SDL 🌠 10
Kertas notasi di tangan Luna dibelek sebelum sesi latihan bermula selepas waktu rehat. Nampaknya selamatlah dia lagi dari bertembung dengan Madam Scarlet.
Kecut perut dia teringatkan soalan maut tempoh hari. Nasib itu kelas terakhir untuk dia dan Madam Scarlet bertemu. Kalau tak, tak tahu lah apa jadi kat dia nanti.
"Luna!"
Luna tersentak. Wajah diangkat memandang siapa yang berani terkejutkan dia. Namun, lihat sahaja jejaka itu duduk dengan selamba di hadapan dia membuatkan Luna semakin bengang.
Kertas notasi diangkat menutupi wajahnya. Tak mahu dia tengok muka Danny selepas jejaka itu tiba-tiba sahaja mahu pulang sebelum dia habis merawat luka Danny.
Sudahlah dia dan abang iparnya bergaduh teruk disebabkan Danny!
Danny mencebik saat tiada balasan dari gadis itu.
"Ala... Luna merajuk ke? Danny ada buat salah ea dengan Luna? Ke Luna kecil hati sebab Danny dah dua hari tak jumpa Luna?"
"Eish! Bisinglah. Tak nampak ke aku tengah study untuk latihan nanti?"
Danny menghela nafas panjang. Kenapa pula gadis itu tiba-tiba sahaja merajuk dengan dia?
Nak kata terasa hati, tak pernah pula dia buat Luna menangis.
Walau kadang-kadang gadis itu memang macam nak nangis sebelum ini kalau dia cuba dekati Luna.
"Luna... kau tak makan ke? Nanti nak latihan tak ada tenaga pula"
"Tak lapar"
"Makan la sikit. Aku ada beli sandwich lebih kalau kau nak. Nak tak? Nak tak? Roti sandwich ini diimport khas dari chef terkenal di Italy dan dimasak menggunakan--"
"Tak nak"
Danny hampir mengalami kemurungan apabila gadis itu membalas ala kadar. Kertas notasi di tangan gadis itu rampas bagi menarik perhatian gadis itu.
"Hei, Danny!"
Jejaka itu mengangkat tinggi-tinggi kertas itu supaya tidak dapat dicapai gadis itu.
"Tak boleh! Aku tanya baik-baik tadi kan, kenapa kau layan aku nak tak nak je? Kata kawan. Ke kau rindu aku hilang dua hari ha?"
Luna memutarkan bebola matanya tanda menyampah.
"Tak ada masa lah aku nak rindu kau. Bagi baliklah kertas aku. Nanti renyuk tak cantiklah"
Danny menggeleng tanda tidak mahu. Dahi gadis itu ditolak dengan jari telunjuknya menyuruh gadis itu duduk terlebih dahulu.
"Bagitahu aku dulu kenapa kau badmood ni? Aku ada buat hati kau terasa ke?"
Luna menghela nafas panjang. Wajah dikalihkan ke arah lain.
"Kalau aku cakap bukan kau boleh ubah apa pun"
Berkerut dahi jejaka itu mahu memahami ayat Luna.
"Kau tak cakap lagi macam mana aku nak tolong? Kitakan kawan. Masalah kau, masalah aku juga bukan?"
Wajah sayu Danny dipandang. Dah lama dia tak nampak jejaka itu sejak Danny memilih untuk tinggalkan dia secara tiba-tiba.
Dia ada sorokkan sesuatu ke?
"Okay, kalau kita kawan, mana BFF bracelet aku yang kononya kau simpan dalam peti besi kat rumah kau tu?"
Danny terkedu.
"A-aku lupa lagi nak bawa. Hehehehehe sorry!"
Luna mendengus geram. Terus sahaja kertas miliknya dirampas dan dia duduk semula.
Danny mencebik.
"Ala... janganlah marah. Nanti aku belanja kau coklat kedai 2 ringgit tu ea"
Luna memutarkan bebola matanya.
"Bisinglah kau ni. Nak makan, makan je la. Aku sumbat roti tu dalam mulut kau baru tahu"
Danny mendengus geram. Orang pujuk sombong!
Roti sandwich yang dibungkus kemas didalam pinggan dibukanya lalu disua ke dalam mulut.
Mendengar suasana yang tiba-tiba sunyi membuatkan gadis itu menjatuhkan kertas. Danny yang tekun mengunyah sandwich sambil memerhatikan kertas notasi ditangannya membuatkan Luna mahu tergelak.
Danny berhenti mengunyah. Takut juga jika dia tersembur pada Puteri Ais Kepal kesayangannya. Satu pek tisu di dalam kocek Luna dikeluarkan.
"Aku tahu kau lapar, tapi jangan lahap sangat"
Perlahan Danny mengukir senyuman penuh makna.
"Kalau ada yang comot, lapkanlah"
Luna memutarkan bebola matanya. Dah agak dah! Danny ni bukan boleh percaya!.
"Laplah sendiri. Gatal!"
Danny mencebik. Tisu didalam plastik itu ditarik sehelai.
"Dah besar takkan makan pun comot lagi? Mengada betul kau dengan awek kau ni"
Wajah dikalihkan memandang kearah manusia yang tiba-tiba sahaja menyemak di situ. Danny mencebik.
"Suka hati akulah. Kau nak semak kat sini apa hal?"
Harry mendengus geram.
"Eh, kau tahu tak, dari kau pakai pampers, kencing tilam bagai lepas tu sampai kau gemuk mengalahkan badak sumbu Afrika ni kita dah makan sama-sama tau. Pinggan kongsi, makanan kongsi, nasib jamban kita asing-asing. Ni dah ada awek kau dah lupa jasa baik aku ke? Layan aku macam anak tiri pula tu!"
Danny tersengih.
"Ala kau tu dah tua. Aku layan kau macam anak tiri sekalipun apa salahnya. Lagipun aku nak spent time dengan Luna. Kan Luna kan?"
Dua pasang mata itu memandang ke arah Luna yang menyorok disebalik kertas notasinya. Perlahan gadis itu memperlihatkan separuh wajahnya dan tersenyum kecil.
Harry membalas senyuman Luna. Tapi dengan lebih sinis. Anak matanya memandang tajam separuh wajah Luna yang ditutup.
"Luna Isabella I'zack. Anak perempuan pemilik syarikat Victory's Secret yang terkenal, Elise Victors dan Cucu Tashenggo Victors. Mendiang ayah kau dulu pernah masuk Starzy Academi kan? Rancangan muzikal yang terkenal 4 tahun dahulu. Franz I'zack. Wow! Bukan calang-calang orangkan awek kau ni"
Detak jantung gadis itu mulai tidak stabil. Nafasnya mulai sesak. Dia lupa bawa jam dia hari ini! Dia nak lari ta-tapi--
"Kejap-kejap! Nama datuk dia 'Touch 'n Go' ? Tu bukan ke?--"
Kepala Danny ditolak kasar oleh Harry.
"Tashenggo la pekak. Datuk dia orang Brazil. Itu lah lain kali kerjanya jangan makan je. Kan dengan telinga kau sekali berlemak"
Danny mencebik. Kepalanya yang ditonjol kasar diusap.
"Manalah aku tahu! Kau pun cakap slow sangat macam pembunuh bersiri. Tahunya nak tonjol kepala orang je! Aku keluarkan jurus silat aku nanti kang"
"Eh, memang kau pekak pun kan? Nak cari gaduh apa? Anak itik makan santan, santan ditabur oleh Tok Wan; kalau kau mengaku anak jantan, Jomlah kita lawan"
Sandwich yang belum sempat Danny habiskan diletak kasar di atas pinggan. Lengan baju kemeja putihnya disingsing hingga ke atas. Nasib dia dah buka blazernya awal-awal lagi.
"Kau fikir main pantun-pantun ni aku goyang? Ingat dah gangster la?! Burung gagak burung enggang, dua-dua warna hitam; kalau kau dah buka gelanggang, aku pun tak kecut nak hentam"
Harry terus sahaja berdiri diikuti dengan Danny. Dulang yang mengisi makanannya ditarik tanpa mempedulikan tumpahan makanan di atas meja. Sebenarnya ini agak membazir ya anak-anak.
Kedua-dua mereka sudah bersedia untuk bertumbuk. Para pelajar yang berada di situ mulai memenuhi ruang tempat mereka bertiga duduk untuk melihat aksi yang bakal berlangsung.
Luna mulai tidak selesa apabila dia menjadi tumpuan orang ramai. Dada dia juga mulai terasa perit apabila nafas yang di hela seakan tersangkut.
"Jom lah!"
"Kau lah mula dulu!"
"Kau lah dulu!"
"Kau yang ajakkan tadi?!"
"Kau pun sama kan?"
"Kau jangan bazirkan masa boleh tak?"
"Kau yang bazirkan masa"
"Kau jangan main tuduh aku ea!"
"Kau pun sama! Sinilah kalau berani!"
"Kau pun sinilah!"
"Luna Isabella I'zack! Sini kau! Jangan kau berani nak lari selepas atuk kau cetuskan pergaduhan tak bermoral ni"
Luna yang berusaha melarikan dari pergaduhan itu terus terhenti. Semua pelajar disitu memandang Luna yang terpinga-pinga.
"A-aku aku ada la-latihan. Nan-nanti Sir Noah ma-marah"
Danny terus bercekak pinggang.
"Waktu rehat tak habis lagi jangan kau berani nak keluar dari cafe mak cik kantin yang hot ni"
"Kau pun kena bertanggungjawab atas pergaduhan ini kalau Madam Scarlet tanya punca kita orang bergaduh" Harry mulai menyelit.
Danny memandang pelik wajah Harry.
"Kenapa eak?"
"Kan kita cerita pasal atuk dia nama Tashenggo tadi"
"Ouh ye. Aku kan pelupa"
"Baguslah. Nasib kau sedar diri dah tua"
Danny menjeling wajah Harry. Nak ajak gaduh lagi ke?!
"Ta-tapi nanti Sir Noah ma-marah kalau a-aku lambat"
"Cakap dengan Sir Noah yang kau belum makan lagi! Lagipun kau nak study bendalah tu kan?"
Luna menggaru kepalanya tanda kusut. Dia kena lari dari sini. Dia perlukan ubat dia!.
Sandwich di pinggan Danny yang belum dibuka balutannya mencuri pandangan Luna. Laju sahaja tangan kecilnya mengambil sandwich itu.
"Kau kata ni aku punya kan?. Terima kasih! A-aku nak pergi study kat dewan. Bye!"
Benteng yang dibina para pelajar dirempuh Luna lalu hilang begitu sahaja.
Suasana sunyi seketika.
"Aku tak cakap pun aku beli untuk dia. Dia ambil makanan aku"
Bahu Danny ditepuk agar jejaka itu kekal tabah.
"Aku faham perasaan kau bro. Aku pun belum makan lagi. Kita kena sentiasa tabah, okay?"
"MAK CIK KANTIN ADA BUAT SALES 50% OFFER KE UNTUK BIRTHDAY DIA KE SAMPAI SEMUA ORANG NAK BERKUMPUL NI?! PENJARAKAN SO-SIAL MANA HA?!"
Suara lantang Madam Scarlet membuatkan seluruh penghuni Brownies Cafe menggelibas termasuk mak cik kantin yang teringat bahawa hari ini adalah hari jadinya.
"NI ANAK SIAPA YANG TABUR MAKANAN ATAS MEJA NI HA?!"
"DIA!"
Para pelajar terus menunding jari ke arah dua jejaka itu. Harry dan Danny saling berpandangan.
Matilah kau nak!
===<< 🌠 >>===
Luna menekan key piano yang terletak dihujung sekali. Nafas dihela panjang. Memorinya asyik mengulangi pita video yang sama semasa di kantin tadi.
Macam mana Harry boleh kenal keluarga dia?
Patut ke dia rasa Harry akan tahu semuanya pasal diri dia?
Tak ke itu akan jadi lebih bahaya untuk dia terus sembunyikan apa yang dia rasa selama ini?
Wajahnya diraup kasar. Macam mana nak tahu sebanyak mana rahsia dia yang Harry pegang?
Harry tu sudahlah macam samseng jalanan. Berkawan dengan bad boys sekolah. Bengis dan menakutkan sekali pandang.
Ingatkan bila dia dah pindah private school, orang tak akan tahu apa-apa pasal dia.
Rupanya, keadaan disini lagi bahaya dari sekolah lama dia.
Lily...
Apa aku nak buat ni Lily?
Kalaulah kau ada kat sini mesti aku tak akan jadi setakut ini...
Tubuh lemah Luna dipandang sayu. Danny yang sudah lama duduk di tempat duduk paling belakang Starlight Hall hanya memandang sepi.
Perlahan nafasnya dihela panjang. Fikirannya asyik memikirkan punca gadis itu terlalu takut dengan orang sekeliling.
Punca dia seakan putus harapan.
Punca dia dan adik beradiknya yang seperti mengalami keretakan hubungan.
Punca dia lebih rela duduk bersendirian tanpa bercampur dengan orang lain.
Mahu sahaja dia duduk disebelah gadis itu dan mendengar semua masalah Luna. Tapi, lihat sahaja wajah muram gadis itu saat masuk ke dalam dewan, Danny lebih memilih untuk memerhati dari jauh.
Nasib Madam Scarlet hanya menyuruh dia dan Harry mencuci seluruh cafe disebabkan kekotoran yang dibuat klon Harry Potter itu. Jadi lepas main air dengan Harry dan mengacau mak cik kantin, sempatlah juga dia menjenguk gadis itu meskipun tidak dijemput.
Telefon pintar miliknya yang bergetar di dalam poket seluar mengejutkan Danny. Nama kakaknya yang tertera di skrin telefon pintar itu membuatkan jejaka itu berfikir lama.
Perlahan satu senyuman penuh makna terukir. Icon hijau ditekan. Beg dan blazernya yang basah diambil lalu langkah dibawa menuju keluar dewan.
Tidak diberi ruang sedikit pun kakaknya untuk bersuara, Danny sudah mula menyerang dengan soalan.
"Kakak, kakak boleh tolong adik kakak yang hensem lagikan kacak ni tak?"
Ngeh! Bodek je lebih!
Hantu Kak Limah cerita seram,
Menjadi kegemaran anak Finar;
Walau cahayamu semakin suram,
Ada aku untuk terus bersinar,
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro