SDL 🌠 6
Luna menarik hoodienya agar menutupi keseluhuran kepalanya. Langit yang gelap terasa begitu rapat dengan dirinya.
Mungkin menghormati apa yang dia rasakan di dada.
Luna menghela nafas panjang. Badannya di sandarkan ke batang pokok yang rendang. Matanya mengamati suasana tasik yang semakin gelap dengan awan hitam.
Pintaan Sir Noah beberapa hari lepas untuk menerajui persembahan utama teater masih lagi bermain di fikirannya.
Mampu ke aku buat?
Kalau sakit aku datang lagi macam mana?
Ka- kalau aku pengsan depan orang ramai?
Macam mana pula kalau peristiwa hitam yang dulu datang lagi?
Luna meraup wajahnya. Kaki dibawa ke dada lalu dipeluk erat.
Buntu!
"Kalaulah kau ada Lily... mesti aku tak jadi macam ni kan? Mesti kau tolong support aku" Sengaja dia bermonolog sendirian di situ.
Perlahan, dirasakan sesuatu menitis di atas hoodienya. Semakin lama, semakin lebat.
Astaghfirullah, takkan persatuan burung gagak sedunia kat taman ni buat serangan udara?
Luna terus memandang ke hadapan. Beberapa titisan hujan sudah jatuh mulai membasahi bumi.
Luna menadah tangannya. Menakung beberapa butir air hujan yang menitis dari salah satu pohon tempatnya berlindung.
"Macam mana kita nak balik ni weh! Hujan dah lebat!"
"Apalagi! Kita redah! Hiyarrgghh!"
"Wei tunggu aku!"
Bibir Luna mula mengukir senyuman kecil. Teringat ketika dia di Tingkatan 1.
Hendak pulang ke rumah, hujan sudah lebat. Apa lagi, inilah masanya untuk kita berseronok.
"Kalau... aku nak putar balik masa boleh tak? Aku tak puas lagi nak habiskan masa aku dengan kau"
Titisan demi titisan jatuh ke tapak tangan putihnya. Semakin lama semakin banyak yang bertakung di atas tapak tangannya.
Luna terus bangun. Mencari pondok di sekitar tempatnya.
Takkan nak duduk kat sini? Mahu mandi aku lama-lama bertapa kat sini.
Matanya melekat pada satu pondok kecil yang berada tidak jauh dari pohon tempat Luna berteduh.
Nice ah! Kosong!
Terus saja kaki melangkah kesitu. Bangku menjadi tempatnya berlabuh.
Titisan hujan yang seakan tembakan peluru berpandu korea utara yang jatuh ke atas bumbung membuatkan Luna semakin gelisah.
"Kenapa hujan lebat sangat? Macam mana aku nak balik ni? Aku takut la..." lirik Luna perlahan.
Kaki dibawa ke dada. Dipeluk erat. Hoodienya yang mulai membasah menangkap angin sejuk ke badannya.
Seorang lelaki yang mungkin baru lepas habis jogging berteduh sekali di pondok itu. Luna mengangkat muka.
O. M. G.
Tangannya terus menarik hoodie agar menutupi kepalanya.
Jangan dia cam aku!
Jangan cam aku!
Tolong lah!
"Hai! Hujan lebat tiba-tiba je hari ni kan?" Soal lelaki itu ramah.
Luna beku. Tidak bergerak. Seolah-olah sudah di sumpah menjadi batu.
Bip! Bip! Bip!
Lelaki itu diam. Mengamati bunyi yang terhasil dari seseorang di sebelahnya. Mindanya teringat pada seseorang.
Luna.
"Hello? Awak ni... manusia ke apa? Ke alien?" Kepala ditunduk bagi mengintai wajah 'manusia' didepannya.
Luna mendengus geram. Sejak dari azali lagi dia memang sangat bencikan soalan. Lagi-lagi bila orang yang tak kenal cuba berinteraksi dengannya.
Kalau aku tak nak balas tu maksudnya aku tak suka kau!
Faham tak?!
Lelaki itu memandang pelik.
Dah kenapa orang ni dok diam je... ke pekak? Ataupun... dah mati?
Pantas sahaja tangan lelaki itu menyelak hoodie Luna. Luna terus menepis tangannya.
"Tak payah lah!" Marah Luna.
Danny diam.
"Luna?" Soal Danny pelik.
Luna mengangkat mukanya membetulkan hoodienya yang tergerak ke belakang.
Danny terkejut.
"HA. HAHA. HAHAHAHAHAHAHA kau buat apa duduk macam ni Luna? Aduhai! Aku ingatkan kau dah mati tadi. Takut aku kot-kot aku cakap dengan hantu Wan Peah ke tadi. Dah la tengah hujan lebat. Kau ni kelakar lah!" Hampir terguling Danny di situ menahan gelak.
Luna menahan geram.
Dah mati?
Aku?
Baguslah! Aku cekik-cekik kau nanti! Pastu duduk bawah katil kau dan tarik kaki kau. Aku tanam kau hidup- hidup nanti.
Luna menjeling geram. Danny mengesat sedikit wajahnya yang merah.
Terus saja ruang kosong disebelah Luna menjadi tempatnya duduk. Nafas diperbetulkan sedikit agar degupan jantungnya stabil.
Tapikan macam mana nak stabilkan degupan jantung kalau duduk sebelah crush eak?
"Kau buat apa Luna kat sini?" Sengaja dia bertanya bagi menghangatkan suasana yang sudah sediakala hangat.
Luna diam.
Aduh! Dah la aku dengan dia je kat sini. Dia ni tak ada tempat lain ke nak pergi?
"Su-suka hati aku lah"
Danny tersengih sendirian. Tapi kadangkala dia juga pelik dengan sikap Luna.
Luna ni ada masalah pertuturan ke? Sebab tu dia tak tegur orang lain? Dan Sir Noah bagi surat kat dia supaya dia masuk kelas pendidikan khas?
Eish! Tak boleh jadi ni!
"Ermm Luna... Kau... kau ada masalah ke? Kenapa aku tengok kau tak pernah tegur orang lain? Atau... kau memang tak suka kawan dengan budak sekolah kita?"
Luna diam sejenak.
Dia perasan aku ke? Mesti dia selalu skodeng aku. Tapi, bukan aku tak nak kawan dengan dia orang.
Aku cuma tak pandai bergaul je...
Perlahan keluhan kecil dilepaskan. Luna terus mengangkat mukanya lalu dagu diletakkan di atas lengannya yang memeluk erat kaki.
"A-aku... aku tak macam korang. Aku... aku lain" perlahan sahaja nadanya berbicara.
Danny mengerut dahinya.
Lain? Tapi aku tengok dia ni normal je. Ke... ada kaitan dengan jam berkelip dia? Dan gelang dia...
"Apa maksud kau 'lain' ?"
Luna berfikir sebentar.
Kalau aku cakap dengan kau, kau boleh ke simpan rahsia macam Lily? Aku tak nak bila kau tahu rahsia aku, kau benci aku.
Kau anggap aku ni tak normal.
Aku tak nak hilang kawan lagi. Walaupun... aku kadang-kadang macam tak suka berkawan.
Perlahan Luna memandang Danny. Mencari keikhlasan dalam wajah jejaka itu.
"A-aku... sakit"
Dua patah perkataan itu sudah cukup membuatkan Danny terkedu.
"Sa-sakit apa tu, kau tak perlu lah tahu" tambah Luna lagi.
Danny sedikit kecewa. Tapi tak membantutkan dirinya untuk mengorek lagi rahsia Luna.
"Kenapa aku tak boleh tahu pula?"
Luna berfikir lagi. Memandang ke luar pondok. Hujan lebat masih lagi menitik di kawasan itu.
"A-aku... aku tak per-percayakan kau"
Danny mengeluh panjang. Dirapatkan dirinya dengan Luna. Luna berganjak sedikit ke tiang pondok.
"Luna, aku kan kawan kau. Kenapa kau tak percaya aku pula? Ke muka aku ni ada macam muka-muka kuih talam keladi ke? Kek lapis ke? Ada? Tak ada kan" Intonasi suaranya kedengaran sungguh kecewa.
Luna memandang ke arah tasik. Yang mengumpulkan segala butiran hujan yang jatuh ke bumi.
"Me-memanglah tak ada... cuma... aku tak percayakan orang lain. Selain dari kawan baik aku"
Kawan baik? Dan gelang tu... SyaBella. Kawan dia?
"Kawan baik kau? Siapa nama dia? Dia satu sekolah dengan kita ke?"
Siapa nama dia?
"Lily. Lily Alisya. Aku dah lama tak jumpa dia. Terputus hubungan sejak aku pindah sini. Dialah yang selalu bantu aku. Bimbing aku. Ikhlas kawan dengan aku. Bukan macam kawan aku yang lain"
Cecair jernih mula bertakung di mata.
"Dia lain. Dia tak sama dengan kawan kau orang. She heart-kind, beautiful with brain and full with love. Berkawan dengan aku bila aku tak punya sesiapa. Dengar segala masalah aku. Ajar aku cara nak urus perasaan aku. Penuhi kehendak aku walaupun kadang-kadang apa yang aku minta tu... mustahil dan menyusahkan dia. She mostly like my second mother" tambah Luna lagi.
Danny mendengar dengan tekun. Perasan akan perubahan yang agak ketara pada Luna.
Aik? Dah tak gagap dah? Dia ni kalau dah hanyut dalam perasaan terus hilang gagap.
Tapi gelang tu... Syabella. Bukan Lily, atau Luna. Bukan juga Alisya atau Isabella. Siapa pula dia pada Luna.
"Ehem. Hem. Luna... kau ingat tak masa aku nak selamatkan kau... kat tasik dua minggu lepas?" Soal Danny berhati-hati.
Perlahan Luna terus memandang Danny pelik.
"Ke-kenapa?"
Danny memperbetulkan duduknya menghadap Luna.
"Masa kau dah tinggalkan aku tu, aku ada jumpa satu gelang. Gelang besi yang selalu kau pakai tu. Aku tengok juga gelang tu. And... I'm just wondering who is Syabella?"
Luna mengetap rahangnya.
Jadi selama dua minggu aku dok tertonggeng-tonggeng cari gelang tu merata-rata rupanya ada kat dia?
Okay.
Luna terus saja berdiri menghadap Danny.
"Jadi kau yang ambik gelang aku ha?!" Berubah terus intonasi suara Luna.
Danny mengecut.
"Weh, weh... re-relax la... a-aku tengok kau blah macam tu je tu yang aku simpan gelang tu. Ta-tapi betul! Aku... aku memang tak ada niat nak sorokkan gelang tu dari kau"
Luna menarik nafasnya panjang.
Relax Luna... mungkin dia cakap betul kot.
"Okay. Then where's the bracelet?" Soal Luna keras.
"Kat rumah aku la... aku simpan baik-baik la gelang kau. Jangan risau"
Luna mengeluh. Terus saja dia duduk di sebelah Danny.
"Umm... Luna..."
"Apa lagi kau ni?!" Soal Luna malas.
Danny diam sebentar.
Dia ni ada masalah perubahan hormon ke? Kejap baik, kejap marah, kejap gagap.
Aku tak faham betul lah dengan perempuan ni.
"Kau... kau belum jawab lagi soalan aku. Siapa Syabella?" Soal Danny lagi.
Luna memandang Danny. Satu keluhan kecil di lepaskan.
"Kenapa Syabella? Bukan letak nama sendiri?"
"Tu kan friendship bracelet. Jadi aku gabungkan nama aku dengan kau. Sya untuk Alisya, dan Bella untuk Isabella. Sweet tak aku?"
"Gelang tu... Lily yang bagi kat aku. As our friendship bracelet. Dia guna nama belakang kitorang. Sya untuk Alisya. Dan Bella untuk Isabella. Jadi tu yang tulis Syabella"
Danny mengangguk perlahan.
"Mesti dia spesial kan? Sampaikan kau sendiri tak nak gantikan tempat dia dengan orang lain. Patutlah kau sendiri je"
Perlahan Luna tersenyum.
"Dia memang spesial pun. Tak ada siapa yang boleh gantikan dia dengan orang lain. Sebab, dialah yang ada bila aku susah. Bila aku senang. Even you give me a thousands people like her, no one can treat me like Lily do"
"Walau ada someone yang ikhlas berkawan dengan kau, dan terima kau seadanya?" Soal Danny menduga.
Luna berfikir sebentar.
"Kalau... wujud lagi spesies macam tu kat bumi ni. Susah nak cari kawan yang sanggup sama-sama bergelap dengan kita. Rata-rata orang cuma nak berdamping dengan yang sempurna saja"
Danny mendalami ayat Luna. Besar maksudnya kalau difahamkan betul-betul.
"Luna... kalau..."
Dentum!
Guruh dan kilat mula bersambung di langit
Bip! Bip! Bip!
Luna diam. Merapatkan kembali kakinya ke dada. Melihat tindakan Luna yang agak takut dengan cuaca di luar, membuatkan Danny kasihan.
Di tarik Luna ke dakapannya. Pantas saja Luna menolak.
"Ka-kau... kau buat apa ni?!" Dada Danny ditolak agar menjauhinya.
Dia cukup takut dengan tindakan drastik lelaki itu yang tiba-tiba dan tiber sahaja mahu memeluknya.
Dannny tersenyum kecil.
"Aku tahu kau takut dengan kilat. Sini lah..."
Tangan Danny terus menarik lengan Luna.
"Tak-tak tak payah! A-aku... okay" pintas Luna.
Bip! Bip! Bip!
"Tapi benda tu kata tak okay, Luna"
Luna meneguk air liurnya.
Dia lambai aku hari tu pun aku dah macam nak pengsan, inikan pula di peluk Danny.
Nak aku mati pula ke sakit jantung?
"Tak-tak... a-aku tak perlukan segala pertolongan kau"
Dentum!
Luna menekup telinganya. Bunyi itu seakan dekat sekali dengan dirinya.
Perlahan terasa badannya hangat sedikit. Luna mengangkat wajahnya.
"It's okay. Aku tahu kau segan dengan aku. Tapi, aku cuba untuk jadi kawan yang terbaik untuk kau. Aku dah lama perhatikan kau selalu duduk seorang-seorang je kat sekolah. Jadi apa kata, aku... gantikan Lily di sisi kau? Walaupun... aku mungkin tak sebaik Lily yang kau cakap. Tapi aku cuba jadi yang terbaik untuk lindungi kau" pintas Danny.
Bip! Bip! Bip! Bip! Bip!
Perlahan Danny tergelak kecil saat jam Luna mulai berbunyi. Wajah Luna mulai menghangat dan merah.
"Kadang-kadang berguna juga jam kau ni kan Luna?" Soal Danng sengaja.
Luna duduk diam. Keras seperti batu. Dia dah tak nak cakap apa-apa sekarang ni.
Kelu!
Melihat Luna yang diam menunduk membuatkan Danny faham. Perlahan dia menepuk bahu Luna yang dilitupi hoodie.
"Kau tahu tak Luna, kau ni dah macam adik aku lah weh... penakut dengan kilat dan petir. Astraphobia. Tapi pada masa yang sama tak nak mengaku. Bila ada kilat mesti dia cari aku minta peluk... " lirik Danny perlahan.
Mendengar ayat Danny yang seakan sayu membuatkan Luna serba salah.
"I miss her so much" tambah Danny lagi.
"Adik... kau?"
Danny tersenyum kecil. Perlahan kepalanya jatuh ke atas kepala Luna.
"Yeah. Dephnis Olivia. Dia muda dua tahun dari aku. Dan... pergi lebih awal dari aku... juga" Suaranya mulai bergetar seakan menahan sesuatu dari menitis dibalik bebola matanya
Luna kaku.
Dia ni apa hal letak kepala dia atas kepala aku? Nak suruh tengkuk aku patah ke?
Luna mengeluh kecil.
Suka hati kau lah!
"Danny..."
"Yes my little star?"
Luna memutarkan bebola matanya.
"Kenapa dengan adik kau?"
"Accident. Lost my little sister and both of my parents. But I'm fine. Aku duduk sekarang ni pun dengan kakak aku. Perlahan-lahan pulihkan balik diri aku yang hilang dulu. Aku... just anggap yang 'Dia' pinjamkan adik dan parents aku tu sekejap je"
Luna sedikit kagum dengan Danny.
"You're a super great brother Danny. Kau boleh hidup tanpa adik kau. Tanpa parents kau. Tapi aku... aku tak boleh hidup tanpa kawan dan orang yang aku sayang"
Danny tersenyum kecil.
"You want to know what? I can be a super husband to you if you want"
"Kau dah lama hidup ke?"
"Ouh... o- okay. So-sorry"
Dalam kolah ada berudu,
Ditangkap oleh Adik Ramu;
Kalau hati mulai merindu,
Titipkan namaku dalam doamu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro