❣ Prologue
"BERTEMU lagi kita di hari dan waktu yang sama dalam rancangan Resort Untuk Rehat pada minggu hadapan."
Yannis berjeda seketika untuk mengambil nafas sebelum senyuman manis terlorek di bibir.
"Saya, Yannis Mikayla, peneman setia hujung minggu anda. Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu."
"Okey, cut ! Well done, Yannis. Tak sia-sia I ambil you jadi pengacara untuk rancangan ni. Ramai yang berpuas hati dengan kerja you termasuk I," puji Robert; si pengarah untuk rancangan Intai-Intai Santai.
Memang pilihan Robert tepat dalam memilih Yannis sebagai pengacara. Boleh dikatakan rating untuk rancangan ini naik dengan mendadak setiap kali waktu siaran. Ramai juga netizen-netizen yang memuji Yannis dan kru-kru penggambaran di media sosial.
"Tak ada lah, Robert. I biasa-biasa aje. I just do my best. Tak sangka pula ramai orang suka dengan kerja I," balas Yannis merendah diri. Kipas tangan diambil lalu dihalakan ke muka. Ah, nyamannya!
"I akui, you memang biasa-biasa je. Tapi, kerja you sangat luar biasa. I bangga dengan you, Yannis. Keep it up, okay?"
"Thank you, Robert! So, minggu depan kita ada shooting dekat mana? Boleh I get ready awal-awal," soal Yannis.
Bagi Yannis, jadi pengacara bukan la satu kerja yang mudah. Hatta, jadi pelakon pun kerjanya susah. Orang nampak kerjaya sebagai pelakon dan pengacara ni senang. Tapi hakikatnya, cuma mereka yang tahu.
Apa yang orang awam nampak, bila masuk TV je mesti famous. Lepas tu mula la dapat tajaan sana sini. Duit pula berkepuk-kepuk dalam poket.
Walhal, kerja sebagai seorang pengacara mahupun pelakon sangat mencabar. Terlampau banyak pihak yang perlu dijaga hatinya. Dan, bukan mudah untuk mereka puaskan hati semua pihak.
Tersalah cakap sikit, mesti kena kecam. Apa yang mereka buat, semuanya dapat perhatian orang ramai.
Dari hal yang sekecil-kecil zarah hinggalah hal yang sebesar gajah, pasti ada paparazzi yang mengintai. Gosip pula memang tak payah cakap, tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Tapi kalau mereka senang melatah, memang sukar untuk mereka terus hidup dalam industri seni.
"Oh, ya! Nasib baik you tanya. I pun dah terlupa. Ralit sangat puji you." Robert ketawa kecil.
Tangan gempal Robert mengambil skrip yang terletak di dalam beg bimbit dan dihulurkan kepada Yannis.
"Ni skrip untuk shooting hari Sabtu minggu depan. You boleh baca dan fahamkan skrip ni dulu. Apa-apa soalan, you boleh tanya I."
Yannis sambut huluran buku skrip. Dibelek skrip tersebut ala kadar sahaja memandangkan ada temujanji yang perlu dihadiri selepas ini.
"The Grand Vista?" Yannis sebut nama hotel yang bakal menjadi destinasi penggambaran mereka akan datang.
"Ya, The Grand Vista. Tak jauh, area Kuala Lumpur juga. Orang awam recommend kita untuk shoot dekat situ. Dengar cerita, hotel tu dah banyak dapat awards dalam industri perhotelan," cerita Robert.
"Then, you dah jumpa ke owner hotel ni? Mana lah tahu mereka tak izinkan ke. Susah kita nanti." Yannis suarakan rasa risau yang bertandang.
"Pasal tu, you tak perlu risau. I dah dapatkan keizinan daripada owner. Gladly, owner memang izinkan kita untuk buat penggambaran di situ," balas Robert.
Sebagai pengarah, dah memang tugas Robert untuk mendapat keizinan daripada pihak yang terlibat terlebih dahulu. Perjanjian juga perlu dipersetujui oleh kedua belah pihak.
"Glad to hear that. I gerak dulu eh."
Yannis bangun dari duduk. Barang-barang yang berterabur di atas meja disimpan ke dalam beg tangan. Skrip Robert juga tak dilupakan untuk dibawa pulang.
"Okey, see you next week, Yannis!" Robert melambai Yannis.
Yannis membuat tanda 'okey' menggunakan jari telunjuk dan ibu jari yang membengkok.
-------
"BABE, sorry lambat! Jalan jammed tadi," terang Yannis kepada Diya.
"Tak apa, asalkan kau datang jumpa aku je. Kalau kau tak datang tadi, memang aku pergi serang pengarah kau tu," balas Diya malas.
Diya dah lali dengan skrip Yannis yang satu ini, sibuk memanjang. Maklumlah, orang baru nak up katakan.
"Ala, sorry lah. Aku betul-betul stuck dekat Raub tadi. Kau tahu je lah, hujung-hujung minggu macam ni memang orang berpusu-pusu nak bergerak ke sana sini."
"Ya, ya. Aku maafkan. Kau tak nak order apa-apa dulu ke?" tanya Diya. Buku menu yang berada di atas meja ditolak ke arah Yannis.
Yannis belek buku menu. Si Diya ni memang... Tengah hari rembang macam ni boleh pula dia pilih makanan barat.
"Ala, kau tak order kan untuk aku sekali ke? Selalu rajin sangat kau tolong order untuk aku."
"Dah kau lambat, kau order lah sendiri. Aku ingat, kau tak jadi nak datang tadi. Tu yang aku malas nak order tu. Nanti dibuatnya kau betul-betul tak datang, melayang duit aku macam tu je," perli Diya.
Yannis cemberut. Diya ni macam tak ikhlas je nak maafkan dia.
"Tengok tu... Kata dah maafkan aku, tapi asyik mengungkit je."
Sambil mengacau jus lobak merah yang dipesan, Diya menjawab.
"Bukan mengungkit. Tapi, bagi kau sedar diri sikit. Hah lagi satu, nanti air aku ni pun kau bayarkan sekali." Dengan selamba, Diya menyedut rakus air lobak merah yang masih berbaki separuh.
Yannis hentikan perbualan mereka seketika apabila pelayan yang dipanggil datang untuk mengambil pesanan.
"Cakap je lah, kau memang nak pow aku pun, kan?" Yannis memerli.
Diya sengih. Dua jari diangkat tanda peace.
"Pandai betul kawan aku ni," usik Diya.
Yannis jeling Diya. Mengada!
"Next hotel kau shoot dekat mana?"
"The Grand Vista. Nasib baik hotel tu dekat area Kuala Lumpur juga. Tak payahlah aku nak kena redah jammed. Anyway, kenapa kau tanya?"
Hairan Yannis. Tak pernah-pernah Diya ambil tahu dalam urusan kerja dia. Tapi hari ni, sibuk pula Diya nak tahu.
"What?! The Grand Vista? Weh, nanti kau tolong kirim salam aku dekat pewaris Vista Group."
Mata Diya mula bersinar. Hesy, siapa je tak kenal dengan hotel The Grand Vista yang terkenal di seantero dunia tu. Salah satu sebab kenapa hotel tu terkenal mestilah sebab pewaris sulung Vista Group yang handsome tu!
Yannis tersenyum sinis. "Kau kenal ke siapa pewaris Vista Group? Acah nak kirim salam, konon, padahal kau tak kenal pun sebenarnya."
Diya awang tangan di hadapan muka Yannis. Satu Malaysia kot kenal pewaris The Grand Vista yang kacak maut tu. Silap-silap, Yannis sorang je yang tak kenal.
"Eh, hello! Aku kenal tau siapa pewaris Vista Group. Bukan aku je, satu Malaysia ni kenal pewaris sulung Vista Group tu. Kalau Jabatan Statistik Malaysia buat kajian, mesti 0.1 peratus yang tak kenal tu kau," balas Diya.
"Amboi, amboi! Sedap mulut kau je mengata aku, Diya. Kalau kenal sangat dengan pewaris The Grand Vista tu, cuba kau beritahu aku siapa nama dia," cabar Yannis.
Diya tolak gelas berisi air ke tepi. Ditopang dagu dia dengan tangan sambil tersenyum gedik.
"Nama dia, Hayyan Iskandar Dato Mikhael. Dia tu antara rakyat Malaysia yang famous dekat media sosial sebab muka dia pernah jadi cover untuk majalah Mingguan CEO. Kalau kau nak tahu, Hayyan tu bukan setakat pewaris sulung Vista Group je... Dia tu pilot juga tau," terang Diya panjang lebar.
Majalah Mingguan CEO merupakan salah satu majalah yang menceritakan tentang latar belakang dan kerja keras mana-mana ahli perniagaan yang berjaya menempah nama di persada dunia.
"Dia tu jadi cover untuk majalah Mingguan CEO? Wow! Not bad," puji Yannis.
Bukan calang-calang orang boleh jadi kulit muka untuk majalah Mingguan CEO tu. Ada dua sebab je mereka yang terpilih boleh jadi kulit muka; Satu, mereka adalah "orang besar." Dua, muka mereka bukanlah dalam kategori "muka awam" di Malaysia.
"Memang not bad, malah tersangat lah boek. Kalau kau nak tahu lagi, Hayyan tu antara Top Five dalam carta Lelaki Idaman Malaya yang Mak Bee senaraikan dekat blog dia. Hayyan tu siap ada fanclub lagi tau!"
Bersemangat Diya membuka cerita pasal Hayyan. Mak Bee? Siapa je tak kenal Mak Bee, paparazzi popular yang sangat cepat menularkan gosip semasa dalam industri seni.
Mak Bee amat digeruni oleh mereka yang berkecimpungan dalam industri seni tanah air. Sekali gosip yang mengaitkan mereka tersebar, habis dikejar beribu mata dan telinga yang dahagakan penjelasan. Kalau dekat Korea, Mak Bee ni dah level-level Dispatch dah.
"Hesy, tak sabar pula aku nak tengok rupa one of the top five Lelaki Idaman Malaya tu. Nak juga aku tahu cara dia layan fans dia nanti macam mana."
Dahi Diya berlapis. "Fans? Ada fans dia yang tahu ke kau nak shoot dekat hotel dia tu?"
Setahu Diya, setiap lokasi penggambaran yang dijalankan oleh Yannis tak akan diberitahu kepada umum atas sebab nak menjaga privasi individu yang akan diwawancara.
"Mana ada fans dia tahu. Kau ni macam tak tahu pula, si Robert tu mana bagi kalau kami nak expose dekat media pasal tempat shooting. Nak jaga privasi konon," cebik Yannis.
Robert selalu berpesan kepada mereka pasal privasi pihak hotel. Padahal, Robert lah yang akan muat naik teaser di Instagram peribadinya.
"Habis, tadi tu... Kau cakap fans dia. Takkan lah..."
Berkalih pandang Diya pada Yannis. Lurus jari telunjuk menghala ke arah Yannis yang sedang tersenyum sumbing.
"Jangan cakap kau pun dah jadi fans dia pula," ujar Diya seakan-akan memberi amaran kepada Yannis.
Yannis dengan selamba mencicip Cappuccino yang masih berasap nipis. Kening dijongket sebelah.
"Kau rasa?" umpan Yannis.
Diya tepuk dahi dengan telapak tangan sendiri. Ya Allah, sejak bila Yannis pandai menggeletis ni?!
--------
HAYYAN matikan penggera yang ditetapkan di dalam telefon. Dicelik sedikit mata dia untuk melihat jam.
"Cepatnya dah pukul tiga..." Hayyan menguap panjang.
Telefon yang tadi dilihat ditelekup semula ke atas tilam. Dengan malas, Hayyan bangun untuk membersihkan diri.
"Nasib baik aku dah solat Zohor tadi. Kalau tak, memang terlepas lah jawabnya!" omel Hayyan di hadapan cermin.
Sambil menyisir rambut dengan jari, Hayyan tilik muka sendiri. Panjang sudah jambang dia. Terus diambil shaver dari dalam laci di rak singki.
Sedang Hayyan mencukur jambang yang tumbuh di bahagian jawline, nyaring telefon dia berbunyi minta diangkat.
"Hello, mummy?" tegur Hayyan. Butang pembesar suara dibuka.
"Apa hello-hello? Kamu ingat kamu tu mat saleh ke nak ber-hello bagai," sembur Datin Jasmine.
Hayyan tayang muka toya walaupun Datin Jasmine tak nampak.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, mummyku sayang." Penuh harakat Hayyan memberi salam.
"Ha, kan sejuk perut mummy mengandung kalau kamu beri salam dari tadi." Datin Jasmine memuji usai menjawab salam.
"Kenapa mummy telefon Hayyan ni? Selalunya Hayyan yang kena telefon mummy ada lah."
Hayyan buka pili air untuk membasuh bahagian jawline yang dah licin tanpa sebarang bulu. Dengan telefon yang dibiarkan di tepi singki, Hayyan simpan semula mesin cukur di dalam laci.
"Minggu depan Hayyan ada fly pergi mana-mana ke?" tanya Datin Jasmine. Kalendar kecil di tangan dibelek.
Bercantum kening Hayyan mendengar soalan daripada Datin Jasmine. Datin Jasmine tak pernah kisah pasal jadual penerbangan dia. Yang Datin Jasmine kisah, bila Hayyan nak resign daripada kerjaya dia sebagai seorang juruterbang.
"Ada. Hayyan kena fly pergi China. Kenapa mummy tanya?"
"Ada satu rancangan televisyen nak datang hotel kita next week. Mereka nak iklankan The Grand Vista dalam rancangan Resort Untuk Rehat." Datin Jasmine mula berkias.
"Mummy nak cakap apa sebenarnya ni? Hayyan ada flight pukul sembilan nanti," potong Hayyan.
Jam ditilik. Dah hampir pukul empat tapi Datin Jasmine masih nak berkias-kias.
"Mummy nak Hayyan jadi wakil The Grand Vista untuk rancangan tu nanti. Lagipun, ramai orang kenal Hayyan sebagai pewaris sulung Vista Group," tutur Datin Jasmine lebih kepada memberi arahan.
Hayyan hela nafas berat. Dia dah agak, pasti Datin Jasmine ada perkara yang Datin Jasmine nak dia lakukan.
Resort Untuk Rehat? Tipu lah kalau Hayyan cakap Hayyan langsung tak tahu pasal rancangan yang sering menjadi bualan rakan sejawatnya tu. Semuanya sebab pengacara hijabista yang konon "cantik".
"Kan Hayyan dah beritahu mummy... Hayyan ada flight ke China minggu depan. Mummy minta daddy je lah yang jadi wakil."
Hayyan berjeda. Diambil nafas sekejap sebelum dia cepat-cepat bersuara.
"Okey mummy, got to go. Nanti Hayyan telefon mummy lagi."
--------
"PANJANG mengeluh nampak."
Datin Jasmine menoleh. Tersenyum dia kepada Dato Mikhael yang baru turun dari tingkat atas.
"Anak abang tu lah... Kalau pasal hotel, laju je dia nak letak telefon. Geram saya dibuatnya." Datin Jasmine luahkan rasa sebal di hati.
Dah lama dia mahukan Hayyan untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan hotel. Tapi, anaknya itu terlampau 'takjub' dengan dunia penerbangan.
"Hayyan?" Sepatah Dato Mikhael menyoal.
"Siapa lagi kalau bukan Hayyan, bang. Dia je yang sibuk-sibuk nak jadi pilot, padahal kita ni dari dulu lagi dah suruh dia ambil business course lepas SPM."
Bukan Datin Jasmine tak suka dengan kerjaya Hayyan yang sekarang ni, cuma dia pelik.
Kenapa Hayyan sibuk-sibuk nak penatkan diri dengan terbang ke sana sini sedangkan dia dan Dato Mikhael dah bersusah-payah membangunkan The Grand Vista untuk Hayyan dan Hanis, anak perempuan mereka.
"Sabarlah, Min. Kita sebagai parents kena sokong apa Hayyan buat. Tu pilihan dia, dan kita kena hormat pilihan Hayyan," pujuk Dato Mikhael.
Dilabuhkan duduk di sebelah kanan Datin Jasmine. Bila Datin Jasmine melentok kepala ke bahu, tangan Dato Mikhael naik membelai rambut panjang mengurai si isteri.
"Saya rasa, Hayyan tu kena kahwin dulu baru dia nak berhenti jadi pilot. Bukan apa, bila dia dah kahwin nanti, mana tahan dia nak berjauhan dengan isteri. Isteri dan anak dia jelah yang boleh pujuk Hayyan untuk uruskan hotel kita tu," ujar Datin Jasmine tiba-tiba.
"Dah, kita doa yang baik-baik untuk Hayyan. Lagipun, kita kan ada Hanis. Hanis pun dah pandai nak tolong abang uruskan hotel sekarang," pujuk Dato Mikhael lagi.
Terpaksa juga Datin Jasmine jatuhkan kepala. Dalam dia, dia berdoa supaya penerbangan Hayyan malam nanti baik-baik saja.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro