SOR | #1
⚜ BAD[AR] ⚜
ainqalbi
.
.
.
.
.
#JURI 1
NAMA KARYA: BAD[AR]
USERNAME: ainqalbi
GENRE: Islamic Teen Fiction
1. WATAK = 8
2. JALAN CERITA = 23
3. NILAI/PENGAJARAN=9
4. TATABAHASA= 26
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)=12
MARKAH PENUH = 78
ULASAN JURI = Karya penulis berkisahkan tentang Badrul Qowiy yang mahu berhijrah menjadi lebih baik dengan dorongan orang sekeliling terutamanya rakan lelaki itu iaitu Badrul Amin. Penulis juga memasukkan kisah nyata yang sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu terdapat sebilangan manusia akan menghina orang yang ingin keluar dari kejahilan sekali gus boleh mematahkan semangat orang lain untuk berubah menjadi lebih baik. Watak- wataknya juga terasa hidup, kerana ia dapat menimbulkan perasaan marah dalam diri saya ketika adegan Iffat memfitnah Qowiy dan perasaan sedih apabila Qowiy melayan ibu kandungnya dengan kasar sehingga tidak mahu menggelar wanita itu ibunya. Lawak yang cuba penulis selitkan sampai kepada saya. Saya tidak menjumpai kesalahan ejaan atau kosa kata cuma ada kesalahan dari segi imbuhan sahaja. Ayat yang disusun juga agak gramatis dan terdapat nilai pengajaran yang diselitkan dalam bentuk hujah watak, hadis dan tafsiran ayat Al- Quran. Saya rasa penulis boleh memasukkan lebih banyak lagi adegan menarik agar dapat menambahkan seri karya ini kerana cerita ini agak klise sedikit. Pengakhirannya tidak diketahui kerana karya ini hanya sampai bab 20 selebihnya author hiatus kerana spm.
.
.
.
.
.
#JURI 2
NAMA KARYA: BAD[AR]
USERNAME: ainqalbi
GENRE: Islamic Teen Fiction
1. WATAK = 10
2. JALAN CERITA = 25
3. NILAI/PENGAJARAN= 10
4. TATABAHASA= 25
5. PERASAAN (JURI PENILAI/PEMBACA)= 20
MARKAH PENUH = 90
ULASAN JURI =
Kekuatan karya:
Penulis bijak dalam menggayakan bahasa sehingga ia menjadi 'sedap' dibaca. Penulis juga menyelitkan pengajaran yang sangat dekat dengan kita semua sebagai seorang muslim dan mungkin juga pelajar (bagi yang masih belajar). Jalan cerita menarik, kemas dan memberi impak kerohanian. Membawa banyak pengajaran dan watak-wataknya juga sangat gah dengan peranan masing-masing. Thumbs up untuk ainqalbi! 👍
Kelemahan karya:
Penulis hanya lemah dari segi peletakan tanda baca. Boleh perbaiki tentang itu. Yang lain, tiada apa sangat yang perlu disentuh.
.
.
.
.
.
#JURI 3
Nama karya: BAD[AR]
Username: ainqalbi
Genre: Teen Fiction
●Watak: 10m
●Jalan cerita: 30m
●Nilai/pengajaran: 10m
●Tatabahasa: 30m
●Perasaan: 19m
Markah penuh= 99%
●Ulasan: Kekuatan Karya ini adalah penggunaan tatabahasa yang sangat bagus. Penyampaiannya harmoni walau dalam keadaan genting. Penulisannya kemas, tersusun dan teratur.
●Tiada kesalahan ketara dan ianya normal.
●Teruskan penulisan awak dalam menyampaikan message berguna kepada pembaca.
.
.
.
.
.
#JURI 4
• BAD[AR]
• AINQALBI
• 98%
- Watak terasa hidup membuatkan saya berasa gembira tentang persahabatan BADRUL dan Qowiy. Cara Badrul menyampaikan "tazkirah" tentang hijrah kepada Qowiy menunjukkan bahawa Badrul seorang kawan yang baik.
- Jalan cerita yang tidak klise menarik lagi minat saya untuk baca lebih lagi.
- Mesej yang amat mendalam dan terdapat banyak ilmu baru yang saya dapat berdasarkan cerita ini.
- Pegunaan struktur ayat ,huruf besar huruf kecil dan tata tanda yang betul.
- Semasa membaca cerita ini, perasaan ingin tahu itu meluah luah. selalu tertanya tanya apa akan jadi pada bab seterusnya. Karya ini telah beri banyak mesej dan info yang bermanfaat kepada pembaca.
.
.
.
.
.
#JURI 5
Tajuk : BAD[AR]
Username : ainqalbi
Genre : Islamic Teen Fiction
Watak (10m) - 8
Jalan Cerita (30m) - 25
Nilai dan Pengajaran (10m) - 8
Tatabahasa (30m) - 27
Perasaan (Juri penilai/pembaca) (20m) - 18
Markah penuh : 86m
Ulasan Juri :
💫Review dari Bab 1- Bab 15💫
Secara keseluruhannya, cerita ini adalah satu cerita yang bakal saya gemari untuk masa yang akan datang nanti. Cerita ini, berawal dengan persahabatan antara dua orang lelaki, yang turut mempunyai satu nama yang sama. Dua orang lelaki yang berlawanan sifatnya, ibarat seorang api dan seorang lagi air.
Penulis berjaya hidupkan watak dalam cerita ini dengan baik. Sifat Qowiy yang dingin, sedikt gangster bahkan panas baran menimbulkan pelbagai emosi dalam diri saya sepanjang saya membaca cerita ini. Ditambah lagi dengan sifat Badrul yang mahu mengubah rakannya itu, beserta dengan kembarnya yang tidak sukakan Qowiy, semua ini memberikan sedikit impak dan saya agak terkesan dengan peranan yang setiap watak ini mainkan.
Apa yang saya gemarkan dalam cerita ini, adalah dari segi idea dan jalan ceritanya. Idea yang tidak terlalu klise, sebab terdapat beberapa bab di mana saya dapat tangkap sedikit kelainan yang akan penulis ini bawa dalam jalan ceritanya hingga ke penamatnya. Walaupun saya pernah membaca sebuah cerita di mana ia agak sama dengan tema dan idea cerita ini, tapi saya percaya penulis mampu untuk bawa cerita ini dengan baik melalui cara dan ideanya yang tersendiri.
Salah satu scene yang saya sedikit terganggu dan cemas, adalah di mana saya sedikit tertanya pekerjaan yang Qowiy lakukan secara diam-diam bersama rakan sekerjanya yang lain. Bahkan hubungan persahabatan antara dia dan Aisy, sedikit menimbulkan rasa sangsi dan mendebarkan dalam diri saya. Apakah mereka pernah mempunyai masa silam atau satu hubungan persahabatan di masa lalu? Sedekat apakah hubungan antara dia dan gadis itu di masa lalu? Semua ini menjadi tanda soal di dalam kepala saya saat membaca cerita ini.
Satu pujian saya berikan pada penulis, atas penggunaan ayat-ayat yang gramatis yang sangat menarik dan baik. Penggunaan tatabahasa yang baik, susunan ayat yang kemas dan hampir sempurna, membuatkan saya berasa semangat dengan setiap patah kata yang saya baca.
Secara keseluruhannya, cerita ini mampu untuk menarik minat saya sebagai juri, untuk setia menanti perkembangan dan jalan cerita yang seterusnya dari bab ke bab. Penulis juga berjaya membawa cerita ini dengan baik dan kemas. Sebuah cerira yang menimbulkan pelbagai emosi dalam diri saya sebagai pembaca dan juga juri, satu pujian saya berikan kepada penulis.
⚜ U C A P A N ⚜
Teruskan berkarya dan beri cahaya kepada orang sekeliling. Kami doakan awak berjaya dunia dan akhirat. ♥️
Y A N G B E N A R ,
T H E S T A R Z Y S T E A M .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro