Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SOR | #2

AISARA ⚜
Syaf_Asriqa

.
.
.
.
.

#JURI 1

NAMA KARYA: Aisara
USERNAME: Syaf_Asriqa
GENRE:

1. WATAK = 6
2. JALAN CERITA = 27
3. NILAI/PENGAJARAN= 8
4. TATABAHASA=21
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)=18

MARKAH PENUH =80

ULASAN JURI = Penghasilan idea penulis agak hebat❤️ smoga penulis mampu menghasilkan karya² yang lebih hebat pada masa akan datang❤️🥰

.
.
.
.
.

#JURI 2

NAMA KARYA: Aisara
USERNAME: Syaf_Asriqa
GENRE: Romance, Action, Comedy

1. WATAK = 10
2. JALAN CERITA = 28
3. NILAI/PENGAJARAN=7
4. TATABAHASA= 26
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)=20

MARKAH PENUH = 91

ULASAN JURI = Watak yang terdapat dalam karya ini sememangnya hidup dan tidak nampak kekok langsung. Banyak adegan aksi yang ditulis secara terperinci butirannya. Justeru karya ini memang menimbulkan perasaan yang bercampur baur. Sekejap saya akan ketawa dan sekejap lagi saya menangis membaca. Tiada kesalahan tatabahasa yang sangat menonjol tetapi penulis tidak membuatkan perkataan bahasa inggeris menjadi italic (senget) sahaja. Ayat yang disusun gramatis dan penghayatan juga ada. Terdapat juga nilai keagamaan yang diselitkan penulis di dalam karya ini. Nilai patriotik yang ditunjukkan oleh arwah ayah Inara dan abang Inara juga menonjol di samping keazaman dan sifat amanah Aisar terhadap tugas dan janjinya kepada arwah ayah Inara sendiri. Berdasarkan genre karya ini, saya akui karya ini bagus dan teratur jalan ceritanya. Pengorbanan Aisar, penderitaan Inara dan sifat berfikiran negatif Zulfan. Persahabatan Aisara sangat diolah dengan baik oleh penulis. Cuma penulis meletakkan ' open ending ' dalam karya beliau. Saya berharap mungkin penulis boleh memasukkan penamat yang lebih terperinci.

.
.
.
.
.

#JURI 3

• AISARA
• SYAF_ASRIQA
• 96%

- Watak membuatkan saya berasa gembira kerana AISAR mempertahankan dan melindungi Inara. Jelas kelihatan semangat setiakawan disitu.

Jalan cerita yang menarik iaitu tentang persahabatan. Tidak banyak cerita di medium wattpad yang ketengahkan tentang isu isu yang biasa berlaku dalam persahabatan. Dan dalam cerita ini, penulis menyampaikan konflik konflik nyata yang berlaku.

- Watak dan jalan cerita yang berikan nilai dan pengajaran kepada para pembaca.

- struktur ayat yang betul. penggunaan tata tanda dan huruf besar dan kecil yang betul

- Semasa saya membaca karya ini, saya berasa rasa ingin tahu apa yang akan terjadi pada bab seterusnya . jalan cerita yang menarik dan boleh pergi lebih jauh.

.
.
.
.
.

#JURI 4

Tajuk : Aisara
Username : Syaf_Asriqa
Genre : Romance, Action, Comedy

Watak (10m) - 8
Jalan Cerita (30m) - 25
Nilai dan Pengajaran (10m) - 8
Tatabahasa (30m) - 23
Perasaan (Juri penilai/pembaca) (20m) - 16

Markah penuh : 80m

Ulasan Juri :

💫Review dari Bab 1 - Bab 20💫

I think, Aisara is one of recommended story untuk para pembaca yang gemarkan banyak scene antara Hero dan Heroinnya, yang manis-manis belaka. Berlatar masa zaman remaja, zaman persekolahan bahkan suasana kehidupan di kampung bersama keluarga sangat menggamit memori saya sebagai seorang juri.

Secara keseluruhannya, cerita Aisara ini berfokus pada sebuah persahabatan antara Hero dan Heroin, yang membesar bersama-sama sejak kecil. Apa yang saya suka mengenai cerita ini, adalah cara penulis menghidupkan setiap watak yang ada dalam cerita ini. Watak Hero yang panas baran, lantaran sangat protektif terhadap rakan baiknya. Watak seorang bapa yang sangat tegas dan garang bahkan tingkah laku anak-anak muda di kampung, yang serba nakal dan jahat, menimbulkan pelbagai emosi dalam diri saya.

Dari segi jalan ceritanya, saya sedikit beranggapan bahawa idea yang penulis ini gunakan agak klise, di mana persahabatan antara seorang lelaki dan perempuan yang akhirnya bakal jatuh cinta antara satu sama lain---terlalu banyak di dunia wattpad ini. Tapi saya sebagai juri, tidak menilai idea penulis ini berdasarkan permulaan ceritanya sahaja. Saya percaya, nanti akan ada sedikit kelainan yang akan penulis bawa hingga ke akhir ceritanya nanti. Penulis mempunyai idea yang baik, bahkan cara dia membawa cerita ini juga baik dan bagus. Tidak ada kekeliruan sepanjang saya membaca cerita ini.

Salah satu adegan yang saya gemari dalam cerita ini, adalah di mana watak Hero yang sedaya upaya membela maruah rakan baiknya, di hadapan anak-anak nakal di kampung mereka. Kerana Nara, Aisar sanggup terluka dan menerima hukuman dari bapanya sendiri. Ini adalah salah satu peristiwa yang sedikit menganggu emosi saya sebagai juri.

Kekurangan yang saya lihat sepanjang 20  bahagian yang saya baca, adalah di mana saya sedikit bosan apabila membaca bahagian pengenalannya. Pengenalan cerita ini terlalu panjang, di mana ia berfokuskan pada hubungan Aisar dan Nara. Saya juga mula tercari-cari adegan/scene yang mendebarkan, seiring dengan genre yang penulis tagkan di awal cerita ini. Saya juga menantikan konflik yang sebenar, yang boleh membuatkan saya tertanya-tanya. Sedikit spoiler, dalam 10 bab ke atas, baru saya dapat tahu rentak dan konflik cerita ini sedikit demi sedikit.

Dari segi tatabahasanya pula, satu pujian saya berikan pada penulis ini. Terdapat pelbagai ayat-ayat gramatis yang saya temui dalam cerita ini. Frasa ayat yang menarik bahkan pelbagai perkataan baru yang jarang saya jumpa dalam mana-mana cerita---memberikan saya satu ilmu pengetahuan yang baru. Susunan ayat begitu kemas, bahkan penulis menggunakan ayat-ayat yang mudah untuk difahami.

Akan tetapi, terdapat sedikit kesalahan yang saya temui berawal dari bahagian diskripsi cerita awak.

"Dalam bulan ini.............cuba nak try Inara......badan macam lidi mak aku,........."

Ayat 'cuba nak try Inara', ini penulis boleh tukarkan pada ayat yang lebih ringkas iaitu ; "....cuba nak dekati Inara..."

Terdapat juga pelbagai perkataan yang kurang sesuai untuk digunakan, penulis boleh gunakan perkataan lain yang lebih ringkas dan tepat. Bahkan, penulis juga sering menggunakan huruf kecil selepas tata tanda, 'penutup kata'.

Secara keseluruhannya, saya agak berpuas hati dengan cerita ini. Saya juga yakin bahawa cerita ini boleh mendapat tempat di hati para pembaca, sekiranya  penulis berusaha untuk mewujudkan satu konflik yang hebat, plot twist atau scene-scene yang mendebarkan, yang boleh menimbulkan pelbagai persoalan dalam diri pembaca.

.
.
.
.
.

#JURI 5

Nama karya: Aisara
Username: Syaf_Asriqa

    ●Watak: 9m
    ●Jalan Cerita: 29m
    ●Nilai/pengajaran: 8m
    ●Tatabahasa: 30m
    ●Perasaan: 18m

Markah penuh= 94%

    ●Ulasan: Kekuatan karya ini adalah dari segi jalan ceritanya yang menarik. Plot yang berkembang dengan baik.
    ●Namun kekurangan dari segi isi pengajaran dan nilai teladannya.
    ●Cuba hidupkan lagi watak dan lonjakkan kesan perasaan kepada pembaca dan saya sebagai penilainya.
    ●Secara majoriti keseluruhan cerita, karya awak berada dalam keadaan yang baik dan bagus.

U C A P A N

Teruskan berkarya dan memberi ilham kepada orang lain. Kami doakan awak berjaya dunia dan akhirat. ♥️

Y A N G   B E N A R ,
T H E   S T A R Z Y S   T E A M .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro