❣ Bab 19
"APA khabar bakal menantu Vista Group?"
Sambil mencedok nasi goreng yang sudah siap dimasak, Diya menegur. Yannis yang sedang berdiri di sisi cuma dikerling dengan ekor mata.
"Belum tentu lagi aku ni jadi bakal menantu Vista Group. Kedepan-kedepan kita tak tahu lagi macam mana," balas Yannis.
Dipejam mata untuk menikmati aroma nasi goreng kampung yang dimasak oleh Diya. Tak dapat dinafikan, Diya memang pandai masak. Sejak mereka duduk serumah, Diya lah yang menjadi tukang masak tak berbayar untuk dia.
"Sedapnya kau masak, Diya. Patutnya kau yang kahwin dulu tau," sambung Yannis.
Diya tergelak. Jarang-jarang Yannis puji dia macam ni.
"Kalau macam tu, kau pass Hayyan dekat aku lah."
Tangan Yannis naik bercekak di pinggang. Amboi, Diya ni! Dia baru puji Diya sikit, Diya dah besar kepala.
"Ewah, ewah... Sedap mulut kau je nak pass-pass. Aku ni pun belum tentu lagi dia pandang, apatah lagi kau."
Diya tarik kerusi ke belakang. Tempat bertentangan dengan Yannis diambil.
"Hmm, betul cakap kau!"
"Betul apa?" Tenggelam timbul suara Yannis dengan nasi yang penuh di mulut.
Diya tampar belakang tangan Yannis.
"Hesy, tak senonoh lah kau ni! Cuba kunyah bagi habis dulu baru bercakap"
Hee... Yannis tayang sengih. "Aku tak sengaja."
Nasi goreng yang berbaki dalam mulut Yannis kunyah sehingga lumat. Dihirup sedikit teh panas yang masih berasap nipis.
"Maksud ayat kau tadi tu... apa yang betul?" tanya Yannis usai habis mengunyah.
Terngadah tangan Diya nak menyuap nasi ke mulut. Diya panggung muka untuk melihat Yannis.
"Betul lah apa kau cakap tu... aku tak rasa Hayyan tu pandang aku," jawab Diya.
Yannis tayang senyum bangga. Ini Yannis lah. Ikan di laut pun dia tahu jantan dan betina. Apatah sangat lah si Hayyan berhati beku tu.
"Hah, nasib baik kau sedar diri!"
"Sebab aku rasa Hayyan tu jatuh cinta pada kau."
Uhuk! Uhuk! Terasa kelat nasi yang ditelan oleh Yannis.
"Yang ni aku tak setuju," bangkang Yannis. Mencuka muka dia.
Diya tolak dagu ke depan, seolah mencabar Yannis untuk keluarkan buah fikiran.
"Apasal pula kau tak setuju? Hayyan tu luar je nampak beku macam batu. Entah-entah dalam hati tu pelbagai jenis bunga ada."
"Ya, ya je pelbagai jenis bunga ada. Tiba-tiba ada bunga tahi ayam je dalam hati dia tu. Hah, mana kau tahu, kan?"
Terlepas ketawa Yannis bila dia perasan yang Diya pandang dia tak puas hati. Pincing mata Diya memandang Yannis.
"Dengan Hayyan pun kau buat loyar buruk macam ni juga ke?"
Yannis kerut dahi sekejap. Kemudian, ditolak kepala ke kiri dan kanan. Nasi di dalam pinggan dikuis dengan sudu.
"Dengan dia, aku romantik tau. Dia je yang macam tak ada perasaan."
"Romantik lah sangat. Entah-entah ulat bulu kau tu dah panjat sampai belakang tengkuk dah. Tu yang memanjang gatal," perli Diya.
Tengok cara Yannis layan Hayyan semasa majlis pertunangan dulu pun dia dah boleh agak siapa yang gatal dengan siapa.
"Dengan Hayyan tu aku susah sikit nak kawal diri aku ni. Gedik aku ni macam auto connect bila aku jumpa Hayyan."
"Ceit, auto connect konon."
Bukan Diya tak tahu, Yannis ni kalau berani, berani sangat. Lepas tu mulalah nak auta dia.
--------
SATU per satu mesej yang dulu pernah buatkan tidurnya tak lena, mandinya tak basah dibaca. Sesekali bibir mengukir senyum.
Betapa dia rindukan Yannis Tuhan sajalah yang tahu. Betapa satu ketika dulu dia pernah mempersiakan seorang wanita yang tulus mencintainya.
Hati Taufiq mengadu rindu. Alangkah indahnya kalau kejadian sembilan tahun lepas tak pernah terjadi.
"Kayla, I miss you so much..."
Siapa sangka, seorang wanita yang pernah diherdikya dulu dah berjaya menempah nama dalam industri seni. Ke mana dia pergi, semua rakannya pasti akan memuji kecantikan Yannis.
"Macam mana saya nak buat awak kembali pada saya, Kayla? Saya rindukan awak. Saya rindukan kita yang dulu," keluh Taufiq.
Taufiq rasa dia sudah tak mampu nak membaca setiap mesej yang pernah dia dan Yannis bualkan. Username Instagram Yannis dicari.
Kelihatan gambar profil Yannis dikelilingi bulatan berwarna oren dan ungu, menandakan Yannis baru saja post satu story di Instagram.
yannismikayla - Next resort? 🎬
Ada lapisan halus terbentuk di dahi Taufiq. Gambar yang dimuatnaik oleh Yannis tampak sangat familiar. Mujur juga waktu itu notifikasi dari group Telegram bagi peminat-peminat Yannis timbul di skrin.
011-565X XXXX - Korang, dah tengok ke story yang kak Yannis baru post?
012-345 XXXX - Dah, weh 👀
010-678 XXXX - Cantik sangat view dekat situ. Ada sesiapa tahu ke resort mana yang diorang shoot hari ni?
012-345 XXXX - I rasa macam dekat Saujana Resort. Last year I pergi dengan my family, memang ada tempat yang sama macam Yannis post tu.
Taufiq buat carian di laman sesawang Google. Dilihat satu per satu gambar berkaitan Saujana Resort yang dimuatnaik di internet.
Tepat sekali apa yang salah seorang peminat Yannis beritahu. Resort yang menjadi tempat pengambaran Yannis kali ini ialah Saujana Resort.
Buku lima digenggam dan dilayang ke udara. "Yes!"
Akhirnya, dapat juga dia tahu nama resort yang menjadi tempat pengambaran Yannis kali ini.
Biasanya Yannis cukup berhati-hati dalam membuat hantaran di Instagram, terutama sekali hal-hal yang melibatkan tempat shooting. Tapi kali ini, Taufiq tak pasti apa punca utama yang mendorong Yannis untuk membuat hantaran begitu.
"You dah kenapa? Ada game bola sepak ke semalam?"
Soalan yang tiba-tiba diajukan oleh salah seorang penyambut tetamu di The Grand Vista buatkan Taufiq garu belakang leher.
"Eh, tak! I dapat benda yang lebih 'besar' dari menang game," kias Taufiq.
Wajah pelik yang ditayang oleh Rita, si penyambut tetamu dibuat tak endah. Lantaklah Rita nak rasa dia weird sekalipun. Yang penting, tuah ayam nampak di kaki. Tuah dia hari ni, tak ada siapa yang tahu.
----------
"CUT!"
Dengar saja isyarat bahawa pengambaran, atau take telah selesai daripada Robert, Yannis hela nafas lega.
Sampai saja di Saujana Resort tadi, terus mereka bersiap sedia untuk membuat pengambaran.
Kata Robert, cepat selesai pengambaran mereka, cepatlah mereka dapat rehat. Dan disebabkan itu juga, semua kru produksi memberikan fokus penuh untuk menjayakan shooting hari ini.
"Cantik resort yang you pilih kali ni, Robert." Yannis memuji sebaik saja dia menghampiri Robert.
"Amboi, you nak cakap resort yang I pilih sebelum ni semua buruk ke!"
Sambil menghulur buku skrip untuk pengambaran seterusnya, Robert memerli.
"Eh, mana ada!" Yannis awangkan sebelah tangan ke udara.
"Maksud I, resort yang you pilih kali ni agak lain dengan resort-,resort yang kita pernah shooting sebelum ni. Before this kan tema resort yang you pilih jenis luxury. Resort kali ni pula lebih sesuai untuk orang yang nak healing dan berbulan madu," jelas Yannis.
Melingas mata Robert memerhatikan babak terakhir yang dimainkan semula oleh Andy, si assistant director.
"I saja cuba resort yang orang awam boleh datang bersantai. Kalau luxury hotel, mungkin susah sikit mereka nak datang memandangkan rate yang agak tinggi. Kali ni, I nak recommend resort yang tawarkan rate mampu milik pula."
Yannis angguk. Ada juga dia terbaca komen netizen tentang resort-resort yang mereka cadangkan.
Walaupun ada segelintir yang memuji, namun ada juga sebahagian yang mengkritik pihak penerbit kerana mencadangkan resort yang menawarkan rate yang tinggi.
"I rasa mungkin kita kena balance antara luxury resort dan resort yang mampu milik." Yannis kemukakan cadangan.
Tak perlu berbalah, Robert terus bersetuju. "Tu lah... I pun rasa benda yang sama juga."
"Okeylah, Robert. Kak Mel dah tunggu I tu."
Yannis tunjuk ke arah kak Mel yang sedang melambai ke arah dia dan Robert. Robert sekadar tunjukkan thumbs up sebagai balasan.
----------
Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut kulit pipi Yannis. Nyamannya udara di sini buatkan kepala Yannis terasa ringan.
"Kak Mel, jom kita pergi situ nak tak?"
Lurus jari telunjuk Yannis menunjukkan ke arah buaian berbentuk love yang diperbuat daripada rumput-runput kering. Sekali pandang, teksturnya tampak sangat mirip dengan kayu yang digunakan untuk membuat sarang tempua.
"Jom!" ajak kak Mel.
Sampai saja di depan buaian, Yannis suakan telefon kepada kak Mel. Kak Mel tayang muka redha. Dah biasa sangat dengan sikap suka ootd Yannis.
"Nak suruh akak tangkap gambarlah tu," decit kak Mel. Disambut juga telefon milik Yannis.
Yannis menyengih. "Nak bagi kat buah hati, kak."
"Dah, kau pergi posing cepat."
Dalam keadaan duduk, Yannis silang kaki. Jari dibentuk peace dan ditolak dua jari tersebut ke depan.
Apabila sudah puas menangkap gambar dalam pelbagai gaya, Yannis menghampiri kak Mel. Didorong badan kak Mel dan ditekan bahu kak Mel supaya kak Mel duduk di atas buaian tersebut.
"Turn akak pula posing. Bolehlah send dekat abang Man nanti," usik Yannis.
"Abang Man kau tu akak tak payah send gambar pun dia dah terpacak dekat sini malam nanti. Kau tak percaya, kau tengoklah..."
Dalam merungut, kak Mel ambil juga gambar sebagai kenang-kenangan.
Yannis ketawa lucu. Abang Man tu suami kak Mel. Walaupun kak Mel sedang sarat mengandung, kasih sayang abang Man pada kak Mel tak pernah berkurang.
Yannis ingat lagi, tiga bulan lepas... Abang Man datang mengejut ke salah sebuah resort yang menjadi tempat pengambaran mereka.
Waktu itu, kak Mel merajuk gara-gara abang Man tak benarkan kak Mel makan maggi. Dan disebabkan itu, pukul tiga pagi abang Man dah terpacak di depan pintu bilik kak Mel sebab kak Mel langsung tak jawab panggilan telefon daripada abang Man.
"Petang nanti akak dan yang lain nak pergi air terjun. Yannis nak ikut tak?" tanya kak Mel. Waktu itu, mereka dalam perjalanan untuk pulang ke bilik masing-masing.
"Boleh juga, kak. Pukul berapa tu akak nak pergi sana?"
"Lepas Asar. Dalam pukul lima ke, kita berkumpul dekat lobi hotel dulu."
----------
SEPERTI yang dijanjikan, petang itu mereka berkumpul di lobi resort. Ralit Yannis berbalas mesej dengan Hayyan walaupun cuma sepatah-sepatah yang dibalas.
YANNIS
Anak kuda anak biawak,
Hai, awak!
Yannis ketawa geli hati. Confirm Hayyan mendengus geram lepas tu telinga Hayyan merah-merah sekarang ni.
HAYYAN
Anak biawak dah mampus.
Bila ketawa terletus, Yannis tutup mulut dengan belakang tangan.
YANNIS
Anak kucing anak biawak,
Ada saya, ada lah awak.
HAYYAN
Stop it, Yannis.
YANNIS
Telinga Hayyan tengah merah,
Tacood ah Hayyan dah marah!
HAYYAN
I SAID STOP IT, YANNIS MIKAYLA!
STOP IT!!!
Mengekek Yannis ketawa. Boleh dia bayangkan betapa bengangnya muka Hayyan tika ini.
Dengar saja bunyi orang berdehem, Yannis pusing kepala ke belakang. Kelihatan Alif, kak Mel dan Andy sedang tersenyum mengusik kepada dia.
"S.M.S.," ujar Alif tiba-tiba.
Yannis bingung. "S.M.S.?"
"Semakin merasa single." Alif tayang muka menyampah.
Membahang muka Yannis. Malu bukan kepalang dia jadinya bila kantoi dengan kru-kru produksi yang lain.
"Jom, jom. Kita pergi air terjun. Nanti lambat, Alif merajuk pula."
Menonong Yannis jalan meninggalkan Alif dan yang lain. Dapat dia dengar dengan jelas betapa kuatnya mereka ketawakan dia.
"Acece malulah tu," usik kak Mel.
Dicucuk-cucuk pinggang Yannis apabila dia berjaya menyaingi langkah Yannis. Meliuk-lentok badan Yannis, menahan rasa geli.
"Hesy! Yannis gelilah, kak Mel."
"Tak apa, eloklah tu geli-geli sekarang. Nanti dah kahwin, kau miang-miang pula," bisik kak Mel selamba.
Yannis rasa bulu roma dia mula berdiri tegak. Aiseh! Kak Mel dah tahu ke yang dia dah bertunang? Seingat Yannis, belum pernah lagi dia khabarkan berita pertunangan dia dan Hayyan kepada sesiapa.
"Muka kau tu tak payahlah terkejut sangat. Tu cincin dekat jari kau tu..."
Kak Mel juih bibir ke arah cincin bertatahkan berlian di jari manis Yannis.
"... Tengok cincin pun akak tahu tu cincin tunang," sambung kak Mel.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro