Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔴:07

🌙🌙🏠

Aku bertengek di tingkap sambil mendengar lagu melalui earphoneku.

Aku merenung langit yang dihiasi dengan bulan dan bintang-bintang yang menyinari langit itu.

Lagu Spring snow yang sedang dimainkan sekarang ini, mengindahkan lagi malam itu.

🎶🎶
"Everytime 네가 없이 걷던 나의 겨울은 시간을 넘어 이제 너란 봄을 만나 하나 둘씩 너로 차올라~

Through the time 너만이 가득한 나의 계절은 시간을 건너 함께 일 거야 언제나 겨울 끝 내게 다가온 너~"

(Everytime
I walk without you
My winter is beyond time
Now meet the spring of you
One by one, it fills up with you

Through the time
Full of you
My season crosses time
I’ll be with you always

You came to me at the end of winter)

Walaupun belum musim salji, tapi aku suka dengar lagu ini.

Lagu ni membuatkan aku rasa tenang.

Argh...lenguh pulak kaki aku bertengek dekat tingkap ni lama-lama.

Sebaik sahaja aku berpusing untuk ambil kerusi, tiba-tiba ada Younghoon di depan aku.

Aku sangat terkejut kerana kedudukan kami sangat dekat.

Aku terpaksa membelakangkan sedikit kepala aku sebelum berlaku sebarang persentuhan.

Jantung aku berdegup dengan laju.

Aku memandangnya yang turut terkejut.

"A-Apa Oppa buat dekat sini?" Soalku yang masih terkejut.

"Mi-Mian. Oppa panggil Sarang dekat luar tapi Sarang tak menyahut. Jadi Oppa masuk. Oppa nampak Sarang pakai earphone. Oppa ingat nak cabut kan earphone Sarang tu. Tapi...Sarang tiba-tiba pusing, jadi...emm."

Aku cuba menenangkan jantung aku yang berdegup dengan laju.

"Okey. Sarang maafkan Oppa. Jadi...apa Oppa buat dekat sini?"

"Oppa nak betulkan kunci tandas tu" beritahunya sambil menunjuk ke arah bilik air aku.

•••

Aku duduk di atas katil aku sambil memandang Younghoon yang sedang membetulkan kunci bilik airku.

Apa yang Jia katakan di sekolah tadi tiba-tiba muncul dalam fikiran aku.

Appa Younghoon...seorang bekas Gengster?

Betul ke?

Tapi Jia kata, itu cuma khabar angin...

Kalau betul appa Younghoon pernah jadi gengster dulu, Younghoon pun seorang gengster ke?

Biasanya kalau gengster, mesti ada banyak luka dekat badan dia sebab diorang mesti selalu berlawan.

Itu yang aku tengok dekat drama atau filemlah. Tak tahulah kalau untuk reality ni.

Pada pandangan aku, aku tak pernah nampak sebarang luka di tubuh Younghoon. Buat masa ni lah...

"Sarang, Oppa dah betulkan kunci pintu bilik air tu" beritahunya sambil mengemas peralatan yang dia gunakan untuk betulkan kunci pintu itu.

"Ha? Ah, nae.. Kamsahamnida" ucapku.

Younghoon hanya balas dengan anggukan kecil lalu berjalan keluar dari bilikku.

"Oppa" panggilku.

Dia kembali memandang aku.

"Suami Omma...tak, maksud sarang Appa Oppa tu...kerja apa?" Soalku teragak-agak.

"Emm..kerja.. Ha! Berniaga! Dia berniaga" beritahunya gagap.

"Berniaga? Berniaga apa?"

"Dia buka Restoran BBQ dekat Gangnam"

"Ouh...okey."

"Kenapa...Sarang tanya?" Soal Younghoon gelisah.

"Saje nak tahu. Sebab Omma tak pernah cerita pada Sarang" beritahuku.

Younghoon menganggukan kepalanya tanda faham.

"Oppa pergi dulu"

"Nae. Selamat malam"

"Se-Selamat malam" balas Younghoon kekok.

•••

🏫🏫🏫

[Kelas 4-3]

Baru sahaja aku ingin menyapa Jia, seorang lelaki dari kelas lain terlebih dahulu berlari melepasi aku lalu serbu Jia yang sedang main dengan telefonnya.

"Yah. Semalam aku panggil kau, kau tak dengar ke? Padahal aku jerit nama kau. Sakit tekak aku menjerit semalam" marah lelaki itu.

Jia memandangnya serba salah.

"Kau...panggil aku ke semalam? Sorry, aku tak dengar. Hehe" bohong Jia.

Ouh, dialah lelaki yang panggil Jia semalam masa waktu balik tu...

Aku duduk di tempat aku yang berada di sebelah Jia.

Sambil aku mengantungkan beg aku di tepi meja, aku curi mendengar apa yang mereka bualkan. Aku juga curi melihat tanda nama lelaki itu.

'Ji Changmin'

"Kenapa kau panggil aku?" Soal Jia.

"Kawan aku nak masuk kelab tarian juga. Jadi aku jumpa kaulah sebab kau kan ketua kelab tarian." Beritahu Lelaki itu atau dikenali sebagai Changmin.

"Siapa?"

"Juyeon. Kau kenalkan Juyeon yang tinggi tu"

"Juyeon? T-Tak boleh"

"Tak boleh? Kenapa pulak?"

"Hari tu masa kelab tarian buat pembukaan untuk ahli baru, dia tak nak pulak masuk. Tak boleh" kata Jia tegas.

"Aku dah jumpa dengan Saem Jung semalam. Dia suruh kitaorang jumpa dengan kau. Jadi tak ada masalahlah dia nak masuk dalam kelab kita" ujar Changmin.

Jia mengeluh berat.

"Weh, Jia. Aku nak masuk juga" celahku.

Changmin dan Jia memandang aku serentak.

"Oh? Siapa ni? Tak pernah nampak pun?" Soal Changmin sambil menyengetkan kepalanya.

"Dia budak baru. Baru semalam di masuk" beritahu Jia.

Changmin menganggukan kepalanya tanda faham.

"Jadi Juyeon boleh masukkan?" Soal Changmin untuk kepastian.

"Aku pun kan?" Celahku lagi.

Jia memandang wajah aku dan Changmin lalu menganggukan kepalanya lemah.

Kami berdua tersenyum gembira.

"Bagi nama dengan nombor id korang" arah Jia sambil mengeluarkan buku notanya.

"Yah! Juyeon! Masuk sini!" Panggil Changmin.

Mata Jia terus membutang.

Aku juga turut terkejut dan pada masa yang sama teruja melihat riaksi Jia apabila berhadapan dengan Ex-Crushnya itu.

Jia terus mengalihkan pandangan ke arah lain apabila Juyeon masuk ke dalam kelas kami.

Aku menyiku lengan Jia cuba mengusiknya.

"Juyeon bagi nama dengan nombor id kau" arah Changmin pada Juyeon.

"Okey. Aku nak tulis dekat mana ni?" Soal Juyeon.

"N-Ni. Tulis dekat sini" kata Jia sambil menghulurkan buku notanya pada Juyeon.

"Korang buat apa ni?" Celah seseorang.

Aku mendongak memandang pemilik suara yang berdiri di sebelah aku.

Pemilik suara itu ialah Hwang Intak.

Dia turut menundukkan kepalanya memandang aku yang duduk di depannya.

Mata kami bertembung untuk beberapa saat.

"Yah, Intak. Kau tak nak masuk?" Soal Changmin pada Intak.

"Masuk apa?"

"Kelab tarian. Kau kan pandai menari"

Intak kembali memandang aku.

"Sarang...masuk ke?" Soal Intak teragak-agak.

"Saya? Masuk" jawabku dengan senyuman kecil.

"Emm..aku masuklah"

"Yah, Jia. Intak nak masuk juga" beritahu Changmin.

Jia mengeluh berat lalu hulurkan buku notanya pada Intak.








TBC



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro