Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❣ Bab 14

"AKU rasa kau kena confess dekat Taufiq tu."

Tak berkerdip mata Yannis tatkala mendengar cadangan daripada Sofea. Confess? Hesy, dia malu lah!

"Hesy, tak nak lah aku!" bantah Yannis keras.

"Kenapa kau tak nak? Kau suka dia, kan?" tebak Sofea.

Yannis diam. Lama. Dia suka Taufiq? Macam tak, sebab dia dan Taufiq dah janji untuk kekal sebagai kawan biasa.

"Suka, tapi cuma sebagai kawan. Tak lebih dan tak kurang," jawab Yannis, penuh berhati-hati.

Kening Sofea bercantum. Suka tapi sebagai kawan? Macam pelik je bunyi ayat Yannis tu...

"Kau... cintakan dia?" Sofea cuba mencari jawapan untuk masalah Yannis.

Sama seperti tadi, lama Yannis terdiam. Cinta? Tak pernah terlintas dalam fikiran dia untuk cintakan Taufiq.

"Aku tak cintakan Taufiq."

Ya, Yannis rasa itulah jawapan yang paling tepat untuk soalan Sofea.

"Kau sayang Taufiq?" Kali ini, Sofea yakin. Jawapan untuk semua soalan dia tadi akan terselit di sini.

Yannis rasa pipinya berbahang. Panas terasa seluruh wajah dia dengan soalan advance Sofea.

"Aku sayang dia, tapi sebagai kawan biasa je. Macam mana aku sayang kau sebagai kawan aku, macam tu juga perasaan sayang aku untuk Taufiq."

Pap! Kuat bunyi tapak tangan Sofea melekap pada lantai. Maklumlah, waktu ini mereka berdua sedang bersila di atas lantai bilik.

"Kayla, aku dah ada jawapan untuk semua soalan kau tu."

Sepotong ayat yang dituturkan oleh Sofea buatkan anak mata Yannis bersinar. Akhirnya... Akhirnya, dapat juga jawapan untuk kekusutan dia selama seminggu ini!

"Apa dia?"

"Kau sebenarnya dah jatuh cinta pada Taufiq tu, tapi kau tak sedar yang kau sebenarnya cintakan dia."

Terkunci rapat ulas bibir Yannis. Dia rasa susah untuk percaya apa yang Sofea katakan.

"Aku tak pernah rasa berdebar dengan dia macam mana aku rasa berdebar bila jumpa crush-crush aku yang lain," balas Yannis.

"Kau suka dia, Kayla. Dalam hati kau tu, kau dah jatuh cinta pada Taufiq sebenarnya. Aku tak pasti sama ada kau cuba tipu diri kau atau apa, tapi aku yakin yang kau memang cintakan Taufiq."

Sofea keluarkan buah fikiran. Kalau Yannis tak cintakan Taufiq, tak mungkin Yannis rasa cemburu dengan kehadiran Mawar dalam hidup Taufiq.

"Tapi, aku dan Taufiq berkawan je. Kami dah janji nak jadi kawan biasa je," hujah Yannis lagi.

Sofea tarik nafas dalam-dalam. Cuba menahan rasa geram yang mungkin terlepas dek kepolosan Yannis.

"Sebab tu aku rasa kau cuba tipu diri kau. Kalau kau anggap Taufiq tu kawan kau je, kau takkan rasa cemburu dengan Mawar tu. Kau patutnya biar je kalau Mawar tu nak luahkan perasaan dia pada Taufiq."

Yannis bermain-main dengan jari-jemari sendiri. Betul cakap Sofea, dia tak sepatutnya halang Mawar daripada meluahkan perasaan kepada Taufiq. Tapi...

"Aku tak rasa cemburu pun dengan Mawar tu. Aku cuma..."

Yannis terdiam. Berkira-kira sama ada perlu atau tak dia luahkan punca sebenar dia kusut.

Bila mana terasa lama masa yang diambil oleh Yannis untuk bersuara, Sofea bertanya.

"Kau cuma?"

"Aku takut, Fea. Aku takut kalau Taufiq lupakan aku bila Mawar jadi teman wanita dia. Bila Taufiq dan Mawar couple, tak mustahil aku dah tak boleh berkawan dengan Taufiq."

Berat Sofea menghela nafas. Dia sendiri dah buntu untuk memikirkan cara supaya Yannis 'nampak' perasaan Yannis yang sebenarnya.

"Kau tak boleh halang Mawar kalau dia tak izinkan Taufiq berkawan dengan kau. Tu hak Mawar sebagai teman wanita Taufiq. Sekalipun bukan Mawar yang jadi teman wanita Taufiq, tak mustahil perempuan lain pun akan halang Taufiq daripada berkawan dengan kau," jelas Sofea.

Yannis tahu, dan dia akui hakikat yang satu itu. Cuma, nak membayangkan Taufiq bersama Mawar... hati dia rasa sakit sangat.

Dia sayangkan Taufiq sebagai kawan. Dan Yannis sayangkan persahabatan antara dia dan Taufiq.

Baru dua bulan mereka berkawan rapat. Yannis mahukan lebih banyak masa untuk dia luangkan bersama Taufiq.

"Pada aku, kau memang dah jatuh cinta pada Taufiq. Tapi tu aku punya pandangan sebagai orang luar. Kau lebih tahu diri kau, Kayla."

Sejurus berkata begitu, Sofea bangun dan berlalu keluar dari bilik. Ditinggalkan Yannis terkulat-kulat dalam fikiran sendiri.

-------

"FEA!"

Berpusing 180 darjah badan Sofea ke belakang. Yannis yang tercungap-cungap seperti baru habiskan maraton lima kilometer itu dipandang pelik.

"Kau kena kejar anjing ke apa?"

Sinisan Sofea dibiarkan ibarat angin lalu. Dari terbongkok menahan cungap, Yannis tegakkan badan di tepi meja belajar Sofea.

"Taufiq... Taufiq..." Berselang cungap, Yannis bersuara.

"Kenapa dengan dia?" Malas-malas Sofea bertanya.

Yannis tarik kerusi dari mejanya ke sisi meja Sofea. Dilabuh duduk dalam keadaan bersandar ke kepala kerusi plastik itu.

"Taufiq confess pada aku," luah Yannis.

Yannis rasa keliru. Entahkan betul, entahkan tidak perasaan Taufiq pada dia. Tapi, teringatkan kata-kata Taufiq beberapa hari ini, buatkan Yannis rasa seperti Taufiq serius.

"Kalau Kayla single pun apa masalahnya. Saya pun single juga. Awak nak saya jadi teman lelaki awak pun saya sanggup."

Itulah ayat Taufiq semasa mereka berada di perpustakaan tadi. Agak pelik juga sebab tak ada angin, tak ada ribut, ayat sebegitu seringkali terbit dari bibir Taufiq.

"Birthday kita sama-sama bulan September. Saya rasa kita macam ada jodoh pula."

Itu pula ayat Taufiq beberapa hari selepas Yannis 'muntahkan' rasa kusut dia pada Sofea.

"Kalau kita keluar dating, mesti orang ingat kita ni abang dan adik, kan? Kayla kan pendek sikit daripada saya. Mesti comel, kan?"

Dan ini ayat Taufiq malam semalam.

"Kau beritahu je lah perasaan sebenar kau dekat dia. Straight to the point kan senang," balas Sofea. Langsung tak berkalih dari menulis nota.

Yannis angguk perlahan. Sofea nampak sibuk. Tak sampai hati pula dia mahu menganggu Sofea.

-----

MALAM itu, Yannis kumpulkan kekuatan untuk meluah perasaan pada Taufiq. Sekadar kiriman mesej yang menjadi perantara antara dia dan Taufiq.

"Saya tak pasti apa perasaan saya pada Taufiq. Tapi, saya takut kehilangan awak." Walaupun sukar, terungkap juga rawan di hati Yannis.

"Saya ada hati pada awak, Kayla. Tapi, saya tak nak kita couple. Kita muda lagi."

Dan itulah balasan Taufiq yang dia dapat pada malam itu. Yannis pula, dengan senang hati terus menerima kata putus daripada Taufiq.

Yannis sayangkan persahabatan mereka. Untuk mengubah status daripada seorang kawan biasa kepada teman istimewa, sangat sukar bagi dia.

Lebih pula, ini kali pertama dia berkawan rapat dengan seseorang yang berlainan jantina. Jadi, dia belum punya kekuatan untuk menghadapi sebarang kebarangkalian yang menyebabkan mereka berdua menjadi renggang.

Kalau ditanya asbab Yannis meluah perasaan, Yannis sendiri tak punya asbab yang kukuh. Apa yang dia yakin, dia takut kehilangan Taufiq.

------

HARI berganti hari. Bulan berganti bulan. Sedar tak sedar, dah tiga bulan berlalu sejak kejadian Yannis confess pada Taufiq.

Ada masa, Yannis rasa dihargai oleh Taufiq. Tapi, ada masa juga, Taufiq biarkan dia dalam kekeliruan. Mix signal yang Taufiq tunjukkan buatkan Yannis semakin keliru dengan perasaan sebenar Taufiq terhadapnya.

Tak mahu kusutkan perasaan sendiri, Yannis minta kepastian daripada Taufiq.

"Kenapa awak macam dah lain sekarang ni?" tegur Yannis semasa dia sedang berbual dengan Taufiq di telefon.

Terhenti tangan Taufiq yang sedang bermain permainan video di dalam telefon. Ya, kadang-kadang, dia akan menjawab panggilan Yannis sambil bermain game di telefon.

"Lain yang macam mana tu maksud awak?" soal Taufiq, sekadar berbasa-basi.

Pada Taufiq, tak ada apapun yang berubah. Dia masih sama seperti biasa.

"Awak macam dah malas nak layan saya sekarang ni. Kadang tu saya mesej awak pun, awak ignore."

Sesak dada Yannis menunggu balasan daripada Taufiq. Kalau dulu, Taufiq yang selalu memulakan perbualan antara mereka.

Sehinggalah satu hari tu, Yannis tiba-tiba rasa bersalah. Rasa seperti dia biarkan Taufiq untuk syok sendiri pula.

Dan disebabkan itu, Yannis putuskan untuk menjadi pemula perbualan antara mereka. Mula-mula Taufiq nampak okey. Tapi, lama-kelamaan Taufiq seperti 'jauh' daripadanya.

Taufiq berdehem sekali. "Perasaan awak je tu, Kayla. Saya masih sama seperti dulu."

Dan Yannis cuma akur. Mungkin betul kata Taufiq, perasaan dia je ni.

-----

KUSUT.

Benar seperti yang ditelah, Taufiq semakin banyak berubah. Taufiq semakin jauh daripada dia. Lebih-lebih lagi sejak perbualan dia dan Taufiq pada hujung minggu lepas.

Pulangnya Yannis ke Kedah kali ini tanpa ditemani oleh Taufiq seperti dulu. Taufiq langsung dah tak mengambil tahu perihal dia.

Bila ditanya, jawapan Taufiq masih sama seperti dulu. Itu cuma perasaan Yannis. Yannis yang terlampau overthinking.

Penat memendam rasa, Yannis perlukan seseorang untuk dia meluah. Didail nombor telefon Sofea dan mereka berbual seperti selalu.

"Kalau aku nak meluah pada kau, kau sudi dengar tak, Fea?" Yannis bersuara setelah lama mereka berbual.

"Kalau kau nak cakap pasal Taufiq, aku dah malas nak dengar dah. Bila aku cakap kau suka dia, kau nafi. Tapi dalam masa yang sama, otak kau tu macam tak boleh kalau tak fikir pasal dia. Aku dah penat dah, Kayla."

"Aku... Aku..."

Yannis hilang kata. Terasa? Ada lah sikit. Jujurnya, dia lebih selesa untuk meluah apa yang terbuku kepada Sofea.

"Bila kau meluah pasal Taufiq begini, kadang tu aku rasa, aku pun terkesan sama. Kadang-kadang aku rasa aku pun dah mula overthinking pasal Taufiq macam kau juga. Padahal Taufiq tu tak ada kaitan apa pun dengan aku," sambung Sofea lagi.

Biarlah hari ini, Sofea pula yang jujur tentang apa yang terbuku di hatinya.

"Kadang-kadang aku rasa, kau ni macam bintik hitam dalam hidup aku. Kau yang risau pasal Taufiq, fikir lebih-lebih pasal Taufiq... Tapi last-last, aku pun terkesan sama. Kau nak fikir pasal dia, nak risau pasal dia, kau rasa lah sorang-sorang. Jangan libatkan orang lain. Jangan libatkan aku."

Makin pedih hati Yannis mendengar. Rupanya hanya dia yang rasa dia perlu ceritakan segalanya kepada Sofea. Tapi, Sofea sebenarnya tak berminat pun nak dengar cerita dia.

"Aku harap kau tak ganggu aku lagi. Aku dah penat nak layan cerita-cerita toksik kau ni. Kau dah pilih Taufiq. Jadi aku anggap, kau dah buang aku sebagai kawan kau."

Hiba. Lebih hiba lagi apabila Sofea terus matikan talian.

---------

"BILA masa pula saya cakap saya sukakan awak, Kayla? Saya tak pernah ada hati pada mana-mana perempuan dekat kampus kita ni. Awak sendiri tahu yang saya masih tak dapat lupakan ex saya."

Bagai jatuh ditimpa tangga. Belum pun cukup 24 jam hati dia meruntun dek ditinggalkan Sofea. Dan sekarang, Taufiq pula seolah-olah mempermainkan hati dan perasaan dia.

"Awak... Awak tipu saya, Taufiq." Sebak Yannis.

Taufiq ketawa kuat. "Tipu? Bila masa pula saya tipu awak ni, Kayla?"

"Awak cakap, awak ada perasaan pada saya. Kenapa awak tipu saya pasal perasaan awak? Saya ni nampak bodoh sangat ke pada awak?" hambur Yannis.

Lendir hingus yang mahu meleleh keluar disedut kembali. Sedaya upaya Yannis tahan empangan airmata yang bakal pecah pada bila-bila masa saja.

"Betul, saya ada cakap yang saya ada perasaan pada awak. Tapi-"

Mati kata Taufiq bila Yannis lebih laju memintas.

"Tapi apa, Taufiq? Awak sendiri yang luahkan perasaan pada saya. Awak bagi hints, sampai saya rasa awak serius dengan saya."

Dada Yannis rasa sesak. Sangat sesak. Buatkan dia terasa mahu pitam.

"Tapi, awak pun salah juga. Awak cakap, awak takut kehilangan saya. Hari-hari awak mengadu pasal masalah overthinking awak tu pada saya. Bila saya cakap saya tak ada hati pada Mawar, awak tak percayakan saya. Apa lagi pilihan yang saya ada, selain daripada confess pada awak?" balas Taufiq. Dikuak kasar rambut yang terjuntai di dahi ke belakang.

"Habis, awak nak salahkan saya lah sekarang ni?! Awak tahu tak, sebabkan ayat awak yang awak cakap awak ada perasaan pada saya tulah yang buatkan saya pujuk hati saya untuk taruh perasaan pada awak juga. Saya tak nak kecewakan awak, Taufiq. Tapi rupa-rupanya, selama ni awak tipu saya hidup-hidup."

Tanpa sedar, oktaf suara Yannis mula naik seoktaf. Terlalu kuat sehinggakan dia dengar Yusuf mengetuk pintu biliknya dari luar.

"Saya memang ada perasaan pada awak, Yannis. Tapi perasaan tu tak lebih daripada kawan. Saya dah beritahu awak masa awal-awal dulu lagi." Taufiq masih cuba berlembut.

"Tipu. Awak tak cakap begitu pun. Awak kata, awak ada perasaan pada saya. Tapi awak tak nak kita couple sebab kononnya kita muda lagi," ungkit Yannis. Kali ini, nada suaranya dah bercampur-baur antara hiba dan dingin.

"Hesy! Kau ni memang nak cari salah aku je, kan?!"

Tersentak Yannis dengan tengkingan Taufiq. Sepanjang lima bulan mereka berkawan rapat, tak pernah sekalipun Taufiq tinggikan suara pada dia.

Taufiq yang dia kenal seorang yang soft spoken. Bukan sejenis yang suka berkasar dengan perempuan begini.

"Hey, perempuan! Kau dengar sini, kau tu psycho kau tahu tak! Aku ni dah muak dah dengan masalah kau yang sikit-sikit nak overthinking tu. Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak terhegeh-hegeh pada kau?!"

Andai saja hati Yannis punya bunyi, pasti dah berdenting bunyi deraian sekeping hatinya. Tak sangka orang yang selama ini disangka tulang belakangnya, rupanya menyimpan rasa muak dalam hati.

"Kau dengar sini, Mikayla. Aku ni dah lama tahan rasa menyampah dengan kau! Dan disebabkan kau beri aku peluang untuk aku jujur dengan kau, hari ni aku beritahu kau. Kau buka telinga kau tu luas-luas. Aku ni rimas tahu tak bila kau tak habis-habis nak call aku, nak meluah pasal masalah overthinking kau tu. Masalah otak kau, kau handle sendiri. Otak kau yang sakit, aku pula yang kena tolong." Kuat suara Taufiq melengking.

Dan Yannis, terus baling telefon ke dinding. Berkecai sekeping badan telefon pintar itu. Tapi, berkecai lagi hati dia saat ini.

Tuhan, aku ingin pulang. Ambillah aku pulang ke pangkuanMu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro