🔴:09
Aku terus dekatkan wajahku dengan wajahnya selagi ada ruang.
Aku berhenti mendekatkan wajahku apabila dia tidak boleh bergerak lagi.
Aku merenung matanya. Aku meletakkan tanganku di dadanya untuk mendengar degupan jantungnya.
"Eoh? Kenapa jantung Oppa berdegup dengan laju? Bukan ke Oppa cakap jantung Oppa takkan berdebar-debar kau ada perepuan berada dekat macam ni dengan Oppa?" Sinidrku.
Tanpa balas apa-apa, Younghoon terus tolak aku.
"Yah! Jangan buat macam tu lagi!' marahnya.
Aku hanya tersengih.
"Sarang cuma nak ambil kepastian je.
Siapa suruh Oppa bohong Sarang" ujarku lalu duduk di tempat asalku.
"Ma-Mana ada Oppa bohong" ujarnya gagap.
"Huh, tak ngaku..." Balasku.
Younghoon mendengus geram lalu bangun.
Aku memandangnya yang mengambil kot panjangnya yang digantung di sebelah pintu.
"Oppa nak pergi mana?" Soalku sambil berjalan mendekatinya.
"Nak pergi jumpa dengan Hyunjae"
"Tapikan dah lewat malam"
Younghoon merenung wajahku sebaik sahaja dia menyarung kot panjangnya.
Aku jadi gelisah apabila dia berjalan ke arah aku sehingga aku tiada ruang untuk melarikan diri dari dia.
Dia meletakkan kedua-dua tangannya di sebelah wajah aku untuk menghalang aku dari pergi.
Dia merapatkan wajahnya dengan wajahku.
Aku tidak dapat bernafas dengan normal.
Aku hanya melekat di dinding seperti cicak kerana aku tidak dapat buat apa-apa.
"A-Apa.. Oppa buat ni?" Soalku gelisah sambil memusingkan wajahku bagi mengelak berlaku persentuhan yang tidak diingini.
"Ini balasan sebab Sarang buat dekat Oppa tadi" ujarnya dengan suara yang deep.
Aku memandang tajam ke arahnya lalu menendang kakinya dengan kuat.
"Argh! Sakitlah!" Marahnya sambil melompat-lompat dengan satu kakinya.
Aku mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri.
Aku berlari naik ke tingkat atas.
"Jangan balik lewat!" Jeritku dari tingkat atas.
Younghoon hanya balas dengan pandangan tajam ke arah aku dari tingkat bawah.
Melihat pandangannya yang menakutkan itu, aku terus masuk ke dalam bilik.
•••
🏫🏫🏫
Aku menjeling ke arah Younghoon yang berada di sebelah aku.
Dia pandang aku apabila perasan aku sedang mejelingnya.
"Ke-Kenapa dengan riak wajah macam tu?" Soal Younghoon ketakutan.
"Oppa balik lambatkan malam tadi?" Soalku sambil menyilangkan tangan aku.
"Ma-Mana ada"
"Sarang ni jenis yang mudah terbangun dari tidur. Malam tadi TEPAT pukul 3 pagi, Sarang dengar bunyi pintu bilik Oppa dibuka. Oppa balik pukul 3 kan malam tadi"
"I-Itu sebab Oppa haus, jadi Oppa turun pergi minum air dekat dapur. Oppa balik pukul...12 malam tadi" terangnya dengan gagap.
Semakin tajam aku pandang dia.
"Tak pe. Sarang tanya dengan Hyunjae sunbae nanti"
"Ta-Tanyalah"
Aku tersenyum sinis.
"Okey~"
Dia memandang aku gelisah.
Aku menghentikan langkah aku apabila terdengar bunyi bising di lorong yang baru kami lepasi.
Aku turut memegang tangan Younghoon untuk menahannya dari pergi.
"Wae?" Soalnya bingung.
Aku letak jari telunjuk ku di atas bibirnya untuk menyuruhnya senyap.
Matanya terkelip-kelip.
Aku menyorok di belakang tiang lampu lalu melihat sekumpulan pelajar yang berada di lorong itu.
Melihat dari kelakuan mereka, jelas menunjukkan mereka sedang membuli seorang pelajar.
Mereka menumbuk pelajar itu apabila pelajar itu tidak memberikan mereka duit.
Aku paling benci melihat orang yang lemah dijadikan mangsa dibuli.
Kenapa orang seperti mereka wujud di atas bumi ini?!
"Oppa, pergilah tolong dia. Kesian budak tu kena buli" arahku.
"Jangan sibuk jaga tepi kain oranglah. Dah jom pergi sekolah" ujarnya sambil menarik aku pergi.
Aku menarik tangan aku dari pegangannya.
"Apa pulak. Ini tak ada kena mengena dengan sibuk jaga tepi kain orang lah. Pergilah Oppa. Kesian budak tu."
"Tak nak"
Aku memandangnya geram.
"Okey, tak pe. Biar Sarang tolong budak tu"
"Ja--"
Aku menghiraukan apa yang nak dikatakan oleh Younghoon dan terus masuk ke dalam lorong itu.
Aku mendekati sekumpulan pembuli itu tanpa teragak-agak.
Aku menjentik telinga lelaki yang sedang menggenggam kolar baju mangsa pembuli itu.
"Argh!" Dia menjerit sakit lalu memandang aku geram.
"Kau siapa? Berani kau jentik telinga aku!" Marahnya lalu melepaskan kolar budak itu.
"Wae? Baru kena jentik dekat telinga dah sakit? Tsk, Berlagak kuat" ujarku sambil menyilangkan tanganku.
Lelaki itu mengenggamkan tangannya menahan geram.
Aku memandang penumbuknya sekilas lalu kembali memandang wajahnya.
"Tsk, lelaki pengecut je yang tumbuk perempuan" sindirku.
Semakin merah wajah lelaki tu.
"Kau bla la dari sini!"
"Tak nak" kataku dengan senyuman sinis.
Lelaki itu akhirnya mengangkat penumbuknya kerana terlalu geram.
Baru sahaja aku ingin bersiap sedia untuk membalas tumbukan yang akan diajukan pada aku, lelaki itu dan gengnya tiba-tiba menundukkan wajahnya.
Dahiku berkerut. Pelik melihat perubahan kelakuan mereka.
"Maafkan kami" ucap mereka dan berlari pergi.
Pelik....
Aku memandang budak yang kena buli itu.
Dia menundukkan kepalanya lalu berlari pergi.
"Ja-- Ouh? Oppa buat apa dekat sini? Bukan Oppa tak nak tolong ke? Sibuk je" ujarku apabila perasan Younghoon berdiri di belakang aku.
"Ma-Mana budak-budak tu? Diorang dah lari ke?" Soal Younghoon sambil mengusap tengkuknya.
"Dah lah. Sarang tak buat apa-apa lagi, diorang dah lari lintang Pukang. Diorang takut dengan Sarang~ Hebatkan" kataku berlagak sambil mengangkat sebelah keningku.
"Wow. He.bat.nya" puji Younghoon tak ikhlas.
"Tsk, tak payah pujilah kalau tak ikhlas." Ujarku dan berjalan pergi meninggalkannya.
•••
🏫🏫🏫
Sebelum masuk ke kelas, aku singgah ke kantin.
Aku mengambil sekotak susu strawberi lalu bawa ke tempat pembayaran.
"Oh, Sarang?" tegur seseorang.
Aku menoleh sebelahku.
"Ouh, Intak. Annyeong" sapaku mesra.
"A-Annyeong" balasnya.
"Awak memang datang waktu macam ni ke?" Soal Intak.
"Nae. Wae? Awak datang waktu bila?"
"Saya selalunya datang sedikit lewat"
"Ouhh.."
Aku menghentikan perbualan kami seketika untuk membuat pembayaran.
Intak yang berada di sebelah aku hanya memandang aku yang membuat pembayaran.
"Awak suka minum susu strawberi?" Soal Intak lagi.
"Nae. Sebelum ni saya suka minum susu coklat. Tapi, saya cuba nak ubah selera saya. Jadi sekarang saya suka susu strawberi pulak" beritahuku sambil mencucuk straw di air kotak itu.
Intak menganggukan kepalanya tanda faham.
"Dah alang-alang kita dah bersama ni, kita ke kelas sama-samalah. Saya tunggu awak buat pembayaran" ujarku.
"Ah, nae." Intak tersenyum lalu membuat pembayarannya.
•••
Aku dan Intak berjalan sama-sama menunju ke kelas kami.
Aku berjalan sambil menyedut susu strawberi ku.
Sekali sekala aku memandang Intak di sebalah aku.
Aku berhenti menyedut susu strawberiku apabila ternampak bulu mata Intak yang gugur berada di bawah matanya.
"Intak" panggilku sambil menahannya dari terus berjalan.
Dia memandang aku bingung.
"Ada bulu mata dekat bawah mata awak" beritahuku.
"Jinjja? Dekat mana?" Soal Intak sambil cuba mengambil bulu mata itu.
"Biar saya ambilkan" pelawaku.
Secara automatik, Intak menurunkan tangannya dan membiarkan aku mengambil bulu mata itu.
Aku berdiri rapat dengan dia.
Aku menjengketkan sedikit kaki aku memandangkan dia agak tinggi.
Intak hanya merenung anak mataku semasa aku ambil bulu mata itu.
Anak mata kami sempat bertembung sebelum aku menjarakkan diri dari dia.
Aku buang bulu mata itu lalu kembali memandang Intak di depan aku.
Dia masih merenung wajahku.
"I-Intak?" Tegurku sambil melambai tangan di depannya.
Dia mengelipkan matanya.
"Awak tengah fikirkan apa?" Soalku.
"T-Tak ada apa. Gomawo" ucapnya.
Aku hanya balas dengan senyuman.
"Kajja"
Intak menganggukan kepalanya lalu mengikut aku pergi.
"Intak, jakkaman"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro