Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SDL 🌠 13

Hampir dua hari dia tak bertemu dengan lelaki yang suka menyibuk setiap halnya itu. Meskipun dia kelihatan sangat menyesakkan fikiran, kehilangannya juga agak terasa di hatinya.

Haih... Danny tak rindu nak kacau dia ke?!

Luna menekan hujung key piano dengan lemah. Habis mood dia nak berlatih piano untuk festival teater itu nanti. Sudahlah berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Wajah dialihkan ke arah pentas. Para pelakon yang terdiri daripada pelajar senior masih gigih berlatih.

"Wait, Anna! Where are you go-"

"Argh!"

"Rayden! Kenapa tali ni kamu sepahkan?! Kamu kemas sekarang, Emily!"

Emily yang khusyuk dengan mi segeranya terus tersedak dengan tuduhan tak berasas Sir Noah. Rayden yang tidak bersalah juga tiba-tiba kena mention. Padahal tadi dia nampak Sir Noah yang guna tali tu untuk ikat langsir pentas.

"Saya nak cari maggi lagi" Pantas Emily bangun bersama mi segeranya dan berlalu pergi.

Rayden tersedak apabila wajah Sir Noah tertumpu padanya.

"Mak saya panggil suruh bagi makan kucing" laju sahaja jejaka itu keluar dari dewan.

Sir Noah bercekak pinggang. Tak pasal-pasal dia kena kemas semua benda. Haih!

Luna menghela nafas panjang. Piano dihadapannya dipandang sepi. Biarkan sahajalah Danny tu, kalau dia rasa diperlukan, Danny sendiri akan cari dia.

Luna mengukir senyuman kecil. Dia kena fokus pada teater pula. Jarinya terus menekan key piano itu semula mengikut rentak yang tertera pada kertas notasi.

"Well, well, well. Look here girls. Luna Isabella I'zack. Anak jutawan terkemuka dunia akan menyerlahkan bakatnya dalam persembahan teater Ahad ni. So gempucks"

Luna mengalihkan pandangan ke arah sumber suara itu. Tiara and her crown's. Dia juga anak jutawan seperti Luna. Namun nama ibu bapanya tidaklah semegah nama Puan Elise dan datuknya.

Jap, jap, bagi aku riak kejap.

"Wait, gurls! Are you sure yang budak ketot ni boleh main piano? Kau orang tak ingat ke video yang aku share tadi? So embrassing!" Salah seorang ahli The Crown mula bersuara.

Luna mula tertanya-tanya. Video apa?

"Of course video kau tu dah tersemat dalam otak aku. Anak pemilik syarikat Victory's secret merupakan punca utama Sweet Symphony tersingkir dalam pusingan akhir program muzikal terkenal Willow Field Town!. Oh my ghost! I can't believe yang key piano dia boleh tercabut masa persembahan tu!" Panjang lebar Keina bercerita tentang video yang dikongsi Fiona.

"Tak, tak, the problem is, key piano dia tu terkena muka crush aku tau! I'm so worried bila tengok muka dia merah sebab key piano tu. Nasib sempat bawa pergi hospital tau!" Fiona mula menyuarakan rasa tak puas hati.

"Crush? Did you mean Ivan Daniel? The hottest model in the world?!"

"Iyalah, siapa lagi yang paling hot selain Iv?" Fiona mula kembang hidung.

Keina buat muka menyampah.

"Setakat model dunia je aku tak heran!. Laki kau tu semua perempuan kejar. Entah-entah kau pun tak di noticenya! Ahaks!" Sengaja Keina nak menambah api.

Fiona mulai bengang.

"Habis kau mengorat si Fakry tu dia notice kau ke? Tak kan..." Fiona gelak jahat.

Keina tonjol kepala Fiona. Geram dia dengan minah senget ni. Nasib kawan baik.

"Sekurang-kurangnya aku bagi coklat, dia makan. Aku ajak teman shopping, dia ikut. Kau?"

"Well, bapak aku bestfriend bapak dia"

"Bapak kau, bukan kau"

"Eh, yang kau ni nak ajak aku gaduh ke apa?"

"Kita kena terima realiti, okay. Kau bukan taste Ivan"

"Eh, kau nak sembang kari macam ni, boleh sembang dengan pak guard kaki PUBG tu ea. Aku ada bukti tau!"

"Dei, you're the one that kari, you know. Tengok gaya kau pun aku dah tahu kau tak sesuai dengan Ivan"

Fiona tahan amarah.

"Kau ni....."

"Hei, kau orang ni boleh diam tak?!"

Keina dan Fiona terus jadi nak main tarik rambut bila tengok muka Tiara macam gunung berapi nak meletus.

Tiara tarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan. Tak apa Tiara, nanti kalau dah rembat Danny, bolehlah kau bermegah depan monyet dua ekor ni.

Wajah Luna yang berpeluh dipandang tajam. Wajah gadis itu ditarik tepat memandang anak matanya.

"Kau dengar sini ea, perempuan. Sekali lagi aku nampak kau berkepit dengan Danny, aku tak teragak-agak nak hancurkan persembahan kau yang tinggal lagi dua hari tu. Kau mesti tak nak sejarah hitam kau berulang kan?" Keras sahaja Tiara memberi amaran.

Luna menggeleng laju. Mestilah dia tak nak!

Disebabkan key piano dia tercabut, dia terpaksa berhadapan dengan 2 bulan mimpi ngeri yang mengandungi ejekan penonton dan rakan sekolahnya tentang  persembahan teater itu.

Untuk persembahan kali ini juga dia terpaksa terima atas sebab rayuan Sir Noah. Kalau bukan disebabkan Sir, dia pun tak ingin nak turut serta.

Tiara mengukir senyuman sinis apabila wajah Luna bertukar cuak. Wajah gadis itu dilepaskan.

"Good. Aku nak kau ingat ea, Danny tu aku punya. Jangan berani-berani nak dekat dengan dia. Aku akan perhatikan kau"

Luna hanya diam menunduk. Tak mahu dia pandang muka psycho Tiara.

"Ada apa-apa yang berlaku ke ni?" Suara Sir Noah mula mengendurkan suasana.

Tiara and The Crown Girls mula terkedu. Terdiam mereka berempat bila tengok Sir Noah ikat kain bandana kat dahi macam budak-budak hispter masa tegur diorang.

Budak Subang Jaya, memang ada gaya!

"Sa-saya cuma datang tengok Luna. Bagi sokongan kat dia. Well, kita orang kan kawan kan... Kan Luna kan" Tiara menolak bahu Luna.

"Y-yes, sir"

Sir Noah memandang penuh rasa kesangsian. Wajah dua orang rakan Tiara dipandang dengan tajam.

"Ki-kita orang ikut ketua"

"Ahli kumpulan yang mendengar kata" Keina buat iklan kacang tanah cap ibu jari.

Sir Noah hanya mengangguk kecil.

"Walaubagaimanapun dan sepanjang manapun alasan kamu, sesiapa yang tak berkenaan dan tiada kaitan dengan persembahan teater boleh keluar. Kamu tidak dibenarkan masuk atas sebab akan mendatangkan spoiler pada cerita pilihan saya" Keras arahan Sir Noah.

Tiara berdecit geram. Sengaja je Sir Noah buat muka garang dia tu. Bukan dia tak tahu Sir Noah tu suka back up Luna senyap-senyap.

"Kalau itu arahan Sir, saya ikut je. Girls, let's go. We need to practise about our gymnastics show for the festival's grand opening. Lebih penting dari scandal kau orang" Tiara terus berlalu pergi menuruni anak tangga pentas.

Keina dan Fiona juga lekas-lekas mengikuti langkah Tiara. Luna menghela nafas panjang apabila melihat mereka bertiga sudah beredar.

Sir Noah mendekati gadis itu.

"Luna okay? Diorang ada cederakan kamu ke?"

Pertanyaan lembut Sir Noah membuatkan Luna tersentak. Jarang Sir Noah baik dengan orang.

"Okay. Dia orang tak ada kacau saya pun"

Sir Noah menghela nafas lega.

"Baguslah kalau macam tu. Lainkali kalau mereka datang lagi, cakap sahaja dengan Sir. Tahulah macam mana Sir nak ajar mereka"

Luna mengangkat wajah memandang muka geram Sir Noah. Nampak pelik bila Sir Noah ambil berat terhadapnya. Namun dibiarkan sahaja dan dia menganggap bahawa Sir Noah hanya melaksanakan tugasnya sebagai seorang guru sahaja.

"Luna, saya rasa kamu dah boleh balik. Dari pagi  tadi Sir tengok kamu berlatih. Ahli teater yang lain pun dah ada yang pulang ke rumah untuk berehat"

"Tapi sekarang belum waktu balik-"

"Pengetua bagi kebenaran untuk pelajar yang terlibat dengan festival sahaja. Pergilah balik. Ada yang dah tunggu kat depan pagar tu" Sir Noah mengukir senyuman penuh makna.

Luna mengerutkan dahinya. Siapa yang jemput dia pulang? Bodyguard Mummy ke? Tapi dengar Sir Noah cakap macam spesial je.

"Siapa yang-"

"Halah, dah tahu di tanya lagi. Pergi je lah ambil beg tu, turun bawah. Tengok siapa yang sambut awak" Sir Noah terus mengatur langkah ke belakang pentas meninggalkan Luna sendirian.

Luna terdiam. Perlahan nafas panjang dihela.

Dia tak suka betul kejutan selepas kejutan.

Tak larat nanti jantung dia nak bekerja untuk bekalkan dia oksigen. Kepala dia pun dah mula menyucuk-nyucuk disebabkan ugutan tiba-tiba Tiara dan memori hitam itu.

Piano hitam milik kelab sekolahnya itu diusap perlahan lalu beg sekolah yang berada di tepi piano itu dicapai. Kerusi dimasukkan di bawah ruang kosong piano lalu kaki mula melangkah keluar dari dewan.

Sir Noah mengukir senyuman kecil. Luna, Luna. Perangai dia tak ada beza dengan Franz. Dua-dua cintakan muzik.

Luna melangkah keluar pagar sekolah. Matanya mencari-cari kelibat Ryan atau bodyguard Mummy yang sering mengambilnya sewaktu pulang dari sekolah.

"LUNA!"

"ARGHH!"

PUK!

"Eh, kau! Kau tahu tak aku boleh mati terkejut tadi?! Kau nak aku sepak kau ke?!" Garang sahaja wajah Luna memarahi si dia.

Danny yang sudah mendarat di tanah akibat ditolak Luna mulai memuncung. Terus sahaja dia bangun lalu sisa tanah yang melekat di baju dan seluar sukan miliknya dibersihkan.

"Kau ni... Aku beria tau nak sambut kau balik sekolah. Dah la aku kena puasa dari jumpa kau dua hari. Kau tak sayang aku dah ke Luna?" Matanya mula memerah apabila terkenangkan nasib diri.

Luna apa lagi kalau tak gelabah. Dah la dia dah lukakan hati seorang lelaki yang amat budiman ini. Aduh, kasihan... Aduh, kasihan... Aduh kasihan.....

"Ala kau ni. Sorrylah... Aku terkejut tahu tak kau tiba-tiba peluk aku. Aku-"

"Ha dah tahu rasa bersalah jom ikut aku. Aku hantarkan kau balik!"

Luna urut kepalanya yang mulai berdenyut. Dah agak dah Danny main-main. Tak macho lah nangis depan crush.

"I can walk with my own leg"

Danny terdiam dan berfikir sejenak.

"Aku tak cakap pun nak dukung kau. Ke kau yang nak? Ha? Ha? Ha?" Danny mula tayang muka gatal.

Luna mula rasa bengang. Bahu Danny dipukul kasar.

"Kau jangan sampai aku suruh Mummy tembak kau"

Danny memuncung. Dia gurau je!

"Alah kau ni. Gurau sikit pun tak boleh. Hari-hari nak series tak penat ke?"

Luna memutarkan bebola matanya. Langkah mulai perlahan mengikuti jejak jejaka itu.

"Bukan tak boleh, kau tahu kan aku nak fokus untuk teater tu. Lagi dua hari je, Danny. Mana boleh main-main lagi"

Danny menghela nafas panjang. Nampak sangat puteri ais kepal dia tengah stress.

"Chill, la. Kau duduk belakang pentas je kan. Kalau kau takut sangat, aku boleh je temankan kau kat sana nanti" Danny tayang senyuman gatal.

Luna buat riak menyampah. Bukan Danny kalau tak gatal!

"Tak payah mengada. Aku mengadu dengan Sir Noah nanti. Eh, Jap. Macam mana kau boleh balik awal ha? Kau sengaja kan bodek Sir dengan content youtube kau tu?" Jari telunjuk Luna tepat dimatanya.

Danny terkedu. Jari telunjuk gadis itu ditolak ke arah lain.

"It's not Danny okay, kalau part bodek bodek ni. I had a license" Dua helai kertas ditunjukkan pada Luna.

Dahi gadis itu mulai berkerut. Tangannya mencapai huluran kertas itu lalu dibacanya.

Langkah terhenti. Iris hazelnya mulai membesar.

"Sweet Night Camping?! Diasaskan oleh Datuk Bandar Willow Field?! Danny, this is too fake! How did you pass it?!" Luna pandang Danny dengan tajam.

Danny tayang senyuman sinis.

"'Datuk Bandar' yang sign. Takkan Sir Noah tak bagi aku culik kau?" Danny terus keluarkan kunci keretanya apabila mereka sudah tiba di kawasan parkir pelajar.

Luna buat muka tak percaya.

"Danny"

Langkah jejaka itu terus terhenti. Wajah tiada perasaan Luna dipandangnya pelik. Perlahan dia menghela nafas panjang.

"Okay, okay. I'm sorry. Tapi itu je caranya untuk aku-"

"This is amazing!"

Pffft! Danny terkedu.

"A-apa kau cakap?"

Luna mula senyum selebarnya. Danny yang tegak di tepi keretanya dituju dengan penuh gembira.

"Don't you hear me? YOU'RE SO AMAZING! OH MY GHOST!  I can show this to my Mummy, and she would believe it! Imagine that I can go out, like free bird in the sky, I can't wait for this night!"

Danny mengukir senyuman pelik. Pelik dengan respon dari puteri ais kepalnya.

"Wait, are serious? Luna ke ni? Kau sure ke kau tak nak marah aku macam biasa?"

Luna tergelak kecil. Bahu Danny ditepuk manja.

"Come on, Danny. Takkan aku nak marah kau? Kau bagi aku peluang untuk bebas kot. Kalau Sir banyak tanya tu boleh lepaskan kau, inikan pula Mummy aku. You know what, I never goes any camping trip in my life. So why don't I go once in a lifetime?"

Danny mengerutkan keningnya. Okay, maybe I should start to believe that she feel comfortable with you, Danny.

Tapi, perangai Luna tu tak macam pelik ke? Sekejap okay, sekejap tak. Sekejap pemalu, sekejap peramah semacam.

Did she...

"Alaaaa berangan apa lagi tu, Danny? Cepatlah! I need to tell Mummy about this. Ke kau buat surat ni sebab nak main-mainkan aku?" Luna awal-awal lagi dah sedia terpacak tepi kereta Danny.

Danny simpan senyum. Just think positive, Dann. Mungkin dia memang hadir untuk gantikan Dephnies dalam hidup kau.

"Wait, little moon. I'm coming"

Telefon pintar yang berada didalam kocek seluarnya dikeluarkan. Pantas sebuah mesej ringkas ditaip lalu dihantar ke kakaknya.

Danny : Mission complete. Wait for me and the princessa   😛

"Kau kena ajar aku tau cara buat benda alah ni. I need more 'permission' " Luna pandang Danny dengan penuh perharapan.

Danny tergelak kecil. Pipi comel gadis itu ditarik lembut.

Mrs Franz, I though I had fall for one of your little Elise.

"I can teach you more than you thought"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro