SDL 🌠 9
Sila gunakan imaginasi anda kerana TIADA MEDIA yang boleh diletakkan didalam bab ini.
Sebabnya tidak dapat diketahui.
Sekian, Mak Cik Bulan 🌚
===<< 🌠 >>===
Luna membelek kertas tebal yang berada ditangannya. Bibir kecilnya menyanyi perlahan mengikut rentak lagu yang tertera di kertas.
"Born of cold and winter air
And mountain rain combining"
Luna membetulkan anak tekaknya. Dahi dikerutkan memandang pelik lirik itu.
"Macam tak kena pula dengan suara aku"
Helaian sebelah diselak. Perlahan senyuman kecil mulai mekar di wajahnya.
"Huish! Favourite aku ni masa kecil"
Anak tekak diperbetulkan. Pandangan pelik orang ramai tidak dihiraukan. Kakinya tetap melangkah dengan yakin tanpa sikit pun dia memandang ke arah jalan.
"Do you wanna build a snowman?
C'mon let's go and play!"
Senyuman yang bersinar tadi mulai layu secara perlahan-lahan. Lirik itu ditenung lama.
"I never see you anymore,
Come out the door,
It's like you've gone away..."
"Aku pindah je, bukan tinggalkan kau selama-lamanya"
"Ini merupakan peti simpanan suara..."
Bibirnya seakan terkunci melihat bait lirik yang seakan memerli dirinya.
"We used to be best buddies and now we're not..."
"I wish you would tell me why..."
"Sampai ke tua, janji untuk simpan gelang ni?"
"Kau jangan risau, gelang kau aku dah simpan kat rumah aku la"
Langkah Luna terhenti. Matanya mulai berkaca memandang lirik itu. Mindanya asyik memutarkan memori indah gadis itu dengan Lily, rakan baiknya.
"Do you wanna build a snowman?..."
Kepala mulai menunduk. Seolah-olah dia berkongsi rasa hati yang sama dengan Anna.
"It doesn't have to be a snowman..."
"MOVE AWAY LUNA!"
Luna terasa pelik. Rasanya dia bernyanyi sendirian tadi. Dan... kenapa liriknya macam lain?
Sebuah kereta yang bergerak laju dari jauh tidak menghentikan lamunan gadis itu.
TINNNNN!!!!
"LUNA!"
Buk!
"Argh!"
Perlahan gadis itu membuka matanya. Kepalanya yang terhantuk membuatkan dia sedikit berpinar.
"Watch out kids! Dah nak mati cepat ke?!"
Tengkingan dari pemandu itu mengejutkan Luna dan jejaka itu. Tanpa menunggu lama pantas dia beredar dari situ.
"Luna, kau okay? Ingat aku lagi tak?"
Luna terus bangkit. Melihat siapa berkata demikian. Namun, itu tetap tidak mengejutkan dia. Apa yang lebih membuatkan jantung dia tercabut, Danny yang datang peluk dia lagi.
Memori yang sama sewaktu di tasik beberapa minggu lepas.
Pantas tubuh Danny ditolak kasar ke tepi. Kejam sungguh gadis ini.
"Ka-kau, kau macam mana kau boleh ada kat sini?" Menggeletar tangan gadis itu menunjuk ke arah Danny.
Danny menghela nafas panjang. Perlahan dia bangun lalu duduk di atas jalan bersama gadis itu.
"Aku kejar kau dari dewan sampai sekarang tahu tak. Nasib aku nampak kau tadi. Kalau tak, tak tahulah aku nak cakap apa dengan parents kau"
Danny pantas berdiri lalu membersihkan pakaiannya. Kertas Luna diambil. Namun, pergerakannya terhenti saat melihat gadis itu masih terpinga-pinga di atas path walk.
"Luna, kau pasti ke kau okay ni? Ke kau ada mengalami gegaran otak sampai kau tak boleh nak berfikir? Atau kau ada masalah saraf yang menyebabkan kau tak boleh berdiri dengan tegak?" Banyak betul sangkaan Danny ni.
Tangan Danny dihulur bagi membantu gadis itu berdiri. Manalah tahukan kot-kot patah kaki ke, terseliuh ke.
Luna tersedar. Melihat Danny yang sudah berdiri membuatkan dia rasa segan. Huluran Danny tidak dihiraukan.
"A-aku okay"
Terus saja dia bangun dan membersihkan pakaiannya. Danny mengetap bibir menahan kesedihan apabila hulurannya tidak disambut. Rasanya ini lagi sedih dari cinta bertepuk sebelah tangan.
Sekeliling tempatnya diperhatikan Luna. Mencari dimana 'kertas emasnya' berada.
"Ni kertas kau. Tapi dah kotor sikit la. Aku sempat selamatkan tuannya je tadi. Sorry!"
Luna mendengus geram. Danny dan pickupline sememangnya berpisah tiada. Macam tu lah saya dan awak yang sudah ditakdirkan bersama. Wkwkwkkwkwkwk.
Perlahan tangan Luna menyambut helaian kertas itu. Namun, tangannya seakan kaku melihat secalit darah di hujung kertas.
"Da-Danny, da-darah ni... tapak tangan kau"
Danny menggangkat tapak tangannya. Sedikit calar kelihatan di tapak tangannya. Mungkin terluka saat menahan badannya dari terhentak di lantai jalan.
"Ouh, tak-tak ada apa-apa lah ni. Sikit je. Jangan risau okay. Ni kau ada luka ke tak ni? Risau pula aku tengok kau macam budak tak cukup oksigen tadi"
Ayat Danny dibiarkan bagai angin berlalu.
"Danny, bibir kau pucat Danny. Muka kau pun sama. Tangan kau menggigil. Kau yang sepatutnya risau diri kau"
Anak mata Danny turun melihat tapak tangannya. Betul apa yang diucapkan gadis itu. Ta-tapi dia tak rasa sakit apa-apa pun sekarang ni.
"A-aku rasa mu-mungkin aku terkejut kot. Haha ye lah, aku takut tengok kau tadi. Bahaya tahu tak? Lain kali kalau nak jalan tu tengok jalan. Eh, kejap. Nak jalan tengok jalan macam mana tu eak? ..."
"Dah-dah stop membebel benda mengarut. Sekarang ni ikut aku" lengan blazer Danny ditarik kasar.
Kaki Danny terus melangkah mengikut langkah gadis itu.
"Ta-tapi kita nak pergi mana ni? Mana ada orang dating pakai baju sekolah!"
"Berhenti merepek anak Oliver"
Danny sentap.
Selain huluran dan cinta yang tak disambut, penggunaan ayat ini juga amat kejam sekali.
... A few minutes later ...
"Tak nak lah!"
"Jangan mengada boleh tak?! Kau luka kot"
Danny menarik kasar lengan blazernya.
"Eish! Aku tahulah kau jatuh tadi otak dah bergegar. Tapi kalau ye pun dah gila, takkan sampai aku nak ikut ke rumah kau? Ka-kalau parents kau ingat yang kau bawa aku balik sebagai buah hati kau macam mana? Heish! Aku tak nak khawin awal!"
Luna berdecit geram. Dah sampai depan pintu rumah dia pun Danny masih buat perangai mengada dia lagi.
Ni mesti kuat tengok drama ni!
"Please Danny. Tak adanya parents aku ingat kau tu buah hati aku. Tak ada taste aku nak mengorat kau. Daripada engkau, baik aku bawa balik Mark Reyes ke, Mackie Empuerto ke, ada la juga mata aku ni memandang yang manis"
Danny memandang tajam wajah Luna. Bibir dicebik tanda tidak berpuas hati dengan pernyataan gadis itu.
"Habis kau ingat aku ni masam, pahit, masin yang tak sedap semua tu lah? Inilah perempuan zaman sekarang. Nak yang hensem je tapi tak sedar diri sendiri tu macam mana. Dasar mak tiri Cinderella! Entah apalah nasib kita yang tak hensem ni? Mengorat kucing tepi jalan je la"
Luna mengetap rahang.
"Eh, kau jaga sikit ea mulut kau. Bersyukur aku balas budi kau tadi. Daripada aku..."
Belum sempat ayat Luna dihabiskan, pintu rumahnya dibuka Emma. Dua remaja itu terus terdiam.
"Apa benda yang kau bising-bising ni? Dengan... kejap! Tak pernah-pernah kau bawa lelaki balik rumah. Kau buat apa ha dengan dia?!"
Danny sudah mengagak perkara ini akan berlaku. Dengan sopannya dia menunduk 45º pada Emma.
"Salam suai kenal wahai bakal kakak ip--"
Bahu Danny ditolak kasar. Nak terjatuh jejaka itu dihadapan bakal kakak iparnya.
"Kau jangan merepek boleh tak, gemuk"
Danny mencebik meminta dikasihani kerana ditolak sebegitu. Luna terus memandang wajah kakaknya.
"Aku terjatuh tadi. Dia yang... tolong selamatkan aku. Tak salah kan aku nak rawat luka dia sebagai tanda balas budi?"
Wanita itu memandang Luna atas bawah meminta kepastian. Perlahan dia berlalu pergi dari pintu.
"Suka hati kaulah. Kalau kau tipu pun bukan aku tahu. Mummy belum balik lagi. Jangan buat macam-macam"
Luna menghela nafas panjang. Depan tetamu pun tak boleh ke jaga air muka keluarga?
Danny lebih selesa mendiamkan diri melihat kerenggangan hubungan adik beradik itu.
"Jemput la masuk. Rumah ni memang sunyi sebab cuma ada aku dengan Mummy aku je. Maid pun cuma dua orang je. Kakak aku dah khawin. Datang sekali-sekala"
Danny terus membuka kasutnya dan mengikut jejak langkah Luna. Rumah yang mewah itu terlalu besar untuk dua orang.
Tambahan pula dengan dinding yang kosong dan bewarna putih menampakkan ruang yang lebih luas di ruang tamu.
Susunan gambar-gambar yang terletak di atas meja kelihatan seperti sebuah memori yang dibiarkan sepi. Tangga yang didaki diibaratkan seperti gunung dan bukit yang disumpah.
Suram dan sepi.
Tingkat atas bilik tidaklah seluas ruang tamu mereka. Hanya dipenuhi dengan pintu-pintu yang menempatkan bilik rehat isi rumah ini.
Luna memulas tombol pintu biliknya. Anak mata Danny memandang takjub bilik yang luas itu.
"Ni bilik aku. Kau duduklah sini dulu. Aku nak ambil first aid kit. Mind to take a look everyside since you look very interest in it. Tapi jangan buka macam-macam" Begnya diletakkan di tepi meja.
"Ye ye. Aku tahulah adab kat rumah orang. Lainlah kau suruh aku buat macam rumah mak mentua sendiri"
Luna memutarkan bebola matanya. Malas dia mahu melayan perangai gatal Danny.
Langkah dibuka menuju ke luar bilik. Danny membuka begnya lalu disandarkan di palang katil. Bingkai gambar yang tersusun cantik di atas meja dari tadi menarik perhatiannya.
Semua bingkai gambar itu menayangkan memori yang sama. Dua orang gadis yang sama, senyuman yang sama, cuma latar tempat mereka sahaja yang berbeza.
Danny mengukir senyuman kecil. Comel betul Puteri Ais Kepal dia sewaktu kecil. Satu foto Luna bersama seorang gadis yang tidak dia kenali dicapai Danny.
Senyuman yang terukir di wajah dua gadis itu sewaktu cuti musim panas kelihatan sangat bahagia.
"I'm guess that I had found your source of happiness my Princessa. Jadi rasanya inilah Lily Alisya. Walau seribu yang datang, tak akan sama dengan satu yang hadir"
Sengaja dia mengulang ayat yang pernah diucapkan gadis itu kepadanya tempoh hari. Namun, senyuman yang terukir tidak selamanya akan mekar di wajah.
Perlahan, dada Danny mulai sakit. Seakan ada satu rasa yang mencengkam kuat jantungnya supaya berhenti bernafas.
"Kenapa sakit sangat ni? Takkan gambar dia dengan perempuan pun kau nak jealous Danny?"
Bucu meja menjadi tempatnya berpaut.
"Luna, listen here! Even Mummy tak marah, Luna tetap tak boleh bawa orang luar sesuka hati masuk rumah. Abangkan ada, kenapa tak minta izin Abang dulu?"
"Mind your own bussiness! Emma pun tak kesah kenapa Ryan nak kesah pula?"
Bingkai gambar itu diletak kembali ke tempat asalnya. Nafas ditarik sedalamnya agar dadanya kembali stabil. Perlahan kakinya melangkah ke arah katil semula.
"Luna, please dengar cakap Abang boleh tak? Kalau Luna tak boleh terima Abang as a part of your life sekalipun, tolong hormat Abang sebagai yang paling tua kat rumah ni"
Belum sempat bebelan Ryan habis, Luna terus masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu. Peti kecemasan dipeluk erat sambil belakang badannya disandarkan ke pintu.
Ryan menghela nafas panjang.
"Okay fine! Just do whatever you want and don't ask me or Emma for help if anything happen"
Langkah terus diatur beredar dari situ. Luna menghela nafas panjang.
"Sorry. Biasalah drama keluarga" Senyuman diukir menutup rasa segan.
"Tak-tak apa. Aku faham" Luna terus berjalan menuju ke pintu kaca di sisi biliknya. Pintu ditolak lalu kaki melangkah ke luar.
"Jom la duduk kat sini. Aku dah lama tak guna tempat ni"
Danny tersenyum kecil. Langkah diatur menuju ke arah gadis itu yang sudah duduk dibangku luar bilik.
Peti kecemasan dibuka. Lincah sahaja tangan gadis itu memilih alatan perubatan untuk luka jejaka itu.
Danny memilih untuk diam dan menikmati permandangan. Kawasan luar ini cukup luas dan selesa untuk gadis seperti Luna.
Mesti mewah hidup gadis itu.
"Besar bilik kau. Mesti mak ayah kau bekerjasama cari duit untuk rumah besar macam ni kan?"
Perbuatan Luna terhenti. Jejarinya yang memegang botol antibakteria itu kaku. Perlahan dia tersenyum kecil.
"Parents aku... dah cerai. Rumah ni hasil bangunkan syarikat Mummy dengan grandpa aku. Only Mummy and Grandpa. Papa aku... Mummy cakap dia dah tak ada. I... yeah I don't know I should trust her or not since she always blame my father for every mistake that she had done"
Senyuman yang diukir dibuat seikhlas hati. Namun, senyuman Danny pula yang mati.
"Sorry. Aku tak ada niat nak ungkit kisah keluarga kau"
Luna mengukir senyuman kecil. Lengan Danny ditarik untuk disapu dengan antibakteria.
"It's okay. I'm used to it when everyone keep asking why your mom did it? Why your father go away? Since when you stay with your grandfather? Dah macam... soalan wajib pula setiapkali aku jumpa orang lain"
Bercantum sahaja kapas itu dengan lapisan epidermis jejaka itu, pantas lengannya ditarik.
"Pedih!"
Luna menghela nafas panjang. Lengan Danny ditarik lagi.
"Memanglah sakit. Luka mana je yang tak terasa pedih? Lagi-lagi luka kat hati. Cuma kita ni je yang tahan atau tak tahan dengan luka tu. Apa yang orang boleh cakap, just stay strong, I know you can do it and left us behind. Let you fix back every pieces of your heart like there's nothing happen. Just look how cruel our world now. So sad"
Dengar sahaja luahan hati gadis itu, membuatkan Danny hilang dalam khayalan sedar sahaja luka dia sudah siap dibersihkan.
Hanya tinggal disapu ubat dan tampalan pembalut luka. Wajah mendung gadis itu diperhatikan.
Teringat akan bingkai gambar tadi. Gadis di sebelahnya. Yakin ke dia itu Lily Alisya yang sering disebut-sebut gadis itu?
Belum sempat soalan diutarakan, dadanya mulai mencengkam lagi. Rasanya lebih perit lagi dari sebelum ini.
"Danny? Ke-kenapa ni? Aku belum letak ubat lagi takkan kau dah sakit?"
Danny cuba mengukir senyuman. Diharap agar dia boleh bertahan di hadapan gadis itu.
"Tak-tak adalah. A-aku okay je. Cuma... penat sikit. Lagipun tadikan aku jatuh sekali. Badan aku pun nakkan rehat juga"
Luna mengerutkan dahinya. Pelik dengan jawapan Danny. Namun diiakan sahaja pernyataan jejaka itu.
"Sekejap aku tampal plaster. Tapi... betul ni okay? Bibir kau makin pucat Danny. Tangan kau pun... sejuk"
Jantungnya seakan dipaksa berlari 40 pusingan padang bola sepak tanpa henti. Nafasnya mula hilang.
"Tak-tak adalah! A-aku okaylah. Dah la Luna. Aku balik dululah. Nanti kakak aku risau pula mana adik dia yang hensem kacak lagi bergaya ni pergi"
Langkah yang mulai lemah digagahkan juga menuju ke dalam bilik gadis itu semula. Begnga dicapai. Tapak tangan kanannya mula mencengkam kuat dadanya memaksa rasa sakit itu berhenti.
"Ta-tapi plaster tak letak lagi ni..."
"Tak apa. Kat rumah aku pun ada plaster. Nanti aku suruh kakak aku ubatkan aku dengan penuh kasih sayang menyayang okay?"
Pintu bilik gadis itu dibuka. Lantas langkah dibuka laju untuk pulang. Luna tidak berdiam diri. Kakinya pantas mengejar Danny yang seakan menyorokkan satu rasa dari dirinya.
"Aku hantar kau balik ea"
Danny hanya membiarkan ayat itu di awangan. Dia dah tak larat nak melawan gadis itu seperti biasa.
"Ni nak pergi mana ni? Luna duduk rumah sahaja tak boleh ke?" Ryan dengan tiba-tiba menyoal.
Luna mulai berapi.
"You're not my brother"
Ryan mendengus geram.
"Luna, kan Abang dah cakap..."
"Terima kasih sebab sudi terima kedatangan Danny. Jangan marah Luna. Danny yang paksa dia tolong Danny. Minta maaf dan izinkan saya mengundur diri"
Danny mulai menghilang disebalik pintu utama. Luna cuba untuk mengejar jejaka itu tapi ditahan Abang Iparnya.
Luna mendengus geram. Lengan ditarik kasar. Semua tak boleh!
Telefon pintar yang tersedia di dalam kocek blazernya dikeluarkan. Nombor seseorang didail lalu dilekapkan di telinga.
Pandangannya yang mulai kabur digagahkan juga dengan berpaut pada tiang dan dinding pagar.
Talian disambungkan.
"Kak... kakak kena datang... Danny, tak tahan..."
Buk!
"Wait! What happen?! Danny? Danny?!"
Anak Pak Ngah namanya Azlan,
Kakinya bengkak digigit lipan;
Aku bintang engkaulah bulan,
Bersama menerangi cahaya kegelapan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro