Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SDL 🌠 18

"No, Sir. That's not what I mean. Luna never ask my permission to join any school performance. I can't let my daughter expose herself before the right time arrive. That's what our family rules said. We can easily broke it"

Sir Noah menghela nafas panjang. Dekat setengah jam dia pujuk Puan Elise supaya membenarkan Luna untuk meneruskan persembahan teater mereka yang akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi.

Kalau nak dibandingkan Puan Elise dengan Luna, rasanya degil lagi Puan Elise.

"Puan Elise, saya cukup menghormati peraturan keluarga, Puan. Tapi sekolah kami betul-betul perlukan Luna untuk mengetuai persembahan teater ini"

Puan Elise menjeling geram. Nak je dia sumpah-sumpah Cikgu Luna itu meskipun mereka berada dalam talian.

"Dia masih lagi sakit. Dia perlukan rehat secukupnya. So please, Sir. No Luna for today"

Belum sempat Puan Elise menutup panggilan itu, Sir Noah cepat-cepat jerit.

"NO, NO. WAIT, MADAM. Adakah Luna betul-betul sakit? Saya perlukan kepastian bagi mengisi maklumat kedatangan murid. Sekurang-kurangnya tak adalah Luna dicop ponteng sekolah oleh pengetua"

Puan Elise menghela nafas panjang. Macam-macam.

"Sekejap. Saya pergi lihat dia dibiliknya"

Wanita itu terus mengatur langkah dari ruang tamu ke tingkat atas. Pintu bilik anaknya diketuk.

"Luna, may I come in?"

"Luna?"

"Luna are you hear me?"

"Luna Isabella?!"

"Cuba buka pintu bilik dia. Mana tahu dia pengsan ke" Cadang Sir Noah.

Puan Elise berdecit geram.

"Wait for a second"

Kunci bilik diambilnya dari dalam laci. Pantas tombol pintu dipulas dan ruangan bilik itu diterokanya.

"Luna? Where are you?!"

Puan Elise terus masuk ke dalam bilik anak bongsunya.

Kosong.

Sehelai nota di atas meja itu didekatinya. Dibacanya selintas.

Can I stole your c̶u̶t̶i̶e̶ p̶i̶e̶ daughter?
She make a cute face to me everyday. Thank you :)

- Your future son <333333

Wanita itu terkedu.

"Puan Elise? Are you there?"

Wanita itu mulai gelabah.

"Wa-wait my daugh--"

"KETEPI SEMUA! KETEPI!"

Sir Noah menoleh ke arah pintu masuk Starlight Hall. Perlahan senyuman sinis terukir.

"Madam, I think we should talk next time. May you found your daughter soon. Bye"

"Wait, What are you talking--"

Sir Noah terus letak panggilan. Danny, Harry dan Luna yang baru tiba dipandangnya tanpa perasaan.

"Lambat! Nasib Puan Elise tak curiga"

"Danny ni ha orang suruh cepat sibuk nak tulis kata-kata penghargaan bagai" Adu Harry.

Danny mencebik.

"Sekurang-kurangnya Mummy dia tahu siapa yang culik anak dia"

Semua mata memandang tajam wajah Danny.

"Apa? Kita kenalah jujur kan?"

Sir Noah mencebik.

"Dah la, lupakan je lah benda tadi. Yang penting kita dah kenakan Puan Elise. Luna, cepat tukar baju. Kita dah nak mula"

Gadis itu mencebik. Pantas langkah diatur menuju ke bilik persalinan.

Walau dia tak suka cara Mummy, dia tetap tak setuju dengan cadangan kejam tiga orang lelaki itu.

Tapi best juga. Rasa nak buat lagi pun ada.

Melihat sahaja pemergian gadis itu, dua remaja lelaki itu menoleh ke arah guru mereka.

"Ada rakam tak?"

Lelaki itu mengukir senyuman sinis.

"Tolong sikit ea. Ni, Raez Noah tau. Everything already perfect" Laptop silver miliknya dibuka.

Danny dan Harry tayang muka menyampah. Pantas ruangan kosong disebelah Sir Noah menjadi tempat mereka berlabuh.

Skrin laptop yang memaparkan suasana bilik gadis itu menjadi tumpuan mereka.

"Eh, muka aku, muka aku!"

"Diam, bebal"

"Shuhhh, tengok Mummy dia"

"WEH, DIA GELABAH"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA"

"Kau orang tengok apa?"

Sir Noah terus tutup laptopnya. Harry acah-acah susun wayar yang berselirat di atas meja.

Danny yang blur disenggol Sir Noah menyuruh jejaka itu melindungi mereka.

"Ki-kita orang... Tengok... Video ni ha"

"Nak setting untuk teater"

"Ha tu ah tu"

Luna mengecilkan matanya memandang tiga orang lelaki itu. Kadang-kadang tiga orang ni kalau dah satu kepala, ada je benda yang nak dibuatnya.

"Ye ke? Video apa? Macam kelakar je" Langkah diatur menuju ke arah mereka.

Sir Noah cepat-cepat bangun. Harry dan Danny juga begitu.

"Emily, Luna ni tolong make up sikit ni. Nampak pucatlah"

"Eh, tadi kau ada tertinggal barang kan tadi kan? Aku amikkan ea" Harry terus mengatur langkah keluar dari dewan.

"Wait, ba-barang apa?"

"Eh, jom aku teman kau pergi jumpa Emily. Kita kena pastikan dia buat kerja dengan elok" lengan Luna ditarik menuju ke arah Emily di belakang pentas.

Luna yang terpinga-pinga hanya mengikuti arahan. Danny kesat peluh di dahi.

Fuhhhhh. Nasib tak kantoi.

Sir Noah yang masih lagi di meja laptop itu ditoleh seketika.

'Jangan lupa share'

Sempat lelaki itu membaca gerak bibir Danny. Pantas Thumbs Up diangkat.

"Danny, kau tak rasa ke tindakan ini salah?"

Jejaka itu terus menoleh ke arah Luna.

"Tin-tindakan apa?"

"Buat Mummy risau? Kadang-kadang kesian aku tengok Mummy macam tu"

Bangku kecil menjadi tempat mereka berlabuh sementara menunggu giliran untuk disiapkan oleh rakan mereka.

Danny menghela nafas panjang.

"Tapi itu sahaja caranya untuk lepaskan kau. Lagipun sekali sekala kan kita buat macam tu. Bila lagi kita nak ada peluang untuk berseronok?"

Gadis itu melagakan jarinya. Dia mula rasa bersalah. Bukan dia tak perasan video yang dilayarkan tiga orang lelaki itu sebentar tadi.

"Ye lah. Tapi apa yang dia buat mesti ada sebab bukan? Dia Mummy aku, dia mesti mahukan yang terbaik untuk setiap anaknya"

"Like keep you in a small tiny room and make you obey what ever she want like a doll? You want to know what? Hidup kau tak ada beza dengan cerita Rapunzel. Asyik dikurung sahaja. Kalau nak bebas pun tunggu putera raja yang entah zaman bila nak sampainya. Nasib aku ada"

Luna menjeling geram.

Asal bercakap je mesti ada yang dia nak riak. Tak habis-habis.

"Itu dulu. Tapi sekarang, aku cuma dah mula berfikir. Kenapa Mummy buat macam tu kat aku, kenapa Mummy tak bagi aku keluar, kenapa Mummy tak suka aku jumpa orang luar"

"And you regret on what happen all this time between us?"

Luna terus menoleh kearah rakannya.

"T-tak. A-aku bukan macam tu--"

"Tak apa"

Gadis itu terdiam. Danny terus bangkit dari duduknya.

"Aku faham. Mungkin kau juga betul, sebab kau ada Mummy. And I only have illusion of my Mom only. Ambillah masa kau nak touch up, tukar baju, ke apa ke. Aku nak pergi tengok Harry. Kot-kot jantan tu lupa kutip otak dia yang terjatuh tadi ke masa panjat rumah kau"

Luna hanya memandang sepi pemergian rakannya. Perlahan nafas dihela panjang. Kenapalah jadi macam ini pula?

Sudahlah dia masih belum sihat sepenuhnya selepas kejadian yang berlaku beberapa hari lepas.

Dengan Harry dan Danny yang sibuk larikan dia dari Abang Ipar dia, nasib mereka bawa dia pulang ke rumah, bukan tempat lain.

Kalau tak, tak tahulah nak cakap apa dengan Mummy.

"Luna? Come on. Sir Noah nak kau nampak menyerlah nanti. Takut tak sempat pula aku"

Gadis itu menoleh ke arah Emily. Perlahan nafas dihela panjang.

Tak apalah. Mungkin dia patut bagi Danny peluang untuk bertenang dahulu.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro