Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔴:02

"Oppa tiri? Sekejap, Sekejap. Saya tak faham" kataku kebingungan.

"Aku anak tiri Omma kau" beritahunya sambil menyilangkan tangannya lalu sandar di pintu.

"Anak tiri Omma? Tapi Omma tak cakap apa-apa pun?"

Lelaki itu mengeluh kecil lalu mengusap rambutnya kebelakang.

"Masuk" arahnya.

Aku menganggukan kepala aku lalu menarik bagasi aku masuk ke dalam rumah.

Langkahku terhenti sebaik sahaja tiba di ruang tamu.

Hiasan di dalam ruang tamu itu tetap sama dari dulu hingga sekarang.

Aku gembira ianya masih tidak berubah.

"Sarang" panggil lelaki itu yang sedang duduk di sofa.

Aku berjalan mendekatinya lalu duduk di depannya dengan kekok.

Dia menghulurkan album gambar kepada aku.

Aku memandangnya pelik.

"Apa ni?"

"Gambar perkahwinan Omma dengan Appa aku hari tu" beritahunya.

"Ouh..."

Aku melihat satu demi satu gambar di dalam album itu.

Secara automatik, aku tersenyum apabila melihat Ommaku yang tersenyum di dalam gambar itu.

Omma nampak gembira di dalam gambar itu.

Aku bersyukur melihat Omma hidup dengan baik sepanjang ketiadaanku.

Mataku teralih ke arah gambar di sebelahnya pula.

Lelaki yang bersama dengan aku sekarang ni ada dalam gambar itu bersama Omma.

Aku memandangnya.

"Jadi...betullah awak Oppa tiri saya?" Soalku untuk kepastian.

Dia menganggukkan kepalanya dengan santai.

"Haa...bestnya kalau dapat pergi hari perkahwinan Omma hari tu..." Gumamku dengan rasa kesal.

"Kenapa kau tak datang hari tu?" Soal lelaki itu atau kini dikenali sebagai Oppa tiri aku.

"Sebab ada peperiksaan penting hari tu..." Kataku sedih.

Lelaki itu menganggukan kepalanya tanda faham.

"Kenapa kau datang sini secara tiba-tiba?" Soalnya sambil merenung anak mataku.

"Ouh, emm.. saya tak suka tinggal dekat sana. Saya lebih selesa tinggal dekat negara sendiri"

"Appa kau kasi pulak"

"Saya pujuk appa saya. Kalau ikutkan appa tak kasi saya datang sini seorang-seorang" beritahuku.

Lelaki itu tersenyum senget.

"Kenapa?" Soalku pelik apabila melihatnya tiba-tiba tersenyum.

"Berani juga kau" ujarnya sambil sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi.

Aku hanya balas dengan senyuman. Dia tak tahu lagi perangai sebenar aku macam mana...😏

Sila nantikannya wahai Oppa tiriku....😎

"Sekejap. Memandangkan awak Oppa tiri saya, jadi...apa nama awak?"

"Oh, aku tak bagitahu lagi eh?"

Aku mengelengkan kepala aku.

"Nama aku Kim Younghoon" beritahunya.

"Ouh..Kim Younghoon... Jadi, apa patut saya panggil?"

"Panggil je lah apa-apa" ujarnya yang tidak ambil peduli.

"Kalau saya panggil awak...Oppa boleh tak?" Soalku.

"Oppa?"

"Nae"

Lelaki itu membeku seketika.

Telinganya berona merah.

"Pa-Panggil je lah apa-apa. A-Aku nak masuk tidur. Bilik kau dekat bilik lama kau. Kalau nak apa-apa datang je ke bilik aku. Eh, bukan. Panggil je aku dari luar bilik aku. Jangan terus masuk" ujarnya lalu mendaki anak tangga ke tingkat atas.

Aku menyengetkan kepala aku pelik dengan kelakuan Younghoon.

"Yah, Sarang" panggil Younghoon dari tangga.

Aku mendonggak memandangnya.

"Esok kita pergi daftar kau dekat sekolah aku"

"Sekolah Hani eh?"

"Nae. Sekolah tu je yang paling dekat dari sini"

"Oppa sekolah dekat situ?"

"Nae. Wae?"

"Tak adalah. Sarang pernah sekolah dekat situ sekejap sebelum pindah ke New York. Tapi, masa Sarang sekolah dekat situ, Sarang tak pernah nampak pulak Oppa dekat situ?"

Mata Younghoon terkelip-kelip.

"Ouh, emm..itu sebab...emm--"

"Mungkin sebab pelajar sekolah tu ramai sangat kot? Sebab tu Sarang tak pernah nampak Oppa" kataku sambil menyentuh daguku.

"Ah, betul lah tu. Sekolah tu kan ada ramai orang." Sokong Younghoon gelisah.

"A-Aku masuk tidur dulu. Jangan lupa tutup lampu sebelum masuk ke bilik"

"Nae, arraseo. Selamat malam"

"Se-Selamat malam.."

Younghoon menundukkan sedikit kepalanya lalu naik ke tingkat atas.

•••

🛏️🛏️🛏️

Selepas aku menyusun semua baju aku ke dalam almari, aku kembali duduk di katil.

Telefon aku yang berada di tepi katil aku ambil.

Nama appaku aku tekan.

🔊Yobosaeyo, Sarang.

Appa. Sarang dah sampai dekat rumah Omma ni.

🔊Syukurlah kamu dah sampai dengan selamat. Kamu dah makan?

Dah. Sarang dah makan tadi.

🔊Kamu okey ke tinggal sana seorang-seorang? Kalau kamu nak balik sini semula, kamu cakap je dengan Appa. Nanti appa suruh Suho ambil kamiu dekat sana.

Sarang okey je tinggal sini. Tapikan appa...

🔊Tapi kenapa?

Suami baru Omma tu...ada anak ke?

🔊Nae?
Apa maksud kamu?

Masa Sarang sampai rumah Omma tadi, ada orang lain yang tinggal dekat rumah Omma. Dia cakap, dia  Oppa tiri Sarang. Betul ke Omma ada anak tiri appa?

🔊Aigoo! Appa lupa tentang tu. Betullah itu Oppa tiri kamu. Suami baru Omma kamu tu ada anak lelaki. Tak silap Appa, dia lebih tua dari kamu. Selepas Appa dia dengan Omma kamu meninggal, dia tinggal dekat rumah tu seorang diri. Maafkan Appa sebab tak bagitahu kamu. Kamu mesti terkejut.

Tak adalah.
Sarang okey je.

🔊Sekarang kamu tinggal dengan dia ke?

Nae.

🔊Kamu selesa ke tinggal dengan dia?
Kamukan masih tak kenal dia.
Kamu nak appa suruh Suho carikan rumah lain untuk kamu dekat sana?

Aniyo. Sarang okey je tinggal sini.
Appa tak perlu risaulah. Sarang boleh jaga diri Sarang.

🔊Baiklah. Kalau kamu nak apa-apa, kamu cakap je dengan Appa.

Nae appa~
Selamat malam Appa.

🔊Selamat malam~

Aku menamatkan panggilan itu lalu baring di atas katil.

Haa...penatnya...

TOK! TOK! TOK!

Pandanganku teralih ke arah pintu bilikku.

"Oppa?"

"N-Nae"

"Masuklah" kataku lalu betulkan kedudukanku.

Younghoon membuka pintu bilik ku lalu pandang aku yang sedang duduk di atas katil.

"Ada apa?" Soalku.

"Aku cuma nak cakap yang kunci pintu bilik air tu rosak. Tengoklah esok ke atau lusa aku betulkan" beritahunya sambil bersandar di pintu bilik aku.

Aku pandang bilik air aku sekilas lalu pandangnya semula.

Aku pandang dia, dia pandang aku.

Kami saling balas pandangan.

"Ada apa-apa lagi yang Oppa nak cakap?" Soalku padanya yang masih bersandar di pintu bilikku.

Matanya terkelip-kelip apabila perasan dirinya masih menyebuk di dalam bilik aku itu.

"Ouh. Emm, aku balik ke bilik aku dulu" ujarnya teragak-agak.

Aku hanya menganggukan kecil kepala aku.

Younghoon keluar dari bilik aku lalu tutup pintu bilik aku dengan perlahannya.

Okey. Aku masih tidak percaya yang aku akhirnya ada seorang Oppa.

Selepas bertahun-tahun aku jadi anak tunggal, akhirnya aku ada seorang Oppa. Walaupun hanya seorang Oppa tiri.


TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro