SDL 🌠 5
"There are several types of ionic compounds used in everyday life. Some of this is Magnesium Oxide used in gastric medcine act as antidepressant to relieve heartburn and indigestion. Other... than that..."
Madam Scarlet merenung salah seorang pelajarnya yang khusyuk termenung.
Hmmm... peluang keemasan!
"Hey there who sit at the back. Stand up!" Arah Madam Scarlet.
Semua mata memandang kebelakang. Mencari gerangan yang berani cari pasal dengan Madam Scarlet.
Luna yang tersentak dengan sergahan itu juga mencari siapa yang disebutkan Madam Scarlet.
"Tak payah pandang kiri kanan. Kau lah! Siapa lagi yang duduk kat belakang sekali kalau bukan kau seorang?" Soal Madam Scarlet sinis.
Luna mengetap rahangnya.
Madam ni memang tak boleh cakap baik-baik ke? Mesti ada je keluar sindiran dia.
Terus saja kerusi ditolak dan Luna berdiri. Tapi itu lah, dia jadi kecut bila semua orang pandang dia.
Jam awal-awal lagi dah disorokkan. Tak nak la ada yang nampak jam dia berkelip sebab jantung dia dah laju.
"What are you doing while I'm teaching in front off the class?"
Luna memikirkan jawapannya sebentar.
Buat apa? Aku dengar la apa yang dia mengajar tu. Magnet off side sebab hantar asid ha.. yang tu kot... eh! Apa aku merepek ni?
"I'm waiting your answer girl!" Senyuman Madam Scarlet mulai menyenget.
Luna menghela nafas panjang. Sesungguhnya aku redha dengan apa yang berlaku lepas ni.
"Dengar apa yang Madam ajar la" ucap Luna perlahan.
Madam Scarlet tersenyum sinis.
Ada lauk la aku hari ni. Hehehebehebe
"Okay... kalau macam tu, namakan sebatian ion yang digunakan untuk perasa dalam makanan" uji Madam Scarlet.
Okay... aku fade up!
Mata Luna meliar memandang sekeliling makmal. Mencari jawapan yang mana tahu ada tersangkut kat mana-mana ke...
"I'm waiting your answer girl"
Luna sudah gelisah. Tak ada langsung jawapan kat sini!
Kenapa lah aku setuju sangat ambil kelas Kimia bagai ni. Patutnya kau kena tukar Luna!
Tok! Tok! Tok!
Semua mata memandang pintu makmal. Sir Noah elok saja berdiri dengan muka tak cukup tidur dia.
"This is 5 Aurumn?" Soal Sir Noah perlahan.
"Yes, Sir. Did you need any help?" Madam Scarlet mulai malas dengan soalan lemah Sir Noah.
Menganggu aku nak dera pelajar aku ni je.
"I want to see Luna Isabella. Did she here?"
Semua pelajar di dalam makmal tersebut mula berbisik sesama mereka.
"Siapa yang ada nama Lunak-lunak ni?"
"I don't know her"
"Lelaki ke perempuan weh? Ke gay?"
"Luna? Tu bukan jenama pensel warna ke?"
"Cikgu sesat ni. Mata tu tengok lah kertas betul-betul. Mana tahu nama orang lain ke"
"Luna tu bukan artis Malaysia yang famous kat New York tu ke?"
"Tu Yuna, bangang!"
"Hey! Hey! Shut up class!" Madam Scarlet mula bersuara.
Satu kelas diam. Luna sedikit terasa dengan jawapan budak kelasnya.
Memang diorang ni tak kenal aku kan?
"Who is Luna Isabella? Stand up now!" Arah Madam Scarlet.
Luna diam. Aku dah berdiri ni nak berdiri apa lagi? Takkan nak berdiri atas kerusi pula? Ada kang yang cop aku ni kurang ajar pula.
Semua diam. Memerhatikan setiap seorang siapa yang akan bangun. Melihat satu kelas diam, Madam Scarlet mula memerhati setiap inci kelasnya.
Teringat pada gadis yang didendanya tadi.
"You! Over there! What's your name?"
Luna tersentak. Riak wajahnya cuba untuk dikawal.
"Lu- Luna Isabella, Madam" ucap Luna perlahan.
Madam Scarlet mulai bercekak pinggang. Satu kelas memandang Luna.
Pelik! Sejak bila dia wujud ya?
"Kenapa tak menyahut bila saya tanya tadi?"
"Madam suruh berdiri kan? Kan saya dah berdiri dari tadi"
Sesetengah dari pelajar di situ tergelak. Ada yang memandang sinis. Ada yang pelik.
Melihat satu kelas yang seperti mengabaikan Sir Noah di depan pintu, dia mula bersuara.
"Okay, Then. Ikut saya ke bilik guru. Sekarang" arah Sir Noah.
Luna terus saja berjalan untuk keluar dari makmal. Selamat Sir ada. Terlepas dari soalan kecut perut Madam Scarlet.
"Wait!. Sebelum tu jawab dulu soalan saya! Sebatian ion yang digunakan sebagai perasa dalam makanan" ucap Madam Scarlet tak mahu mengalah.
Luna terkaku di tengah kelas.
Aduh! Tak habis lagi ke?
"Natrium klorida ataupun nama biasanya garam. Luna, faster. Jangan bazirkan masa" Sir Noah pantas meninggalkan makmal tersebut.
Luna terpinga.
Eh! Sir bantu aku ke? Eh! Eh! Ni yang sayang Sir lebih ni!
Madam Scarlet terdiam. Mengetap rahangnya bila habuan yang baru nak ditangkap terlepas.
"I'll deal with you later" Perlahan sahaja suaranya memberi amaran.
Laju saja gadis itu melangkah keluar dari makmal. Layankan Madam ni boleh meremang bulu roma!
Dah macam saintis yang buat eksperimen haram untuk kaji manusia. Dah la dia mengajar aku sains.
Luna pantas mengejar langkah Sir Noah yang semakin jauh. Tanda tanya difikirannya mulai berlegar-legar meminta jawapan.
Tak pernah-pernah ada cikgu panggil aku masuk bilik guru. Haish! Ni mesti ada apa-apa ni.
Danny yang baru saja keluar dari kelasnya terpandang Luna.
Eh! Puteri Ais Kepal! Lama tak nampak dia minggu ni. Nampak sangat tak nak terserempak dengan aku.
Tapi... kenapa dia ikut Sir Noah? Dia ada buat salah ke?
Danny lantas mengikuti langkah Luna secara diam-diam. Luna perasan akan seseorang terus memandang ke belakang.
Danny terdiam apabila perbuatannya dihidu gadis itu. Secebis senyuman Danny berikan bagi menghilangkan rasa segan sebab terkantoi mengintai anak dara orang.
Luna terdiam. Dia terus memandang kehadapan seperti tiada apa yang berlaku.
Aduh mak... dia tu apa fasal senyum comei sangat? Dah la senyum kat aku. Nak mencarut boleh tak?
Danny mengeluh.
Dia ni memang jenis beku kan? Tak reti ke nak balas balik senyuman aku? Perempuan cantik memang sombong ea?
Tak apa! Aku korek rahsia kau!
Pintu bilik guru ditolak. Luna dan Sir Noah terus masuk. Danny? Dia dah lama blah sebab dah rasa nak 'terkeluar'
Tapi sempat mengintai apa yang dibuat Sir Noah sampai nak panggil Puteri Ais Kepal dia. Rupanya bagi kertas saja.
Surat berhenti sekolah? Surat dari bilik disiplin? Surat cinta Sir Noah kat Luna? Atau... surat amaran? Argh! Aku dah tak tahan. Pergi dulu!
"Awal bulan depan, sekolah kita ada buat teater untuk Hari Kanak-Kanak yang... tak berapa nak keanak-anakkan sangat. Melodía Dreams Highschool's Theatre Festival. Festival tahunan yang diadakan di Melodía Dreams Highchool sejak sekolah ini ditubuhkan. Sebagai satu tarikan dan acara keruk duit oleh Pengetua kita"
Luna mengangguk tanda mengerti. Dia juga pernah berkunjung sekali sahaja ke festival yang diadakan sekolahnya berikutan larangan keluar malam yang dibuat oleh Puan Elise terhadapnya.
Masalahnya bukan dia cari suami pun kat festival tu sampai Puan Elise nak kurung dia. Haih...
Namun, setahu dia festival itu telah dihentikan serta merta sejak 2 tahun lepas atas sebab yang tidak dapat dijelaskan oleh Pengetua sendiri.
Walhal festival itu sudah 90% siap dan bakal diadakan padal malam itu juga. Ada desas-desus mengatakan bahawa Pengetua ada berhutang dengan mafia dan anak perempuannya yang berkunjung ke festival itu bakal diculik dan dinikahi oleh ketua mafia itu.
Setahu dia Tuan Pengetua itu duda yang agak hot dan tidak mempunyai anak gadis kecuali dua orang kembar lelaki yang agak kacak dan hensem.
Sumber : Kementerian Bawang Negara
Perhatian Luna terus tertumpu pada rengekan Sir Noah terhadap arahan Pengetua. Siapa je tak kenal Sir Noah, Cikgu theatre paling banyak merungut kat sekolah ni.
"Sepatutnya sekolah 'dewasa' macam kita ni tak perlu terlibat. Tapi kalau dah Pengetua yang beria-ria sangat nak buat sampai ugut guru lain untuk potong gaji kalau ada yang nak membantah, saya tak boleh nak kata apa dah" Muka Sir Noah bertukar murung seketika.
Sehelai kertas dihulur pada Luna.
"Memandangkan awak antara ahli kelab yang paling baik main piano, saya nak pilih awak sebagai pemain piano merangkap penyanyi simpanan. Jangan risau, lagu saya dah pilih paling boek punya. Yang penting bukan abang jago atau lagu budak rempiwt. Boleh kan?"
Luna terdiam. Memandang poster kecil itu.
Aku? Main piano? Nyanyi? Depan orang?
Jantung Luna mulai tak stabil. Mukanya mulai merah. Dia takut. Dia takut kejadian sama berlaku lagi.
"Luna... are you okay? Relax... ini cuma peringkat sekolah sahaja. Hanya ibu bapa dan pelajar sahaja yang hadir. Lagipun kalau jemput ramai-ramai siapa je nak datang pesta budak-budak ni?"
Tangan Luna mulai sejuk. Ibu bapa? Pelajar? Ramai juga tu cikgu!
"Ma-macam mana... kalau..."
"Saya tahu pasal jam awak" pintas Sir Noah.
Luna terpinga.
Cikgu saya cakap pasal teater nanti. Bukan pasal jam ottomen saya ni...
"Jam tu bukan jam biasa kan? Dia kira nadi dan jantung awak merangkap jam tangan. Dia akan bernyala kalau nadi awak melebihi 110. Fitness watch tracking right?"
"Ma-macam mana... "
"Saya pernah pakai. Saya pun pernah tengok banyak kali jam awak tu bernyala. Kalau orang tak faham mesti dia ingat jam ottomen kan?" Terdengar sayup tawa Sir Noah diakhir bicaranya.
Aduh Sir ni kalau nak relax kan aku tak payah buat lawak macam ni. Nampak sangat dia suka tengok cerita Ultraman tu.
"Ta-tapi... Sir kata, Sir pernah... pakai?" Soalan dari gadis itu menghentikan tawa Sir Noah.
Sir Noah tersenyum kecil lalu mengangguk.
Luna menghela nafas panjang. Kejap! Adakah aku patut lega sebab Sir tahu kelemahan aku, ataupun risau sebab Sir akan bagitahu orang lain pasal aku?
Aduh! Parah ni!
"Saya dulu macam awak. Takut dengan semua benda. Sebab tu saya pakai jam tu untuk kawal denyutan jantung saya. Walaupun saya tahu jam itu kegunaannya dalam bidang sukan, tapi orang yang spesies 'cepat gelabah' macam kita ni je tahu betapa bernilainya jam tu. Kadang-kadang orang gelakkan saya, kadang-kadang orang pandang saya ni macam orang tak betul, sampaikan satu tahap, orang cop saya ni penakut bila diorang perasan yang saya asyik tengok jam sahaja"
Okay, izinkan aku tanam diri sendiri.
"Tapi saya tahu, lagi saya pakai jam tu, lagi banyak orang tahu pasal keadaan saya. Sampailah satu hari, saya decide untuk berhenti pakai benda tu untuk cuba hidup dengan cara normal macam orang lain. Dan semuanya berakhir dengan kisah bahagia. Okay tepuk tangan sikit"
Luna terpinga. Aku rasa Sir Noah ni salah satu penyokong tegar cadangan Pengetua untuk adakan Hari Kanak-Kanak kat sekolah ni.
Melihat respon Luna yang seakan berasa jengkel dengan sikapnya, Sir Noah terus kembali ke papan ceritanya yang tergantung sebentar tadi.
"Ha, jadi kesimpulannya, awak tak perlulah terlalu bergantung sangat pada jam tu. Dia buat awak makin takut. Awak terlalu bergantung pada jam tu untuk uruskan perasaan awak. Awak kena ada keberanian untuk lawan ketakutan awak. Kalau tak, sampai bila-bila lah awak akan jadi penakut dan pendiam macam ni. Tak suka bergaul dengan orang"
Luna menghela nafas panjang.
"Bu-bukan saya... tak cuba buat. Saya..."
"Tak mampu?"
Luna terus memandang Sir Noah.
"Tak mampu tu sebab awak takut. Belajar jadi berani. Perlahan-lahan cuba buang ketakutan awak dengan orang sekeliling. Sebab tu saya sengaja pilih awak untuk persembahan utama teater ni. Saya nak orang lain kenal siapa Luna Isabella"
Dengan lemah, Luna mengangguk.
Nak tak nak kena terima juga arahan Sir Noah. Tapi aku happy la sikit sebab ada orang ambil berat pasal aku.
"Dah! Pergi balik kelas sana. Jangan berangan lagi. Nanti Madam Scarlet denda awak saya tak ada kat sana nak bantu awak jawab soalan tadi. Tu pun nasib baik saya tahu. Kalau tak, memang awak dah jadi lauk dia la untuk tengah hari ni"
Luna tersengih.
"Terima kasih Sir. Saya pergi dulu"
"Ingat! Jangan asyik fikir boyfriend je! Nanti malas belajar. Ingat saya tak apa. Saya boleh mengajar awak"
"Sir!"
Ikan Gelama Ikan Tenggiri,
Dibuat santapan semasa pelayaran;
Senyuman itu penguat diri,
Untuk menghadapi segala cabaran.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro