Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔴:04

Selesai sahaja aku geledah stor di rumah aku, aku pergi lepak di taman permainan yang berdekatan dengan kawasan rumahku.

Aku duduk di buaian lalu memandang tasik di depan aku.

Semasa aku kecil, aku selalu datang ke sini bermain dengan jiran-jiranku.

Tetapi sekarang ramai daripada mereka tiada di sini.

Mereka telah berpindah dan berlajar di tempat yang jauh.

Aku sangat rindukan mereka.

Kalau diberi peluang, aku ingin kembali ke zaman itu.

Itulah zaman yang paling seronok buat aku.

' Diriririririt~'📱

Aku berhenti mengerakkan buaian apabila telefon di kocek bajuku bergetar.

Aku mengeluarkan telefon itu lalu melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon aku.

[ Oppa tiri ]

Tanpa membuang masa aku terus jawab panggilan itu.

Yo--

Kau dekat mana?
Aku cari kau dekat rumah kau tak ada.

Tak sempat Sarang nak sapa dah potong.
Sarang ada dekat taman permainan depan tasik ni.

Dekat taman?!
Bahayalah perempuan duduk sana seorang-seorang.
Permainan tu dah lama tak digunakan. Jadi ramai budak-budak motor lepak dekat situ. Kau tunggu je dekat situ. Aku pergi ke sana.

N--

Tidak sempat aku ingin habiskan kata-kataku, dia terus tamatkan panggilan itu.

Dia cakap tempat ni dah tak digunakan?

Patutlah taman ni nampak macam tak dijaga.

Tapi sayanglah taman ni tak digunakan. Kalau dijaga, taman ni nampak cantik. Tambahan lagi taman ni berada di depan tasik.

Dah lah taman ni kenangan aku masa kecil...

"Yah"

Aku menoleh ke belakang apabila terdengar suara Younghoon.

"Ka--"

"Duduk sini" kali ni aku pula potong kata-kata nya.

"Nae?" Dia memandang aku bingung.

"Duduk sini" arahku sambil menunjuk buaian di sebelah aku.

"Duduk?"

Aku menganggukan kepala.

Dia mendekati buaian di sebelah aku itu dengan teragak-agak.

Dia duduk di atas buaian itu dengan kekok.

Aku memandangnya yang masih memakai baju uniform sekolah.

"Kenapa tak tukar baju dulu?" Soalku.

Dia terus memandang aku tajam.

Uish! Cepatnya dia berubah wajah~

"Kau lah punya pasal. Pergi ke sini seorang-seorang. Kalau budak-budak motor tu kacau kau macam mana." Bebelnya.

Aku tersengih.

"Oppa risaukan Sarang ke~~"

Wajah Younghoon kembali berubah. Dia cuba mengelak dari bertentangan mata dengan aku.

"Ye-Yela. Aku kan dah jadi Oppa kau. Jadi, aku kenalah pastikan kau dalam keadaan selamat. Itu kan dah jadi tanggungjawab aku. Kalau kau duduk je dekat New York tu, tak adalah aku nak menyusahkan diri aku untuk jaga kau"

"Kalau Oppa dah jadi Oppa sarang, kenapa Oppa masih bahasakan diri Oppa dengan Sarang 'kau' 'aku'? Bukan ke bahasa tu terlalu kasar untuk adik beradik?"

Younghoon terkelu.

"Kasar? Jadi...aku nak bahasakan diri aku dengan kau apa?"

"Macam Saranglah. Sarang panggil Oppa, Oppa. Jadi Oppa panggil Sarang, Sarang. Jangan gunakan lagi aku atau kau. Okey?"

Younghoon mengeluh berat.

"Wae? Susah sangat ke?"

"Bukan susah...tapi...geli"

Aku tergelak apabila dia cakap macam tu.

"Geli? Oppa ingat Sarang tak geli masa  mula-mula panggil Oppa? Sarang terpaksa je sebab kita dah jadi adik beradik. Lagipun, Sarang memang dari dulu inginkan adik beradik. Sarang tengok orang lain dengan adik beradik diorang mesra je. Diorang tak pernah kesunyian sebab ada adik beradik. Jadi, Sarang teringin nak jadi macam tu." Luahku.

Younghoon tiba-tiba rasa serba salah.

Sekali lagi dia mengeluh berat.

"Baiklah. A-- Op.pa cuba..." Kata Younghoon cuba tahan dari rasa geli dengan apa yang dia sebut.

"Okey. Apa kata kita buat satu permainan. Kalau Oppa terlepas cakap kau atau aku dengan Sarang, Sarang akan jentik dahi Oppa. Macam mana? Okey kan?"

"N-Nae? Ma--"

Tidak sempat dia ingin habiskan kata-katanya, aku terus tarik tangannya lalu bertemukan jari kelingking aku dengan jari kelingkingnya.🤙🏻

"Janji!" Kataku dengan teruja.

"Yah! A- Oppa tak setuju pun lagi!" Bantah Younghoon.

"No, No, No~ dah janji~" kataku sambil menunjuk jari kelingkingnya yang sudah disatukan(?) di jari kelingkingku.

Younghoon pandang aku geram.

"Dah jomlah balik. Aku ada benda lain nak bu--" Matanya membulat apabila dia tersedar dirinya tersebut 'Aku'

Aku tersengih lalu meregangkan tanganku untuk menjentik dahinya.

"Cepat-Cepat" kataku tidak sabar.

Younghoon mendengus geram lalu menyelak rambut depannya.

"Tunduk" arahku.

Dia mengeluh berat lalu menundukkan kepalanya.

"Dah bersedia?" Soalku sambil mengukur kedudukan yang tepat untuk aku jentik di dahinya.

Dia hanya berdiam diri sambil menutup matanya.

Aku letak jari aku di bahagian tengah dahinya lalu menjentiknya sekuat yang boleh.

"Argh!" Younghoon menjerit kesakitan.

Aku terkejut melihat dahinya merah.

"Yah! K-Argh! Apa-apa jelah. Dah jom balik" ujarnya sambil meletakkan tangannya di dahinya yang sakit dan berlalu pergi.

Aku tergelak kecil lalu mengikutnya pulang ke rumah.

•••

🌙🌙🏠

Aku berjalan menunju ke bilik Younghoon sambil membawa tali leher yang aku jumpa di stor petang tadi.

Baru sahaja aku ingin mengetuk pintu biliknya, Younghoon terlebih dahulu membuka pintu itu.

Dia terkejut melihat aku berada di depan biliknya.

Aku merenung pakaian yang dipakainya. Dia memakai pakaian serba hitam. Tidak lupa juga dengan topinya.

"Kenapa k- Sarang tak tidur lagi?" Soalnya gelisah.

"Sarang tengok drama tadi. Oppa pakai baju macam ni, nak pergi mana pulak? Bukan ke dah larut malam?"

"Ouh, Oppa...nak jumpa kawan sekejap" jawabnya gagap.

"Kawan? Jaehyun ke?"

"N-Nae..."

"Kenapa Oppa nak jumpa dia pulak? Oppa boleh je jumpa dia esok dekat sekolah"

"T-Tak boleh...Oppa kena jumpa dia malam ni jugak."

"Kenapa nak jumpa malam ni jugak?"

"Se-Sebab...Oppa dah janji nak belanja dia makan"

"Belanja makan? Sarang, Oppa tak belanja makan pulak"

"Mi-Mian. Nanti Op-pa belanja Sa..rang makan" ujarnya teragak-agak.

"Hm. Yela~"

Younghoon menghembus nafas lega.

"Ouh ye. Ni tali leher Oppa kan?" Soalku sambil menghulurkan tali leher itu.

Dia terkelu apabila melihat tali leher tu.

"De-Dekat mana Sarang jumpa tali leher ni?" Soal Younghoon sambil mengambil tali leher itu dengan teragak-agak.

"Dekat stor. Sarang dah bersihkan tali leher ni, jadi bolehlah Oppa pakai esok."

"Ah, nae. Gomawo" ucapnya lalu campak tali leher itu di atas katilnya.

"Mianhae Sarang. Oppa kena pergi sekarang. Hati-hati duduk dekat rumah. Kalau ada apa-apa telefon je Oppa" ujarnya sambil menurun anak tangga.

"Nae~" aku hanya memerhatikannya dari tingkat atas.

Ye, ye je nak jumpa kawan. Entah-entah jumpa Yeochin~

Muka kacak macam tu, mesti ada yeochin...😏








•••

[ No One Pov ]

"Lambat pulak kau hari ni" tegur Jaehyun pada Younghoon yang baru tiba.

"Tadi aku kena soal siasat, itu yang lambat"

"Soal siasat?"

"Sarang"

"Sarang? Ouh! Adik tiri kau tu. Kau kena soal siasat? Hahahah biasalah tu. Adik aku pun dulu macam tu jugak. Lama-lama dia dah tak tanya. Macam tu lah kehidupan ada adik beradik. Nanti kau biasalah tu"

Younghoon mengeluh berat.

"Dah jomlah gerak"

"Nae, Kajja"








TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro