Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❣ Bab 1

"WEH, aku gerak dulu," beritahu Yannis kepada Diya.

Terhenti pergerakan Diya yang sedang menikmati sarapan pagi. Ditoleh ke arah Yannis yang kelam-kabut menyarung kasut tumit tinggi.

"Kau tak nak breakfast dulu ke? Aku dah masakkan bihun goreng Singapore pagi ni," tanya Diya dengan kening terjongket. First try dia buat dah menjadi. Siapa tak seronok, kan.

Tapak tangan sebelah kiri naik sebagai isyarat 'tak.'

"Tak apa, Diya. Aku takut jalan jammed nanti. Kau tahu je lah, KL ni mana pernah tak sesak jalan tu."

Gopoh-gapah tangan Yannis memulas tombol pintu. Entah macam mana dia boleh tertidur lewat pun Yannis tak pasti. Sangka dia, malam masih muda. Sekali tengok jam, jarum pendek dah menginjak ke angka tiga. Menyesal tak sudah dia pagi ni.

"Eh, kejap... Kejap! Ni, aku dah siapkan bekal untuk kau," tahan Diya sambil berjalan mendekati Yannis di muka pintu. Tupperware berwarna merah jambu dihulur kepada Yannis.

Yannis tahan sengih. Alamak, ni mesti Diya terdengar dia 'meroyan' malam tadi!

"Thank you, Diya. Kau memang sahabat sejati dunia akhirat aku," ujar Yannis. Ditepuk-tepuk pipi Diya.

Diya tayang muka malas. Dah lali sangat dengar Yannis puji dia begitu. Lebih-lebih lagi kalau Yannis ada buat salah pada dia.

"Hmm... Hati-hati drive tu. Jangan drive macam pelesit pula! Salah sendiri jangan nak babitkan orang lain," bebel Diya panjang lebar.

Bukan Diya tak tahu, Yannis ni bila dah lewat nak pergi kerja, mulalah otak Yannis nak buat kerja luar alam ni.

Cepat-cepat tangan Yannis naik menekup mulut Diya.

"Okey, jangan membebel! Aku dah lambat ni. Raklu, pape Whatsapp," potong Yannis.

Setelah doa dibaca, Honda City milik Yannis diundur laju. Harap-harap Robert dan kru-kru produksi yang lain belum sampai.

--------

"EH, Yannis! Lambat you sampai hari ni. Terlajak tidur ke tu?" tegur Alif, jurukamera yang ditugaskan untuk merakam wawancara yang bakal diadakan hari ini.

Yannis pejam sekejap matanya. Alif ni pandai betul teka. Menyengih Yannis macam kerang busuk.

"Bukan terlajak tidur, tapi I terlewat bangun sikit je. I dah bangun awal, lepas tu I sambung tidur balik lepas solat Subuh tadi."

Kepala Alif bergerak ke kiri kanan. Yannis ni suka putar belit fakta. Merapu nombor satu.

"Sama lah tu you terlajak tidur dengan you terlewat bangun. Nasib baik Robert belum sampai lagi. Kalau tak, habis lah you kena brainwash pagi-pagi buta macam ni," balas Alif.

Yannis hembus nafas lega. Macam tak cukup tanah dia berjalan tadi. Kalau nak berlari, dia pakai heels. Sudahnya, Yannis hanya mampu berjalan dengan kadar yang laju. Tu pun, dah sakit-sakit tumit kaki dia.

"Okey lah, Alif. I gerak dulu. Nak touch up sikit muka ni. Lepas tu nak baca skrip wawancara kejap lagi. I gerak dulu eh," pamit Yannis.

Alif jatuhkan kepala sekali. Bergerak tangan dia ke depan dan belakang, menghalau Yannis secara sopan.

"Pergi lah... Mel dah tunggu you lama. Semua orang pelik bila you tak sampai lagi. Yalah, selalunya kan you orang paling awal datang set. Matahari belum terpacak dekat dada langit, you dah terpacak dekat set." Alif  berseloroh.

Suka dia melihat wajah Yannis yang putih gebu. Disebabkan wajah Yannis dah cukup sempurna, Mel cuma perlu merias muka Yannis dengan solekan yang nipis. Tak terlalu heavy dan sesuai untuk kulit Yannis.

Yannis geleng kepala. Alif ni hiperbola je lebih.


--------

HAYYAN mengeluh. Kalau bukan sebab jadual penerbangan dia yang tiba-tiba delay, tak adanya dia nak jejak kaki di The Grand Vista ni. Nasib lah hotel milik keluarganya itu berada di tengah-tengah kota raya.

Berkerut dahi Hayyan tatkala mata dia terpandangkan basement yang penuh dengan kereta-kereta dan van yang mempunyai pelekat syarikat penyiaran.

"Oh, ni mesti rancangan Resort apa jadah yang mummy beritahu minggu lepas tu!" gumam Hayyan.

Malas nak ambil tahu dengan apa yang sedang berlaku, Hayyan melangkah keluar dari perut kereta. Langkah diatur ke arah lif. Punat lif bernombor 15 ditekan.

Sambil menunggu dentingan lif, Hayyan keluarkan telefon pintar dari dalam poket seluar. Aplikasi Twitter ditekan. Laju jarinya menari di atas papan kekunci.

"Saturday blues."

Tweet send.

Bunyi dentingan lif buatkan Hayyan panggung kepala sekejap. Sambil mata ralit menyorot jari di dada telefon, Hayyan melangkah masuk ke dalam perut lif.

"Aduh!"

Jeritan halus menyedarkan Hayyan. Diangkat muka daripada memandang skrin telefon. Jatuh rahang Hayyan apabila melihat ada seorang perempuan bertudung dah jatuh terduduk di atas lantai lif.

Hayyan bertinggung betul-betul di hadapan si gadis. Dijenguk sedikit kepala untuk melihat siapa gerangan yang tak sengaja dilanggar.

"Miss?" tegur Hayyan.

Yannis tersentak. Ah, sudah! Dia terlanggar lelaki ke tadi. Dipejam mata seerat yang mungkin sebelum dicelikkan semula.

'Panggilan alam' yang memanggil buatkan Yannis menonong masuk ke dalam lif. Mujur saja shooting hari ni dah habis. Boleh lah dia terus balik selepas tu.

Tapi disebabkan Yannis turun ke lobi hotel tanpa memberitahu sesiapa, tak henti-henti telefon dia berdering minta diangkat. Mungkin kru-kru produksi yang lain risau bila dia tiba-tiba menghilangkan diri.

Dek kegopohan sendiri, Yannis tak sedar akan kehadiran Hayyan di dalam perut lif.  Menonong je dia masuk ke dalam lif.

Bila dahi Yannis berlaga kuat dengan badan tegap Hayyan, hilang keseimbangan badan dia disebabkan oleh kasut tumit tinggi setinggi tujuh inchi yang dipakai hari ini. Jatuh terduduk juga dia akibatnya.


"Oh, maaf! Saya- saya tak perasan ada orang dalam lif. Saya mengaku memang salah saya sebab tak pandang depan semasa berjalan. Lagi sekali, saya betul-betul minta maaf," ucap Yannis berbaur malu.

Siapa tak malu kalau terlanggar badan lelaki, kan? Dah lah terlanggar, dapat pakej jatuh terduduk lagi. Memang malu bertimpa-timpa lah Yannis rasa.

Hayyan cuma diam tanpa suara. Dia sendiri mati akal apabila badannya dilanggar oleh seorang perempuan. Mahu ditolong tapi dia masih tahu halal haram. Sudahnya, dia cuma melihat saja pergerakan Yannis.

Yannis cuba untuk bangun sebelum...

"Aduh!" Kuat Yannis mengaduh. Bukan setakat punggung yang terhenyak saja rasa berdenyut, buku lali dia pun terasa ngilu.

Spontan Hayyan tangan Hayyan menyentuh pergelangan kaki Yannis yang terpelecok. Ditekan sedikit pergelangan kaki itu dengan ibu jari.

"Kaki kau terseliuh ni," tutur Hayyan.

Yannis baru tersedar apabila teguran Hayyan menjengah telinganya. Buntang mata Yannis tatkala melihat ibu jari Hayyan yang melekap elok di pergelangan kaki.

"Don't you dare to touch me!"

Kasar Yannis menepis tangan Hayyan. Hayyan jatuhkan tangan ke sisi. Dipandang Yannis bagai nak telan.

"Eh, kau ni! Siapa yang nak sentuh sangat kaki kau tu? Nanti aku tak tolong kau bising pula," balas Hayyan geram. Tolong salah. Tak tolong lagi lah salah. Banyak pula cekadak Yannis ni.

Dengan berani, Yannis membalas renungan tajam Hayyan.

"Tapi awak boleh tengok je, kan?" balas Yannis pula.

Hayyan merengus. "Kau ingat, aku ni pak nujum ke boleh tilik orang guna mata je?"

"Mata awak kan suka pandang orang macam helang, takkan lah awak tak boleh nak 'scan' je, kot?" Yannis turut melaser.

Hayyan mula naik angin.

"Hesy, suka hati kau lah! Mulut pok pek pok pek macam murai tercabut ekor."

Meluap-luap rasa geram dalam hati Yannis. Dia samakan aku dengan burung murai?!

"Awak tu-"

Bunyi dentingan lif mematikan pergaduhan mereka berdua. Cepat-cepat Hayyan melangkah keluar meninggalkan Yannis seorang diri di dalam lif.

Yannis cuba pasakkan kaki pada lantai. Baru nak berdiri, dia dah jatuh terduduk semula. Kelibat Hayyan yang berada tak berapa jauh dari perut lif dipandang.

"Awak!" panggil Yannis. Terpaksa.

Langkah Hayyan mati. Dia mendengus. Apa lagi yang Yannis nak?

Malas nak berteka-teki, Hayyan berpatah balik ke arah ke arah lif. Ibu jari Hayyan menekan butang "buka" dari luar untuk menahan pintu lif daripada tertutup. Yannis yang sedang berkerut-kerut ke arah dia dipandang.


"Hah, kau nak bebel apa pula kali ni?" sinis Hayyan.

Cemberut muka Yannis. Mamat depan dia ni harap je muka handsome, tapi mulut macam tertelan air loji.

"Saya tak boleh nak berdiri lah," adu Yannis.

"Habis, kau nak aku buat apa? Dukung kau ala-ala puteri kayangan? Bukan kau ke yang beria-ia don't you dare to touch me tadi?" perli Hayyan.

Hayyan baru bercadang nak sambung tidur lepas dapat tahu flight dia delay. Dah tiga hari tidurnya tak cukup gara-gara berpuluh-puluh jam dihabiskan untuk mengendali kapal terbang.

Sampai saja Hayyan di The Grand Vista, habis pula tenaga dia sebab bertekak dengan Yannis. Tergendala rancangan dia untuk tidur puas-puas hari ni.

Yannis mencebik. "Saya tak suruh pun awak dukung saya. Saya nak minta tolong awak bawakan saya ke kereta saya je."

Hayyan menghela nafas kasar. "Kereta kau dekat mana?"

Tak tergamak pula Hayyan nak tinggalkan Yannis seorang diri dalam keadaan kaki Yannis yang terseliuh. Dan, tak mungkin juga Yannis boleh memandu dalam keadaan begini.

"Basement bawah. Parkir B01," jawab Yannis.


"Hmm, jom lah aku bawa kau pergi klinik dulu. Lepas tu, aku hantar kau balik." Hayyan mengalah.

"Eh, tak payah lah! Saya boleh je nak drive sendiri. Susahkan awak pula nak kena hantar-hantar saya," tolak Yannis dengan sopan.


Mencerlung tajam mata Hayyan ke arah Yannis. Degil.

"Miss Mulut Murai, kau cakap apa tadi? Kau boleh drive? Dengan kaki macam ni boleh ke kau nak drive?" tanya Hayyan sinis.

Yakin Yannis mengangguk. Walaupun marah bila Hayyan dengan selamba badak panggil dia Miss Mulut Murai, Yannis pekakkan telinga.

Dalam keadaan sekarang, dia nak cepat sampai rumah. Tak betah rasanya nak hadap Hayyan lama-lama.

"Ya, saya yakin saya boleh drive balik rumah sendiri. Kenapa Encik Kutub Ais tanya?" balas Yannis walaupun pada hakikatnya, dia dah berhajat untuk menghubungi Diya kejap lagi.

Hayyan berdecit. Amboi, Encik Kutub Ais Yannis panggil dia!

"Tak payah nak mengada. Biar aku je hantar kau balik. Kau tu nak bangun pun tak boleh, ada hati nak drive sendiri." Sinis Hayyan memerli.

"Tapi..." Yannis cuba membantah.

"Tak ada tapi-tapi. Kalau kau bantah lagi, memang aku tinggal je kau sorang-sorang dalam lif ni," ugut Hayyan.

Yannis batukan diri. Siapa Encik Kutub Ais ni? Kenapa Encik Kutub Ais boleh keluar masuk The Grand Vista macam bapa dia punya?

Dah tu, relaks je Encik Kutub Ais ni naik sampai tingkat 15. Tingkat 15 ni bukan semua orang boleh naik. Sebab tingkat ni khas untuk VVIP je.

Misteri betul!

------

"YANNIS dah balik ke?" Melilau mata Robert mencari kelibat Yannis.

"Dah balik, bos." Sambil mengemas alatan kamera, Alif menjawab.

"Awal pula Yannis tu cabut balik. Selalu dia tu datang gosip-gosip dengan akak dulu," sampuk Mel, selaku jurusolek Yannis.

Alif jungkit bahu. "Yannis ada emergency kot, kak. Tadi saya nampak dia macam rushing je nak balik."

"Kau tak tanya dia ke?"

Alif menggeleng. "Tak sempat, kak Mel. Dia pun menonong ke cabut tadi. Saya malas lah nak kacau dia."

Kak Mel mengiyakan. "Okey lah, Alif. Akak gerak balik dulu. Suami akak dah tunggu dekat bawah."

"Okey, kak Mel. Hati-hati jalan tu. Nanti terberanak pula dekat sini," gurau Alif.

Mel dah tujuh bulan mengandung. Kalau ikut Robert yang cerewet tu, memang dia tak bagi Mel ni cuti. Kalau boleh, selagi Mel tak bersalin, selagi tu lah Robert nak suruh Mel datang kerja.

"Uish, kalau akak bersalin kat sini, glamour lah anak akak. Untung-untung, Dato Mikhael tu hadiahkan satu private room untuk akak," seloroh Mel. Mengekek Mel dan Alif ketawa.

"Dah, dah. Akak pergi balik cepat. Nanti akak bersalin betul-betul kat sini, jenuh saya nak cari bidan."

"Amboi, kau! Sedap mulut kau je nak halau akak balik eh."

Alif tayang sengih. Jari dia lurus menunjuk ke arah perut Mel yang memboyot.

"Perut akak tu dah macam nak meletup saya tengok. Akak gelak-gelak macam ni, lagi risau saya dibuatnya."

Mel pukul bahu Alif dengan beg tangan. Kecil besar, kecil besar Mel pandang Alif. Alif apa lagi, makin sakanlah dia ketawakan Mel.

"Mulut kau kan memang nak minta tampar dengan akak tau, Lif. Nasib baik akak ni tengah sarat. Kalau tak, memang akak dah campak kau dari tingkat 15 ni."

Alif melangkah tiga tapak ke belakang.

"Akak jangan marah sangat, kak. Nanti kalau darah akak naik, tak pasal akak beranak awal."

"Hesy, kau ni memang nak suruh aku beranak awal ke, Lif? Kalau masin mulut kau, memang aku makeup kau macam Sajat tu nanti."

Beg yang penuh dengan alatan solek di atas meja direntap kuat. Mel jeling Alif yang tak henti-henti ketawa.

"Banyak-banyak istighfar, kak. Tak baik marah-marah ni. Nanti cepat tua," usik Alif lagi.

Mel tahan rasa hati. Nak hentak kaki, nanti bayi dia keluar betul-betul macam apa yang Alif cakap pula. Sudahnya, Mel tinggalkan Alif berdua dengan Robert.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro