Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SDL 🌠 2

Luna mencari gelang miliknya di setiap inci taman itu. Disebalik tanah, di celah pokok, di bawah batu, celah lubang hidung kau.

Tapi tiada!

Luna menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aduh! Macam mana boleh hilang pula dah ni? Kalau gelang GPS yang sangkut kat leher haiwan tu boleh la aku nak kesan. Ni gelang kat tangan manusia, macam mana nak cari?" Soal Luna sendirian.

Dia duduk di bangku sebentar. Menekup wajahnya.

Pasti Lily sedih kalau tahu gelang pemberiannya hilang. Cuai la kau ni Luna!

Kalau orang gila pakai macam mana? Mesti dia ingat awek dia bagi. Dan awek dia... Lily?

Ergh! Luna! Luna!

Luna terus saja bangun dari situ. Kawasan tempat dia terjatuh ditarik Danny pagi tadi di tilik lagi. Memastikan bahawa setiap inci sudah diperiksa.

Baru dia teringat!

Budak busybody tadi tarik aku kat tasik. Ta-tapi takkanlah...

Luna mengintai sedikit ke dalam air.

Dah tenggelam dalam tu?

Luna menghela nafas panjang. Dah la itu satu-satunya hadiah Lily yang dia ada.

Terus saja kaki bergerak meninggalkan kawasan tersebut. Mungkin tak ada rezeki kot untuk gelang tu kekal dengan dia sampai ke akhir hayat.

Daun pokok mulai bergoncang.
Danny keluar daripada celah dahan pokok.

Tangannya yang leka menyuap se bar coklat ke dalam mulut terhenti seketika. Coklat itu dipandang dan dihabiskan.

"Ermm... sedap! Boleh repeat order ni"

Terus saja plastik itu dibuang begitu saja. Memang tak sayang bumi betullah spesies Danny ni.

Mata dikecilkan memerhatikan Luna yang bergerak perlahan meninggalkan kawasan tadi.

"Hurm... Luna ni pelik lah. Macam mak kucing main kayu tiga. Terngendap sana, mengintai sini. Nasib tak perasan aku tengah duduk kat atas pokok ni" ucap Danny sendirian.

Dia berfikir sebentar.

Entah-entah memang cari laki baru tak? Lepas tu, gelang yang jatuh tu tanda sweet-sweet kisminah...

Huish! Boleh cari cerita panas ni!

Terus saja dia turun dari pokok tersebut.

Aduh, kau tu dah la gemuk! Mahu patah pokok kat taman tu wehhh...

Mata-mata yang memandang Danny pelik tidak diendahkan. Terus sahaja dia mengikuti jejak langkah Luna yang lemah.

Makin pelik Danny.

Tadi bersemangat keluar sekolah awal macam nak jemput laki balik kerja. Ni tiba - tiba muram pula. Apa kata kau tegur je dia Danny? Mana tahu boleh dengar suara hati dia...

Bahu Luna disentuh. Terus saja Luna mengelak. Memandang tajam wajah jejaka itu.

"Ha-hai Luna..." Eh, apa fasal pula Danny yang gagap ni?

Wajah Luna terus memerah apabila di tegur seorang jejaka. Dia tak pernah ditegur sebegitu oleh sesiapa sebelum ni.

Lebih-lebih lagi lelaki!

Danny terdiam sebentar. Mengamati setiap inci wajah Luna yang mulai membahang.

Cantik pulak Puteri Ais Kepal depan aku ni. Biasa jauh tak ada cantik macam ni. Dah la muka bulat, pipi merah.

Eh! Kejap! Dia... blushing ke?

Luna terus saja menarik blazer biru pekat sekolahnya agar menutupi badannya. Wajah ditundukkan tanda segan. Kaki segera melangkah pergi.

Danny terpinga.

Puteri Ais Kepal aku terbang macam tu je? Takkan tak ada bagi mini love ke, kenyit mata ke, macam dalam televisyen pukul 7 tu?

Takkan terus bisu lepas aku tarik dia pagi tadi? Eish! Apa jahat sangat mulut kau ni Danny?! Takkan lah orang jatuh boleh bisu?

Danny pantas mengejar Luna.

"Hei Luna... tu-tunggulah sekejap. Kenapa lari macam tu je?"

Luna semakin menunduk. Dia tak suka lelaki!

Anti! Anti! Anti!

Nanti penyakit dia datang balik, habis bergetar satu badan! Mesti nanti satu sekolah tahu pasal penyakit dia.

"Luna, aku tanya ni. Kenapa kau lari macam tu je? Kau... mengelak dari aku sebab pagi tadi aku terpeluk masa nak selamatkan kau ke?" Soal Danny serba salah.

Luna diam.

Apesal pulak pak cik ni ingatkan aku pasal pagi tadi?! Dia tak tahu ke aku tengah malu pasal benda tu? Gila apa dia ni?

"Ma- mana ada" bergetar saja suara Luna.

Danny terdiam. Mengulangi memori suara Luna.

Apa fasal suara dia macam aku cuba nak buat something yang jahat kat dia? Dia takut dengan aku ke? Ke dia tak kenal aku yang aku ni sebaya dengan dia?

"Kau... okay tak Luna? Apa fasal suara kau takut semacam je? Kau... takut dengan aku ke? Aku ni menakutkan ke?"

Luna mendengus geram.

Dia ni kalau ye pun nak tanya berlapik la sikit! Walaupun aku memang penakut dengan kau.

"Ke... kau ingat aku ni orang jahat? Aduhai, kau tak kenal aku ke Luna? Aku ni budak satu sekolah dengan kau la. Kita sebaya kot!" Bersemangat Danny bercerita soal dirinya.

Luna hanya diam. Dia memang kenal Danny. Tapi kenal rupa je! Bukan kenal nama.

Perlahan Luna menggeleng. Malas mahu ambil pusing hal itu. Lagipun dia bukan kenal sangat dengan Danny.

Mana tahu dia ni salah seorang jejaka gatal-gatal si keladi muda. Kang tak pasal-pasal terjerat cinta.

Danny menghela nafas panjang.

Seriously budak ni tak kenal aku? Dia ni memang betul-betul pendiam tahap budak gua.

"Okay. Mungkin... kau tak berapa rapat dengan budak sekolah sini since kau baru pindah tahun lepas" Mudah sahaja Danny mengeluarkan kesimpulan.

Tangan dihulur ke arah Luna. Luna memandang pelik.

Ada acara akad nikah ke arini?

"Nama aku Danny. Danny Oliver. Kelas 5 Hensem lagikan kaciak bergaya. Kau?"

Luna memandang Danny atas bawah.

Dah kenapa pak cik ni tiba - tiba nama kelas Helium tukar jadi Hensem. Kalau hensem betul tak apa la. Ni.... ehem! Ehem! Faham je la sendiri.

"Luna. Luna Isabella. 5 Aurumn" pantas langkah dibuka lalu beredar.

Danny mengetap rahangnya saat Luna beredar begitu. Tangan yang dihulur disimpan kembali.

Dimpan untuk aku bersalam dengan ayah kau. WAHAHABBAAB

Luna di kejar lagi. Mencari ruang untuk mengorek rahsia Luna.

"Ermm... Luna... kau... err... tadi aku ada nampak kau macam cari something. Aku nak tahu kau sebenarnya tengah cari apa?"

Luna berkira sebentar.

Kalau aku cakap agaknya dia boleh tolong aku tak? Tapi aku dah cari gelang tadi memang tak jumpa pun!

Tapi mana tahu mata Danny ni ada automatik Teleskop ke. Boleh tolong aku kira tanah kat tasik ni.

"Se - sebenarnya..."

"Danny! Lama tau Tiara tunggu kat sekolah tadi! Where have you been?!" Soal Tiara geram.

Luna dan Danny terus memandang Tiara yang erat memeluk lengan Danny.

Aduhai belalang ni! Sibuk saja kau! Menyemak saja saya mau dating.

"Tiara Fellora, boleh tak jangan kacau hidup aku? Kau ni semak ah! Pagi petang siang malam muka kau. Kat sekolah muka kau, kat rumah muka kau, buka henfon muka kau, kat kelas muka kau, nasib kat tandas tak ada muka kau. Syaitan takut agaknya tengok muka kau. Aku punya jemu tengok muka kau sampai nak termuntah-muntah tau tak? Minggir sana!" Marah Danny.

Automatik gambar hitam putih versi slow motion.

Dan tak~
Seharusnya aku~

Tiara laju saja melepaskan lengan Danny. Luna yang melihat akan berlakunya drama pukul 7 segera beredar.

"Sampai hati Danny cakap macam tu kat Tiara! Tiara sanggup tau tunggu Danny balik sekolah hari-hari sebab nak jalan sama-sama. Danny nak coklat Tiara beli, Danny nak makan Tiara bayarkan, Danny nak jajan Tiara payung. Apa lagi yang tak cukup?"

Argh! Mula dah perangai nak mengungkit dia ni.

Danny menjeling kesebelahnya.

Alamak! Puteri Ais Kepal aku dah terbang la pulak! Ni sebab belalang gatal ni la ni!

"Tiara, Listen here!"

Danny sempat menjeling ke arah Luna. Tak jauh! Boleh kejar lagi tu.

"What? Apa lagi yang Danny nak cakap ni? Pinggan tak retak, nasi tak dingin; orang dah tak nak, kita pun tak ingin! Heh!" Tubuh Tiara dipeluk lalu dipalingkan dari memandang Danny.

Hek eleh! Main pantun pula dia. Kau ingat aku tak reti ke?

"Ouh... cabar Danny ye? Ehem, ehem. Dua tiga kucing berlari, Danny lari dulu" Langkah besar dibuka lalu dia berlari meninggalkan Tiara.

Tiara ternganga memandang jejaka itu yang berusaha berlari meninggalkannya.

"DANNY OLIVER! KENAPA SANGGUP BUAT TIARA SEBEGINI?! APAKAH SALAH DAN DOSAKU?!"

Danny buat tak endah saja. Dia nak cari Luna. Tapi diganggu oleh si belalang ni pulak.

Hingga ke penghujung pathwalk itu Danny pergi.

Tiada.

Kosong.

Danny menghela nafas panjang.

Mana pula kau pergi ni Puteri Ais Kepal?





Anak ayam suka gaduh,
Gaduh pula di tepi perigi;
Andai kita ada jodoh,
Pasti kita berjumpa lagi...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro