Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SOR | #3

⚜ CINTA BUAT TENGKU SYAKIL ⚜
CHRYFAIRY

.
.
.
.
.

#JURI 1

NAMA KARYA: Cinta buat Tengku Syaqil
USERNAME: chryfairy
GENRE: Romance

1. WATAK = 10
2. JALAN CERITA = 28
3. NILAI/PENGAJARAN = 9
4. TATABAHASA = 25
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)= 15

MARKAH PENUH = 87%

ULASAN JURI = Semua baik... jalan cerita bagus, tata kurang memuaskan hati juri, saja nak luah, eee kenapa heroin dia ni terlalu annoying sngt, geram ai baca... btw thanks guna khidmat starzys

.
.
.
.
.

   #JURI 2

NAMA KARYA: Cinta Buat Tengku Syaqil
USERNAME: CHRYFAIRY
GENRE: Romance

1. WATAK = 8
2. JALAN CERITA = 27
3. NILAI/PENGAJARAN= 7
4. TATABAHASA= 26
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)= 18

MARKAH PENUH = 86 %

ULASAN JURI =

Karya ini sangat buatkan sy addicted la. Berhantu betul untuk sy baca dan terus baca. Tak boleh stop. Jadi, inilah kekuatan karya ini. Ia membuatkan pembaca tak sedar masa berlalu begitu saja sebaik sahaja memulakan pembacaan. Rasa nak tau apa yang jadi lepas tu. Baik dari segi watak, jalan cerita, nilai dan pengajaran serta perasaan sy sebagai pembaca, semuanya tip top tau. Tapi, karya ini punya sedikit kelemahan iaitu di tanda baca. Sy perhatikan penulis sangat lemah pada penggunaan penanda dialog. Penulis perlu ingat je rules ni:

Kata kerja slps pengikat kata= wajib guna tanda koma, seru, tanya atau ellipses sahaja sebelum tutup pengikat kata. Pastikan juga kata kerja tu ditulis dgn huruf kecil. Contoh:

"Rara, awak dah makan?" tanya Tulip.
"Rara, makanlah!" gesa Tulip.
"Rara, makanlah..." rayu Tulip.
"Rara, makan tau," ujar Tulip.

Kalau nak guna noktah sebelum tutup pengikat kata, barulah wajib guna ayat naratif. Ayat tu juga wajib dimulakan dgn huruf besar. Contoh:

"Rara, jomlah makan." Sambil menarik tangan Rara, Tulip mengajak gadis itu makan.

Keseluruhannya, karya ni tak mengecewakan sy sebagai pembaca. Penceritaannya sangat smooth dan sy memang tertarik untuk membacanya. Bagus! Semoga penulis lebih maju lagi di masa akan datang. - Tiānshī

.
.
.
.
.

#JURI 3

NAMA KARYA: Cinta untuk tengku syakil
USERNAME: @CHRYFAIRY
GENRE:

1. WATAK = 7
2. JALAN CERITA = 24
3. NILAI/PENGAJARAN= 7
4. TATABAHASA= 24
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)= 15


MARKAH PENUH = 77

ULASAN JURI =

Untuk karya author bagi saya best sangat! Sebab saya suka dengan watak yang author mainkan. Rasa watak dia hidup walaupun ada ayat yang buat saya terbelit, ayat yang author sampaikan saya tak faham. And untuk penggunaan huruf besar dan kecil, ada beberapa kesalahan yang saya jumpa.

And untuk kesalahan ejaan, iaitu typo kadang kadang je ada. So saya harap author boleh double check ✨ Fi hifzillah 🤍 Syukran jazilan

*Hantu peloles* :3

.
.
.
.
.

#JURI 4

NAMA KARYA:Cinta Buat Tengku Syaqil
USERNAME:CHRYFAIRY
GENRE: Romance teen fiction

1. WATAK = 6
2. JALAN CERITA =18
3. NILAI/PENGAJARAN=3
4. TATABAHASA=20
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)=15


MARKAH PENUH =62

ULASAN JURI = Sepanjang pembacaan saya, saya dapat hayati cerita ini dengan baik. Jalan cerita baik walaupun sedikit klise, sedikit saja ye bukan banyak hehehe. Watak juga berjaya digambarkan dengan baik sehingga hampir pecah skrin telefon saya dengan perangai Makcik Hayati tu🤦🏻‍♀️. Tetapi, ada sedikit kesalahan tatabahasa. Selepas dialog yg diakhirkan dengan tanda koma, perkataan selepasnya mestilah dimulakan dengan huruf kecil. Selepas dialog yang diakhirkan dgn tanda noktah pula, perkataan selepasnya mesti bermula dengan huruf besar. Kebanyakan kesalahan yang saya perasan adalah penggunaan tanda bacaan saja. Jadi, penulis boleh betulkan sedikit berkenaan tanda baca. Lagi satu, saya perasan genre cerita ini romance teen fiction, tapi fokus yg saya perasan dalam cerita ini ialah Delima dan Syaqil, jadi saya agak keliru. Keseluruhan cerita sudah baik😊 teruskan usaha ye, hwaiting!💗

.
.
.
.
.

#JURI 5

NAMA KARYA: Cinta Buat Tengku Syakil
USERNAME: CHRYFAIRY
GENRE: Romance

1. WATAK = 8
2. JALAN CERITA = 20
3. NILAI/PENGAJARAN= 8
4. TATABAHASA= 15
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)= 15


MARKAH PENUH = 66

ULASAN JURI =

Kekuatan karya:

Jalan cerita menarik. Ada isi dan boleh pergi lebih jauh. Watak juga semua mempunyai peranan yang tersendiri. Hero nampak dingin, tapi ada sisi baik dan caring. Heroin pula asyik teraniaya dengan keadaan. Bukan orang yang aniaya dia, tapi keadaan dan masa. 😂 Apapun, saya rasa karya ni best. Cuma penulis kena belajar banyak lagi untuk meletakkan unsur-unsur saspen dan plot twist sbb keaslian kurang. Banyak perkara yang sudah terjangka (spoiler).

Kelemahan karya:

Tatabahasa agak lemah. Tanda baca, penyusunan ayat dan huruf besar/huruf kecil. Penggunaan ayat gramatis dan bombastik pun kurang nampak. Boleh buat kajian melalui novel yang sudah terbit untuk mantapkan gaya penulisan awak. 😊

UCAPAN

Teruskan berkarya. Semoga di masa hadapan, awak dapat menjadi penulis yang dikenali dan disegani. Kami doakan awak berjaya dunia dan akhirat. ♥️

Y A N G   B E N A R ,
T H E   S T A R Z Y S   T E A M .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro