Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❣ Bab 21

"WAH, untunglah ada orang teman!"

Sampai saja di depan pintu banquet, Hayyan dan Yannis terserempak dengan Naufal.

"Hmm tulah, kesian kau tak ada orang teman." Dengan muka tak berperasaan, Hayyan membalas.

Naufal tumbuk perlahan bahu Hayyan. "Cis, kau! Main kasar eh?"

Hayyan menjungkit dua bahu, membawa maksud "Well..."

Diatur langkah untuk masuk ke dalam dewan banquet. Dapat Hayyan dengar dengan jelas perbualan antara Yannis dan Naufal yang sedang berbual di belakang.

"Saya Naufal, kawan Hayyan. Cik-"

"Yannis. Panggil saya Yannis je," potong Yannis. Janggal pula Yannis rasa apabila Naufal bercik-cik dengan dia.

"Oh, okey! Yannis ni buah hati Hayyan ke?" Tak berselindung, terus Naufal bertanya.

Yannis garu kening dengan hujung jari. Eh, mamat ni! Kata kawan Hayyan. Tak kan lah Hayyan tak beritahu, kot.

"Tunang?" Teragak-agak Yannis menjawab. Lantaklah kalau Hayyan nak marah pun. Dah memang itu kenyataannya.

Terbuka sedikit mulut Naufal. Terkejut.

"Eh! Bila bertunangnya?"

"Minggu lepas. Kecil-kecilan aje majlisnya."

"Oh, baru lagi! Hayyan tak-"

Mati ayat Naufal apabila Hayyan menyampuk. Ceit, jealous lah tu si Hayyan ni!

"Woi, Naufal! Dah-dah lah tu jadi private investigator aku."

-----

TAK sudah-sudah mata Naufal mengerling Hayyan. Puas dipendam rasa ingin tahu dia sejak berbual dengan Yannis tadi.

Dan sekarang, apabila Yannis bangun untuk mengambil makanan, Naufal rasa inilah masa yang tepat untuk menyoal Hayyan.

"Kau tak cakap pun kau dah bertunang," sebal Naufal.

Kalau seminggu lepas Hayyan bertunang, Hayyan ada lebih kurang lima hari untuk beritahu dia.

Dalam masa lima hari tu juga, dia dan Hayyan ada melepak bersama. Tapi, tak pernah sekali pun Hayyan suarakan kepada dia.

"Orang cakap, benda belum pasti ni elok dirahsiakan dulu."

Jawapan Hayyan buatkan Naufal berdecit.

"Benda tak pasti kau kata?"

Hayyan sekadar menjungkit kening dengan bahu yang terangkat.

"Benda tak pasti apanya kalau sampai bertunang. Kau ni kan, benda macam ni bukannya boleh buat main!"

Naufal tak berpuas hati. Senang betul Hayyan pandang remeh dengan perkara-perkara begini.

"Perempuan tu yang start game ni dulu." Hayyan bela diri sendiri.

Salah dia ke bila Yannis yang buat main hal tunang ni? Salah dia ke kalau Yannis yang jadikan pertunangan ni sebagai satu deal antara mereka berdua.

"Game? Game apa kau cakap ni? Aku tak faham."

Nafas ditarik dalam-dalam. Mujur juga meja mereka ini cuma ada dia dan Naufal je sekarang.

"Perempuan tu-"

"Perempuan tu, perempuan tu... Sedap-sedap parents Yannis tu carikan nama untuk dia, kau pula senang-senang je panggil dia 'perempuan tu.' Aku tahu kau tak suka dia, tapi cubalah hormat dia sikit. Dia pun ada maruah juga, Hayyan."

Berdesing telinga Naufal dengar Hayyan panggil Yannis dengan panggilan yang maacam tu. Hayyan layan Yannis seolah-olah Yannis tu satu gurauan untuk Hayyan.

"Y- Yannis tu, dia yang mulakan deal bodoh ni. Tak sampai sebulan aku dan dia berkenalan, Yannis ajak aku bertunang. Lepas dua bulan bertunang, kalau aku tak jatuh cinta pada dia, aku boleh putuskan pertunangan kami ni," cerita Hayyan. Sesekali disuap laksa Penang yang diambil tadi.

"Dah tu, kau pun setuju lah?"

Separa menyindir Naufal menyoal. Bila Hayyan mengangguk, terus ditolak tepi kepala Hayyan.

"Apa biul lah kau ni, Yan? Kau ingat perempuan ni barang mainan ke? Bila kau tak nak, kau campak dia. Bila kau nak, kau bersungguh-sungguh nak dapatkan dia."

Andai saja dia boleh cekik Hayyan, pasti Naufal dah buat. Tapi memandangkan sekarang mereka sedang meraikan hari bahagia Edirul Fahmi, Naufal matikan niatnya.

Hayyan mengeluh.

"Aku pun tak nak layan Yannis tu macam tu. Selama ni pun, mana pernah aku bagi Yannis tu harapan. Dia yang cabar aku dulu. Kau tahu lah aku ni macam mana kan..., aku ni pantang dicabar, Fal."

Menggeleng Naufal dengan jawapan Hayyan. "Ego. Kau tu ego sebenarnya."

Cakaplah apa Naufal nak cakap, Hayyan dah malas nak bertekak. Apapun yang dia cerita, Naufal pasti akan nampak salah dia juga.

"Dah sebulan lebih kau kenal dengan Yannis tu. Tak kan tak bergetar langsung tulang rusuk kau tu?"

Hayyan gelak sinis. "Bergetar tulang rusuk? Hmm, rusuk aku ni bercantum-cantum antara satu sama lain. Kalau satu je tulang yang bergetar, reputlah yang lain."

Sinisan Hayyan, Naufal balas dengan jelingan. "Ego! Kau tu ego, Yan."

-----

"KENALKAN isteri aku, Adreanne Humaira."

Berpaling Hayyan, Yannis dan Naufal yang sedang rancak berbual.

"Oh, wow! Cantik! Patut kau tak menyempat sangat nak kahwin," puji Hayyan.

Yannis kerling Hayyan di sebelah. Oh, berfungsi juga mata Hayyan ni rupa-rupanya! Ingatkan Hayyan tak pandai nak puji kecantikan perempuan.

"Eh, mestilah! Nanti kena sambar putih mata aku, Yan."

Hayyan mencebik. "Bukan kau dah lama ke nak Adreanne ni jadi isteri kau? Dari dulu sampai sekarang, gelojoh tak habis."

Yannis sekadar memerhati pertengkaran kecil yang berlaku antara Hayyan dan lelaki yang segak dalam persalinan suit.

"Tahniah do, Edy! Tak sangka sampai juga jodoh kau," ucap Hayyan ikhlas.

Oh, nama lelaki tu Edy ke! Punyalah lama Hayyan dan lelaki yang dipanggil Edy itu bersembang, baru sekarang Yannis tahu nama si pengantin lelaki.

"Terima kasih, Yan. Tu... Jodoh kau pun aku nampak dah sampai tu."

Yannis nampak bibir Edirul Fahmi memuncung ke arah dia. Bila Hayyan menoleh, Yannis tayang sengih. Berbunganya hati dia ni sebab Edirul Fahmi kata dia ni jodoh Hayyan.

"Hesy, tak naklah aku dengan minah ni! Ni bukan jodoh, ni minah gedik namanya."

Memuncung mulut Yannis. Dia tahu, Hayyan memang anti sangat dengan dia. Tapi, tak boleh ke Hayyan cover sikit?

"Kau macamlah tak kenal si Hayyan ni, Edy. Dia ni kan hati batu. Kau letak perempuan cantik macam Queen Elizabeth pun belum tentu cair hati dia tu."

Hah, bagus betul si Naufal ni. Yannis rasa dia perlu berterima kasih kepada Naufal sebab kutuk Hayyan.

"Haa, betul tu! Kawan korang dua ni bukan setakat hati batu, mulut pun berapi. Agaknya kecil-kecil dulu dia suka telan cili api kot. Itu yang pedas je kata-kata dia tu!" sokong Yannis.

Alang-alang Naufal dah menyimbah minyak ke api, eloklah dia marakkan terus api yang menyala dalam diri Hayyan.

Tapi kalau dah namanya Hayyan Iskandar, api yang marak pun boleh jadi dingin. Selamba je Hayyan buat tak dengar dengan kutukan dia walaupun teruk juga Hayyan kena gelak dengan Edirul Fahmi dan Naufal.

"Awak ni nama apa?"

Yannis pandang Adreanne. Dihulur tangan sebagai tanda perkenalan.

"Saya Yannis. Yannis Mikayla."

Berkerut dahi Yannis apabila wajah Adreanne tampak sangat terkejut. Pelik. Kenapa Adreanne nampak terkejut sangat bila dia sebut nama dia?

"Yannis Mikayla?! Bukan kak Yannis ni pengacara terkenal tu ke?"

Lah... Patutlah terkejut sangat si Adreanne ni! Adreanne kenal dia rupa-rupanya.

"Err, tak adalah terkenal sangat. Biasa-biasa je." Yannis merendah diri. Segan pula bila reaksi Adreanne seolah-olah dia ni Taylor Swift.

"Humaira kenal Yannis ke?" tanya Edirul Fahmi pelik.

"Mestilah kenal! Bukan saya je kenal, satu Malaysia kenal kak Yannis ni. Dia ni pengacara popular dekat tv," cerita Adreanne tanpa segan-silu.

Bertambah-tambah segan Yannis jadinya. Dia tak adalah hebat seperti yang diceritakan Adreanne.

"Nama awak siapa?" soal Yannis.

Memang Edirul Fahmi dah kenalkan Adreanne kepada mereka, tapi Yannis mahukan perkenalan yang lebih formal.

"Adreanne, kak. Panggil Ad je."

"Ad umur berapa? Nampak muda lagi akak tengok."

"22 tahun, kak. Sekarang tengah intern."

"Wah! Lepastu terus habis belajar ke?" teruja Yannis bertanya.

Adreanne angguk.

"Lepas ni aku tunggu anak buah yang comel-comel dari korang berdua," usik Naufal sekaligus membuatkan Edirul Fahmi dan Adreanne berbalas pandang.

Yannis kulum senyum. Dah jadi adat agaknya orang sebut pasal anak bila datang ke kenduri kahwin.

"Aku on je. Cukup sembilan bulan sepuluh hari, lahirlah Edirul's junior. Tapi nanti-nantilah. Aku belum puas nak dating-dating dengan Humaira lagi."

Amboi, selamba betul Edirul Fahmi jawab soalan Naufal! Yannis kerling Adreanne di sebelah Edirul Fahmi.

Adreanne cuma diam tak menjawab. Mungkin Adreanne tak selesa apabila soal anak dibangkitkan, Yannis buat telahan sendiri.

"Weh Edy, habis malu wife kau tu! Tak senonoh punya suami."

Dari memandang Adreanne, berkalih pandangan Yannis pada Hayyan. Eh, nampak pula Hayyan yang Adreanne tu tengah tahan malu!

"Bukan aku yang start dulu. Naufal ni hah yang mulakan. Aku jawab je. Lagipun, aku dah serahkan soal anak ni dekat Humaira. Kan Humaira, kan?"

Melebar senyuman Yannis dengan ayat terakhir Edirul Fahmi. Bagusnya Edirul Fahmi ni.

Biasanya, lelaki yang lebih dominant bila soal anak dibangkitkan. Tapi, cara Edirul Fahmi berfikir buatkan Yannis rasa kagum.

"Aduh, Humaira! Sakitlah! Apa cubit-cubit ni?"

"Gatal!" balas Adreanne geram.

Geli hati Yannis dengan telatah Adreanne dan Edirul Fahmi. Bila Hayyan gelak, Yannis terkedu. First time dia nampak Hayyan gelak selama lebih sebulan dia kenal dengan Hayyan.

------

"YANNIS Mikayla?"

Erk, siapa pula yang tegur dia dekat majlis resepsi kawan Hayyan ni? Tak berfikir panjang, Yannis berpusing ke belakang.

"Betul kan you ni Yannis Mikayla? Pengacara yang famous tu, kan?"

Teragak-agak Yannis angguk. "Awak siapa ya?"

Hesy, lelaki mana yang tegur dia ni? Kalau dilihat dari raut wajah lelaki itu, Yannis yakin yang dia memang tak kenal langsung dengan si empunya suara.

"I'm Dani, your fan. Tak sia-sia I teman my mum untuk datang majlis ni."

Yannis cuma senyum nipis. Bila Dani hulurkan tangan, Yannis letak tangan kanan pada bahu kiri sebagai balasan.

"Oh...! Hai, Dany!"

Tangan yang dihulur, dibawa untuk menggosok belakang leher. Alamak, malunya!

"Can we take a photo?" Dani buat permintaan. Aplikasi kamera yang dah dibuka, ditunjukkan kepada Yannis.

"Okey."

Yannis cuma senyum. Bila tangan Dani mula merayap di belakang pinggang Yannis, Yannis tepis kasar.

"But, no touching!" jeling Yannis.

Gatal betul makhluk nama Dani ni. Hayyan ni pun satu, pergi tandas ke buat tandas? Tak pasal-pasal dia kena hadap si Dani ulat bulu ni.

"Oh, my bad! I minta maaf, okey?"

Dani angkat kedua belah tangan separas bahu. Garang betul Yannis Mikayla ni. Ingatkan Yannis sama je dengan artis-artis yang dia jumpa sebelum ni.

Maklumlah, ada je artis yang bertudung litup tapi boleh pegang-pegang lelaki macam biasa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro