Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SDL 🌠 7

Kasut hitamnya sengaja memijak lopak air yang bertakung di pinggir jalan. Suka dia melihat percikan air itu membasahi seluar dan kasutnya.

Matanya meliar mencari lopak air untuk dipijak lagi, akan tetapi saat irisnya mengunci fokus utamanya pada susuk tubuh dihadapannya, pantas sahaja niat itu dibatalkan.

Teringat akan kejadian beberapa jam yang lalu membuatkan dia lebih selesa mengunci mulut.

Dia malu!

"Kau memang tinggal kat kawasan ni ke Luna?" Danny mulai bersuara bagi memecah kesunyian.

Luna tersedar dari memori lalu. Pantas wajah dikalihkan ke arah Danny yang berada beberapa langkah dihadapannya.

"Ha-haah"

Danny mengangguk. Puteri Ais Kepal tak nak tanya soal tempat tinggal Kanda ke? Sesungguhnya Kanda sangat menunggu soalan itu.

"Ermm... Danny..."

Pantas Danny menoleh. Tak mungkin gadis itu boleh membaca isi hatinya.

"Ka-kau... kau hantar aku sampai sini saja lah ya... a-aku... boleh, balik sendiri. Bukan budak kecil lagi... kan?" Senyuman seikhlas mungkin diukir bagi menutup rasa segan diwajahnya.

Malangnya senyuman itu tidak dapat merawat kekecewaan di hati lelaki itu. Sedih Danny sebab dia ingatkan Luna nak tanya pasal dia, rupanya halau dia suruh balik!

"O-okay..."

Luna terus melangkah menuju ke lorong rumahnya. Danny menghela nafas panjang. Dia cuma dapat meluangkan masa cuma beberapa saat sahaja dengan gadis itu.

Walau hanya seketika, dia tetap hargai juga waktu beharga itu, bak kata pepatah, Orang bagi betis nak peha. Dan seketul Danny Oliver tetap nak kan waktu bersama gadis itu lagi.

Dia...

Dia rasakan sesuatu yang lain pada gadis itu. Yang tak ada pada mana-mana perempuan yang dia kenal. Tapi sayang, masa untuk dia selami perasaan itu dengan lebih dalam cuma singkat.

"Tapi kenapa?" Luna pantas menoleh.

"Ke-kenapa apa?" Danny tersentak.

Dia dengar ke aku cakap?

"A... ke-kenapa kau... kenapa kau tak bagi aku hantar kau sampai rumah? Alang-alang tu boleh la aku jenguk sekali keluarga kau" Soalan untuk menutup rasa segan mulai keluar.

Eh, sekejap! Sejak bila aku berminat dengan keluarga dia? Aku cuma minat yang kat depan aku ni je.

Luna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa pelik pula perangai Danny ni lama-lama.

"Se-sebab... aku... tak suka?" Danny hanya mengangguk kecil.

"Okay. Ha, hati-hatilah tu jalan. Jatuh bangun sendiri okay"

Luna hanya mengukir secebis senyuman untuk Danny terus sahaja dia berjalan pulang.

Danny hanya mendiamkan diri memerhatikan Luna berjalan pulang. Tapi tak mungkin hari bahagia ini diakhiri dengan senyuman.

"Er, Luna! Balik nanti jangan lupa tukar baju tau. Nanti kau sejuk" Luna menoleh lagi.

Perlahan dia mengangguk mengiakan sahaja pesanan jejaka itu.

"Lepastu jangan lupa mandi. Nanti kau demam. Ingat tau pesan aku!"

Luna mulai segan. Banyak pula pesanan jejaka itu.

"Iya. Aku ingat" Terus kaki melangkah dengan lebih laju.

Lama-lama nanti banyak pula scene dia tertoleh belakang tak habis-habis. Teleng juga anak orang ni.

Danny mengukir senyuman kecil. Boleh la tu buat dia kenang seorang-seorang sambil gosok gigi nanti.

Jangan tertelan berus gigi tu sudah.

"Danny"

Danny tersedar. Pantas mencari gerangan yang memanggil namanya.

"Kau pun sama. Jangan lupa mandi air panas. Nanti kau demam pula"

Danny terdiam. Terus kaku dia mendengar nasihat itu. Matanya mengekori langkah Luna yang semakin menghilang disebalik kereta yang tersusun di tepi jalan.

Terus sahaja Danny tumbang. Kucing siapa entah yang kebetulan lalu disitu ditarik sesuka hati dia lalu dipeluk erat.

"ARGHHH! Kau dengar tak?! Kau dengar tak tadi?! Dia pesan kat aku macam mana? Comel!" Naik rimas pula kucing itu dengan sikap manja Danny.

"Malam nanti aku nak pastikan yang langit akan hujan. Lepastu aku akan jadi superhero untuk dia lagi! Eh, kejap! Nombor dia pun aku tak ada macam mana aku nak jadi hero dia?"

Danny terus bangun dan berdiri. Kucing di dalam pelukan dia juga terikut sama.

Matanya mencari kelibat Luna tetapi gadis itu sudah lama menghilangkan diri.

"Alaaaa! Cepatnya dia pergi!" Danny pantas mengeluh.

Kucing di dalam pelukannya di peluk erat. Amarah kucing itu langsung tidak dihiraukan.

"Mak! Orang tu lah yang nak curi Meow, Lia! Pukul dia Mak!"

Terus sahaja Danny membuang kucing dan terus beredar ke rumahnya. Mapuh aku kalau mak datang pukul betul-betul.

Luna tertawa kecil. Dah lama dia menyorok di sebalik kereta di tepi jalan memerhatikan tingkah laku Danny sewaktu dia titipkan pesanan yang sama kepada jejaka itu.

Melihat jejaka itu pantas beredar, dia juga terus masuk ke dalam rumah. Belum sempat menutup pintu, laju sahaja dia disergah.

"Pergi mana balik sampai nak dekat malam ni? Dengan baju seluar basah semua ni. Sengaja main hujan?" Majalah di tangan Puan Elise diletakkan di atas meja.

Luna menghela nafas panjang. Bersyukur dia nak balik. Kalau tak balik terus macam mana? Lemah la aku kalau hari-hari macam ni.

"Saja keluar. Nak cari ketenangan yang dah lama hilang dalam rumah ni" Kaki terus melangkah ke arah tangga.

Puan Elise tersenyum sinis.

"Sejak bila Luna pandai berpuitis ni? Tak pernah-pernah nak menyindir Mummy macam ni"

Langkah Luna terhenti seketika. Perlahan dia berpaling memandang ibunya yang elok duduk di ruang tamu.

"Luna bukan nak menyindir, dan tak ada niat pun nak sakitkan hati Mummy dengan kata-kata. Tapi Mummy sendiri boleh lihat dengan mata dan hati Mummy. Kalau Luna tak main piano atau buat bising kat rumah ni, rumah kita sunyi sangat tak ubah macam tanah perkuburan. Lain la kalau ada Papa. Boleh lah Luna dengar bunyi biola ke, gitar ke, nyanyi sambil ketuk periuk ke macam dulu. Kan berseri sikit rumah ni"

Langkah terus dilajukan lalu pintu bilik ditutup.

Rapat.

Puan Elise mengetap rahangnya. Geram barangkali dengan komen anaknya. Namun, apa yang dia boleh buat? Benda dah lepas.

Perlahan nafas dihela panjang. Gambar keluarga yang kelihatan sungguh bahagia di atas almari di sebelahnya ditenung. Perlahan dia mencapai bingkai gambar itu.

... FLASHBACK ...

"Kalau bukan sebab duit saham syarikat saya, kumpulan awak tu tak akan diterima masuk la dalam akademi tu!"

"Saya nak cakap berapa kali dengan awak? Duit saham yang awak bagi setiap bulan tu saya tak sentuh sikit pun. Apatah lagi ahli kumpulan saya. Kami berusaha masuk akademi tu dengan titik peluh kami sendiri"

Elise tersenyum sinis. Tangannya terus melingkar memeluk dadanya. Wajahnya angkuh memandang Franz I'sack yang tampak sugul.

"Habis tu yuran untuk masuk ke akademi siapa yang bayar? Awak ingatkan macam mana beratnya saya nak menjawab bagi pihak awak dekat Ayahanda tentang kehilangan dua juta USD tu. Atau awak ni memang jenis lupa daratan?"

Franz mendengus geram. Bengang barangkali apabila kisah lamanya diungkit.

"Kalau macam ginilah perangai awak, sampai bila-bila pun masalah kita tak akan selesai"

"Awak pun sama! Kalau awak asyik melekat dengan kumpulan awak, sampai bila-bila pun kita akan duduk macam ni! Tolonglah Franz! Emma dan Luna semakin membesar. Tak kan awak nak bagi kami makan kertas muzik awak tu sampai mereka tua? Tolong tinggalkan angan-angan awak tu dan fokus pada realiti. Dunia sekarang perlukan duit, bukan buang duit macam gini. Awak tak dengar ke bertapa kecewanya ayahanda saya bila awak putuskan untuk keluar dari syarikat tu semata-mata untuk benda tak berfaedah macam ni?"

Franz cuba menahan sabar. Dia cukup tidak suka apabila isterinya memandang rendah kebolehan kumpulan mereka.

"Okay. Kalau awak nak sangat menangkan Ayahanda awak tu, lebih baik kita berpisah. Saya pun tak sanggup la nak bagi anak-anak saya 'makan' duit kertas yang terlalu bernilai tu"

Elise mengukir senyuman kecil.

###### ♡ ######

"Kenapa Papa nak pergi? Papa dah tak sayang Luna dengan kakak ke?"

Franz tersenyum kecil. Pantas dia menunduk sedikit dan mengusap lembut rambut anaknya yang baru sahaja berusia 12 tahun beberapa hari yang lalu.

"Mana ada. Sayang Papa pada anak-anak Papa akan kekal sampai bila-bila. Papa cuma... ada kerja. Sebab tu Papa dah tak boleh duduk dekat dengan Bulan kecil  Papa ni"

Pipi Luna dicuit. Suka anak kecil dicuit sebegitu. Franz tersenyum kecil. Namun senyumannya mati apabila melihat Elise bersama Emma dan Ayahandanya mendekati mereka.

Franz segera bangun. Luna yang melihat perubahan wajah Papanya turut berpaling. Pantas tangan Papanya dipeluk melihat bengisnya wajah Datuknya.

"Luna, come here. We need to get home now. Kita nak pindah rumah Grandpa. Luna suka kan duduk dengan Grandpa?"

Luna serba salah. Wajah Papanya dipandang.

"Ta-tapi Luna... Luna nak ikut Papa. Luna nak jalan-jalan dengan Papa"

Elise mengetap rahangnya. Geram barangkali apabila anak bongsunya kerap kali menangkan bekas suaminya.

"Tak boleh. Lepas ni Luna dah tak boleh jumpa Papa dah. Papa kan sibuk. Luna kena ikut Mummy sekarang"

Lengan gadis itu ditarik agar mengikutinya. Namun, tarikannya terlepas jua dengan tolakan Luna.

"Luna tak nak ikut Mummy. I want to stay together with Papa. Papa nak bawa Luna jalan-jalan kan?"

Franz serba-salah. Bukan dia tak mahu pertahankan anak bongsunya, tapi hak penjagaan kedua anaknya milik Elise. Bukan dia.

"Jangan degil Luna. You should obey what your mother said" Grandpa mula bertindak menarik Luna jauh dari Franz.

Luna hanya mampu mendiamkan diri. Tubir matanya menghangat. Dia tak mahu berpisah dengan Papanya walau dia sendiri tak mengerti apa yang sedang berlaku sekarang ni.

"Ta-tapi Papa..."

"Stop calling him Papa. He doesn't deserve that name" Franz agak kecewa dengan bicara bapa mertuanya.

Dia juga sudah mengagak yang bapa mertuanya akan bertindak sedemikian. Dia juga mengerti mengapa mereka menganggap dia tidak berguna dalam keluarga isterinya.

"Tapi Luna tetap nak dengan Papa! Papa tetap Papa Luna sampai bila-bila!"

Perlahan Franz menunduk menyamaratakan ketinggian dia dengan Luna. Luna pantas memeluk Papanya.

Dia tetap tak mahu berpisah. Grandpa mendengus geram. Terus pegangannya pada Luna dilepaskan.

"Papa tak nak tinggalkan Luna kan?"

Franz tersenyum kecil. Perlahan dia mengusap rambut anaknya. Luna ditarik agar menatap wajahnya.

"Papa tak akan tinggalkan kamu sayang. Tapi Papa kena pergi sekarang sayang. Walau sejauh mana Papa pergi, Papa akan tetap sentiasa ada dengan Luna dimana sahaja Luna berada. Sebab Luna Bulan kecil Papa kan?"

Luna mengangguk perlahan. Franz tersenyum kecil. Pipi anaknya yang basah diusap.

"Sudah. Jangan nangis lagi. Bulan yang terang mana boleh selalu mendung. Biarpun kita tinggal di langit hitam, jangan biarkan sesekali awan mendung menutupi cahayamu. Kalau tidak, siapa yang nak terangi hidup Papa yang suram kalau bukan Bulan kecil Papa ni?"

Luna tersenyum kecil.

"Jan-janji? Papa tak akan tinggalkan Luna?"

Franz tersenyum kecil. Jari kelingkingnya disatukan dengan jari anaknya.

"Papa janji, wahai Bulan Kecil"

"Enough! Let's go Luna Isabella. Kita tak ada masa sekarang ni" Luna terus ditarik kasar melepaskan pegangannya pada tangan Franz.

Setitis

Setitis permata jernih jatuh.

"Pa-papa..."

Tapi ada sesuatu di dalam genggaman tangan kecilnya.

"Simpan" gerak bibir Franz dibaca sekilas.

... FLASHBACK ...

"Perangai dia tak ubah macam kau, Franz. Degil dan keras kepala. Penat aku buang rantai tu dua tiga kali, tapi dia sanggup cari dan kutip balik semata-mata demi kau"

Puan Elise menghela nafas panjang.

Anak-anak.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?




Kuih keria dibuat Yaya,
Dibuat khas untuk Khairi;
Biarkan sahaja dia bercahaya,
Mencari jalan untuk masa depannya sendiri

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro