Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SDL 🌠 4

Luna pergi ke sekolah seperti biasa. Cuma... ada sedikit awan mendung yang berarak mengiringinya ke sekolah.

BFF bracelet aku hilang. Mummy marah-marah. Emma tak habis-habis cari salah aku. Ryan pula dah mula gunakan kuasa membebel dia kat aku.

Aku tak perlukan bebelan panjang berjela macam pensyarah! Apa yang aku perlukan ialah peneman yang boleh bimbing aku cara nak manage perasaan aku.

Luna menoleh ke arah air tasik yang membiru.

Macam Lily Alisya...

Perlahan dia mengeluh kecil. Dia rindu pada gadis itu.

Sedang asyik dia terkenang akan Lily, bahunya ditepuk oleh seseorang. Luna yang terkejut terus menoleh dan berganjak sedikit.

Ergh! Si busybody gemuk ni lagi.

"Hai Luna! Seorang je ke?" Senyuman seperti didalam iklan Darlie dan Colgate terukir di wajah lelaki itu.

Luna menghela nafas panjang.

Relax Luna! Jantung tolong jangan buat masalah!

"Se- seorang je lah"

Terus saja dia berjalan laju dari Danny. Dia tak suka. Nanti jam dia bunyi lagi payah!

Danny pelik.

Dah kenapa minah ni macam takut orang je perangai. Semalam bukan main berduda-duda dengan aku terus. Dia punya marah sebab aku peluk dia tanpa sebab.

Ke... dia ada masalah?

Pantas Danny mengejar Luna yang hampir menghilang.

"Wait Luna! Relax la... awal lagi kan ni? Baru 7:30. Semalam elok je kau datang lambat. Kenapa hari ni nak cepat-cepat pula? Ke... kau dah ada boyfriend tunggu?" Sengaja dia mengangkat sebelah keningnya mempersoalkan tingkah laku gadis itu.

Dada Luna mulai berombak.

Aduh! Apa fasal pula pak cik ni kejar aku lagi? Dia ni tak faham ke aku tak nak dekat dengan orang?

Susah sangat ke nak faham?

"Tak. A-aku... aku dah... lambat"

Wajahnya mulai menunduk, rambutnya mula menutup tirai agar seinci pun wajahnya tidak dapat dilihat jejaka itu.

Danny berfikir sebentar melihat tindakan pelik Luna. Tak pernah nampak Luna berperangai seperti ini.

"Lambat? Kau bukannya ada jawatan pun kat sekolah tu. Ke... kau segan sebab aku yang hensem macam Tony Stark ni tegur kau?" Soal Danny sengaja.

Dirapatkan wajahnya dengan Luna untuk mengintai reaksi gadis itu.

Luna menjeling geram.

Hensem? Macam Tony Stark? Ew! Otak pun tak pandai macam Tony Stark ada hati nak samakan kau dengan dia!

What the fish?!

"Perasan!" Gumam Luna perlahan.

"A- apa kau cakap? Perkasam? " Soal Danny pelik.

Jejaka itu mula menghidu bajunya. Kot-kot minyak wangi aku tak cukup nak tutup bau baju yang tak basuh dua hari.

Luna berdecit geram dan mula menyalahkan diri sendiri.

Aduh! Pahal pulak kau pergi cakap Luna?! Dah dia dengar! Walau apa yang dia dengar tu jauh sekali dari fokus utama.

"Tak-tak ada apa-apa"

Kaki terus laju meninggalkan Danny. Danny memandang pelik. Langkahnya terhenti.

Puteri Ais Kepal aku ni asyik lari je! Kenapa? Adakah aku ni tak cukup hensem untuk dia?

Danny pantas mengejar Luna. Lengan Luna yang di baluti dengan blazer di tarik.

Terus saja pergerakan Luna terhenti.

Terkaku di situ.

Wajahnya mulai merah. Iris mulai membesar.

"Kau ni kenapa asyik lari saja dari aku? Lepas tu kalau aku tegur kau, kau macam tak nak layan je aku. Aku ni cuma nak kawan dengan kau je. Ke aku ni tak layak nak berkawan dengan kau?" Soal Danny geram.

Bip!   Bip!   Bip!

Anak mata Danny turun ke pergelangan tangan Luna. Satu jam kecil memaparkan sesuatu yang asyik berkelipan dan berbunyi.

7 : 53 a.m.

"130"

Kejap! Sejak bila minah ni minat ottomen? Kalau lemah je mesti berbunyi pastu kelip-kelip.

Rare betul perempuan ni! Aku pun nak jugak ada jam kelip-kelip macam ni.

Melihat Danny yang leka, Luna terus menarik lengannya.

"Le-let me go "

Danny tersedar. Melihat wajah Luna yang mulai memerah membuatkannya segan juga. Terus lengan Luna dilepaskan.

"So-sorry" Perlahan sahaja suaranya dikeluarkan.

Luna menarik nafas panjang. Terus saja meninggalkan Danny di situ.

Jam dungu! Kenapa masa tu juga kau nak berbunyi! Aduh!!! Kau pun sama Luna! Kenapa kau tak nak kawal perasaan kau?

Ergh! Dan sekarang Danny dah tahu pasal jam tu! Pastu nanti dia cerita kat kawan dia, pastu...

"Luna... erm.. aku... aku minta maaf pasal tadi. Aku tak tahu pula jam kau ada penggera yang kita dah lambat pergi sekolah. By the way, kau beli kat mana ha jam tu? Unik!" Ucap Danny tiba-tiba.

Bip!  Bip!  Bip!

Arh! Here we go again...

"I-itu bukan a-alarm lah!"

Danny memandang Luna yang asyik menunduk.

"Kenapa kau gagap ni Luna? Kau ada penyakit gagap ke? Nak aku pukul kepala kau ke baru okay macam cerita Wan Peah tu?" Soal Danny polos.

Luna mendengus geram.

Relax jantung. Dia tak kenal kau. Dia boleh nak cakap macam-macam kat kau. Suka hati dia je nak pukul kepala aku.

"You don't know me boy" ucap Luna tegas.

Dannh pelik.

Tak kenal? Rasanya aku baru je kenal-kenal ngan dia semalam. Ke... ada banyak lagi rahsia yang dia simpan?

"Don't know you? So introduce yourself Miss Luna. Mungkin kita akan lebih mengenali selepas ini?" Soal Danny sengaja.

Bibir Luna ternaik sedikit. Smirk on Danny.

"Nonsense!" Bisik Luna.

Danny tersinggung.

Sampai hati dia kata aku merepek kerepek kat sini.

"Apa yang merepeknya? Kan kau kata yang aku tak kenal kau. Jadi aku pun nak 'berkenalanlah' dengan lebih rapat lagi dengan kau je. Mana tahu aku boleh bantu kau" cadang Danny lagi.

Luna mendengus geram. Dia tak suka orang menyibuk hal dia.

"Stop bothering me boy! Aku tak perlukan kawan. I can handle myself"

Terus saja meninggalkan Danny sendirian di situ. Danny terpinga.

Mak ai! Mentang-mentang pakai jam ottomen nak sombong-sombong dengan kita pula!

Perlahan langkah Danny terhenti. Mata dikecilkan memandang Luna yang semakin menjauh. Bibir juga dicebik tanda tidak berpuas hati.

Tak apa kau! Aku akan korek apa rahsia yang kau simpan sampai jejaka kacak macam aku ni pun kau tolak.

"Danny! Tak sangka Tiara jumpa Danny lagi kat sini! Jom pergi sekolah sama-sama"

Ah, sudah...

###### ♡ ######

Luna mengambil beberapa buku muziknya yang tersusun rapi didalam locker. Setelah itu, pintu loker miliknya di tutup.

"Hai Luna!"

Buku yang di pegang Luna terus terjatuh akibat sergahan itu. Luna terus memandang ke kiri.

Budak gemuk ni lagi? Apa masalah dia sampai nak tunggu aku kat loker ni? Nasib aku tak semput!

"Up... sorry kalau kau terkejut" ucap Danny serba salah.

Bip!  Bip!  Bip!

Danny terdiam saat jam Luna memecah kesunyian.

Tak! Sebenarnya aku tak faham apa function jam ottomen dia menyalak Ni?

Luna tak buang masa. Terus saja buku miliknya diambil. Baru sahaja mahu beredar...

"Ummm Luna..." lirik Danny.

Langkah Luna terhenti seketika. Menunggu balasan dari Danny.

"Sudi tak kau makan bersama dengan aku kat cafe? Aku belanja kau sebagai tanda aku... minta maaf sebab tadi. Dan pagi tadi. Dan petang semalam. Dan pagi semalam. Boleh tak?"

Luna berkira.

MAKAN?! Gila apa dia ni? Nak tengok muka dia pun aku dah semput apalagi makan depan dia.

"Not interested" terus saja kaki Luna melangkah.

"Luna wait!" Danny sempat menahan lengan baju gadis itu.

Terus saja Luna menolak tangan Danny. Dia tak suka cara Danny!

"Le-paslah! Dah aku kata tak, tak nak lah!" Marah Luna.

Terus saja dia beredar meninggalkan Danny. Danny hanya diam. Perlahan dia menghela nafas panjang.

Tak apa. Mungkin hari lain kau akan berminat untuk makan dengan aku.

###### ♡ ######

Danny memerhatikan Luna yang asyik dengan bukunya. Selalu juga Luna duduk kat cafe, tapi tak makan pun.

Hanya baca buku, baca buku, dan buku.

Such a bored girl...

Sambil matanya memerhatikan kelakuan Luna, donut bersalut coklat bertopingkan kacang badam dan sprinkle bewarna-warni yang cukup mengiurkan dibawa masuk ke dalam mulut.

Air kotak berjenama 'marry gold'  yang berada di atas meja di sedut dengan selamba.

"Hoi! Aku punya tu" kepala Danny sempat lagi di ketuk.

Air yang berada di dalam mulutnya hampir sahaja tersembur keluar.

Luna terus memandang ke hadapan.

Melihat Danny mula yang bertikam lidah sambil-sambil menyembur saki-baki donut dan air kotak di dalam mulut ke muka Harry.

Dengan tangannya yang memegang dulang makanan sudah  bersedia untuk memukul Harry pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Perlahan dia tersenyum kecil. Hati dia sedikit terhibur melihat perlakuan Danny.

Macam Lily. Comel! Tapi tu la... gemuk dan suka menyibuk hal orang.

Tapi, dia je lah satu-satunya orang yang tegur aku sejak aku masuk sekolah ni kecuali Halen si jiran aku kat kelas.

Halen je lah yang rajin borak dengan aku walau aku tak layan dia sangat sebab dia pun senasib macam aku jugak.

Lonely~
I'm feel so lonely~

Danny terus memandang ke hadapan apabila dia berjaya membuatkan Harry melarikan diri ke tandas untuk mencuci mukanya yang sudah tidak suci dengan sisa donut.

Matanya mula mencari wajah Luna kembali. Tapi wajahnya jadi lain bila sedar yang Luna tengah tenung dia.

Alamak! Takkanlah... Puteri Ais Kepal tengok aku belasah Harry tadi? Aduh! Jatuh saham aku derr! Dah la aku ada tersembur tadi.

Baru je aku nak memikat dia!

Luna hanya diam saat Danny kembali merenung dia kembali. Perlahan Danny melambai Luna.

Wajah Luna terus beku.

Di-dia... lambai aku?

Danny menunjuk ke arah jam yang dipakainya pada Luna.

Wajah polosnya memang comel!

Luna memandang jam tangan miliknya.

10 : 25 a.m.

"150"

Mata Luna mulai membesar.

Danny dah lama ke perasaan benda ni berkelip aje dari tadi?

Terus saja Luna mengemas bukunya dan beredar dari situ. Dia kena makan ubat untuk tenangkan diri dia sendiri.

Melihat Luna yang laju saja beredar buatkan Danny terpinga.

Aik? Jam ottomen dah bunyi terus pergi menyelamat ke? Apa maksud jam tu bernyala ha?





Ikan keli ikan siakap,
Sudah hilang di telan biawak;
Saya saja je nak cakap,
Yang saya suka awak...

Wkwkwkwkwkwkwk -,-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro