku bawa.
"Biar saya tolong pegangkan dekat bahagian tepi. Ringan sikit awak bawa" ujarnya.
"Tak apa. Saya boleh bawa. Awakkan dah bawa satu lagi beg tu. Nanti awak penat pulak"
"Tak apa. Saya akan tolong awak. Kajja"
Aku mengeluh kecil lalu membiarkan dia memegang sebelah lagi beg itu.
•••
[ Sport Room ]
Aku dan Intak letakkan beg itu sebaik sahaja sampai di depan bilik sukan.
Aku yang paling hampir dengan pintu bilik sukan itu, tolong bukakan.
Aku memulas tombol pintu itu lalu tolaknya.
Dahiku berkerut apabila pintu itu tidak boleh dibuka.
Kalau pintu ni berkunci, mesti timbulnya tak boleh pusing.
Aku cuna tolak pintu itu sekali lagi tetapi hasilnya tetap sama.
"Wae?" Soal Intak di belakangku.
"Pintu ni tak boleh bukalah" beritahuku.
"Ouh, lupa nak cakap. Pintu ni memang susuh nak buka sebab pintunya dah berkarat. Biar saya bukakan" ujar Intak.
Aku memberikan ruangnya untuk berdiri di depan pintu itu.
Intak memulas tombol pintu itu lalu tolaknya dengan bahunya.
Pintu itu tetap tidak boleh dibuka.
Intak memandang aku sekilas kerana malu.
Dia melipat lengan bajunya lalu menolak pintu itu dengan sekuat hatinya.
Selepas beberapa saat, akhirnya pintu itu terbuka.
"Woah, daebak" pujiku sambil menepuk tanganku.
Intak tersenyum malu.
Dia mengangkat 2 beg itu lalu bawanya masuk.
Aku berlari mengikutinya untuk menolongnya angkatkan beg itu.
BANG!
Terhincut bahuku apabila pintu bilik sukan itu tertutup dengan kuat.
Aku dan Intak saling pandang antara satu sama lain.
"Ada orang tutup ke?" Soalku ketakutan.
"Tak kot. Mungkin sebab angin. Tadikan angin kuat" ujar Intak.
Aku menganggukan kepala aku setuju dengan apa yang Intak katakan.
Intak meletakkan beg itu di tepi lalu mendekati pintu itu.
Dia memulas tombol pintu itu lalu menarik pintu itu.
Sekuat mana Intak tarik, pintu itu tetap tak boleh buka.
Lama-lama aku rasa kesian pulak tengok dia susah payah buka pintu itu tetapi tetap tak boleh buka.
"Intak, biar saya tolong tarik sekali" pelawaku.
Aku turut memegang tombol pintu itu lalu menariknya.
Kami berdua menarik pintu itu sekuat yang kami boleh.
PAK!
Kami berdua sama-sama terduduk ke belakang apabila tombol pintu yang kami tarik tercabut.
Terbutang mata kami apabila kemalangan yang tidak sengaja itu berlaku.
Kami tergamam seketika.
"Patut ke...kita tunggu Saem Jeon sampai? Lagi pun Saem datang ke sini juga" cadangku yang masih terkejut dengan apa yang berlaku.
"N-Nae...Kita tunggu Saem Jeon datang" setuju Intak lalu letak tombol pintu itu di tempat asal.
Kami berdua duduk di atas tilam untuk sukan lompat tinggi yang berada di dalam bilik itu.
•••
5 minit telah berlalu. Walaupun baru 5 minit, tapi aku rasa sangat la~ma...
Tipulah kalau aku tak rasa kekok duduk berduaan dengan Intak dalam bilik yang terkunci ni.
Aku masih tidak rapat dengannya, jadi aku agak kekok dengannya.
Walau apapun, aku harus cuba untuk menghilangkan rasa kekok aku sebelum suasana menjadi lebih kekok.
Aku memandang Intak di sebelah aku dengan teragak-agak.
"I-Intak" panggilku.
Dia terus memandang aku sebaik sahaja aku menyebut namanya.
"Awak...tak ada yeochin?" Soalku secara tiba-tiba.
"Yeo-Yeochin? Kenapa awak... tiba-tiba tanya?"
"Awak jangan salah faham. Saya cuma nak tahu je. Sebab...muka handsome macam awak ni, takkan tak ada yeochin? Jaranglah nak jumpa lelaki handsome yang tak ada yeochin" ujarku.
"Tak ada"
"Tak ada? Seriouslah?! Eyyy~ awak tipukan~"
"Betul. Saya tak ada Yeochin"
Aku terdiam seketika.
"Peliknya...saya 100% ingat yang awak ada yeochin. Tapi... Seriouslah awak tak ada yeochin?"
Intak menganggukan kepalanya dengan wajah polosnya.
Aku merenung wajahnya. Pelik....
"Awak tak ada yeochin...sebab...awak suka yang sejenis eh?"
Wajah Intak kemerahan.
"Ma-Mana ada! Saya bukan orang yang macam tu!" Bantah Intak.
"Jinjja? Jadi kenapa awak tak ada yeochin?"
"Ermmm...sebab pintu hati saya masih tak terbuka untuk sesiapa" ujarnya.
Aku menganggukan kepala tanda faham.
"Jadi, awak tak pernah bercinta?"
"Nae"
"Woah~ habatlah~"
"Hebat? Awak rasa saya hebat?"
"Nae. Orang macam awak ni, biasanya setia pada yang 1"
"Awak rasa macam tu?"
"Tak"
Dahi Intak berkerut.
"Susahlah nak jumpa lelaki yang setia dekat dunia ni. Kalau ada pun, 1 dalam 1000" ujarku sambil memeluk lututku.
"Kalau macam tu...patut ke kita jadi kawan?"
"Wae?"
"Sebab...saya nak awak kenali saya lebih dalam. Saya nak awak uji saya jika saya adalah lelaki yang 1 dalam 1000 tu" ujarnya dengan senyuman.
Mataku terkebil-kebil cuba memahami yang Intak maksudkan itu.
PAK!
"Intak! Sarang! Kamu masih ada dekat dalam ke?" Suara Saem Jeon kedengaran dari luar bilik sukan itu.
Aku dengan pantas pergi ke arah pintu.
"Saem! Kami masih ada dekat dalam! Kami tak boleh nak keluar sebab pintu ni tak boleh buka!" Jeritku dari dalam.
"Sekejap! Saem tolong bukakan!" Balas Saem Jeon di sebalik pintu.
Aku dan Intak berdiri berjauhan dari pintu itu.
bang! Bang! BANG!
Terpapar wajah Saem Jeon sebaik sahaja dia membuka pintu itu dengan penuh tenaga.
"Saem!!!! Saemlah penyelamatkan kami!" Ujarku kegembiraan apabila berjaya keluar dari bilik itu.
"Haih, pintu ni terlalu berkarat! Minta Pengetua tukar, tak tukar-tukar juga" bebel Saem Jeon sambil mengheret beg yang berisi peralatan sukan.
"Saem, kitaorang balik ke kelas dulu ye."
"Nae. Terima kasih sebab tolong saem" ucap Saem Jeon sambil menepuk bahu Intak.
Kami berdua menundukkan kepala kepada Saem Jeon lalu berjalan pergi meninggalkan bilik sukan itu.
•••
Baru sahaja aku dan Intak ingin melangkah masuk ke dalam kelas kami, seseorang menjerit nama aku.
Kami berdua menoleh ke arah pemilik suara itu.
"Ouh? Oppa. Kenapa datang sini?" Soalku apabila ternampak Younghoon berjalan ke arah aku.
"Hari ni, Oppa balik le-" kata-kata Younghoon terhenti sebaik sahaja dia memandang Intak di sebelah aku.
"Kau?"
•••
[No One Pov]
[ Meanwhile in Saem Jeon side...]
Selepas Intak dan Sarang pulang ke kelas mereka, Saem Jeon bawa masuk beg yang dibawanya ke dalam bilik sukan.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik sukan itu, pintu bilik sukan itu tertutup dengan kuat.
Terhincut bahunya dek terkejut dengan hempasan pintu yang sangat kuat itu.
"Siapa tu? Kamu cuba mempermainkan saem ke?" Soalnya sambil berjalan mendekati pintu itu.
Dia meletakkan telinganya di pintu untuk memastikan jika ada orang ingin mengusiknya.
Tiada sembarang bunyi mahupun suara...
Dia mengeluh kecil lalu menarik tombol pintu itu.
PAK!
Terbutang matanya apabila tombol pintu itu tercabut.
"Macam mana tombol pintu ni boleh tercabut?! Macam mana aku nak keluar ni?!" Ujarnya gelabah.
"Telefon! Aku patut telefon En. Kim" cadangnya lalu menyeluk tangannya di dalam kocek seluarnya.
Matanya terbutang luas sekali lagi.
"Mana telefon aku?!" Dia meraba-raba seluarnya macari telefonnya.
Dia membeku apabila teringat sesuatu.
"Telefon aku tertinggal dalam keretaaaaaaaaa. Arghhhhhh!!!!"
TBC
Pada sesiapa yang tak kenal Intak, Author letak gambar dia dekat bawah ni.
Intak ni dari Group P1HARMONY.
Author pun tak lupa juga nak letak gambar hero kesayangan kita~😁
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro