SDL 🌠 11
Outfit for today -,-
===<< 🌠 >>===
"Lincah! Lincah! Kat situ ada orang! Tembak guys, Tembak!"
Luna hanya memandang pelik Pak Cik Security yang sibuk dengan telifon pintarnya.
"Eh, Awek! Awek nak kemana tu? Sila ikut bakal imam awak ni ke jalan menuju ke Jannah boleh tak?" Dan... nampak fokus sangat tu Pak Cik nak mencari jodoh.
Seketika kemudian senyuman lebar terus terukir. Kerusi ditolak kasar dan tergolek tidak dihiraukannya.
"Chicken dinner baru mantap! Begitteww anak-anak!" Dia terlalu seronok merai kejayaannya dalam permainan video free fire.
Beberapa ekor kucing yang aman dan damai tidur di atas meja juga hampir tersedak biawak sarapan pagi tadi mendengar jeritan kegembiraan lelaki itu.
Beberapa orang pelajar yang berjalan keluar dari sekolah mula berbisik sesama sendiri. Nanti adalah pak guard baru kat sekolah dia.
Luna tersenyum kecil. Pantas pagar laluan pejalan kaki dilepasinya. Akan tetapi sesuatu yang merangkul lehernya dengan kuat membuatkan dia hilang keseimbangan.
"Shhh! Ikut aku"
Luna mengangkat wajahnya. Dia mendengus geram.
"Apa benda ni Danny? Lepaslah!" Lengan Danny yang berada di lehernya ditolak namun tidak berjaya.
Danny mencebik. Ditarik Luna agar mengikutinya disebalik lorong kecil ditepi sekolah. Pandangan serong orang ramai tidak diendahkan.
"Kan aku kata ikut saja aku. Jangan banyak bising boleh tak? Aku tengah culik kau ni. Nanti Harry nam--"
Buk!
Buk!
"Ow! Sakitlah! Tak padan dengan ketot kau ni kan?"
Buku teks sains tambahan setebal 246 muka surat termasuk kulit buku dihempuk kasar di kepala Danny.
Luna memutarkan bebola matanya. Rambut yang menutupi wajahnya dibetulkan.
"Tahu pun sakit! Ingat kelakar ke nak culik anak orang? Aku karate kepala kau jadi penanggal nanti"
Danny mencebik. Badan kecil ada hati nak karate kita yang besar ni. Kita hempap awak pakai lemak kita kang ada yang jadi lempeng kat sini.
"Kau ni tak payah nak acah gangster sangatlah. Aku cuma nak hantar kau balik je"
Luna memandang tajam wajah Danny. Perlahan nafas dihela panjang.
"Tak payah susahkan diri kau la, Danny. Aku boleh balik sendiri. Bukan jauh mana pun rumah aku"
"Tapi lama jugakan nak sampai rumah kau? Aku tengah practice cara-cara menjadi kawan mithali ni. Penat tau aku minta pinjam buku dari Harry si Biawak Sumatera tu. Siap kena bayar sewa lagi 1 Jam, 50 Ringgit. Perangai Owner tak padan langsung dengan tajuk buku. Nasib aku excited nak baca sampai baru pinjam samalam, dah khatam 5 bab. Appreciate la sikit usaha aku nak dekat dengan kau. Lagipun kau kata kita kawan kan?"
Luna mencebik. Susah betul ada member over caring ni.
"Ye memanglah kita kawan. Tapi tak payah la sampai nak hantar bagai ni. Aku bukannya--"
Belum sempat ayat Luna dihabiskan, anak mata jejaka itu terus membesar.
"Luna, ada labah-labah! Atas coat kau!"
Luna terdiam.
Dia.
Sangat.
Benci.
Binatang banyak kaki.
Sejenis gelabah dipanggil gelabah biawak mula menyerang gadis itu.
"AAARRRGGHHH! BUANGKAN! BUANGKAN! BUANGKAN! BUNUH JE DIA!"
"AKU TENGAH BERUSAHA LA NI" Tapak tangan Danny menepuk-nepuk blazer Luna.
Gadis itu semakin tidak terkawal. Makin sukar Danny untuk membuang 'binatang' itu.
"Masuk kereta aku cepat! Nanti dia kejar kau"
Laju saja gadis itu membuka pintu Honda City bewarna kelabu yang berada di tempat parking kereta pelajar.
Entah dia main teka je kereta tu. Tak tahu betul ke tak.
Buku sains miliknya dipeluk erat. Matanya meliar mencari jika haiwan lapan kaki itu masih melekat di mana-mana bahagian badannya.
"Ye, Kak Damia. Adikmu yang hensem lagikan kaciaks ini telah berjaya menculik princessnya. Kami kini menuju ke destinasi seterusnya seperti yang dirancang. Kakak tunggu je Danny kat sana okay?"
Iphone miliknya disimpan ke dalam kocek. Matanya fokus pada jalan untuk keluar dari perkarangan sekolah.
Luna tersedar.
Sejak bila dia ada dalam kereta dengan Danny ni?
"Hei! Kenapa aku ikut kau ni?! Aku kena baliklah! Turunkan aku cepat!" Cermin pintu diketuknya berkali-kali menyuruh Danny membuka pintu.
Jejaka itu menoleh ke arah Luna. Satu senyuman diukir.
"Kan aku kata nak culik kau. Jadi kau kena ikut akulah. Faham tak Tuan Puteri Ais Kepal saya? Sila pakai tali pinggang untuk keselamatan sebelum kenderaan ini bertukar menjadi Mustang GT yang paling elegan di jalan raya. Safety first"
Luna mendengus geram. Kereta berhenti di lampu merah. Buku sains miliknya dihempuk sekali lagi pada bahu Danny.
"Hei! Suka hati kau je kan? Kau tak puas lagi ke tengok aku kena marah dengan Abang Ipar aku hari tu? Aku kena baliklah Danny! Mana boleh keluar macam tu je"
Buku sains milik gadis itu dirampas Danny. Luna mencebik geram. Dadanya dipeluk erat tanda tidak berpuas hati.
"Kan aku tengah drive ni. Janganlah main pukul-pukul. Lagipun bukan hari-hari abang ipar kau datang rumah kau kan? Mummy kau pun tak selalu ada kat rumah. Aku cuma nak bahagiakan kau, Luna. Aku kesian tengok kau yang dah macam... Rapunzel. Puteri yang dikurung tanpa sebab yang munasarawak. Kita hidup kena ada rasa seronok bukan?"
Perlahan Luna menghela nafas panjang. Lampu bertukar hijau dan kereta mulai bergerak semula. Buku milik gadis itu diletakkan di atas dashboard kereta.
"Okay. Tapi ini yang terakhir. Aku tak nak kau bawa aku lari macam tu boleh tak? Aku bukan macam orang lain. Kalau nak keluar boleh keluar suka hati. Aku kena dapat kebenaran Mummy aku dulu. Kau tahu kan aku siapa? Aku bukan anak orang biasa. Tengok Mummy aku pun kau tahu kan bertapa tegasnya dia dengan aku?"
Danny mula menayangkan riak serba salah.
"Ye la. Aku tahu aku salah. Aku janji tak buat lagi. Dah, pakai tali pinggang kau tu. Bahaya tahu tak? Safety first!"
Luna menarik nafas panjang. Pantas jarinya menarik seat belt lalu dipasang di penguncinya.
Mata mula mencari papan tanda jalan. Perlahan dahinya berkerut tanda pelik.
Willow Field City
"Kita nak pergi ni Danny? Aku tak nak kau bawa aku tempat pelik-pelik. Kita masih berpakaian sekolah tau"
Danny memetik jarinya.
"Disebabkan kita berpakaian sekolahlah aku nak bawa kau pergi satu tempat ni dulu. Lepastu baru kita pergi pusing-pusing bandar. Nak tak? You can ask me anywhere and I bring you everywhere. As long we stick together everytime"
Luna mencebik. Tak pernah tak manis. Dasar buaya!
"Kau ni macam driver yang ada Ijazah Sarjana Muda Jalan Raya Willow Field je. Mana kau dapat lesen jenama mee segera ni?"
Danny tergelak kecil. Bengang pula dia dengan ayat gadis itu.
"Ha. Ha. Ha... nanti-nantilah aku fikir pasal benda tu. Kalau sempat aku ambil la. Yang penting kita nak enjoy!"
Luna terdiam.
Maksudnya Danny ni memang kosong la?
Perlahan dia mengecil.
Habislah nanti kalau Mummy tahu dia naik kereta dengan driver tak bertauliah ni.
===<< 🌠 >>===
"Kalau Luna jadi model Kak Damia boleh tak? You're so pretty! I'm jealous with your smoothy skin" Bicara Damia Olivia membuatkan Luna terkedu.
"Kakak! Mana boleh potong line! Danny yang jumpa dia dulu jadi dia kena ikut Danny jadi model untuk Youtube Channel The Dannies okay?"
Damia mencebik. Tangannya yang sibuk membetulkan baju rekaannya yang tersarung di badan Luna dihentikan serta merta.
"Hei! Suka hati Akaklah! Siapa cepat dia dapat. Kan Luna kan?"
Perlahan Luna mengangguk.
Entah.
Dia sebenarnya masih pening dengan situasi. Kejap cerita pasal kulit, lepastu pasal baju, ni tiba-tiba berebut jadi model apa kes?
Danny mencebik. Baju sekolahnya sudah ditukar dengan baju baharu yang diambil secara sengaja di butik De Floral.
Kesah apa dia. Yang penting dia dan Luna tidak keluar bersama dengan uniform sekolah. Wajah Luna dipandang.
Pada pandangannya, perwatakan seorang Luna Isabella sangat sama dengan seseorang dimasa silamnya.
Dephnies Olivia, adik kesayangannya.
Senyuman yang terukir di wajah jejaka itu semakin layu. Namun, matanya masih gagah memandang wajah gadis itu yang tampak segan dengan kakaknya, Damia.
Mana dia tak sayang Dephnies, gadis kecil itulah yang selalu menceriakan hari-harinya. Walau kadangkala perangai mengada budak kecil itu sering membuatkan Danny naik rimas, tapi dia tetap layankan juga perangai Dephnies.
Main masak-masak.
"Jangan kacaulah, Abang! Nanti tak sedaplah air sunplawer (sunflower) adik!"
Menceritakan suatu hikayat dimalam hari.
"Lepas tu, serigala tu pun makan... Dephnies! RAWRR!"
"ARGGHH! MAMA! Tengok abang ni dia buat lagi muka buruk tu!"
Dan memori yang paling dia suka,
The Legendary of Little Castle.
Drama berepisod yang dia buat bersama-sama Dephnies di saluran Youtube milik mereka berdua.
"Akan datangnya satu Putera Raja untuk menawan ibu kota ini. Hadirnya dia bukanlah kerana ketamakan harta, datangnya dia bukanlah untuk berperang dengan sejata. Tapi adanya dia untuk mencari seorang puteri"
Dephnies pantas menyambung teksnya pula.
"Mencari puteri yang sebenar. Puteri yang benar-benar layak untuk gelaran Permaisuri hidupnya. Kerana Puteri yang sebenar, adalah seorang Princess yang selalu ada untuk Princenya"
"Adik! Mana boleh campurkan English dengan Malay!"
Gadis kecil itu mencebik.
"Kenapa tak boleh? Princess lagi best la dari panggil puteri. Lagipun video ni idea adik. Tolong ikut cakap Director please"
Danny menggaru kepalanya mendengar jawapan suka hati adiknya.
"Eish! Ye la - ye la. Tapi kalau tak dapat banyak viewers jangan marah pula"
"Adik tetap salahkan Abang"
Danny mengangkat sebelah keningnya mempersoalkan jawapan adiknya.
"Kenapa pula salah Abang? Adik nak sangatkan jadi Director"
"Ye la salah Abang sebab Abang tak nak edit lawa-lawa"
Danny mencebik. Itu tiada kaitan wahai budak kecil!
"Sudah-sudahlah tu memandang anak dara orang. Kalau berkenan, cakap. Bolehlah Akak jumpa Mama dia minta ikat ketat-ketat sampai tercekik pun tak apa. Ni tengok Luna macam nak telan. Jangan gelojoh sangat ea, Dik. Akak pun single lagi ni. Turn kau lambat lagi"
Danny tersedar. Bibir dimuncungkan.
"Mana ada! Dah la jom Luna kita pergi sekarang. Makin layan mak cik seorang ni makin lambat pula kita gerak. Nanti kesian kau balik lambat" Beg miliknya diambil lalu langkah dibuka menuju ke pintu keluar butik.
Luna pantas mengangguk. Beg miliknya juga dikemaskan. Namun, ada sesuatu yang menganggu fikirannya.
"Ta-tapi ba-baju ni--"
"Luna ambil je la. Akak belanja"
Luna terdiam. Tengok kain sahaja sudah tahu harganya mahal. Kalau bagi percuma, pastilah akan ada kerugian pada kedai Kakak Danny.
"Ma-mana boleh--"
"Boleh je Luna. Akak okay je kalau Danny okay. Selain dari Akak, Danny pun ada tolong juga usahakan butik ni. Lagipun tak salah berkongsi rezeki dengan orang lain. Lagipun dah lama Akak tak tengok Danny excited nak keluar dengan orang lain sampai macam tu sekali. Mesti istimewakan tempat Luna dihati dia"
Luna terdiam.
Tak tahu nak balas apa.
"Lu-Luna cuma... kawan biasa de-dengan dia je. Ki-kita orang tak ada--"
"Ya Akak tahu. Danny tu dah lama sangat sunyi sejak adik kesayangan dia tak ada. Kalau kat rumah pun diam sahaja, tak banyak bercakap. Tapi sejak akhir-akhir ni kerap sangat tengok dia tersenyum sendirian. Rupanya dia dah jumpa princess baru yang boleh gembirakan dia"
Luna menghela nafas panjang. Kenapa macam makin berat sahaja rasa kasihan dia pada Danny.
Perlahan matanya melirik pada jejaka itu yang sibuk menilik diri sendiri di cermin kereta. Dah dekat 20 kali dia tukar stail rambut dia.
"Luna ni sama je macam Dephnies" wajah gadis itu terus dikalihkan memandang mata sayu wanita itu.
Seperti...
Ada satu rindu yang menebal dalam jiwa wanita itu. Jari runcing Damia mengelus lembut pipi gadis dihadapannya.
"Princess yang selalu ada untuk Prince dia. Mungkin yang ada ini tak sempurna seperti yang dulu. Tapi Akak yakin, Luna boleh sembuhkan luka Danny. Luna tolong ya, layan sahaja perangai gila-gila Danny. Akak tak tahu sampai bila senyuman dia tu boleh bertahan. Walau adik Akak tu perangai dia macam ulat bulu tua, dia tu sebenarnya ikhlas nak berkawan dengan Luna. Cuma mungkin, cara dia tu agak keterlaluan" Gelak yang dibuat-buat untuk menutup rasa segan mula bergema.
Luna cuma tersenyum kecil. Dia macam...
Entah.
Dia mula rasa kasihan pada jejaka itu. Mendengar jalan cerita pendek yang diberitahu Damia membuatkan jiwa gadis itu meruntum kesedihan.
"Luna just ignore ayat-ayat manis dia okay. Tapi kalau dia betul-betul nak kan Luna... Akak dah boleh siap-siap cari design untuk wedding kau orang"
"Akak! Apa ni sembang pasal khawin - khawin ni?! Gelilah. Dah la Luna. Jom ikut aku. Layan Mak Cik senget ni buat penat otak je"
Pergelangan tangan gadis itu ditarik kasar oleh Danny. Laju saja Luna mencapai beg sekolahnya dan mengikut jejak langkah jejaka itu.
"Jangan balik lambat. Ingat sikit yang kau culik anak orang. Kereta tu jangan calar, aku potong yuran bulanan kau"
"Ya ya Danny ingatlah!" Pintu butik dilepasi dan mereka terus meloloskan diri ke dalam kereta.
Honda City milik Damia meluncur laju di atas jalan raya dengan elegan seperti yang disebutkan Danny.
Namun, suasana yang sepi juga membuatkan mereka berdua tampak kekok untuk bergaul.
Tambahan pula mereka berdua tidak pernah keluar bersama sebelum ini.
"Luna"
Gadis itu pantas menoleh.
"Kakak aku cakap apa je dengan kau? Rancak betul aku tengok"
Luna terkedu. Dia nak cakap apa ni?
Takkan nak cakap yang Kak Damia suruh dia jaga Danny?
"Urm... borak... biasa-biasa je"
Danny hanya mengangguk tanpa sebarang syak wasangka.
"Ki- kita... nak pergi mana ni? Kau tak cakap lagi kan nak culik aku pergi mana?"
Senyuman jejaka itu mulai melebar. Suka pula dia dengan ayat gadis itu.
"Aku nak kita enjoy hari ini. Memandangkan kita... tak pernah keluar bersama, apa kata kau cadangkan satu tempat yang kau dengan Lily selalu pergi?"
Dahi gadis itu berkerut.
"Kenapa aku pula? Bukan kau ke yang culik aku sekarang ni?"
"Ye memanglah aku culik kau, tapi... sejak akhir-akhir ni aku perasan, yang kau macam stress je setiap kali datang latihan dengan Sir Noah. Jadi tak salahkan aku nak bawa kau pergi tempat yang kau suka. Ye la, kita kan... baru je nak rapat. Aku bukan tahu sangat pasal kau kan?"
Luna menghela nafas lembut. Mindanya mulai berfikir.
Tempat yang selalu dia dan Lily pergi?
"Kita orang selalu... pergi tengok haiwan! Aku suka tengok tupai, kura-kura. Lily pula... biasanya dia suka ikan"
Danny mengangguk tanda mengerti. Tupai, kura-kura, Ikan.
Perlahan senyuman kecil diukir.
"Apa kata kita pergi... Old Town Farm?"
Luna mengangguk.
Eh, kejap!
"Farm?! Maksud kau... mini Zoo tu?"
"Ye lah. Berdasarkan ayat kau, kau dengan Lily mesti selalu pergi zoo kan? Lagipun kat situ kita boleh bagi haiwan makan, boleh pegang-pegang dia. Ei! Aku teringin nak pegang kulit buaya. Agak-agak kulit dia keras macam biawak atau lembik macam katak?"
Luna beriak kegelian. Entah apa-apa lah yang ada dalam otak Danny ni.
"Kau ni tak ada kerja lain ke selain dari fikir kulit buaya? Gelilah aku dengar"
Danny tergelak kecil.
"Habistu kau nak pergi mana? Mall? Taman permainan? Itu zaman budak-budak bolehlah Luna. Lagipun aku tengok tak ada lagi gambar kau dengan Lily dekat Zoo atau mana-mana kandang haiwan"
Luna membulatkan matanya.
"Kau selongkar meja aku ea?!"
"Mana ada! Dah gambar kau dengan budak perempuan tu kat atas meja. Aku tengoklah. Tak salah kan?"
Luna menghela nafas panjang.
Ye lah!
Danny menoleh ke arah gadis itu.
"Jadi betullah yang dekat gambar tu... Lily?"
Luna jeda sebentar. Perlahan dia mengangguk.
"Gambar tu je yang aku ada dengan dia"
Danny mengangguk perlahan.
"Lepasni kita tangkaplah gambar banyak-banyak. Bolehlah aku ada gambar dengan kau juga"
Luna memandang tajam wajah Danny.
"Kau ni tak pernah tak buaya kan?"
Jatuh pokok kepala berpinar,
Nasib jatuh disambut Adhia;
Ada aku untuk terus bersinar,
Walau cahayaku tidak seterang dia
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro