SOR | #5
⚜ SUAMIKU USTAZ ⚜
Cristal_Snow116
.
.
.
.
.
#JURI 1
NAMA KARYA: Suamiku Ustaz
USERNAME: Cristal_Snow116
GENRE: Romance
1. WATAK = 7
2. JALAN CERITA = 23
3. NILAI/PENGAJARAN=7
4. TATABAHASA=21
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)=12
MARKAH PENUH =70
ULASAN JURI = Idea yg menarik dan pelbagai cuma penggunaan tatabahasa dan tata tanda perlu bersesuaian. Smoga penulis mampu menghasilkan karya² yg lebih hebat dan dikagumi.
.
.
.
.
.
#JURI 2
NAMA KARYA: SUAMIKU USTAZ
USERNAME: cristal_snow116
GENRE: romance
1. WATAK = 7
2. JALAN CERITA = 20
3. NILAI/PENGAJARAN= 7
4. TATABAHASA= 21
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)= 16
MARKAH PENUH = 71%
ULASAN JURI = Maaf tapi jalan cerita bagi saya terlalu clishe... maaf sesangat. Cara penyampaian kurang menarik dari segi susunan ayat, tatabahasa seperti koma, elips dan penjarakkan huruf selepas noktah.
.
.
.
.
.
#JURI 3
NAMA KARYA:Suami Aku Ustaz
USERNAME: Crystal_Snow116
GENRE: Romance
1. WATAK =4
2. JALAN CERITA =10
3. NILAI/PENGAJARAN=4
4. TATABAHASA=15
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)=10
MARKAH PENUH =43
ULASAN JURI =
Sepanjang pembacaan saya, penulis pandai memasukkan pengajaran seperti menjaga ikhtilat sesama lelaki dan perempuan. Tetapi terdapat banyak kesalahan dari segi tatabahasa yang perlu dititikberatkan. Antaranya, penggunaan tanda baca yang salah, penggunaan perkataan yang diringkaskan(short form), kesalahan ejaan dan penggunaan kata ganti diri yang sering bertukar membuatkan saya keliru. Penulis juga boleh mengelakkan dari sering bertukar-tukar pov dalam satu bab. Saya agak keliru kerana pov sering bertukar-tukar. Jalan cerita agak menarik, walaupun agak senang dijangka. Cumanya, perubahan plot dari satu kejadian ke kejadian yang lain terlalu drastik. Penulis boleh membaiki tatabahasa dan juga plot cerita supaya cerita terlihat lebih kemas dan menarik. You can do it!!💗💗
.
.
.
.
.
#JURI 4
Tajuk : Suamiku Ustaz
Username : Cristal_Snow116
Genre : Romance
Watak (10m) - 6
Jalan Cerita (30m) - 20
Nilai dan Pengajaran (10m) - 7
Tatabahasa (30m) - 15
Perasaan (Juri penilai/pembaca) (20m) - 15
Markah penuh : 63m
Ulasan Juri :
💫Review dari bab 1 - bab 12💫
"Bukan bertemu baru berjodoh, tapi kerana berjodohlah kita bakal bertemu"
Aiceh wah ayat saya! Hahaha! Okay, for those yang suka jalan cerita yang ringkas dan tidak mempunyai konflik yang berat, cerita ini adalah salah satu cerita yang mungkin korang boleh baca pada waktu senggang.
Cerita ini ringkas sahaja, berfokuskan pada seorang hero yang bernama Rodhi, yang tiba-tiba suka dan jatuh cinta pada seorang gadis, yang ternyata dia juga salah seorang dari pelajarnya. Berlatar masa pada usia remaja dan zaman persekolahan, boleh lah jadi salah satu kegemaran korang yang gemarkan cinta alam persekolahan ini.
Bagi saya, idea yang penulis ini ada sangat ringkas dan sedikit klise kerana saya kerap menjumpa tenaga pengajar, guru, pensyarah dan sebagainya yang jatuh cinta bahkan di pengakhirannya mereka bakal berkahwin dengan pelajar mereka sendiri. Tapi saya tidak menilai dari luarannya sahaja, sebab saya percaya penulis ini masih mempunyai waktu yang panjang untuk penulis kembangkan lagi dan tambahkan pelbagai kelainan dalam cerita ini. Dari segi penceritaan, agak ringkas dan baik walaupun ada beberapa tika saya sedikit sulit untuk mengerti akan cerita ini.
Cuma, banyak kesalahan dari segi tatabahasa yang saya nampak dengan jelas dan terlalu ketara. Kesalahan yang terlalu banyak dilakukan, membuatkan saya menganggap bahwa penulis ini adalah penulis yang masih baru dan tidak mempunyai pengalaman lagi dalam dunia wattpad ini.
Kesalahan dari segi penggunaan kata, susunan ayat, kesalahan ejaan bahkan penggunaan perkataan yang tidak tepat juga sangat ketara dalam setiap bahagian sepanjang cerita ini. Bahkan, seawal bahagian diskripsi/ blurb
juga mempunyai pelbagai kesalahan yang sedikit membuatkan saya sebagai juri, agak bosan dan kurang memahami cerita ini.
Secara keseluruhannya, saya berharap agar penulis menitikberatkan soal tatabahasa di sepanjang cerita ini. Tatabahasa yang baik dan sempurna, sangat penting bagi menarik lagi minat para pembaca di luar sana, untuk hadir di dalam cerita anda. Menulis, bukan sekadar hobi dan minat kita sahaja. Tapi ini ibarat satu kerja sampingan, dan kita harus memastikan kerja-kerja terlihat sempurna di mata kita dan pembaca lain. Sentiasa perhatikan setiap patah kata, susunan ayat bahkan gaya penceritaan para penulis yang lain, dan belajar untuk perbaiki gaya persembahan cerita anda. Sentiasa semak dan betulkan setiap kesalahan yang anda lihat sebelum mempublishkan setiap bahagian baru.
.
.
.
.
.
#JURI 5
NAMA KARYA: Suamiku Ustaz
USERNAME: Cristal_Snow116
GENRE: Romance
1. WATAK = 5
2. JALAN CERITA = 15
3. NILAI/PENGAJARAN= 4
4. TATABAHASA= 10
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)= 7
MARKAH PENUH = 41
ULASAN JURI =
Idea ada. Tapi, cara penyampaian kurang menarik sehingga menimbulkan rasa bosan. Peranan watak kurang jelas. Alur cerita agak lambat. Sebab kebanyakannya berkisahkan kawan-kawan di sekolah sehingga menenggelamkan watak hero dan heroin. Banyak babak yang terasa klise juga. Maaf ya. Tatabahasa agak lemah. Tanda baca, penyusunan ayat dan huruf besar/huruf kecil. Penggunaan ayat gramatis dan bombastik pun kurang nampak. Boleh buat kajian melalui novel yang sudah terbit untuk mantapkan gaya penulisan awak. 😊 Sekali lagi, maaf sebab lebih banyak kritikan daripada pujian. 🙏🏽
⚜ UCAPAN ⚜
Teruskan berkarya dan capai apa yang awak kejarkan. Belajar dan terus belajar sehingga karya awak menjadi yang terbaik. Kami doakan awak berjaya dunia dan akhirat.
Y A N G B E N A R ,
T H E S T A R Z Y S T E A M .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro